Quantcast
Channel: EdisiRakyat
Viewing all 888 articles
Browse latest View live

Juruterbang Malaysia ditahan di Batam kerana dadah

$
0
0
SEORANG juruterbang warganegara Malaysia ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia selepas gagal ujian dadah di Lapangan Terbang Hang Nadim, Batam Indonesia.

Jakarta Globe melaporkan, lelaki berkenaan yang bertugas sebagai juruterbang Malindo Air, didapati positif methaphetamine dan ditahan oleh Agensi Narkotik Nasional (BNN)

Juruterbang itu ditahan ketika pemeriksaan rambang terhadap 69 kakitangan kabin dari sembilan pesawat di lapangan terbang itu pada hari Sabtu.



Suspek juga dilaporkan memiliki 1.9 g hablur methaphetamine, satu Bong dan pelapik aluminium dalam simpanannya.

Menurut laporan itu, suspek kini sedang ditahan di pejabat BNN Pulau Riau

Pesalah dadah di Indonesia berdepan hukuman pemulihan mandatori dan hukuman penjara sehingga 12 tahun jika sabit kesalahan.

Minggu lalu sumber berita itu melaporkan, Kementerian Pengangkutan Indonesia bersama dengan BNN akan meningkatkan fokus terhadap penyalahgunaan dadah di kalangan juruterbang.

BNN ditugaskan untuk memantau gerak geri juruterbang dan melakukan pemeriksaan rambang di lapangan terbang sebagai sebahagian daripada operasi rutin. — EdisiRakyat.com, 1 Januari 2018

SPRM serbu rumah Naib Presiden Parti Warisan Sabah

$
0
0
NAIB Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Peter Anthony dilaporkan tiba di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini untuk memberikan kenyataan berhubung kes pembelian sebidang tanah, namun kemudian dibawa ke rumahnya untuk serbuan.

Anthony, 46 tiba di pejabat SPRM di Kompleks Pentadbiran Persekutuan Jalan Sulaman, Kota Kinabalu kira-kira jam 10.25 pagi dan terus masuk ke pejabat tanpa bercakap dengan wartawan.

Turut bersama dengannya, peguam Martin Tommy, dan Loretto Paduka Jr. yang juga merupakan Setiausaha Agung Parti Warisan.

Pada jam 1.20, Anthony dilihat keluar dalam keadaan bergari dan dibawa masuk ke dalam sebuah kereta. Tidak dapat dipastikan sama ada dia telah ditahan.

anthony warisan

"Kami nak pergi ke rumah saya," katanya ketika ditanya kemanakah dia akan dibawa. Anthony turut dipeluk oleh sebilangan penyokong sebelum dibawa pergi.

SPRM mengeluarkan satu kenyataan dua hari lepas memberi tempoh selama 48 jam kepada Anthony untuk menyerah diri bagi membantu siasatan berhubung pembelian tanah bernilai RM155 juta di Daerah Tongod, Sabah.

Turut dikehendaki oleh suruhanjaya itu adalah peguamnya Michael Persis Ibu, yang dikatakan peguam mewakili RISDA.

Anthony telah ditahan oleh SPRM dalam bulan Oktober tahun lalu ketika disiasat berhubung dakwaan penyelewengan dana persekutuan untuk projek-projek pedalaman Sabah.

Dia merupakan antara 13 orang, termasuk Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang telah ditahan sebelum dibebaskan kemudian dengan jaminan SPRM. — EdisiRakyat.com, 5 Januari 2018

Salah seorang gadis Palestin lempang askar Israel dibebaskan

$
0
0
SEBUAH Mahkamah Tentera Israel pada hari Jumaat membebaskan salah seorang gadis Palestin yang ditahan bulan lalu selepas muncul dalam sebuah video yang menjadi tular, sedang melempang askar Israel.

Mahkamah Ofer membebaskan Nour al-Tamimi dengan ikat jamin sebanyak hampir $1,500 selepas menolak rayuan pendakwaraya tentera yang mahu melanjutkan tahanannya.

Gadis berusia 20 tahun itu ditahan pada 20 Disember selepas dia dan sepupunya, Ahed al-Tamimi, dirakam sedang melempang askar-askar Israel di kampung mereka Al-Nabi Saleh, berdekatan bandar tebing barat Ramallah.

Berdasarkan rakaman video itu yang dipercayai diambil menggunakan telefon bimbit, Pada 15 Disember di depan rumah mereka, tiada sebarang kecederaan serius dialami oleh tentera bersenjata Israel berkenaan.

Pada hari Isnin, Nour Tamimi dituduh di mahkamah kerana membelasah seorang tentera dan menghalangnya menjalankan tugas.

nour al tamimi

Sepupunya Ahed al-Tamimi dan ibunya Nariman, turut dibawa ke mahkamah dan dituduh pada hari Isnin.

"Tentera Israel menahan saya pada pukul 2 pagi dan saya telah digari serta dibawa ke pusat tahanan Bunyamin, di Timur Ramallah," kata Nour memberitahu wartawan di rumahnya di Nabi Saleh.

"Saya telah melalui penyiasatan yang agresif secara berterusan selama 21 jam. Penyiasat mengugut dan cuba memaksa saya untuk mengaku dan merakam percakapan tanpa persetujuan saya," katanya.

Ketiga-tiga mereka ditahan di Penjara HaSharon, Utara Bandar Herzliya.

Menurut beliau, sepupunya Ahed "semangatnya masih berkobar-kobar,"

Pada 1 Januari, Mahkamah Ofer melanjutkan tempoh tahanan Ahed dan Nariman masing-masing selama 8 hari lagi.

Menteri Pendidikan Israel, Naftali Bennett dipetik sebagai berkata Pada 19 Disember bahawa Ahed dan Nour "patut ditahan seumur hidup di dalam penjara,"

Nabi Saleh merupakan sebuah kampung yang didiami oleh seramai 600 warga Palestin, dikelilingi oleh pendudukan haram Halamish.

Kawasan itu dikenali di kalangan aktivis pro-palestin kerana menganjurkan perarakan menentang rampasan tanah dan sumber air oleh Israel sejak tahun 2010. — EdisiRakyat.com, 6 Januari 2017

Naib Presiden Warisan Peter Anthony direman 3 hari

$
0
0
NAIB Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Peter Anthony ditahan reman selama 3 hari sehingga Isnin bagi membantu siasatan pembelian tanah kelapa sawit bernilai RM155 juta di Sabah.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus membenarkan permohonan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Peter, 46 ditahan pada jam 1 tengah hari semalam selepas memberikan kenyataan kepada SPRM. Pegawai suruhanjaya itu juga dilaporkan telah pergi ke rumahnya untuk mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan.

Peguamnya, Martin Tommy berkata anak guamnya patut dibebaskan hari ini dan sudah menyediakan dokumen-dokumen yang perlu untuk dihantar ke pejabat SPRM.

"Namun pagi ini saya telah dihubungi oleh SPRM, yang menyatakan mereka akan memohon perintah reman dari mahkamah," katanya.

Peter bersama kitab Bible di tangannya, kelihatan tenang ketika melangkah masuk ke mahkamah sekitar jam 11 pagi.

peter anthony

Pegawai kanan SPRM bahagian penguatkuasaan, Khairudin Kilau dilapor bertindak sebagai pendakwaraya mewakili Suruhanjaya itu.

Ahli Politik itu ditahan reman di bawah Seksyen 16(a) (A) Akta SPRM 2009 atas dakwaan rasuah.

Peter pernah ditahan pada 5 Oktober tahun lalu dan dibebaskan dengan ikat jamin pada 13 Oktober.

Dia merupakan salah seorang antara 17 yang ditahan reman oleh SPRM bagi membantu siasatan dakwaan penyelewengan dana pembangunan kawasan pedalaman Sabah. — EdisiRakyat.com, 6 Januari 2018

Maut dalam kereta bersama bara arang sedang terbakar

$
0
0
SEORANG ahli perniagaan ditemui maut dalam keretanya selepas dia dipercayai mengunci dirinya sendiri bersama bara arang yang sedang terbakar, di Pantai Tanjung Aru pada petang hari Jumaat.

Portal The Star melaporkan, Liew Ka Ket berusia 42 tahun, ditemui oleh pihak polis yang melakukan rondaan di kawasan tersebut, sebelum kemudiannya dikatakan maut oleh pegawai perubatan yang tiba di tempat kejadian.

Menurut Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra dua orang anggota polis melihat kereta berkenaan yang diletakkan dalam keadaan mencurigakan di kawasan semak pada jam 5.27 petang, dan apabila mereka melakukan pemeriksaan, terdapat seorang lelaki di dalamnya.

bunuh diri

SUMBER FOTO — The Star

"Anggota polis terbabit cuba untuk membuka pintu secara paksa, namun tidak berjaya kerana ia telah dikunci dari dalam, dan terpaksa menunggu pihak bomba tiba sebelum memecah masuk," katanya.

"Liew dipercayai lemas akibat asap yang terhasil dari arang tersebut dan mati," tambahnya.

Para pegawai perubatan yang tiba di tempat kejadian sekitar 6.20 petang mendapati tiada kesan kecederaan pada Liew.

Mayatnya kemudian dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat. — EdisiRakyat.com, 6 Januari 2018

Saya lebih suka berkhidmat di Selangor kata Azmin

$
0
0
TIMBALAN Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Azmin Ali semalam dilapor menafikan kebarangkalian beliau menjadi calon Perdana Menteri Pakatan Harapan.

Bercakap kepada wartawan, Menteri Besar Selangor itu menjelaskan bahawa beliau lebih suka kekal dengan jawatannya pada waktu ini sebagai seorang pemimpin peringkat negeri.

"Saya hanya seorang pemimpin peringkat negeri, jadi saya lebih suka meneruskan khidmat di Selangor," katanya.

Berhubung cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk dilantik sebagai Perdana Menteri sementara, kata Azmin PKR telah memutuskan bahawa calon Perdana Menteri mestilah seorang yang komited untuk melakukan reformasi nasional.

Azmin Ali

Ahli Parlimen Gombak itu juga dilaporkan berkata semua ahli parti-parti Pakatan Harapan mesti mencapai satu konsensus sebelum melantik Perdana Menteri.

"Selain itu kita juga perlu mengumpul maklum balas daripada rakyat, kerana rakyat patut diberikan ruang untuk memutuskan masa depan negara bukan individu-individu tertentu,"

"Saya yakin Pakatan Harapan terbuka tentang isu ini untuk memastikan kita mendapat sokongan rakyat," katanya kepada wartawan selepas menghadiri Jelajah Keadilan, di Taman Sri Firdaus.

Azmin memberi maklumbalas kepada satu tinjauan yang dijalankan di Facebook, di mana netizen memilih Azmin dan naib presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Seri Mukhriz Mahathir masing-masing sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Dilaporkan seramai 1,100 responden memilih Azmin dan Mukhriz berbanding Dr Mahathir dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi menjawat dua jawatan teratas negara. EdisiRakyat.com, 7 Januari 2018

Pengurus pasukan amatur direman berhubung skandal rasuah bola sepak

$
0
0
SEORANG pengurus sebuah pasukan bola sepak amatur berusia 38 tahun merupakan individu kedua ditahan reman berhubung skandal mengatur perlawanan.

Perintah reman selama lima hari bermula pada hari ahad itu dikeluarkan oleh penolong pendaftar Mas Azmimin Ahmad, berikutan permohonan oleh pegawai pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Khairi Abdul Karim di mahkamah reman khas pada pagi hari Ahad.

Perintah itu bagi membantu siasatan SPRM berhubung skandal tersebut di bawah Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM 2009.



Pengurus berkenaan yang ditahan pada hari Sabtu dipercayai bersubahat dengan individu pertama ditahan berhubung kes berkenaan — seorang jurulatih bola sepak sebuah kelab amatur — untuk mengatur perlawanan.

Jurulatih berkenaan yang berusia 40 tahun telah direman selama lima hari bermula hari Sabtu.

Memetik sumber tidak dinamakan, The Malay Mail melaporkan, pengurus itu ditahan di pejabat SPRM negeri ketika memberi keterangan Pada 3.25 petang semalam.

Sumber itu mendakwa mengesaki bahawa jurulatih berkenaan ada memberikan wang kepada jurulatih pasukan lawan bagi memastikan pasukannya memenangi Liga Bolasepak Rakyat (LBR) dalam bulan November tahun lalu.

"Pasukannya menang besar dalam perlawanan tersebut, menimbulkan curiga sekaligus satu laporan telah dibuat kepada SPRM," kata sumber berkenaan.

Pengurus berkenaan diwakili oleh peguam Raftfizi Zainal Abidin.

Ketika dihubungi, pengarah kanan Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Sini Abdul Ghani mengesahkan penahanan pengurus pasukan terbabit. — EdisiRakyat.com, 7 Januari 2018

Pertandingan bola sepak disabotaj dengan longgokan pasir

$
0
0
PERTANDINGAN Bola Sepak 7 sebelah anjuran Ahli Parlimen Bukit Katil, minggu lalu cuba disabotaj oleh pihak tertentu apabila 5 buah lori telah menurunkan beberapa longgokan pasir di atas padang tempat pertandingan sehari sebelum ia berlangsung.

Tinjauan EdisiRakyat minggu lalu mendapati terdapat dua longgokan pasir di depan kedua-dua tiang gol di atas Padang Bola Sepak Kampung Tambak Paya Melaka.


Manakala beberapa longgokan pasir lagi diletakkan di belakang salah satu tiang gol. Difahamkan kerana sudah dihalang oleh penduduk setempat, lori yang membawa pasir berkenaan tidak sempat menurunkannya di tengah padang.

Beberapa orang penduduk kampung yang ditemui mendakwa, kejadian itu berlaku pada tengah hari, ketika waktu solat Jumaat.

"Sepuluh buah lori bawa pasir nak tuang di atas padang, tapi kami orang kampung berjaya halang 5 buah lori, dan suruh mereka balik," kata salah seorang penduduk yang ditemui.

Berikutan kejadian itu, penduduk kampung terpaksa bergotong-royong memindahkan longgokan pasir tersebut bagi membolehkan pertandingan yang dirancang berlangsung seperti yang diharapkan.


Pengerusi Gagasan Keadilan Melaka, saudara Mohd Jailani Khamis, ketika ditemui meluahkan rasa kecewa dan marah terhadap tindakan sabotaj itu.

"Tindakan ini mensabotaj bangsa mereka sendiri, sedangkan kita melakukan program yang memberi manfaat kepada bangsa kita sendiri, khususnya rakyat Melaka di Tambak Paya." katanya.

Tinjauan EdisiRakyat pada keesokan harinya mendapati, program tersebut berjaya dianjurkan dengan baik, menyaksikan sejumlah 32 pasukan bersaing dalam pertandingan itu.


Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar turut hadir menyaksikan kejohanan itu dan sempat menyampaikan hadiah kepada para pemenang yang berjaya. — EdisiRakyat.com, 7 Januari 2018


*** Laporan ini disiarkan lewat atas permintaan orang kampung, yang bimbang kejohanan bola sepak tersebut gagal dianjurkan jika laporan tentang perbuatan sabotaj ini tersebar sebelum tamatnya pertandingan berkenaan.

Anggota Polis terima rasuah RM150, Mahkamah kekal hukuman penjara 16 tahun

$
0
0
MAHKAMAH Tinggi di Alor Setar Kedah, dilapor mengekalkan hukuman penjara selama 16 tahun dan denda sebanyak RM20,000 terhadap seorang anggota polis berusia 58 tahun kerana meminta dan menerima rasuah enam tahun lalu.

Hakim Chan Kit Lin hari ini mengekalkan hukuman berkenaan selepas menolak rayuan Koperal Sazali Hashim terhadap sabitan dan hukuman ke atasnya.

Pada 25 Julai 2017, Sazali disabitkan bersalah di atas dua tuduhan meminta dan menerima rasuah sebanyak RM150 dari seorang lelaki Pada 18 Oktober 2012.

Tertuduh telah dijatuhkan hukuman penjara selama 8 tahun dan denda sebanyak RM10,000.

Hakim Azhar Mokhtar, ketika menjatuhkan hukuman mengarahkan hukuman penjara berjalan serentak.

Dalam kes pertama, Sazali yang bertugas di Balai Polis Kuah Langkawi, dituduh meminta wang sebanyak RM150 daripada Mohd Asri Bulat dalam satu sekatan jalanraya di Jalan Batu Asah di antara jam 11.00 pagi dan 12 tengahhari pada 18 Oktober, 2012.

Polis Rasuah RM150Sumber FOTO — NST

Rasuah berkenaan adalah sebagai dorongan kepadanya supaya tidak mengambil tindakan terhadap Mohd Asri yang dikatakan memiliki air ketum dalam simpanannya dan untuk memulangkan kad pengenalan miliknya.

Dalam tuduhan kedua, Sazali dituduh menerima RM150 dari Mohd Asri untuk memulangkan kad pengenalan miliknya pada jam 7 petang hari yang sama di sebuah restoran di Kuah.

Tertuduh didapati bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16 (b) dan Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan denda 5 kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.

Timbalan pendakwa raya SPRM, A. Hafiizh Abu Bakar manakala Sazali diwakili oleh peguam Datuk Naran Singh. — EdisiRakyat.com, 7 Januari 2018

Rompakan kedai emas "terbantut" kerana mangsa laungkan azan

$
0
0
ROMPAKAN sebuah kedai emas di Jalan buluh Kubu, Kota Baru dilaporkan "terbantut" selepas perompak terdengar pemilik kedai berkenaan mula melaungkan azan.

Dalam kejadian yang berlaku pada 9.20 pagi hari ini, pemilik kedai, anak perempuannya dan seorang ustaz berada dalam sebuah bilik di dalam kedai tersebut menjalankan rutin harian pembelajaran Al-quran.

Menurut anak perempuannya, yang dikenali sebagai Yuni, seorang lelaki bersenjatakan sebilah parang tiba-tiba menerjah masuk ke dalam bilik dan meminta mereka menyerahkan segala barang berharga.

"Ibu saya terkejut, secara tiba-tiba melaungkan azan. Perompak itu yang nampak terperanjat, berundur ke belakang dan berlalu pergi dengan hasil rompakan awal dalam tangannya, bernilai kira-kira RM40,000," kata remaja berusia 18 tahun itu.

kedai emas

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik dilapor telah mengesahkan kejadian tersebut. Menurutnya pihak polis kini sedang mencari suspek yang dipercayai berusia lingkungan 30-an. — EdisiRakyat.com, 8 Januari 2018

Tiga termasuk remaja perempuan ditahan kerana merompak

$
0
0
POLIS di Kepala Batas, dilapor menahan tiga orang termasuk seorang remaja perempuan kerana merompak seorang warga asing dengan mengugutnya menggunakan pisau.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, tangkapan itu dijalankan susulan satu aduan dibuat pada pukul 12.30pm oleh seorang lelaki warga Pakistan yang mengadu dirompak oleh 4 individu.

Berdasarkan aduan, seramai empat individu datang menaiki dua motosikal dan mengugut untuk mencederakan mangsa menggunakan pisau dan meminta barangan berharga miliknya.

"Bertindak atas aduan tersebut, kami telah menahan dua lelaki berumur 18 dan 21, di Permatang Sungai Dua, sebelum mereka kemudiannya membawa kami kepada seseorang remaja perempuan yang turut ditahan. Remaja itu dipercayai adalah rakan sejenayah,"

jenayah

"Semasa siasatan, dua lelaki berkenaan mengaku melakukan jenayah tersebut sementara remaja perempuan itu pula terlibat dengan satu lagi kes serupa bersama mereka,"

"Mereka mempunyai seorang lagi rakan subahat yang masih bebas," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Kedua-dua lelaki tersebut didapati positif dadah dan salah seorang daripada mereka mempunyai rekod lampau kesalahan berkaitan bahan terlarang itu.

Ketiga-tiga mereka akan direman sehingga 14 Januari untuk siasatan lanjut.

Kes berkenaan disiasat di bawah kesalahan samun berkumpulan dan cubaan membunuh atau mendatangkan kecederaan parah. — EdisiRakyat.com, 8 Januari 2018

MRSM Gerik, Perak dilanda keracunan makanan

$
0
0
KERACUNAN makanan dilaporkan berlaku di Maktab Rendah Sains Mara di Gerik, Perak melibatkan seramai 23 pelajar sekolah jenis asrama penuh berkenaan.

Seramai 23 pelajar itu yang terdiri daripada 11 orang lelaki dan 12 perempuan, mengalami simptom ringan dan telah diberikan rawatan pesakit luar.

Pengerusi Eksekutif Jawatankuasa Kesihatan Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon dilaporkan sebagai berkata para pelajar berkenaan mula menunjukkan simptom keracunan makanan sejak pagi tadi.

Mah Hang Soon

"Kami telah menerima satu laporan tentang kes-kes keracunan makanan dari Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Perak, pada jam 12:45pm hari ini," katanya melalui satu kenyataan yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp.

"Bagaimanapun, simptom mereka adalah ringan dan tidak ada pesakit yang dimasukkan ke wad,"

Menurut Dr Mah, pihak berkuasa mengesaki keracunan makanan Mungkin berpunca daripada hidangan spaghetti yang diberikan kepada para pelajar pada malam Ahad lalu.

Namun katanya Pejabat Kesihatan Hulu Perak akan terus menyiasat punca sebenar wabak berkenaan.

Setakat ini katanya pihak berkuasa, telah mengambil langkah segera menutup kantin hostel maktab berkenaan buat sementara waktu.

"Kami sudah menutup kantin berkenaan di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit-penyakit Berjangkit 1988."

"Kantin berkenaan akan ditutup sehingga kami selesai mengambil segala tindakan yang perlu,"

"Pihak berkuasa Hulu Perak juga telah menjalankan program-program pendidikan kesihatan di kalangan pelajar dan kakitangan maktab berkenaan,"

Maktab tersebut mempunyai seramai 444 pelajar, termasuk 207 lelaki dan 237 perempuan. — EdisiRakyat.com, 9 Januari 2018

SPRM serbu beberapa pejabat Kerajaan Negeri Pulau Pinang

$
0
0
SEPASUKAN anggota dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini dilaporkan telah menyerbu beberapa pejabat agensi kerajaan di Komtar, Pulau Pinang berhubung siasatan projek terowong bawah laut kerajaan negeri bernilai RM6.3 billion.

The Malay Mail memetik kenyataan seorang pegawai dari SPRM Putrajaya mengesahkan bahawa pasukan berkenaan telah melawat beberapa pejabat di Pulau Pinang untuk mengumpul maklumat berhubung siasatan projek terowong bawah laut itu.

"Kami telah menyerbu pejabat-pejabat dan kami hanya mengambil beberapa dokumen untuk membantu siasatan,"

Difahamkan pasukan berkenaan memulakan siasatan pagi ini dan telah pergi ke Jabatan Kerja Raya, Jabatan Tanah dan Galian di Komtar, serta pejabat sebuah syarikat pembinaan.

Timbalan Pengarah SPRM (Operasi) Datuk Seri Azam Baki dilapor memberitahu Berita Harian bahawa pasukan tersebut telah merampas sebahagian dokumen-dokumen di dalam serbuan terhadap pejabat-pejabat pagi ini untuk mendapatkan informasi berkenaan projek terowong bawah laut itu.

Azam Baki

Beliau dipetik sebagai berkata, serbuan itu dibuat berdasarkan bukti baru yang telah dihantar kepada agensi anti rasuah itu baru-baru ini.

Pada hari Sabtu lalu, Parti Cinta Malaysia membuat laporan kedua mendakwa mempunyai bukti baru berhubung projek terowong bawah tanah kepada SPRM di Putrajaya.

Pembinaan terowong bawah laut sepanjang 7.2 km itu telah diberikan kepada Consortium Zenith, dicadang untuk menghubungkan Gurney Drive di pulau berkenaan ke Bagan Ajam di Butterworth sebagai sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Kajian kebolehlaksanaan terowong berkenaan telah ditangguh hampir dua tahun, dan pada bulan Oktober lalu, Consortium Zenith mendakwa tiada keperluan untuk tergesa-gesa kerana projek berkenaan hanya dijangka akan dimulakan dalam tahun 2023. — EdisiRakyat.com, 9 Januari 2018

Rasuah bola sepak: wanita berpangkat datuk pula ditahan SPRM

$
0
0
SEORANG wanita, ahli perniagaan berpangkat datuk, berusia 47 tahun dilapor merupakan individu ketiga ditahan di Seremban oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan mengatur perlawanan bola sepak.

Wanita berkenaan yang juga merupakan individu yang menaja sebuah kelab bola sepak amatur, ditahan hari ini di ibu pejabat SPRM negeripada jam 2:30pm.

Portal NST memetik sumber yang memaklumkan, wanita berkenaan dipercayai telah membayar pasukan lawan, melalui pengurus kelabnya, bagi memastikan pasukannya menang dalam perlawanan Liga Bolasepak Rakyat (LBR) dalam bulan November tahun lalu.

Lokap SPRM

"Pasukan wanita berkenaan menang besar dalam perlawanan tersebut, sekaligus menimbulkan rasa curiga seterusnya satu laporan telah dibuat kepada SPRM," kata sumber berkenaan.

Individu pertama yang ditahan adalah jurulatih bola sepak berusia 40 tahun. Suspek telah ditahan selama lima hari bermula 5 Januari. Dua hari kemudian, Suruhanjaya itu memperolehi perintah tahanan reman terhadap pengurus pasukan berusia 38 tahun.

Pengarah Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abdul Ghani dilapor telah mengesahkan penahanan ahli perniagaan wanita tersebut.

Katanya wanita itu dijangka akan dibawa ke Mahkamah Khas Reman esok. — EdisiRakyat.com, 10 Januari 2018

Bayi 4 bulan maut wajah tertutup kain bedung

$
0
0
SEORANG bayi yang baru berusia 4 bulan maut selepas dikatakan sesak nafas apabila wajahnya tertutup dengan kain bedung ketika sedang tidur di rumahnya di Sungai Besi Kuala Lumpur.

Bayi malang itu dikejarkan ke Hospital Tuanku Muhriz di Cheras sebaik sahaja ibu bapanya menyedari bayi mereka tidak sedarkan diri pada pukul 7.30am.

Ketua polis Cheras, Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, doktor telah berusaha untuk menyedarkan semula bayi berkenaan selama 15 minit, namun tiada sebarang tindak balas.

"Bayi itu telah disahkan meninggal dunia," katanya.

Pihak polis telah merakam kenyataan dari doktor, yang mengatakan bahawa bayi berkenaan mati akibat Sindrom Kematian Mengejut.

Bayi itu yang dalam keadaan dibedung, dan tidur di atas katil yang sama dengan ibu bapanya, dipercayai sesak nafas selepas kain bedung yang membalut badan tertutup di wajahnya.

bedung

Pemeriksaan yang dibuat ke atas bayi itu mendapati tiada sebarang kecederaan fizikal, sekaligus mengesahkan kematian itu tidak melibatkan sebarang elemen jenayah — EdisiRakyat.com, 10 Januari 2018

Salji turun kali ketiga di Gurun Sahara dalam 40 tahun

$
0
0
SALJI dilaporkan turun di Gurun Sahara, sehingga menyebabkan bukit-bukit berpasir di kawasan berkenaan dilitupi lapisan ais setebal 40cm.

Salji yang mula turun di sebuah pekan Algeria bernama Ain Sefra pada awal pagi hari Ahad, memberi peluang kepada kanak-kanak saling berlumba menuruni curam-curam bukit lapor sumber berita Independent.

Bagaimanapun, peningkatan suhu kawasan berkenaan kemudiannya mencairkan lapisan salji tersebut hanya dalam masa sehari.

Ini merupakan kali ketiga dalam masa 40 tahun pekan berkenaan yang juga dikenali sebagai "gerbang ke Gurun Sahara" ditimpa salji.

salji gurun sahara

Dalam tahun 1979, satu kejadian ribut salji selama setengah jam telah menghentikan lalu lintas. Dua tahun lalu, kawasan berkenaan turut ditimpa salji, dan pekan itu sekali lagi melihat salji turun tahun lalu.

Salji di Sahara "jarang berlaku, tapi ada," lapor Independent yang memetik kenyataan seorang jurucakap.

"Kelihatan gambar-gambar bersalji ada diambil di kawasan tinggi wilayah utara, menuju ke daerah pergunungan Atlas, maka tidak mengejutkan kawasan ini boleh menyaksikan sedikit salji jika keadaan mengizinkan,"

"Dengan keadaan Eropah pada masa ini, yang memberikan kami cuaca sejuk sepanjang minggu, tiupan angin sejuk arah selatan ke kawasan tersebut dan sedikit kelembapan akan membawa salji," katanya.

salji sahara

Ain Sefra diasaskan dalam tahun 1881, merupakan pekan tinggalan Perancis, mempunyai suhu purata paling tinggi 37C ketika musim panas, dan pernah mencatatkan rekod suhu -10.2C ketika musim sejuk. — EdisiRakyat.com, 10 Januari 2018

Sekali sedutan lebih dari cukup untuk anda jadi penagih rokok — Kajian

$
0
0
MENURUT satu kajian, hanya dengan sekali sedutan sudah lebih dari cukup untuk menjadikan anda seorang penagih rokok.

Lebih dari dua per tiga individu yang cuba merasai tembakau kali pertama terus menjadi penghisap rokok harian lapor Daily Mail.

Tabiat merokok di kalangan lebih 215,000 individu telah dianalisis oleh beberapa pasukan penyelidik di Queen Mary, University of London, menggunakan pangkalan data global.

Mereka mendapati, seramai 60.3 peratus individu hanya mahu mencuba merasai rokok daripada seramai 68.9 peratus yang kemudiannya terus menjadi perokok tegar.

perempuan merokok

Ketua penyelidik, Prof. Peter Hajek, seorang ahli psikologi di Queen Mary berkata, 

"Ini merupakan kali pertama bukti luar biasa menunjukkan kesan rokok hanya selepas cubaan kali pertama berjaya didokumenkan dari kumpulan data yang begitu besar,"

"Kami mendapati bahawa kadar pertukaran di antara 'perokok kali pertama' kepada 'perokok harian' adalah begitu tinggi, ia membantu mengesahkan betapa pentingnya mengelak dari mencuba rokok dari awal," katanya.

Kajian yang dijalankan sebelum ini menyatakan bahawa rokok adalah sesuatu yang asing di mana kebanyakkan orang mengakui tidak suka dengan rasanya pada kali pertama sedutan — namun tetap menjadikan ia rutin.

Namun Prof Hajek, yang turut memberikan khidmat nasihat serta menerima dana penyelidikan daripada pembuat ubat berhenti merokok berkata, ketagihan segera ini tidak kelihatan kepada rokok elektronik.

rokok elektronik

"Adalah jelas bahawa sangat sedikit individu tidak menghisap rokok yang mencuba rokok elektronik bertukar kepada 'vapers', sementara sejumlah besar individu tidak merokok yang cuba merasai rokok biasa, telah bertukar kepada perokok harian," tambahnya.

"Kehadiran nikotin jelas sekali tidak menceritakan segala-galanya," katanya.

Penyelidik berkata, satu kemungkinan yang menjadi kelemahan di dalam kajian, diterbitkan oleh Kajian Nikotin dan Tembakau, mungkin adalah orang ramai tidak ingat secara tepat sejarah mereka menghisap rokok.

Laporan itu muncul selepas Komuniti Sains dan Teknologi semalam ditunjukkan dengan bukti betapa selamatnya rokok elektronik.

Ejensi Kawalan Perubatan dan Produk Kesihatan memaklumkan kepada Ahli-ahli parlimen Britain bahawa rokok elektronik akan meningkatkan kesihatan awam sekiranya ia menjadi satu jalan keluar dari ketagihan rokok untuk sejumlah besar perokok dewasa.

Namun ia tidak membuka jalan merokok di kalangan kanak-kanak dan individu tidak merokok atau menimbulkan risiko baru terhadap kesihatan. — EdisiRakyat.com, 10 Januari 2018

Ketua Pembangkang Pulau Pinang enggan bertanding pada PRU14

$
0
0
KETUA Pembangkang Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid dilaporkan berkata penggal kali ini merupakan yang terakhir bagi dirinya sebagai Adun Teluk Ayer Tawar, kerana beliau mahu calon-calon lebih muda bertanding pada pilihan raya umum ke 14.

Katanya beliau telah menulis surat kepada pimpinan parti meluahkan hasratnya untuk memberi jalan kepada pemimpin lain bertanding di kerusinya dalam pilihanraya umum akan datang.

"Sudah sampai masa saya bersara dan beri jalan kepada calon lebih muda dan bertenaga untuk mempertahankan kerusi Barisan Nasional ini," kata beliau kepada wartawan dalam sebuah majlis di Politeknik Seberang Perai hari ini.

Wanita berusia 67 tahun itu kali pertama menjadi ahli dewan negeri pada tahun 1995 sebelum beliau dilantik sebagai Exco Jawatankuasa Sukan, Pemuda, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat dari tahun 1999 hingga 2008.

jahara hamid

Beliau berjaya mempertahankan kerusinya pada tahun 2008 ketika Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri. Beliau menjadi ketua pembangkang negeri pada tahun 2013.

Katanya, sudah sampai masa untuk memberi peluang kepada orang lain untuk mempertahankan kawasannya, namun beliau akan kekal sebagai penasihat semasa kempen pilihanraya.

"Walaupun saya tidak akan bertanding, sebagai Ketua Wanita Umno Tasek Gelugor, saya akan terus membantu calon yang dipilih bagi memastikan kemenangan selesa kawasan ini," katanya.

Menurutnya, beliau telah membawa perubahan dan kemajuan ke DUN Teluk Ayer Tawar selama 24 tahun berkhidmat meskipun berdepan cabaran-cabaran di bawah pentadbiran Pakatan Harapan.

"Sebelum 2008, Saya telah memperbaiki infra struktur untuk rakyat seperti ruang niaga 200 gerai untuk penjaja, dan jeti nelayan bernilai RM40 juta di Bagan Ajam," katanya.

Bagaimanapun dakwanya, projek jeti nelayan fasa kedua, untuk membina ruang simpanan sejuk, sebuah pejabat untuk Persatuan Nelayan, sebuah restoran makanan laut dan sebuah pasar untuk nelayan telah dibatalkan selepas pentadbiran baru mengambil alih negeri.

"Rancangan saya untuk membina dewan besar orang ramai tidak dapat diteruskan walaupun saya telah mendapat tanah dan peruntukan disebabkan kerajaan negeri pada masa ini tidak meluluskannya," kata beliau.

Menyebut tentang penggantinya yang bakal berdepan dengan calon dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), katanya rakyat tahu untuk mengundi siapa.

"Rakyat tahu semuanya tentang janji-janji kosong kerajaan negeri DAP yang gagal ditunaikan, dan mereka tahu bahawa PPBM akan buat perkara yang sama untuk mengundi dengan bijak," tambahnya. — EdisiRakyat.com, 10 Januari 2018

Lelaki cuba lupuskan mayat remaja 13 tahun direman

$
0
0
PIHAK Polis dilaporkan menahan reman seorang pekerja sebuah kedai perabot di Piawai, Miri bagi membantu siasatan pembunuhan remaja perempuan berusia 13 tahun.

Pegawai kanan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Asisten Komisioner Datuk Dev Kumar dipetik sebagai berkata, tahanan reman selama tujuh hari terhadap suspek berusia 33 tahun dari Kuala Lumpur dikeluarkan oleh Majistret Zuraini Ali Musa di Mahkamah Majistret Miri pada hari rabu (10 Jan).

Berhubung motif pembunuhan, katanya pihak polis masih lagi menyiasat mengapa suspek dan mangsa berusia 13 tahun bertengkar.

"Ibu mangsa berusia 35 tahun yang bekerja di sebuah salon rambut, telah mengenali suspek selama dua tahun, namun baru menjalinkan hubungan dengan lelaki tersebut sejak tahun lalu," katanya seperti yang dipetik oleh Bernama.

Mangsa dipercayai telah dicekik di sebuah rumah sewa di Permyjaya, Miri sekitar jam 11 am pada hari Selasa, di mana dia tinggal bersama dengan kakaknya, ibu dan suspek.

Menurutnya lagi, kejadian itu berlaku ketika mangsa berseorangan bersama dengan suspek ketika kedua-dua ibu mangsa dan kakaknya masing-masing sedang bekerja dan bersekolah.

Katanya mangsa dikatakan dicekik sehingga mati ketika pertengkaran tersebut sebelum mayatnya dihumban ke dalam bonet sebuah kereta, untuk dilupuskan di sekitar Kuala Baram.

lupus mayat

Bagaimanapun suspek telah ditemui oleh pihak polis dari Balai Polis Miri, yang sedang melakukan rondaan. Suspek dilapor cuba melarikan diri dari tempat kejadian namun berjaya ditangkap di sebuah persimpangan berdekatan pelabuhan Miri pada jam 5.55pm hari Selasa. — EdisiRakyat.com, 11 Januari 2018

Dalang seludup Warga Bangladesh disenarai hitam ditahan

$
0
0
JABATAN Imigresen dilaporkan telah menahan seorang lelaki warga Bangladesh yang dikenali sebagai 'Abang Bangla' di Alam Megah, Shah Alam pada hari Jumaat kerana menjalankan sindikit menyeludup warga asing yang telah disenarai hitam masuk ke negara ini.

Ketua Pengarah jabatan itu Datuk Seri Mustafar Ali, dilaporkan berkata lelaki tersebut telah ditahan dalam satu operasi pada jam 2.00am.

Katanya seramai 50 lagi warga Bangladesh berusia antara 20 dan 45 ditahan oleh sepasukan penguatkuasa ketika serbuan di sebuah lagi premis di Shah Alam.

mustafar

"Kami juga telah menahan seorang lelaki yang dipercayai membantu Abang Bangla dalam sindiket tersebut,"

"Siasatan awal kami menunjukkan bahawa Abang Bangla, atau nama sebenarnya Abdur Rauf, telah mula menyeludup warga asing di senarai hitam ke Malaysia sejak 8 bulan yang lalu,"

"Minta daripada mereka sebelum ini telah melakukan kesalahan imigresen di negara ini dan telah menjalani hukuman," kata Mustafar kepada wartawan dalam satu sidang media.

Menurutnya modus operandi sindiket tersebut adalah dengan membelikan tiket-tiket penerbangan untuk warga asing di senarai hitam dari Dhaka ke Jakarta.

Dari Jakarta warga asing berkenaan akan memasuki Malaysia melalui jalan-jalan haram yang dikenali sebagai "laluan tikus."— EdisiRakyat.com, 12 Januari 2018

Viewing all 888 articles
Browse latest View live