Quantcast
Channel: EdisiRakyat
Viewing all 888 articles
Browse latest View live

Anggota polis ditangkap sedang mencuri di rumah rakan sekerja

$
0
0
SEORANG anggota polis yang bertugas dengan bahagian pengangkutan di IPD Jasin ditahan ketika sedang mencuri dalam rumah seorang lagi anggota polis lain di Kuaters Polis Batu 6 Jasin.

Dalam kejadian pada 9.45 pagi hari Ahad itu, pemilik rumah yang juga merupakan seorang anggota polis bertugas di IPD Melaka bahagian gudang senjata, mendapati pintu gelongsor rumahnya terbuka namun pagar utama masih dalam keadaan berkunci.

Mangsa kemudian dilapor bertindak masuk ke dalam rumahnya melalui pintu belakang dan terkejut apabila terserempak dengan pencuri yang sedang melakukan perbuatan jenayah.

IPad Jasin
Suspek bertugas di bahagian logistik IPD Jasin, Melaka

Suspek yang dilihat bersama beg sandang di dalam rumah kemudiannya ditahan oleh pihak polis.

Menurut sumber yang dipetik oleh thesundaily.my pemilik rumah ada bertanya kepada suspek bagaimana dia boleh masuk ke rumahnya.

"Pemilik rumah juga telah memeriksa beg sandang tersebut dan menemui barangan milik keluarganya, Pasukan sokongan telah dipanggil dan suspek diserahkan ke Balai Polis Jasin untuk siasatan lanjut," katanya.

Antara barang-barang yang dirampas kembali dari saspek adalah, telefon bimbit, kabel pengecas, powerbank, laptop dan banyak lagi.

Kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana kesalahan pecah rumah.

Difahamkan suspek sebelum ini pernah disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Ketua pengarah Polis Negeri, Datuk Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi telah mengesahkan kejadian itu.

Satu kejadian serupa yang tular sebelum ini pernah berlaku pada 13 Oktober di mana seorang pegawai tinggi polis ditangkap kerana cuba mencuri di rumah jirannya di Taman Bangi Avenue, Kajang — EdisiRakyat.com, 29 November 2017

Jahil ibu bapa tolak pendidikan seks untuk anak — Prof Muhaya

$
0
0
PAKAR motivasi terkenal, Prof Datuk Muhaya Mohamad dilapor berkata, jahil bagi ibu bapa yang menolak pendidikan seks untuk anak-anak mereka.

"Anak-anak dan ibu bapa kena ada ilmu ini, kena tahu pegang di ,mana boleh dan tak boleh, sebab itu ibubapa yang tolak ilmu ini adalah jahil," katanya seperti yang dipetik oleh Sinar Harian.

"Rugi kalau ibu bapa tidak bersetuju sebab bila tidak diajar atau ajar secara berkias-kias, sebab itulah wujud interpretasi yang tidak betul," katanya.

Pendidikan seks dilihat penting dalam usaha untuk mencegah berlakunya kes-kes rogol yang makin meningkat khususnya buat anak-anak bawah umur.

"Kita ajar secara objektif lah, macam kehidupan di mana ada rambut, mulut kepala dan sebagainya begitu jugalah dengan pendidikan seksual ini jangan sensasikan macamlah ia perkara negatif,"

"Saya lihat ramai yang tidak ambil kisah ilmu 'parenting' yang mereka tahu nak anak sahaja tapi selebihnya tidak ambil peduli."

"Anak ini amanah daripada Allah, kena jaga dengan sebaiknya. Ramai yang tidak sedar perkara ini sebab itu soal penjagaan anak diambil lewa sahaja," katanya. — EdisiRakyat.com, 29 November 2017

prof Muhaya

Durian diraja ASFA50 bakal kalahkan Musang King

$
0
0
DURIAN jenis baru yang dinamakan sebagai ASFA50 kini diperkenalkan di Malaysia yang katanya bakal mengalahkan status "Musang King" sebagai durian paling enak.

Durian itu dikatakan "baru dan jarang ditemui" selain ia dikatakan "80 peratus kurang bergas" sekaligus menyebabkan baunya lebih ringan berbanding durian biasa dan sesuai untuk penggemar durian yang memiliki perut sensitif.

Kelebihan itu juga dipercayai membolehkan durian jenis baru itu untuk menembusi pasaran global.

Menerusi catatan di Facebook, Super Tech Industrial mendakwa, durian ASFA50 hanya mengambil masa selama 3 tahun untuk berbuah berbanding Musang King atau Mao Shan Wang yang memerlukan tempoh matang sehingga 9 tahun.

"Tingginya hanya tiga atau empat meter, berbanding 15 meter bagi pokok durian biasa dan ia berbuah dua kali setahun," dakwa syarikat tersebut, sambil menambah bahawa pokok itu tidak meretakkan lantai ataupun bangunan.

ASFA50

Selain itu katanya, pokok-pokok kecil ASFA50 boleh ditanam di dalam pasu-pasu yang besar.

ASFA50 juga dilaporkan sudah mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail untuk diwartakan sebagai buah diraja Perlis pada 17 Mei lalu.

Sumber berita Singapura melaporkan, sekitar 5,000 anak pokok durian tersebut kini sudah dijual pada harga RM150 setiap satu kepada orang-orang terkenal Malaysia seperti mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

benih asfa50

Buah durian itu pula dijual pada harga RM60 sekilogram lapor The Star yang memetik kenyataan Ferri Anugerah Makmur, pemilik Super Tech.

ASFA50 diperkenalkan sempena ulang tahun ke-50 perkahwinan Sultan Perlis dan permaisuri Tengku Fauziah, ia telah diwartakan sebagai buah diraja kedua Negeri Perlis selepas mangga harum manis.

Gelaran ASFA50 itu sendiri merupakan singkatan kepada "Aniversary Sirajuddin Fauziah yang ke 50"— EdisiRakyat.com, 29 November 2017

Anggota polis dan tentera bergabung curi lembu dan kambing orang kampung

$
0
0
SEKUMPULAN penjenayah ditahan termasuk anggota polis dan tentera selepas dipercayai bergabung menembak dan mencuri lembu-lembu dan kambing dari sebuah ladang di Kampung Ulu lakai, Jelebu Negeri Sembilan.



Menurut Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superitendan Kamarul Rizal Jenal, suspek yang ditangkap telah menembak 2 ekor lembu dan 4 ekor kambing milik penduduk kampung dengan menggunakan senapang patah dan pistol.

Keenam-enam haiwan ternakan itu katanya mati sebelum suspek sempat memotongnya kepada dua bahagian dan memunggahnya ke dalam kenderaan milik mereka.



Suspek-suspek yang berusia di antara 29 hingga 54 tahun itu, dilaporkan telah menyamar sebagai kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan berpura-pura mahu menjalankan pemeriksaan.

"Setengah jam kemudian, suspek dilihat keluar dari kawasan ladang. Namun beberapa penduduk yang curiga dengan kehadiran mereka bertindak mengepung dan menahan kenderaan yang dipandu di laluan keluar," kata Kamarul Rizal dipetik oleh Harian Metro.



"Penduduk menjalankan pemeriksaan menemui semua haiwan berkenaan di ruang simpanan di bahagian belakang kenderaan," katanya.

Katanya lagi, penduduk telah menghubungi pihak polis dan sepasukan anggota polis telah dihantar ke lokasi berkenaan bagi menjalankan siasatan.

Hasil pemeriksaan pihak polis menemui senjata api, beberapa butir peluru hidup, kapak dan pisau di dalam kenderaan milik suspek.



Kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960. —EdisiRakyat.com, 30 November 2017

Dadah jenis baru boleh ubah manusia jadi "zombie" kata menteri

$
0
0
KERAJAAN hari ini dilapor memberi amaran kepada masyarakat tentang ancaman serius akibat penyebaran dadah dadah sintetik yang boleh mengubah mengambilnya berkelakuan seperti "zombie".

Menteri Kemajuan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim dilaporkan berkata, usaha dari semua pihak diperlukan untuk membanteras kehadiran dadah-dadah yang mengandungi bahan-bahan psychoactive yang boleh mengubah seseorang menjadi agresif atau seperti zombie.

Katanya Kementerian akan bekerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), jabatan narkotik polis, dan agensi-agensi berkaitan untuk menentang penggunaan dadah seperti ini.

Zombie dalam filem Resident Evil

"Pengurusan sekolah pun perlu mengambil langkah membanteras penggunaan dadah ini,"

"Peningkatan yang dilihat dalam masyarakat tempatan adalah membimbangkan, pengedar bahan-bahan seperti ini sudah menjadi lebih kreatif, malah memasukkannya dalam gula-gula untuk memancing para pelajar,"

"Kita juga akan menekankan tentang penggunaan 'najis dadah' dalam kempen kita untuk menunjukkan betapa serius isu ini dan bagaimana dadah boleh memberi kesan besar kepada masyarakat,"

"Kami sedar bahawa perkataan 'najis dadah' tidak digunakan secara meluas berbanding sebelum ini," katanya kepada wartawan seperti yang dipetik oleh NST.

Rohani turut menasihatkan orang ramai, terutama generasi baru supaya menjauhi dadah kerana ianya sukar untuk dipulihkan apabila seseorang sudah ketagih.

Sebelum ini dilaporkan negara berdepan ancaman baru bahan-bahan psychoactive yang boleh menghasilkan halusinasi lebih berbahaya.

Bahan-bahan ini dihasilkan dalam bentuk pil atau kapsul, ia boleh mengakibatkan individu yang mengambilnya menjadi aktif luar biasa, agresif dan gila. —EdisiRakyat.com, 3 Disember 2017

Penjenayah rompak bank guna tahi anjing

$
0
0
MEROMPAK gunakan senjata api biasa kita dengar, tapi lain pula ceritanya yang berlaku di Spanish Port City di Cartagena, apabila sekumpulan penjenayah menggunakan tahi anjing sebagai senjata untuk melakukan rompakan di sebuah bank.

Modus operandi mereka ialah dengan membuat kecoh supaya dapat memancing pengarah bank agar keluar dari biliknya.

Salah seorang dari penjenayah tersebut bertindak meletakkan tahi anjing di sebelah pintu masuk bank, manakala seorang lagi menimbulkan kekecohan tentang kehadiran tahi anjing itu.

Pada waktu itu, penjenayah yang lain pula menyelinap masuk ke dalam bilik apabila pengarah bank keluar dari biliknya untuk menyelesaikan kekecohan yang sengaja ditimbulkan.



Menurut keterangan polis yang mengendalikan kes, pengarah bank meninggalkan biliknya apabila mendengar jeritan salah seorang suspek,
"Jijiknya, mana pergi tukang cuci? Sangat memalukan, adakah kamu tak buat kerja?"
Pada masa yang sama, rakan jenayah yang lain masuk ke bilik pengarah dan mengambil segala benda berharga sebelum masing-masing meninggalkan bank berkenaan secara berasingan.

Jenayah terancang ini sangat unik di mana kumpulan penjenayah ini yang terdiri daripada 5 orang dari negara Colombia, Mexico dan Cuba dengan penampilan berbeza menyamar sebagai pelanggan untuk mengelirukan orang ramai dan pekerja bank.

Ada yang berpakaian seperti pegawai dengan memakai kemeja dan tali leher, seorang lagi memakai baju sukan serta bertopi besbol, ada yang kelihatan seperti wanita,  seorang pesara dan seorang lagi berambut panjang yang diikat seperti ekor kuda.

Kesemua mereka berpura-pura saling tidak mengenali antara satu sama lain.

Polis mengesahkan bahawa kelima-lima suspek yang berusia antara 21 hingga 61 itu kini sudah ditangkap.

Mereka merupakan penjenayah yang dikehendaki kerana tuduhan melakukan 15 jenayah di seluruh Sepanyol. — EdisiRakyat.com, 3 Disember 2017

Darah tersembur akibat luka ceaserian meletus, ibu trauma kesakitan

$
0
0
SEORANG ibu yang baru melahirkan mengalami mimpi ngeri apabila parut pembedahan ceaserian meletup sehingga tersembur cecair bercampur darah lalu mengenai ibu, dua anaknya serta syiling rumah.

Raluca Onicuic, 32, menceritakan detik-detik ketika luka pembedahan ceaserian terbuka selepas dua hari melahirkan anak.

Menurutnya, luka pembedahannya dicantum semula dengan staples tetapi dia mengalami alahan pada bahan logam menyebabkan dia kehilangan satu pain darah.



Beliau melahirkan anak pada 1 November lalu di Hospital Universiti Luton dan Dunstable tiga minggu awal dari tarikh kelahiran yang diberi.

Menurut Reluca lagi, staples itu sangat tidak selesa dan menyakitkan. Rasanya sangat perit dan mengerikan.

"Selepas staples itu dimasukkan, kulit saya mula merah terang dan meradang. Saya ditahan semalaman di hospital, tetapi doktor mengesahkan tiada pembentukan cecair di bahagian luka atau perkara yang perlu dirisaukan.

Saya dihantar pulang ke rumah terapi rasa sakit tu semakin meningkat sehingga saya tidak dapat mengendong anak saya.

Saya meminta ibu saya melihat bekas luka itu dan apabila saya menanggalkan seluar, parut saya meletup seperti belon air yang meletup di mana-mana dan cecair yang keluar darinya menyembur ke kaki, dinding dan siling rumah.



Percikan darah bercampur cecair itu juga mengenai ibu dan anak saya menyebabkan mereka terlalu terkejut dan tergamam.

Ia adalah darah bercampur cecair berwarna merah jambu yang berbau seperti ubat pembasmi kuman."

Raluca dibawa ke hospital di mana lukanya meletus buat kali kedua dan kali ini dia kehilangan lebih banyak darah berbanding 600 ml sebelum ini.

Pihak perubatan hanya menanggalkan staples tersebut setelah didesak oleh Raluca tetapi tiada tampalan baru dibuat.

Pihak perubatan hanya menampal dengan pelekat yang steril dan membenarkan Raluca pulang dan mengatakan bahawa luka itu akan sembuh dengan sendiri.



Kesakitan Raluca tidak berakhir di situ. Dia yakin parutnya pasti akan tampak besar dan dia mula merasa trauma.

"Saya sangat sakit, luka saya sangat menyakitkan.

Saya tidak boleh memandu, saya tidak boleh mandi, malah saya tidak boleh memegang anak-anak saya. Hidup saya sangat terganggu, walaupun ia hanya tiga minggu.

Pengalaman ini telah membuat saya sangat kecewa. Saya tidak mahu melihat doktor-doktor itu sekali lagi dan saya tidak akan pernah kembali ke hospital itu.", tambahnya lagi

Menurut jurucakap Luton dan Hospital Universiti Dunstable NHS Foundation Trust ketika diminta mengulas oleh sumber mengatakan, tidak mungkin staples telah menyebabkan masalah itu.

"Kami sangat kesal kerana Puan Raluca telah mengalami jangkitan selepas pembedahan. Staples yang digunakan dibuat daripada bahan lengai dan tidak mungkin boleh menjadi penyebab jangkitan."

Pihak yang bertanggungjawab merawat Raluca mengesahkan bahawa ketika Raluca berada di bawah pemantauan mereka, tidak ada petunjuk yang dicatatkan menjurus kepada alergi logam. — EdisiRakyat.com, 4 Disember 2017

Monorel Melaka mula beroperasi semula sejak 4 Disember 2017

$
0
0
BERITA baik buat warga Melaka dimana perkhidmatan monorel berdekatan sungai Melaka yang tertangguh sejak empat tahun lalu mulai beroperasi sejak semalam.

Datuk Bandar Melaka Bandaraya Bersejarah, Datuk Zainal Hussin, dipetik dalam Harian Metro berkata, "perkhidmatan monorel itu beroperasi mulai jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari dengan harga tiket di antara RM10 hingga RM15.

Bagi yang berminat untuk merasai pengalaman menaiki monorel bolehlah membeli tiket di kaunter aras 1 Bangunan Monorel, Stesen Tun Ali berhampiran Restoran Melayu Melaka.

Pada hari jumaat dan Sabtu pula, perkhidmatan akan dilanjutkan sehingga jam 12 tengah malam.

Buat masa ini perkhidmatan monorel yang dikendalikan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) itu hanya mempunyai satu gerabak yang boleh menampung seramai 24 penumpang dengan laluan sehala dan mengambil masa kira-kira 30 minit bagi jarak perjalanan sejauh kira-kira tiga kilometer", tambahnya lagi.

Walaupun jarak perjalanan hanya sejauh 3km, ia merupakan salah satu tarikan kepada penduduk tempatan dan pelancong kerana melalui kawasan- kawasan tumpuan yang menarik.



Laluan monorel bermula dari Stesen Tun Ali ke Taman Rempah seterusnya melalui The Shore dan ke Pirate Park diikuti Kampung Morten sebelum menuju kembali ke Stesen Tun Ali.

"Terdahulu perkhidmatan monorel ini yang menelan belanja RM16.5 juta untuk pembinaan terpaksa digantung perkhidmatannya berikutan kejadian dua penumpang yang juga pelancong dari Britain terkandas pada November 2011.

Ia bagi membolehkan penyelenggaraan dan penambahbaikan dibuat', katanya lagi.

Menurut sumber lagi, salah seorang penumpang yang sempat ditemubual , S Murugan, 51, dipetik sebagai mengatakan perkhidmatan monorel yang kembali beroperasi sejak terbengkalai pada 2013 itu sekali gus menepis dakwaan segelintir masyarakat yang kecewa dengan projek pelancongan ini yang dikatakan terbiar.— EdisiRakyat.com, 4 Disember 2017

Rakyat lelah dan marah kerana diperah kata Sheila Majid

$
0
0
KEADAAN ekonomi negara yang tidak stabil, dengan peningkatan harga barang dan kos sara hidup turut dirasai golongan artis. Penyanyi terkenal Sheila Majid turut meluahkan rasa kecewa melalui laman sosial.

"Makanan mahal, ringgit lemah, kos sara hidup tinggi dan peluang pekerjaan kurang. Rakyat Malaysia sedang lelah dan marah kerana diperah dengan hutang-hutang yang bukan kita buat."

"Berhentilah beri alasan dan mencari kesalahan. Tumpu kepada tugas untuk mengembalikan negara kita ke landasannya! Mengecewakan!" tulisnya melalui laman Twitter @SheilaMajid.

Luahan perasaan itu menerima sambutan luar biasa orang ramai di laman Twitter apabila menerima lebih 4,200 retweet ketika laporan ini ditulis.

Sheila Majid

Salah seorang pelakon terkenal, Sharifah Amani turut bersetuju dengan kenyataan itu.

"Long live Queen @SheilaMajid" tulisnya sambil memetik kembali kenyataan itu.

Sharifah Amani

Kebelakangan ini semakin ramai golongan penghibur, seperti pelakon, penyanyi dan pelawak tampil mengkritik keadaan ekonomi negara sekaligus menyampaikan suara rakyat bawahan yang merasa terbeban. — EdisiRakyat.com, 5 Disember 2017

Rakyat Malaysia kena penjara rakam video di tandas lelaki

$
0
0
SEORANG lelaki rakyat Malaysia dilaporkan sanggup masuk satu persatu tandas pasaraya yang terletak di Orchard Road, Singapura semata-mata untuk merakam video dan gambar lelaki di dalam bilik-bilik kecil tandas tersebut.

Lelaki itu dilaporkan telah merakam sekurang-kurangnya 40 gambar dan rakaman video berunsur lucah, termasuk aktiviti-aktiviti menjijikkan.

Pada hari rabu 6 Disember, Colin Teo Han dijatuhkan hukuman penjara selama 10 minggu dan denda S$4,000 (RM12,000) oleh sebuah mahkamah di republik itu, selepas mengaku bersalah atas 5 tuduhan menghasilkan filem lucah, empat tuduhan mengganggu ketenteraman awam, dan juga tuduhan memiliki satu filem lucah.

Sebanyak 30 lagi kesalahan-kesalahan serupa, telah dipertimbangkan semasa hukuman tersebut dijatuhkan terhadapnya.

Teo, seorang rakyat Malaysia yang bertugas sebagai eksekutif jualan, dengan sebuah syarikat farmaseutikal dilapor melakukan kesalahan-kesalahan tersebut pada 12 tarikh-tarikh yang berbeza di antara 8 Mac dan 9 September tahun lalu. Sekurang-kurangnya seramai 33 individu menjadi mangsa.

Timbalan pendakwa raya Jesintha Veijayaratnam memberitahu mahkamah bahawa Teo masuk ke bilik kecil tandas dan meletakkan telefon bimbitnya di sekatan dinding untuk merakam mangsa di bilik kecil tandas yang bersebelahan.

peep

Perbuatan itu akhirnya terbongkar selepas seorang lelaki menyedari telefon berkenaan sebelum mengambilnya. Terkejut apabila melihat gambar dirinya sedang kencing dalam telefon itu, mangsa segera memadam gambar-gambar tersebut.

Mangsa yang tidak boleh didedahkan identitinya atas arahan mahkamah, turut menyaksikan video-video lucah lelaki lain dalam tandas, segera melaporkan Teo kepada pihak pengurusan Paragon Mall. Satu aduan kepada pihak polis telah dibuat berhubung kes tersebut.

Antara video-video lucah yang ditemui bersamanya, terdapat dua video yang dirakam oleh Teo ketika dia berada di Jepun.

Timbalan pendakwa raya Yvonne Poon memberitahu mahkamah, "terdapat ancaman penyebaran" rakaman yang dimilikinya.

"Dia telah merakam kejadian itu, dan dia dengan sengaja menyimpannya," katanya.

Pihak pendakwaan yang diketuai oleh DPP Poon, meminta hukuman penjara 6 bulan dikenakan dengan alasan rakaman-rakaman tersebut "menjatuhkan maruah" mangsa, namun Hakim enggan merujuk perkara itu kepada perihal maruah.

Mahkamah diberitahu bahawa tiada sebarang peruntukan dalam undang-undang bagi kesalahan menjatuhkan maruah seorang lelaki.

Sambil menyebut bahawa Teo dituduh kerana kesalahan di bawah Akta Filem, hakim berkata perkara seperti itu adalah menjadi tanggungjawab parlimen untuk memutuskannya, dan beliau enggan merujuk kepada hujahan berkaitan maruah. —EdisiRakyat.com, 7 Disember 2017

Lelaki guna pemetik api bentuk pistol, menyamar jadi polis rompak warga asing

$
0
0
SEORANG lelaki guna pemetik api berbentuk pistol, dan memakai jaket gelap, berjaya memperbodohkan mangsa-mangsanya dengan menyamar sebagai anggota polis sebelum merompak mereka.

Bagaimanapun aktiviti jenayah itu dilaporkan tidak bertahan lama selepas pihak polis menangkapnya ketika cuba merompak mangsa yang sama buat kali kedua.

Menurut Ketua Polis Daerah Pendang, Superintendan Fadzil Hashim lelaki yang berusia 58 tahun itu, telah datang ke sebuah rumah kongsi di Sungai Tiang pada hari Isnin dan merompak wang berjumlah RM100 daripada seorang pekerja asing.

"Mangsa yang berusia 32 tahun menyangka lelaki itu adalah seorang anggota polis selepas dia menunjukkan pistol di pinggangnya. Suspek telah mengambil telefon bimbit milik mangsa dan meminta wang RM100," katanya.

pistol palsu
Pemetik api berbentuk pistol ada dijual di kedai-kedai tertentu

Kata Fadzil, mangsa telah membuat satu laporan polis di balai polis Sungai Tiang namun gagal mengenalpasti lelaki berkenaan.

Apabila "anggota polis" itu datang kembali ke rumah kongsi tersebut semalam, pekerja berkenaan dengan segera memberitahu penyelianya. Mereka kemudian bersama-sama menahan suspek dan menyerahkan kepada pihak polis.

"Siasatan awal menunjukkan lelaki berkenaan mempunyai 17 kes kes lampau termasuk 14 hukuman sejak tahun 1971," katanya.

Tambahnya lagi siasatan juga mendapati bahawa lelaki tersebut menyasarkan pekerja asing di Pendang dan daerah-daerah berdekatan.

Lelaki itu ditahan reman selama seminggu mulai hari ini dan siasatan terhadapnya dibuat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana merompak dan Seksyen 270 kerana menyamar sebagai seorang anggota polis. —EdisiRakyat.com, 7 Disember 2017

Kotak kasut 'bernilai' RM1 juta, bekas ketua polis ditahan

$
0
0
SEJUMLAH wang bernilai hampir 1 juta dan barang kemas ditemui di dalam kotak kasut dan peti besi di dalam satu serbuan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di rumah bekas Ketua Polis Daerah Taiping.

Penemuan itu susulan penangkapan Pegawai berpangkat Asisten Komisioner (ACP) yang kini bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak berusia 59 tahun yang ditahan kira-kira 7.30 petang Khamis lalu di Pejabat SPRM Perak untuk membantu siasatan atas kesalahan rasuah dan menyalahgunakan kedudukan.

Menurut sumber yang dilaporkan oleh Astro Awani, suspek juga menerima sejumlah wang bernilai RM70, 000 daripada seorang ahli perniagaan wanita melalui akaun isterinya dengan dua transaksi sejumlah RM20,000 dan RM50,000.



Ahli perniagaan wanita yang berkepentingan itu juga dilaporkan sumber telah memberikan sejumlah wang untuk majlis perkahwinan anak pegawai tersebut pada Februari lalu.

Susulan itu, ahli perniagaan wanita berusia 34 tahun dan isteri kepada pegawai tersebut yang merupakan suri rumah berusia 54 tahun turut ditahan.

Kesemua suspek kini direman lima hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16 (a)(A) ASPRM 2009.

Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abdul Ghani ketika dihubungi oleh sumber media mengesahkan tangkapan tersebut.—EdisiRakyat.com, 9 Disember 2017

Lelaki pulang ke rumah selepas 'mayatnya' dibakar dan dikebumikan

$
0
0
PIHAK polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kesilapan identiti mayat, yang mengakibatkan seorang lelaki bukan sahaja diistiharkan maut, malah keluarganya telah menjalankan upacara pengebumian serta membakar mayat seorang lelaki lain yang tidak dikenali kira-kira 7 bulan yang lalu.

Sakhon Sacheewa, seorang nelayan yang berusia 44 tahun pulang ke kampung pada hari ahad selepas selesai bertugas di atas kapal selama 14 bulan. Dia terkejut apabila mendapati keluarganya menyangka dia telah meninggal dunia, dan telah menjalankan upacara membakar mayat seorang individu tidak dikenali yang disangka adalah dirinya.

Jurucakap Balai Polis Nang Lerng di Bangkok, Colonel Kampanart Arunkhiriroj dilaporkan berkata, pihak polis telah mengikut segala prosedur di dalam melaporkan kematian seorang lelaki tidak dikenali yang mana mayatnya yang reput telah ditemui pada 20 Mei dalam sebuah bilik yang disewa di Daerah, Phra Nakhon.



Pihak polis telah menemui satu salinan kad pengenalan Thailand tanpa gambar, satu salinan kertas pendaftaran isi rumah, dan satu kad kakitangan sebuah syarikat keselamatan dengan nama Sakhon Sacheewa, sebelum menghantar mayat itu untuk bedah siasat di Hospital Vajiravudh.

Mayat lelaki tersebut telah disahkan mati akibat jangkitan di dalam perut dan ususnya, sebelum keluarga Sakhon dihubungi dan diarah mengambil mayat itu.

Selepas mendapati bahawa Sakhon masih hidup, pihak polis telah melancarkan satu siasatan terhadap identiti mayat tersebut.

Pihak polis juga meminta Sakhon membuat satu laporan polis berhubung kecurian dokumen miliknya supaya pihak polis boleh membatalkan sijil kematian yang dikeluarkan terhadapnya.

Sakhon dipetik sebagai berkata, sebelum ini seorang lelaki warga Myanmar telah mencuri kad pengenalan miliknya, dan dia telah membuat satu laporan berhubung perkara itu bagi mendapatkan kad pengenalan baru.

Sanak saudara Sakhon sebelum ini mendakwa mayat tersebut mempunyai gigi depan yang penuh dan jongang sedangkan mereka tahu Sakhon tidak mempunyai gigi depan.

Namun pegawai yang menjalankan bedah siasat bertegas bahawa mayat tersebut terlalu mereput untuk dikenal pasti, seterusnya mengarahkan mereka segera mengambilnya untuk menjalankan upacara keagamaan. — EdisiRakyat.com, 21 Disember 2017

Kehilangan tanah FELDA, rompakan di depan mata — Shamsul Iskandar

$
0
0
SAYA mengalu-alukan komitmen pihak polis menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat 'kehilangan' tanah milik Felda di Jalan Semarak yang telah dipindah milik kepada syarikat pemaju.

Perdana Menteri Najib Razak tempoh hari juga telah memberikan jaminan siasatan menyeluruh akan dijalankan sekiranya terdapat kecuaian atau salah laku oleh mereka yang terbabit.

Walaubagaimanapun, beberapa siri siasatan dijalankan terhadap penyelewengan ke atas institusi Felda sering berakhir dengan tiada tindakan susulan diambil selepas siasatan dijalankan.

Masih segar di ingatan rakyat Malaysia terutamanya peneroka Felda melihat Isa Samad tidak dikenakan apa-apa tindakan undang-undang selepas disiasat berhubung dengan penyelewengan pembelian hotel oleh Felda.

Kehilangan tanah Felda di Jalan Semarak ini merupakan rompakan yang berlaku di depan mata. Malang buat Felda kerana orang yang dijemput sebagai tetamu masuk ke dalam rumahnya dengan memberikan segala kepercayaan kepada tetamunya akhirnya membiarkan rumahnya tergadai akibat dicuri oleh tetamunya.



Saya ingin mengajukan beberapa persoalan sama ada apakah terdapat kelulusan oleh ahli lembaga badan pengarah Felda Investment Corporation (FIC) ke atas pindahmilik tanah Felda tersebut sehinggakan Shahrir Samad sendiri terpegun?

Kepada Shahrir Samad pula adakah beliau terpegun kerana baru sedar tanah telah dicuri hanya selepas 349 hari dilantik menjadi Pengerusi Felda?

Justeru, saya ingin menegaskan di sini bahawa tiada jalan penyelesaian bagi kes kehilangan tanah Felda selain pendakwaan dikenakan terhadap dalang dan perancang utama.

Najib Razak perlu memberikan jaminan tiada campur tangan politik akan berlaku demi memastikan pendakwaan akhirnya akan dikenakan kepada dalang di sebalik kehilangan tanah Felda tersebut.

SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Ahli Parlimen Bukit Katil
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat

Polis janji ambil tindakan terhadap Zakir Naik jika diminta oleh India

$
0
0
PIHAK Polis hari ini dilaporkan berjanji untuk mengambil tindakan dan prosedur yang perlu berdasarkan undang-undang sekiranya India menghantar permintaan untuk menangkap pendakwah dalam pelarian Dr Zakir Naik.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan bahawa pihaknya tidak ada menerima arahan untuk menangkap pendakwah kontroversi itu setakat ini.

"Setakat ini kita tidak menerima sebarang Arahan hitam-putih dari mana-mana pihak," katanya yang memberitahu Malay Mail melalui satu pesanan mesej.

"Kita telah melihat beberapa aspek termasuk undang-undang dan isu keselamatan berkait dengan kes tersebut sebelum satu tindakan dibuat,"



Agensi Penyiasatan Kebangsaan India (NIA) sebelum ini dilapor mahu menghantar satu permohonan bagi menangkap Dr Zakir yang dipercayai berada di negara ini.

Sumber berita Times of India yang berpengkalan di Mumbai melaporkan, berdasarkan perjanjian ekstradisi Malaysia dan India, sebaik sahaja Malaysia menerima permintaan tangkapan, ia perlu mengesahkan lokasi Dr Zakir dan menangkapnya sementara menunggu permohonan ekstradisi secara rasmi.

Awal bulan ini, pihak Interpol telah membatalkan notis merah terhadap Dr Zakir Naik seperti yang diminta oleh NIA.



Sumber berita tempatan India melaporkan NIA telah menjelaskan bahawa permohonannya sebelum ini telah ditolak kerana ia bersifat "pramatang" dan agensi itu belum memfailkan sebarang kertas pendakwaan terhadap Dr Zakir Naik pada masa itu.

NIA dilaporkan sebagai berkata akan menghantar satu lagi permohonan baru kepada Interpol, selepas satu kertas pendakwaan telah difailkan di sebuah mahkamah khas di Mumbai bulan lalu.

Pendakwah berusia 52 tahun itu dilaporkan dituduh di bawah Akta Aktiviti-aktiviti Haram India (Pencegahan) kerana mengetuai "pertubuhan haram," beliau juga dituduh menggalakkan anak-anak muda untuk melakukan tindakan ganas dan menyertai kumpulan kumpulan pengganas Global seperti Islamic State.— EdisiRakyat.com, 25 Disember 2017

Gadis urut 13 tahun dakwa dirogol pelanggan, didera penjaga

$
0
0
SEBUAH pusat kesihatan di Semenyih, Selangor kini disiasat berikutan dakwaan dera dan rogol terhadap salah seorang pekerjanya seorang kanak-kanak berusia 13 tahun.

Difahamkan gadis itu yang berasal dari sebuah keluarga susah telah dihantar ke pusat kesihatan tersebut dalam bulan April untuk belajar teknik mengurut dengan harapan dia dapat membantu ekonomi keluarganya.

Bagaimanapun muncul dakwaan mengatakan bahawa gadis itu telah didera oleh penjaga pusat urut berkenaan, selain mangsa turut dirogol oleh seorang pelanggan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Yusoff berkata butiran tentang kesengsaraan yang dialaminya muncul sejak Hari Khamis lalu apabila gadis terbabit dihantar ke Taman Cheras Permata untuk mengurut seorang pelanggan wanita.

Ketika sedang mengurut, pelanggan berkenaan ternampak kesan terbakar di tangan gadis itu.

"Wanita itu bertanya kepada gadis itu berkenaan kesan tersebut, dan gadis itu akhirnya membuka mulut tentang apa yang telah terjadi. Gadis itu mendakwa dia telah dicekik, ditumbuk, dan dipukul dengan senduk panas oleh wanita penjaga pusat kesihatan itu," katanya.

Wanita berkenaan lantas menghubungi sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) bagi memohon pertolongan. NGO tersebut kemudiannya telah membawa gadis itu untuk membuat satu laporan polis pada hari berikutnya.

Gadis itu turut memberitahu pihak polis bahawa dia telah dirogol oleh seorang pelanggan ketika memberikan perkhidmatan mengurut di Sri Petaling pada bulan Mei.

Menurut Dzaffir hasil pemeriksaan kesihatan yang dibuat di Hospital Selayang menunjukkan gadis itu mengalami kesan terbakar di bahagian badan, tangan dan mulut.

Penjaga pusat kesihatan itu telah ditahan pada 5:30 petang semalam selepas pihak polis merakam kenyataannya di ibu pejabat Polis Daerah.

Katanya lagi pihak polis juga akan mengambil kenyataan dari pemilik pusat berkenaan yang berusia 54 tahun yang kini dirawat di hospital berikutan masalah jantung.

Kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001. — EdisiRakyat.com, 26 Disember 2017

Mahkamah Tinggi putuskan pendakwaan terhadap Ketua Pemuda PKR berniat jahat

$
0
0

MAHKAMAH tinggi memutuskan, pendakwaan kali kedua terhadap Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad berhubung Blackout 505 dibuat dengan niat jahat 

Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim memutuskan perkara itu selepas membenarkan Nik Nazmi mengambil tindakan saman terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan kerajaan berhubung pendakwaan berniat jahat dan penyalahgunaan kuasa.

Mahkamah memerintahkan defendan pertama dan kedua (Abdul Gani dan kerajaan) membayar sejumlah RM230,000 ganti rugi am, teladan dan ganti rugi teruk dan juga RM100,000 ganti rugi kos.

Menurut Ahmad Zaidi, walaupun pihak pendakwaan mempunyai kuasa untuk mendakwa, hujah plaintif (Nik Nazmi) yang mengatakan pihak pendakwa mempunyai niat jahat tidak dapat dinafikan.

Beliau juga menyatakan bahawa testimoni saksi-saksi defendan tidak lebih dari sekadar khabar angin semata-mata.

Menurut hakim, tindakan Abdul Gani mengarahkan pendakwaan kali kedua terhadap plantif, walaupun Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 tidak selari dengan perlembagaan, dan kes berkenaan masih dibicarakan di Mahkamah Persekutuan, menunjukkan tidak hormat kepada keputusan mahkamah.

"Saya tidak faham bagaimana defendan pertama boleh mengarahkan plaintif untuk didakwa dibawah seksyen yang sama untuk kali kedua, dan apa yang mengejutkan arahan itu datang dari seorang yang penting," kata Ahmad Zaidi.

Kamal Azira Hassan, peguam kanan persekutuan, mewakili Abdul Gani dan kerajaan sementara Nik Nazmi diwakili oleh peguam Linda Yii.

Nik Nazmi mendakwa beliau telah dituduh semula di Mahkamah Seksyen selepas mahkamah yang sama sebelum itu telah membebaskannya atas kesalahan yang sama, berikutan Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Seksyen 9(5) APA tidak mengikut perlembagaan.



Plaintif kali pertama dituduh pada 17 Mei 2013, didakwa mengambil bahagian dalam satu perhimpunan haram di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya sekitar jam 8.30 malam pada 8 May tahun yang sama.

Mahkamah telah membebaskannya pada 5 Mei 2014, dan beliau didakwa semula pada keesokkan hari. Mahkamah bagaimanapun kemudiannya membebaskan beliau pada hari yang sama. — EdisiRakyat.com, 26 Disember 2017

Wakil rakyat guna duit gaji bantu penduduk jadi usahawan

$
0
0
MESKIPUN tiada peruntukan yang diterima daripada kerajaan negeri, kerana dipilih menjadi wakil rakyat mewakili parti pembangkang, tidak menjadi halangan kepada Shamsul Iskandar, Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka untuk membantu penduduk di kawasannya.

Melalui Program diberi nama "Inisiatif Peduli Rakyat Parlimen Bukit Katil", Shamsul menggunakan sebahagian daripada duit gaji yang diterima sebagai ahli parlimen sejak 4 tahun lalu untuk memberikan kiosk perniagaan percuma kepada penduduk-penduduk kurang berkemampuan menjadi usahawan di kawasannya.

Pendekatan "memberi pancing, bukan ikan" itu kata Nur Arifah Asuan, penyelaras program tersebut, diharap dapat meningkatkan ekonomi golongan berpendapatan rendah di Bukit Katil.

kiosk

"Kita harap dapat membantu meningkatkan pendapatan isi rumah sekaligus membina budaya usahawan di kalangan penduduk kurang berkemampuan," katanya yang ditemui selepas sesi temubual bersama bakal penerima kiosk di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Katil semalam.

temubual

Tambahnya lagi, penerima yang layak tidak perlu membayar balik kiosk perniagaan yang bernilai RM5,000 setiap satu itu, namun disyaratkan untuk berniaga secara aktif dan menghasilkan seorang lagi usahawan lain.

"Kita ada mekanisma di mana setiap penerima mesti berniaga dan jadi usahawan berjaya, kemudian mereka perlu lahirkan seorang lagi usahawan seperti mereka,"

"Kita bukan sahaja beri kiosk perniagaan, malah kita berikan perkakas, bahan, peralatan, idea dan lain-lain. Penerima hanya perlu bawa badan untuk berniaga, kerana semua sudah disediakan,"

perkakas

"Selain itu, kita juga memberikan kursus kepada mereka cara mengendalikan perniagaan ini dari A sampai Z," jelasnya.

Tambahnya lagi, program pemberian kiosk perniagaan percuma itu diteruskan lagi selepas melihat kejayaannya sebelum ini yang dimulakan sejak Bulan Ramadhan tahun ini.

"Sambutan agak menggalakkan, maka program ini akan diteruskan untuk membantu lebih ramai penduduk di sini," katanya. — EdisiRakyat.com, 29 Disember 2017

Tukang gunting cabul pelanggan warga Australia ditahan

$
0
0
SEORANG tukang gunting dilaporkan ditahan kerana dipercayai telah mencabul seorang lelaki warga Australia semalam.

Kejadian itu dikatakan berlaku pada jam 12.30 tengah hari di sebuah calon yang terletak di sebuah pasaraya di Jalan Dr Lim Chwee Leong, Pulau Pinang.

Lelaki berusia 50 tahun itu dikatakan meraba dada dan menyentuh bahagian sulit pelanggannya ketika sedang membasuh rambut.

tukang gunting

Mangsa yang berusia 28 tahun itu kemudiannya segera membuat satu laporan polis berkenaan kelakuan tukang gunting tersebut.

"Kami telah menahannya, dan suspek akan direman sehingga 1 Januari untuk siasatan lanjut," kata kata ketua polis Daerah Utara Pulau Pinang, asisten komisioner Anuar Omar yang dipetik daripada kenyataan medianya yang dikeluarkan hari ini.

The case is being investigated under Section 354 of the Penal Code for assault with intent to outrage the modesty of the victim.

Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 354, Kanun Keseksaan kerana mencabul dengan niat menimbulkan kemarahan dan menjatuhkan maruah mangsa. — EdisiRakyat.com, 29 Disember 2017

PBT tidak sensitif dengan penat lelah anak muda Melaka

$
0
0
PIHAK berkuasa tempatan (PBT) disifatkan tidak sensitif dengan penat lelah anak muda Melaka serta tidak menghayati makna budaya dan kreativiti dalam perancangan bandar.

Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar meluahkan rasa "marah dan geram" berhubung tindakan PBT yang dilapor telah "memusnahkan" kawasan riadah diusahakan oleh anak muda dari kawasan terbiar.

"Anak muda ini sanggup belanja duit sendiri, bersih dan ceriakan tempat itu, dari kawasan terbiar dan busuk, jadi ceria dan jadi tumpuan ramai, ini pengorbanan yang patut kita hargai,"

Shamsul Iskandar

"Pihak berkuasa dan kerajaan negeri Melaka sepatutnya sokong usaha mereka, beri lebih banyak peruntukan, bukan musnahkan hasil penat lelah mereka," tegas Shamsul yang dihubungi EdisiRakyat semalam.

Ditanya apakah tindakan bakal diambil Pakatan Harapan sekiranya berjaya memerintah Melaka pada pilihanraya umum tidak lama lagi, Shamsul berjanji akan memastikan kawasan itu digazet sebagai pusat kreativiti anak muda.

"Kita akan gazetkan kawasan itu sebagai pusat kreativiti anak muda, kita akan salurkan peruntukan untuk mereka melakukan aktiviti sihat," katanya yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan Melaka.

Kelmarin media melaporkan usaha sekumpulan anak muda yang mengambil inisiatif mengubah kawasan bangunan bekas kilang dedak lama di Jalan Tun Ali, daripada sebuah tempat dipenuhi sampah dan menjadi sarang penagih, kepada tempat rekreasi untuk anak-anak muda.

Usaha dilakukan sejak dua tahun lalu dilaporkan berhasil apabila kawasan berkenaan menjadi tumpuan ramai penggemar sukan "skateboard" termasuk pelancong asing.

Bagaimanapun, kira-kira seminggu lalu, segala keceriaan itu dilaporkan telah hilang akibat 'dimusnahkan' pihak berkuasa tempatan (PBT) yang bertindak memadamkan semua lukisan grafiti.

Bahkan, beberapa kemudahan riadah di situ dilaporkan turut diangkut. — EdisiRakyat.com, 30 Disember 2017
Viewing all 888 articles
Browse latest View live