Quantcast
Channel: EdisiRakyat
Viewing all 887 articles
Browse latest View live

Berhenti merokok mampu menghilangkan stress dan tekanan

$
0
0
BERHENTI merokok mampu meredakan stress dan tekanan?Benarkah? Pasti soalan ini akan bermain di fikiran perokok tegar apabila dihadapkan dengan informasi seperti ini.

Ramai perokok memberi alasan bahawa mereka mahu menghisap rokok kerana merasa ia mampu mengurangkan ketegangan jiwa sehingga sukar bagi mereka untuk menghentikan kebiasaan tersebut. Tetapi, tahukah anda bahawa terdapat beberapa kajian yang membuktikan perkara ini adalah sebaliknya?

Satu kajian yang dijalankan di Britain membuktikan bahawa tahap rasa tertekan yang kronik boleh menurun apabila perokok berhenti dari kebiasaannya.

perokok

Kajian tersebut yang melibatkan 469 perokok yang cuba berhenti merokok setelah dimasukkan ke hospital kerana mengalami penyakit jantung.

Hasil kajian menunjukkan bahawa pesakit yang menjauhi rokok selama setahun mengalami penurunan dari tahap tekanan yang mereka rasakan, demikian yang dilaporkan oleh Reuters Health.

Berbeza pula dengan pesakit jantung yang terus merokok di mana tekanan dan ketegangan jiwa yang dialami tidak mengalami perubahan, menurut sebilangan pengkaji dari Barts and The London School of Medicine and Dentistry.

Terdapat satu kajian yang dilaporkan dalam Jurnal Addiction yang menyokong teori tersebut.

Satu kajian dilakukan kepada beberapa orang yang mana menunjukkan sebenarnya merokok menyumbang kepada penyebab rasa tertekan yang kronik.

Meskipun seseorang menganggap bahawa merokok dapat melepaskan rasa tertekan buat sementara semasa menghadapi situasi yang berat, namun sebenarnya merokok itu sendiri kemungkinan besar dapat menyebabkan rasa tertekan pada jangka panjang.

Dalam perkara ini, para pengkaji yang telah membuat penemuan ini mengatakan bahawa hasil kajian mereka menyokong idea bahawa kebergantungan pada rokok merupakan penyumbang rasa tertekan kronik sehingga mereka menyarankan bahawa berhenti merokok bukan sahaja bermanfaat untuk kesihatan fizikal perokok malahan juga untuk kesihatan mental perokok.

Saranan ini adalah sesuatu yang sangat baik untuk disambut kerana umum mengetahuki kandungan di dalam rokok itu adalah sangat tidak sihat dan bahaya untuk kesihatan bukan sahaja kepada perokok tetapi kepada mereka yang menghidu asap rokok tersebut.

Merokok menyebabkan sekitar 90% atau 9 daripada 10 dari semua kematian adalah akibat kanser paru-paru pada lelaki dan wanita.

Risiko kematian akibat merokok terus meningkat selama 50 tahun terakhir.

Tahukah anda apakah kandungan di dalam rokok?

Terdapat 4000 komponen kimia yang ditemukan di dalam rokok dan 250 di antaranya berbahaya bagi kesihatan manusia.


Beberapa bahan kimia berbahaya yang terkandung di dalam rokok adalah seperti:


kandungan rokok


Nikotin, kandungan yang kononnya mampu menyebabkan perokok berasa tenang. Nikotin boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah, denyut jantung, aliran darah ke jantung dan penyempitan pembuluh darah. Ia juga menyebabkan pengerasan dinding arteri yang boleh mengakibatkan serangan jantung.

Tar, yang terdiri daripada lebih 4000 bahan kimia yang mana 60 bahan kimianya bersifat karsinogen. Kandungan tar akan menempel pada paru-paru dan menyebabkan gigi bewarna coklat kekuningan.

Sianida, sebatian kimia yang mengandungi kumpulan siano.

Benzena, juga dikenali sebagai bensol, bahan kimia organik yang mudah terbakar dan tidak berwarna yang boleh menyebabkan leukimia.

Kadmium, logam yang sangat beracun dan radioaktif. Ia boleh mengganggu perbaikan DNA dan merosak lapisan pembuluh darah arteri dan menyumbang kepada kerosakan ginjal.

Metanol (alkohol kayu), alkohol yang paling ringkas yang juga dikenali sebagai metil alkohol.

Asetilena, merupakan sebatian kimia tak tepu yang juga merupakan hidrokarbon alkuna yang paling sederhana.

Amonia, boleh ditemui di mana-mana, tetapi sangat beracun dalam gabungan dengan unsur-unsur tertentu.

Formaldehid, cecair yang sangat beracun yang digunakan untuk mengawetkan mayat. Ia boleh menyebabkan kanser paru-paru.

Hidrogen sianida, racun yang digunakan sebagai fumigan untuk membunuh semut. Zat ini juga digunakan sebagai bahan pembuat plastik dan racun perosak.

Arsenik, bahan yang terdapat dalam racun tikus dan digunakan untuk mengawet kayu. Ia boleh menyumbang kepada pelbagai penyakit kanser.

Karbon monoksida, bahan kimia toksik yang ditemui dalam asap buangan kereta. Karbon monoksida akan menurunkan jumlah oksigen yang dibawa di dalam sel darah merah lalu meningkatkan jumlah kolesterol yang diserap ke lapisan dalam arteri sehingga boleh menyebabkan pengerasan arteri atau aterosklerosis.


Adakah bahan-bahan ini mampu menghilangkan stress yang anda sedang anda rasakan seperti yang anda percaya?

stress

Adakah anda benar-benar mahu bahan kimia seperti ini berada di dalam tubuh anda?

Fikir-fikirkanlah dan semoga ini menjadi penyebab anda lebih bersemangat untuk berhenti merokok demi diri anda dan orang-orang yang tersayang.— EdisiRakyat.com, 9 November 2017

Penyakit bronkitis, penyebab, gejala dan cara merawatnya

$
0
0
PERNAHKAH anda mendengar tentang penyakit bronkitis? Penting untuk mengetahui penyebab, gejala dan cara merawat penyakit ini kerana ia adalah penyakit yang kerap menyerang tanpa mengira usia.

Bronkitis ialah sejenis keradangan pada saluran pernafasan (tiub bronkiol) di dalam paru-paru.

Ia menyebabkan penyempitan serta menghilangkan fungsi pengembangan dan pengucupan salur pernafasan.

bronkitis

Dua fenomena akan berlaku iaitu hiposemia yang bermaksud kekurangan oksigen dalam darah dan hipercapnia iaitu penakungan bahan kumuh karbon dioksida yang tidak dapat dikeluarkan oleh paru-paru.


Terdapat dua bentuk bronkitis iaitu:

1. Bronkitis akut (berakhir dalam masa 3 hari hingga 3 minggu). Kanak-kanak seringkali mendapat jangkitan bronkitis akut.

2. Bronkitis kronik ( boleh berakhir sehingga 3 bulan dan menyerang semula untuk sehingga dua tahun atau lebih).


Terdapat dua jenis penyakit bronkitis iaitu :

1. CAD ( Chronic obstructive airways disease)

Ia berlaku kerana penyempitan saluran pernafasan secara kronik.

Proses pengembangan dan penguncupan salur pernafasan tidak sempurna tetapi tidak menjadi biru. (Pink puffers).

Pesakit yang terkena penyakit ini akan menjadi kurus kering dan kadangkala sukar bernafas.

kurus kering


2. IOAD ( Irreversible obstructive airways disease).

Ia adalah penyakit kelainan genetik kerana kekurangan antibodi antitripsia menyebabkan seseorang itu menderita emfisema pada usia muda.

emfisema

Kesannya, tisu paru-paru alveoli akan mengembang dan merosakkan dinding pundi pundi udara menyebabkan ianya hilang sifat keanjalan (elastik).

Biasanya pesakit ini, bertubuh gemuk dan mengalami masalah kesukaran bernafas yang tidak ketara.

Mereka kadangkala mengalami kebiruan pada mulut, jari dan bibir serta bengkak pada kaki dan badan. (Blue blotters).


Penyebab bronkitis

1. Bronkitis selalunya disebabkan oleh virus atau bakteria dan diburukkan lagi oleh beberapa faktor iaitu:

i) Tabiat merokok

ii) Pencemaran udara dari industri dan pembangunan

iii) Asap dari kenderaan

asap kenderaan

Apabila bahan bahan pencemar ini disedut ke dalam paru-paru secara berterusan, ia akan mengganggu saluran pernafasan seterusnya akan mengakibatkan keradangan dan pengeluaran mukus yang berlebihan.

Keadaan ini akan menyempitkan saluran pernafasan, menjadikannya mudah terdedah kepada sebarang jangkitan yang selalunya akan berulang dan menyebabkan kerosakan yang lebih teruk.

2. Jangkitan paru-paru yang berulang seperti pneumonia, virus dan TB.

3. Penyakit asma.

4. Alahan dan rentetan dari radang hidung atau resdung.

5. Kelainan genetik.


Gejala/tanda-tanda bronkitis

1. Bronkitis Akut

i) Batuk mengandungi sedikit kahak ataupun tiada.

batuk

ii) Demam ringan ( kurang 38.3°C atau 101° F).

iii) sakit tekak

IV) sakit otot

V) kelesuan

2. Bronkitis kronik

i) Penyebab utamanya adalah merokok. Batuk yang berterusan dan mengeluarkan kahak yang semakin lama semakin banyak sepanjang hari dan malam.

Biasanya batuk semakin teruk di waktu pagi (dikenali sebagai 'batuk perokok').

ii) Sukar bernafas dan terasa sesak dada.

sakit dada

iii) pernafasan berbunyi seperti siulan.

iv) bibir, mulut dan jejari menjadi biru

v) pengsan kerana keracunan dalam darah


Kaedah rawatan untuk bronkitis dan langkah pencegahan

Jika anda menghidap bronkitis, anda disarankan:

1. Dapatkan rehat yang secukupnya.

2. Minum lebih banyak air (tingkatkan pengambilan cecair sebanyak 8 ke 10 gelas sehari) untuk mengelakkan dehidrasi dan mencairkan rembesan dalam paru-paru.

Dapatkan pertolongan seseorang untuk mengurut otot dada dan belakang anda. Ini akan membantu mengendurkan otot-otot tersebut dan menjadikan anda merasa lebih selesa.

3. Tinggalkan tabiat merokok anda.

berhenti merokok

4. Jauhi tempat-tempat yang mempunyai pencemaran udara yang teruk dan pakailah topeng hidung jika anda merasa diri anda berisiko.

Di samping itu, jika anda membuat rawatan di klinik atau hospital, biasanya doktor akan mengambil sampel DNA anda seperti rambut, air liur, darah dan urin supaya dapat mengkodkan penyakit bronkitis yang berada dalam DNA anda lalu memberikan penawar yang mampu membunuh kuman yang menyebabkan bronkitis.

Anda juga akan dibekalkan ubatan penawar yang mampu menembusi sel dan mampu menguatkan antibodi, imun sistem, saraf tunjang dan mampu memperbaiki kerosakan DNA penghidap bronkitis.— EdisiRakyat.com, 10 November 2017

Sakit belakang, punca, gejala, cara mencegah dan kaedah rawatan

$
0
0
SAKIT belakang pasti pernah dialami oleh semua orang. Tetapi, tahukah anda punca, gejala dan kaedah rawatannya?

Sakit belakang (Degenerative Disc Disease) selalunya menyerang di bahagian tulang belakang (spine), ligamen atau rawan di antara tulang (disc) sendi ataupun daging. Ia juga terjadi di bahagian saraf tunjang.

Sakit belakang antara lain disebabkan oleh disk tergelincir (slipped disc atau turut dikenali sebagai disk hernia atau disk pecah (herniated disc atau ruptured disk).

Struktur sokongan belakang secara kasar terdiri daripada tulang vertebra, tulang lembut/ disc intervertebral, sendi ligamen dan otot.

sakit belakang

Disk intervertebral pula boleh diumpamakan seperti sekeping tulang lembut di antara tulang vertebrata. Ia terdiri daripada satu tisu yang kuat (annulus fibrosis) di mana di dalamnya terkandung sejenis bahan yang lembut yang dikenali sebagai nukleus polposus.

Pada tulang belakang terdapat satu terowong yang dilalui oleh saraf tunjang dan penghujung saraf tunjang.

Masalah sakit belakang boleh berpunca daripada kecederaan pada otot ligamen, sendi, diska dan vertebrata.

Boleh dikatakan antara 50 hingga 80 peratus daripada penduduk Asia yang berusia antara 25 hingga 60 tahun pernah mengalami masalah ini sekali dalam seumur hidup.

Dianggarkan antara 12 hingga 26 peratus kanak-kanak dan remaja juga mengalami sakit belakang.


Punca sakit belakang

1. Kesan dari aktiviti fizikal

Jatuh atau kemalangan, memusingkan badan dengan pergerakan yang kuat,aktiviti lasak, duduk terlalu lama atau teknik mengangkat barang yang salah menjadi penyebab biasa kecederaan tulang belakang.

jatuh

Ia menyebabkan disc tergelincir yang mana ia adalah satu masalah kecederaan pada tulang belakang lembut/ diska yang juga dikenali sebagai disk intervertebral.

Masalah ini kerap berlaku pada peringkat umur 30 hingga 50 tahun.


2. Peningkatan usia

Di antara segmen tulang belakang terdapat rawan(disk) yang bertindak sebagai penyerap hentakan.

Semakin usia seseorang itu meningkat, rawan akan menjadi lemah lalu terbonjol keluar dan menekan urat- urat saraf.

Ini boleh menyebabkan rasa sakit yang amat sangat yang akan merebak turun ke kaki sehingga pesakit akan mengalami kebas dan lemah kaki.


3. Kekurangan air

Kekurangan air di dalam tubuh badan akan menyebabkan 'disc' semakin kurang berkesan menyerap hentakan.


4. Kehamilan

Sakit belakang semasa mengandung adalah perkara yang biasa berlaku. Ia selalunya berlaku pada bahagian tengah atau bawah tulang belakang dan menjadi semakin teruk apabila kandungan semakin membesar.

kehamilan

Kebanyakan masalah ini tidaklah begitu serius. Bagaimanapun sekiranya ia berlaku dengan cepat atau disertai dengan tanda-tanda lain seperti pendarahan dan sebagainya, segeralah mendapatkan rawatan.


5. Sakit belakang selepas suntikan epidural

Kaedah epidural dan spinal ialah dua cara pembiusan separuh badan sebelum pembedahan cesarean dilakukan. Mengikut kaedah ini, pesakit itu sedar dan teknik untuk membius ialah dengan memasukkan ubat ke kawasan epidural atau spinal pada bahagian tulang belakang.

Ubat ini akan melalikan urat saraf yang merangsang bahagian badan yang terbabit termasuk bahagian kulit, rahim dan kedua-dua belah kaki

Kajian terbaru menunjukkan risiko mendapat sakit belakang selepas epidural sama seperti risiko bagi wanita yang bersalin tanpa epidural.

Oleh itu masalah sakit belakang ini berpunca ketika mengandung lagi, dan tidak berkait dengan kesan berpanjangan dari teknik epidural.

Walaupun sakit belakang dirasai selepas epidural, ia adalah sementara sahaja dan akan pulih seperti biasa.


Gejala sakit belakang

Antara gejala sakit belakang ialah:

1. Kejang otot

2. Kesakitan yang serius di bahagian kaki sehingga menyebabkan kelumpuhan.

sakit kaki

3. Kerosakan saraf ke pundi kencing melibatkan tidak puas atau langsung tidak boleh kencing.

4. Masalah seksual atau mati pucuk.

5. Sembelit yang serius.

6. Sakit yang menjalar dari belakang turun ke kaki kiri atau kanan.

7. Sakit di sekeliling pinggang, bahagian rusuk, belakang bahu dan tulang rawan.

8. Sering sakit kepala.


Cara mencegah sakit belakang

1. Pastikan anda duduk dalam keadaan badan menyandar secara tegak ke belakang kerusi.

2. Jika kerja anda memerlukan anda duduk di satu tempat dengan tempoh yang lama, pastikan anda berehat sebentar dengan berdiri atau berjalan-jalan selama 5 minit setiap 30 minit.

regangkan badan

3. Jangan mengangkat benda berat dengan membongkokkan badan anda 45 darjah kerana ini akan memberi tekanan kepada belakang anda.

4. Tidur tanpa bantal atau bantal nipis untuk melapik kepala.

5. Pastikan anda mendapat rehat secukupnya.

6. Melakukan senaman yang betul seperti berenang yang sangat baik untuk meredakan sakit belakang.

7. Berjalan laju berapa kali seminggu.

8. Mengayuh basikal secara sederhana.

berbasikal


Kaedah rawatan

Jika anda merujuk ke klinik, pemeriksaan Magnetic Resonance Imagine (MRI) akan dilakukan untuk mengetahui punca penyakit.

Anda biasanya akan diberikan ubat khusus untuk sakit belakang berbentuk tablet kunyah yang perlu dimakan tiga kali sehari.

Ia berperanan untuk membantu memperbaiki sakit belakang yang disebabkan disc tergelincir.(Slipped disk).

Perubatan ini berupaya menguatkan sistem saraf tunjang dan saraf tulang belakang supaya ia berfungsi seperti sediakala.

Di samping itu perubatan ini juga mampu memperbanyakkan bakteria baik, menguatkan imun sistem dan antibodi.

Sakit belakang yang anda alami secara automatik akan menyukarkan aktiviti seharian anda. Apa jua yang anda lakukan pastinya serba tidak kena. Duduk, berjalan dan membongkok boleh menyebabkan kesakitan yang menusuk, rasa berdenyut dan kebas.

Oleh yang demikian jagalah belakang anda sentiasa dan di mana sahaja anda berada dan amalkan gaya hidup sihat dengan melakukan senaman dan minum air secukupnya agar anda terhindar dari sakit belakang serta sebarang penyakit berbahaya.— EdisiRakyat.com, 11 November 2017

Perabut rosak dalam parit punca banjir kilat di Seremban — MB

$
0
0
BARANGAN perabot rosak dibuang dalam parit seperti tikar, kerusi dan meja dilaporkan menjadi punca kepada kejadian banjir kilat yang berlaku di Seremban, Negeri Sembilan semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dilapor berkata Ia merupakan satu kekecewaan kerana menggambarkan sikap tidak bertanggungjawab masyarakat.

"Sampah ini (perabot rosak) kemudian memerangkap lebih banyak sampah-sampah lain dan menyekat laluan air,"

"Siasatan menunjukkan terdapat dua parit tersumbat berdekatan kawasan (banjir kilat) itu, yang telah melimpah kepada beberapa kawasan di bandar ketika hujan lebat semalam," katanya dipetik selepas melancarkan jentera pilihanraya umum untuk Parlimen Labu.



Dalam kejadian pukul 6 petang semalam, hujan lebat selama dua jam telah menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan termasuk jalan-jalan berhampiran Wisma Umno di bandar Seremban.

Hassan yang juga merupakan Ketua Umno negeri, berkata, kerajaan negeri telah menyediakan satu peruntukan besar bagi melaksanakan pelbagai projek-projek tebatan banjir dan telah berjaya mencegah banjir kilat di pusat bandar sejak 2012.

"Majlis Perbandaran Seremban juga telah menjalankan pelbagai penyelenggaraan parit di bandar, namun semua usaha ini akan jadi sia-sia jika sikap masyarakat tidak berubah," katanya.

Meanwhile, Mohamad reminded Umno members to accept candidates chosen by the party to contest in the next election.

Dalam pada itu Hasan turut mengingatkan ahli Umno agar menerima sesiapa sahaja calon-calon yang dipilih oleh parti untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

"Sesiapa yang telah dipilih, akan jadi calon-calon kita. Kita mesti Ingatkan diri kita bahawa ini adalah untuk faedah parti dan bukan untuk kepentingan individu tertentu,"

"Sejarah lepas membuktikan banyak calon-calon kalah bukan kerana musuh mereka, tapi kerana konflik dalaman diantara ahli-ahli parti sendiri," tambahnya. — EdisiRakyat.com, 12 November 2017

Khasiat bawang merah yang ramai orang tidak tahu

$
0
0
BAWANG merah sangat signifikan dengan kegunaannya untuk menyedapkan rasa makanan tetapi tahukah anda bawang merah mempunyai banyak lagi khasiat lain yang ramai orang tidak tahu.

Menurut pengamal perubatan tradisional, bawang merah dapat memudahkan pernafasan dengan membuang kahak serta menghilangkan rasa dahaga, membuka selera makan dan membantu menghadamkan makanan.

Bawang merah juga dapat menurunkan paras kolestrol tidak baik dan meninggikan aras kolesterol baik, boleh membantu menurunkan tekanan darah kerana mengandungi prostaglandin A-1 yang merupakan agen penting untuk mengurangkan tekanan darah tinggi.

Bawang merah mengeluarkan antikoagulan yang boleh mencairkan darah, seterusnya meningkatkan aktiviti anti-platelet yang baik untuk pesakit kardiovaskular, serangan jantung dan stroke. Bawang merah juga dapat membantu meningkatkan fungsi otak dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit alzheimer.

bawang merah

Kegunaan lain adalah untuk melawaskan pembuangan air kecil, boleh menjadi ubat pupur pada bengkak, bisul, lecur dan luka kerana mengandungi flavonoid.

Bawang merah juga boleh mengurangkan tahap gula bagi mereka yang mempunyai kencing manis dengan menghadkan keberkesanan insulin dan meninggikan metabolisma glukosa.

Bawang merah boleh digunakan untuk menghalang asma, merawat sakit gigi, kelemumur,dipatuk ular, cirit-birit, senggugut, perut kembung, pening kepala, mabuk laut, demam kuning, mencegah muntah, lumpuh, menambah selera makan dan beguk.

Bawang merah juga diketahui dapat menambah air mani selain memanaskan badan. Bunga bawang merah digunakan untuk mengubati kusta dan rasa kebingungan atau keliru.

Selain itu, bunga bawang merah dipercayai boleh mengubati sawan pada kanak-kanak. Bagaimanapun, jika ia dimakan berlebihan boleh menyebabkan daya penglihatan menjadi lemah, melemahkan daya fikiran dan boleh menyebabkan seseorang menjadi pelupa.

Amalan memakan bawang merah setiap hari boleh membantu mengurangkan risiko tulang rapuh atau osteoporosis. Kandungan sulfurnya juga boleh membantu kulit kelihatan muda.

osteoporosis


Petua berasaskan bawang merah

1. Demam

Perah sebiji buah limau nipis. Kupas 3 ulas bawang merah ditumbuk lumat. Campur kan kedua-duanya dengan sedikit minyak kelapa dan sapukan pada kening.


2. Menambah selera makan, lumpuh, sakit dada, sesak nafas, semput, asma/lelah

Kupas kulit 3 ulas bawang merah kemudian dimakan mentah.


3. Demam panas pada kanak-kanak

Cara 1:

Kupas kulit bawang merah, potong nipis-nipis kemudian dicampurkan dengan sedikit minyak kelapa.

Gosokkan minyak campuran ini tadi pada badan kanak-kanak.

Cara 2:

Kupas kulit bawang merah, tumbuk lumat, perah airnya, campurkan sedikit air dan digosokkan pada badan kanak-kanak

Cara 3:

Potong sebiji limau nipis dan perah airnya ke dalam cawan. Masukkan tiga biji bawang merah yang telah diparut, sedikit garam dan satu sudu minyak kelapa.

limau nipis

Kacau ramuan ini sehingga sebati. Kemudian, letakkan ramuan ini pada ubun anak.


4. Lemah tenaga batin dan air mani kurang

Kupas kulit bawang merah, kemudian dimakan mentah atau makan selepas direndam di dalam air panas.


5. Buah dada bengkak

Kupas 5 ulas bawang merah, cuci dengan air panas kemudian parut. Tempelkan pada bahagian buah dada yang bengkak tanpa terkena bahagian puting.


6. Buasir

Tumbuk 2 biji bawang merah hingga lumat dan kemudian tampal pada dubur.


7. Air mani cepat keluar pada lelaki

Kupas seulas bawang merah. Basuh bersih kemudian tumbuk lumat. Masukkan ia ke dalam gelas berisi sebiji telur kuning ayam kampung.

kuning telor

Kacau rata lalu di minum. Amalkan setiap pagi.


8. Sakit gigi berlubang

Kupas kulit sebiji bawang merah dan panggang sehingga warnanya menjadi kehitaman. Semasa masih panas, letakkan pada gigi yang berlubang kemudian gigit pada gigi yang berlubang bagi menghilangkan rasa sakit.


9. Resdung

Amalkan mencium bunga bawang merah.


10. Selsema

selsema

Cara 1:

Kupas kulit bawang merah kemudian dimakan mentah.

Cara 2:

Kupas kulit bawang putih, bawang merah dan halia dengan sukatan yang hampir sama, kemudian dihiris nipis. Masukkan kedalam air panas kemudian tutup selama 15 minit. Tapis dan airnya bolehlah diminum.


11. Kaki tertusuk duri

Lumur seulas bawang merah dengan minyak kelapa kemudian bakar hingga hangus. Tampalkan bawangnya hangus pada tempat yang tertusuk duri.

Duri akan keluar dengan perlahan-lahan.


12. Kutu air

Kupas 3 ulas bawang merah, cuci kemudian diparut. Campur dengan satu sudu makan minyak kelapa dan rebus. Semasa masih panas, sapukan dibahagian celah-celah kaki yang gatal. Pastikan kaki dibersihkan dengan air panas dan dikeringkan.

minyak kelapa

13. Tumit kaki pecah-pecah

Kupas beberapa ulas bawang merah, belah dua kemudian picit sehingga keluar airnya.

Sapu airnya pada bahagian tapak kaki yang pecah-pecah.

Biarkan seketika sebelum dibilas dengan air bersih.


14. Sakit kepala /pening

Buang kulit bawang merah dan asam jawa kemudian tumbuk lumat bersama bijinya.

Tampalkan pada bahagian kepala yang sakit.


15. Bisul

Kupas kulit seulas bawang merah, cuci dan kemudian parut. Tampalkan pada bisul.

bisul


16. Kulit tapak kaki kematu

Masak bawang merah dan belimbing buluh, kemudian lumatkan ia. Sapu campuran tadi pada kulit yang bermasalah.


17. Luka berdarah

Kupas seulas bawang merah, cuci dan kemudian parut. Tampalkan parutan bawang merah pada kulit yang terluka. — EdisiRakyat.com, 13 November 2017

Khasiat halba untuk kesihatan anda dan keluarga

$
0
0
HALBA adalah sejenis rempah ratus yang bukan sahaja murah dan mudah didapati, malahan mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan anda dan keluarga.

Halba digunakan dalam masakan untuk meningkatkan lagi rasa daging,ayam dan sayur-sayuran. Tetapi, awas penggunaan yang berlebihan akan memberikan rasa pahit pada makanan.

Selain itu ekstrak biji halba juga digunakan secara komersial dalam penghasilan perasa tiruan seperti vanilla, caramel,butterscotch manakala di India, daun herba segar digunakan sebagai ramuan bagi masakan kari.

Halba mudah didapati dan diperoleh ini kebanyakan kedai dan pasaraya di Malaysia. Halba boleh didapati dalam bentuk biji, serbuk dan pes.

halba


Terdapat pelbagai khasiat halba yang tidak diketahui umum antaranya:

1. Laktasi

Kajian telah menunjukkan bawah halba ialah perangsang dan pemangkin kepada pengeluaran susu ibu.

Diosgenin yang terdapat dalam halba mampu merangsang penghasilan hormon estrogen di dalam tubuh wanita dan seterusnya akan menambahkan pengeluaran susu ibu.




Caranya adalah dengan merebus biji halba dengan beberapa cawan air sehingga mendidih. Kemudian, bolehlah diminum setiap pagi selepas sarapan.

2. Perubatan

Halba telah digunakan sejak zaman dahulu lagi bagi mengubati pelbagai jenis penyakit. Halba boleh mengurangkan kadar glukosa dalam darah dan melambatkan proses penyerapan gula di dalam tubuh serta mampu merangsang pengeluaran insulin apabila paras gula meningkat.



Hal ini membuktikan bahawa halba sesuai digunakan untuk merawat penyakit diabetis.

Selain itu, hari ibu juga dapat merawat masalah usus, cirit-birit, batuk, sakit tekak, mencairkan kahak, ekzema, masalah kulit, melecur, bisul, ulser, gout dan athritis.

Selain itu pengambilan halba juga dapat menghilangkan kembung perut dan senak, mencuci perut, menguatkan jantung, melegakan sakit kepala membuang angin, menyembuhkan buasir, mengatasi masalah keradangan kulit dan bisul, menghaluskan rambut serta menghilangkan kelemumur.

Fakta perubatan menunjukkan halba apabila dimasak dengan air dan diminum dapat meredakan batuk, radang kerongkong, asma dan sesak nafas.

3. Menguruskan badan

Pengambilan halbaa mampu mengurangkan pengumpulan lema- lemak baru di dalam badan dan secara tidak langsung akan membantu menyelesaikan masalah kegemukan dengan mengurangkan berat badan individu dan membantu menggunakan kalori untuk meningkatkan tenaga secara semulajadi.



4. Masalah wanita

Bagi kaum wanita, bahan aktif yang terdapat dalam halba akan merehatkan otot-otot dan mengelakkannya daripada kekejangan, seterusnya mampu melegakan senggugut yang sering dihadapi. Halba juga membantu melancarkan kitaran dan pengeluaran haid.



Selain itu, pengambilan halba turut meningkatkan penghasilan hormon estrogen yang seterusnya akan membesarkan saiz payudara. Pengambilan halba juga dapat melegakan simptom-simptom menopaus.

5. Memudahkan proses bersalin

Pengambilan halba di akhir fasa kehamilan dapat memudahkan proses bersalin.

Namun begitu, pengambilan halba yang berlebihan oleh ibu mengandung boleh mengakibatkan berlakunya kelahiran bayi pramatang.

Oleh itu pengambilan halba bagi ibu mengandung haruslah selepas mendapat nasihat daripada doktor pakar.



6. Kesihatan lelaki

Bagi kaum lelaki pula, pengambilan halba boleh meningkatkan hormon testosteron dan seterusnya merangsang keinginan seks,mengelakkan ejakulasi awal dan melegakan kesakitan di bahagian prostat.




Cara pengambilan dan penggunaan halba

1. Diminum sebagai teh

Cara pengambilannya adalah dengan mengambil satu sudu teh dimasukkan ke dalam cawan ataupun gelas.

Kemudian campurkan dengan air panas dan biarkan semalaman.

Air ini boleh diminum dan amalkan pada setiap waktu pagi.

2. Diminum sebagai teh dan dicampurkan dengan madu



Campuran teh herba dengan madu mampu mengurangkan ketagihan rokok serta dadah. Minuman ini juga dapat merawat penyakit anemia.

Caranya adalah dengan mencampurkan satu sudu teh halba ke dalam gelas dan dicampurkan dengan 1 sudu madu. Kacau dan biarkan seketika sebelum diminum.

3. Diminum bersama air

Ambil beberapa biji halba, kemudian telan biji halba tersebut dan minum air.

4. Ditumbuk dan disapu pada tempat luka

Tumbuk biji halba sehingga menjadi serbuk dan letakkan pada bisul atau kulit yang bermasalah.

Serbuk biji halba dapat merawat sakit luaran seperti kegatalan kulit dan bisul.

Petua membeli halba

Semasa membeli halba, pastikan halba berwarna kuning keemasan yang terang, keras dan berbau seperti mapel yang halus.

Elakkan membeli stok halba yang telah lama kerana halba tersebut mungkin dijangkiti kulat dan akan membuatkannya hilang rasa asalnya.

Oleh itu, biji halba hendaklah disimpan di dalam bekas kaca yang kedap udara dan di tempat yang gelap dan dingin supaya kekal segar selama beberapa bulan.

Bagi harga serbuk dan pes, simpan di dalam bekas yang kedap udara atau di dalam peti sejuk. — EdisiRakyat.com, 14 November 2017

20,000 guru bakal dipecat gagal ujian direka untuk murid 10 tahun

$
0
0
SERAMAI lebih 20,000 orang guru di Nigeria berdepan dipecat selepas mereka dilaporkan gagal lulus ujian yang direka untuk murid berumur 10 tahun.

Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari menyokong tindakan itu oleh Utara Negeri Kaduna sambil menyifatkan situasi itu sebagai sesuatu yang tragik.

"Ini merupakan satu situasi yang sangat serius apabila guru-guru tidak boleh lulus ujian yang mereka sepatutnya ajarkan murid-murid agar lulus. Kita berada dalam situasi yang sangat tragik," katanya seperti yang dipetik oleh metro.co.uk.

Minggu lalu, Gabenor Kaduna memuatnaik keputusan ujian guru-guru sekolah rendah melalui akaun Twitter.

"Adakah anda benarkan orang seperti ini untuk mendidik anak-anak anda?" Soalnya.

guru gagal jawab soalan sekolah rendah

Menurut gabenor itu, guru-guru yang mendapat markah di bawah 75 peratus akan dipecat namun dibenarkan memohon semula sekiranya boleh meningkatkan markah diperolehi.

Sejumlah 19,000 permohonan telah diterima bagi menggantikan guru guru yang bakal dipecat lapor sumber berita BBC.

Persatuan pekerja bagaimanapun membantah rancangan itu untuk memecat guru guru terbabit dan menganggap ia sebagai satu gerakan "propaganda".

Agensi kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Unicef mendapati bahawa Nigeria merupakan negara paling ramai kanak-kanak tidak bersekolah di dunia.

Sekitar 10 juta kanak-kanak tidak menerima pendidikan asas di Nigeria, dan Unicef menggambarkan sistem pendidikan negara itu dikendalikan oleh guru-guru yang lemah dengan kemudahan yang tidak sempurna. — EdisiRakyat.com, 14 November 2017


Kos sara hidup tinggi punca orang ramai sertai pelaburan haram

$
0
0
KOS sara hidup yang tinggi antara punca golongan pekerja terutamanya mereka yang mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mudah terpengaruh untuk menyertai pelbagai skim pelaburan haram atau bersifat meragukan lapor thesundaily.

Seorang kakitangan kerajaan dan hanya mahu dikenali sebagai Azrul, 33 dipetik sebagai berkata, pencarum KWSP adalah kumpulan paling mudah didekati, dan mereka akhirnya terperangkap dalam skim pelaburan yang menawarkan umpan pulangan lumayan.

Kakitangan agensi kerajaan dari Sepang itu mengakui, dia adalah antara mangsa penipuan syarikat pelaburan meragukan, dan telah kerugian kira-kira RM5,000 3 tahun lalu.

"Jika kita lihat pendekatan mereka, mereka memang mensasarkan pencarum kerana mempunyai simpanan dalam KWSP. Sebagai penjawat awam, selepas perkhidmatan disahkan, kami mudah keluarkan duit dari KWSP dan inilah kemudahan yang saya gunakan," katanya seperti yang dipetik oleh BERNAMA.

Menurut Azrul, dia cuba mencari jalan mudah dan cepat bagi meningkatkan pendapatan, seterusnya mengeluarkan RM5,000 dari akaun KWSP, untuk menyertai satu skim yang dikenalkan oleh rakannya yang menawarkan pulangan berganda dari nilai yang dilaburkan.

"Gaji saya sebagai kakitangan awam tidak begitu tinggi, pada masa itu, saya sedang mencari jalan menambah pendapatan kerana saya perlu membayar sewa rumah, makan dan minum, beli petrol untuk motosikal, dan berniat untuk berkahwin,"

"Bila saya ternampak kawan bercakap tentang skim itu dan telah melabur sendiri saya jadi yakin."

"Walaupun jumlah yang saya labur tidak begitu besar, malangnya duit itu hangus begitu saja, syarikat pelaburan itu tutup dan ejen menghilangkan diri. Pada masa itu saya dan rakan sedar kami telah ditipu, saya rasa sedih sebab saya gunakan simpanan KWSP untuk pelaburan yang tidak berguna," katanya.



Seorang lagi pencarum, hanya dikenali sebagai Nurfadzilah, berkongsi pendapat yang sama dengan Azrul bahawa pencarum KWSP terutamanya generasi muda, sangat bersemangat untuk laburkan duit KWSP bagi mendapatkan keuntungan.

"Kejadian ini berlaku sekitar enam tahun lalu, pada waktu itu pelaburan berasaskan MLM sedang menular di Lembah Klang. Saya hampir keluarkan sebahagian duit dari wang KWSP untuk sertai sebuah skim kerana saya kagum dengan gaya hidup mewah mereka yang telah melabur," kata wanita berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pereka grafik di sebuah syarikat swasta itu.

Menurut Nurfadzilah, rancangannya untuk menyertai pelaburan itu tertangguh disebabkan wang KWSP miliknya tidak boleh dikeluarkan kerana tidak memenuhi syarat-syarat pengeluaran.

"Ejen pelaburan tersebut telah meminta sebahagian duit dan mahu saya membayar sebelum satu tarikh akhir, sekiranya saya mahu dapat pulangan dari pelaburan itu seperti yang dijanjikan,"

"Namun wang KWSP saya tidak dapat dikeluarkan sebelum tarikh akhir itu. Akhirnya saya dapati syarikat yang memperkenalkan skim pelaburan itu telah diserbu oleh pihak polis kerana aduan dari orang ramai yang gagal menerima pulangan pelaburan dan mengalami kerugian modal," katanya.EdisiRakyat.com, 16 November 2017

Israel sedia kerjasama dengan Arab Saudi menentang Iran

$
0
0
KETUA kakitangan tentera Israel dalam satu temubual pada hari Khamis dilaporkan berkata, negaranya bersedia untuk bekerjasama dengan Arab Saudi bagi menentang rancangan Iran untuk "mengawal Timur Tengah".

Ulasan itu dilaporkan sebagai petanda wujudnya pertalian di belakang tabir di antara Israel dan Arab Saudi yang mungkin berlaku disebabkan Iran adalah musuh bersama walaupun kedua-dua negara itu tidak memiliki sebarang hubungan diplomatik.

"Kami sedia bertukar-tukar pengalaman dengan negara-negara arab moderat dan bertukar maklumat perisikan bagi menghadapi Iran," kata Lieutenant General Gadi Eisenkot, dipetik oleh Elaph sebuah website milik seorang ahli perniagaan Arab Saudi.
Gadi Eisenkot

Ditanya sama ada sebarang informasi telah dikongsikan sebelum ini dengan Arab Saudi, katanya "kami bersedia untuk berkongsi maklumat sekiranya perlu. Terdapat banyak kepentingan bersama antara kami dan mereka,"

Awal bulan ini, Perdana Menteri Lubnan Saad Hariri mengumum kan perletakkan jawatannya dari Arab Saudi, dan mendakwa Iran "mencengkam" negaranya.

Ketua Hizbullah, kumpulan Syiah yang disokong oleh Iran menuduh Arab Saudi memberi tekanan kepada Israel untuk melancarkan serangan terhadapnya.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebelum ini mengatakan bahawa hubungannya dengan negara-negara Arab semakin baik, segelintir pakar mendakwa ia petanda kebimbangan bersama terhadap Iran telah mendekatkan mereka menjadi lebih rapat.

Sejumlah pakar mendakwa hubungan secara rasmi dilihat tidak mungkin berlaku selagi Israel meneruskan penjajahan ke atas Wilayah-wilayah Palestin, dan kurangnya kemajuan usaha perdamaian, namun terdapat kerjasama di balik tabir dalam pelbagai bidang.

Netanyahu menggambarkan hubungan dengan dunia Arab sebagai "paling baik pernah berlaku" namun tidak memberikan sebarang butiran lanjut.

Para pemimpin negara Arab tidak secara terbuka memberi ulasan yang sama, namun ia tidak bermakna mereka menyangkal dakwaan Netanyahu itu.

Setakat ini hanya dua negara arab iaitu Mesir dan Jordan mempunyai perjanjian damai dengan Israel. EdisiRakyat.com, 17 November 2017

Hati-hati taktik scammer pos barang ke rumah, paksa bayar COD

$
0
0
TULAR satu perkongsian di laman Facebook yang mana seorang wanita mendakwa menerima kunjungan budak penghantar yang kononnya membawa barang pesanannya melalui kaedah Cash On Delivery (COD).

Menyedari ia adalah sejenis taktik scammer yang menghantar barang secara rawak ke alamat tertentu, wanita ini bertindak bijak ketika berdialog dengan wakil penghantar tersebut.

Dalam perbualan mereka, budak penghantar mengatakan bahawa wanita tersebut ada memesan sejenis produk kecantikan iaitu 'whitening spot removing cream' sebanyak 2 unit dan memintanya membayar sebanyak rm268.



Wakil penghantar itu yang mendesak wanita tersebut membayar nilai tersebut menyebabkan dia naik berang dan dengan keras menjawab,
"Pasal apa pula aku kena bayar, sedangkan tak order. Barang dari mana ni?"
Dia bertindak merakam gambar wakil penghantar tersebut sebelum memintanya memulangkan balik barang tersebut.
"Kau pulangkan balik! Scam ni. Ingat aku bodoh suka-suka hantar barang dan suruh orang bayar?"

Wanita itu meminta orang ramai berhati-hati kerana menurut wakil penghantar tersebut, kalau penghantaran seperti ini kebiasaannya adalah dari penjual-penjual di Facebook.

Menurutnya lagi, ramai penerima yang mengatakan tidak membuat pesanan tetapi tetap membayar kerana kiriman atas nama dan alamat mereka.

"20 parcel random dihantar, tidak mustahil 4-5 penerima yanga akan main bayar sahaja, untungkan", tambahnya lagi.
Moga anda dan keluarga lebih peka dengan pesanan ini dan terhindar dari taktik scammer yang semakin berleluasa.— EdisiRakyat.com, 17 November 2017

Sumber: Akma Omar

Pemilik jumpa kereta lepas 20 tahun lupa di mana ia diletak

$
0
0
SEORANG pemandu di Jerman akhirnya berjaya menemukan kereta miliknya selepas 20 tahun lupa di mana ia diletakkan.

Pihak berkuasa di Frankfurt menemukan kereta itu di sebuah garaj dalam sebuah bangunan yang mahu dimusnahkan.

Seorang penduduk tempatan sebelum ini telah membuat laporan kepada pihak berkuasa tentang kehilangan sebuah kereta yang mana selepas 20 tahun, ianya sudah mereput di dalam garaj dan tidak lagi boleh dipandu.

Pihak polis membawa pemilik kereta tersebut yang berusia 76 tahun itu untuk bertemu dengan kenderaan miliknya jenis Volkswagen Passat.



Pemilik menyangka kereta itu sudah dicuri, kata pihak berkuasa Frankfurt, namun sebenarnya ia hanya tersembunyi dari pandangan dan benar-benar berada di mana ia diletakkan selama ini.

Pihak polis pernah menerima laporan kereta itu sebagai dicuri dalam tahun 1997.

"Kereta itu sudah tidak boleh lagi dipandu dan akan dihantar untuk dilupuskan," kata pihak berkuasa Frankfurt. — EdisiRakyat.com, 17 November 2017

Gadis 14 tahun maut direnjat elektrik dari kabel pengecas iPhone 6

$
0
0
RAMAI di kalangan masyarakat yang sering tertidur sambil telefon bimbit dicas pada waktu malam. Namun perbuatan yang kelihatan seperti tidak berbahaya itu telah menggadaikan nyawa seorang gadis warga Vietnam.

Berdasarkan sumber berita British, seorang pelajar berusia 14 tahun Le Thi Xoan, maut direnjat elektrik dari kabel pengecas telefon yang rosak ketika sedang tidur.

Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mengecas telefon pintar jenis iPhone 6 miliknya, dan berbaring di sebelah, satu amalan yang sering dilakukannya setiap hari.

Remaja itu dipercayai telah tersentuh bahagian kabel pengecas yang rosak lapor sumber media British itu.

maut direnjat elektrik

Remaja itu ditemui tidak sedarkan diri oleh ibu bapa dan dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia lapor Metro.co.uk.

Doktor mengesahkan punca kematian adalah renjatan elektrik. Tidak dapat dipastikan sama ada kabel yang digunakan adalah kabel asal dibekalkan oleh Apple atau kabel dari pihak ketiga.

Pihak polis mendapati kabel berkenaan kelihatan lebih pendek berbanding kabel keluaran Apple yang memiliki panjang 0.5 meter.

Menurut sebuah halaman Facebook yang dicipta bagi mengingati kematiannya, gadis itu tinggal di Huong Son, sebuah daerah di utara wilayah Ha Tinh.

Ahli keluarga dan rakan-rakan menyampaikan ucapan takziah kepadanya melalui halaman berkenaan, memberitahu betapa mereka sangat menyayangi dan merindui mangsa.

Siasatan berhubung perkara itu masih dijalankan. — EdisiRakyat.com, 19 November 2017

Prudential dan AIA didakwa enggan bayar bil hospital pelanggan

$
0
0
SYARIKAT insurans Prudential dan AIA didakwa enggan membayar bil hospital pelanggan-pelanggan syarikat itu yang jatuh sakit di hospital swasta.

Satu perkongsian oleh Zulkefli Nordin di halaman Facebook yang menjadi tular mendakwa pihak insurans Prudential yang dilanggan oleh isterinya enggan membuat bayaran bil hospital berjumlah RM24,000 pada bulan Februari lalu.



"Bulan Februari yang lalu Prudential enggan cover bil hospital isteri saya berjumlah RM24k. Pelbagai alasan mereka bagi. Dalam kepayahan kami bayar juga bil hospital." Dakwanya.

Menurut Zulkefli lagi, dia telah diyakinkan boleh membuat tuntutan daripada pihak Prudential selepas keluar wad, namun selepas 6 bulan masih tiada apa-apa perkembangan.

"Saya terus membayar bayaran bulanan polisi insurans isteri saya tanpa gagal selepas itu. Tiada respons bertulis dari Prudential sama ada kami perlu meneruskan bayaran atau berhenti, apa yang diyakinkan kepada kami adalah sabar, sabar, dan terus bersabar," dakwanya.

Dakwanya lagi, bukan insurans Prudential sahaja yang bersikap demikian, malah insurans AIA turut tidak meluluskan surat jaminan (GL) anaknya yang dimasukkan ke unit kecemasan Hospital Tropicana Kota Damansara akibat demam yang agak panas dan batuk yang agak teruk.

"Anak saya diarahkan membayar bil sendiri terlebih dahulu. Bila isu ini saya rujuk kepada doktor yang bertugas, doktor yang bertugas tersangat kecewa dengan tindakan AIA.

Terkeluar dari mulut doktor itu sendiri bahawa beliau memang fed-up (menyampah) dengan cara syarikat insurans bekerja. Ini bukan kes pertama katanya, banyak kali perkara yang sama berlaku terhadap pesakitnya." dakwanya.

Doktor berkenaan katanya sekali lagi menghantar laporan perubatan kepada AIA dengan menjelaskan butiran penyakit yang dihidapi oleh anaknya.



"Anak saya hanya demam panas dan jangkitan kuman di saluran pernafasannya. Tetapi amat perlu dimasukkan segera ke wad untuk dimasukkan antibiotik ke badannya."

"Sekali lagi AIA menjawab mereka perlu study dan kami dinasihatkan membayar terlebih dahulu segala bil,"

"Apakah begini caranya syarikat insurans di Malaysia mengumpul kekayaan dengan memperdayakan pemegang polisinya?" soal Zulkefli.

"Apakah mereka menganggap terlalu mudah dengan meminta pemegang polisi membayar nya terlebih dahulu?"

"Bila bil dibayar oleh pemegang polisi bila pula tuntutan boleh diluluskan? Lihat sahaja pada kes Prudential yang dihadapi oleh isteri saya. Sehingga kini bil bayaran RM24K yang kami bayar entah bila nak diputuskan?" soalnya lagi. —EdisiRakyat.com, 24 November 2017

Sumber — Zulkefli Nordin

Hantar SMS lucah: 2 pegawai perubatan didakwa di mahkamah

$
0
0
DUA orang pegawai perubatan didakwa di Mahkamah Seksyen Seremban hari ini atas kesalahan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) lucah tiga tahun lalu kepada seorang wanita.

Kedua-dua mereka dituduh secara sedar menghantar 7 mesej komunikasi bersifat lucah ke nombor telefon mangsa dengan niat untuk menyakitkan hatinya.

Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas tuduhan berkenaan.

Tertuduh pertama Nur Zeland Ithnin, 57 yang bertugas di sebuah klinik di Rompin Pahang berdepan tujuh pertuduhan.

Manakala seorang lagi rakannya Othman Kadir, 58 yang bertugas di Jasin Melaka berdepan tiga tuduhan.

Nur Zealand didakwa melakukan perbuatan berkenaan antara jam 5.26 pagi hingga 9 20 pagi pada 16 Ogos 2014 hingga 19 Ogos 2014.

Manakala Othman didakwa melakukan perbuatan itu terhadap wanita yang sama antara 12.29 malam hingga 4.03 pagi pada 6 Ogos 2014 hingga 7 Ogos 2014.

Hakim Ahmad Fairuz Mohd Puzi menetapkan ikat jamin sebanyak RM1,500 untuk Nur Zealand manakala Othman ikat jamin ditetapkan sebanyak RM1,000.

Mahkamah menetapkan 27 Disember depan bagi sebutan semula kes. — EdisiRakyat.com, 24 November 2017



Wira Lahad Datu ditahan kerana positif syabu dan ecstacy

$
0
0
SEORANG anggota polis yang sebelum ini dilihat berjuang di Lahad Datu Sabah empat tahun lalu dan kemudiannya menjadi wira negara, ditahan kerana disyaki menyalahgunakan dadah jenis syabu dan ecstacy.

Sarjan berusia 42 tahun itu yang bertugas dengan unit komando elit VAT 69, disahkan positif dadah berdasarkan ujian air kencing yang dijalankan terhadapnya oleh jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, (JSJN) Balai Polis Ipoh.

Malay Mail memetik sumber berkata, sepasukan anggota polis dari JSJN Ipoh bertindak atas maklumat yang diterima, telah pergi ke markas VAT 69 di Kem Briged Utara Pasukan Gerakan Am di Ulu Kinta Perak pada hari Rabu.

"Saringan awal ujian air kencing suspek mendapati positif penyalahgunaan methaphetamine (syabu) dan amphetamine (ecstacy),"

Ops Daulat
Tun Mahathir bergambar bersama anggota keselamatan ketika Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah

"Suspek kemudiannya telah ditangkap. Spesimen air kencingnya akan dihantar untuk menjalani ujian patologi di Hospital Kuala Lumpur," sumber itu dipetik.

Sekitar empat tahun lalu, suspek yang ketika itu berpangkat koperal dengan unit komando VAT 69, terlibat dalam operasi pemberontakan di Lahad Datu. Dia dilihat berjuang di Kampung Tanduo ketika Ops Daulat dan cedera dalam satu pertempuran bersenjata.

Ops Daulat adalah operasi pihak keselamatan untuk membanteras pengganas dari Selatan Filipina yang menceroboh masuk Timur Negeri Sabah dalam bulan Februari 2013.

Difahamkan suspek yang telah bertugas dalam pasukan polis selama 20 tahun mempunyai masalah disiplin dan ujian air kencing dijalankan ke atasnya merupakan permintaan pegawai atasannya.

Sumber memaklumkan suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat polis Ipoh untuk siasatan lanjut. — EdisiRakyat.com, 25 November 2017

Ibu minum racun tak dapat bayar hutang pengajian

$
0
0
SEORANG ibu nekad minum racun rumpai akibat tertekan diminta untuk menjelaskan hutang pengajian. Kejadian yang dilaporkan oleh Harian Metro itu berlaku di rumahnya di Simpang Durian, Jelebu Negeri Sembilan.

Wanita berusia 44 tahun itu dikatakan bertindak meneguk racun rumpai pada kira-kira jam 1 tengahari semalam, kata Ketua polis Jelebu, Deputi Superitenden Kamarul Rizal Jenal.

Beliau dilaporkan sebagai berkata, kejadian disedari anak lelaki wanita itu yang berusia 11 tahun sebaik sahaja mendapati ibunya terbaring berhampiran stor dalam keadaan mulut berbuih.

Anak wanita berkenaan kemudian dilapor memberitahu neneknya tentang kejadian itu sebelum neneknya kemudian menghubungi menantu.

Wanita berkenaan kemudian dibawa ke hospital Tuanku Jaafar, Seremban oleh suaminya yang segera pulang dari Kuala Pilah sebaik sahaja menerima panggilan.

Hospital Tuanku Jaafar

"Berdasarkan siasatan, wanita itu dikatakan kemurungan di samping tertekan selepas diminta menjelaskan hutang pengajian. Dia kini dalam keadaan stabil," katanya. — EdisiRakyat.com, 26 November 2017

Anggota polis samun guna senjata api milik PDRM ditahan

$
0
0
PENEMUAN dompet milik salah seorang suspek kes samun bersenjata yang berlaku semalam membawa kepada penahanan tiga anggota polis yang dipercayai terlibat dengan kejadian jenayah itu.

Menurut sumber pihak polis yang dipetik oleh Harian Metro, siasatan awal mendapati salah seorang anggota polis yang ditahan pernah terlibat dalam kes dadah, dan mereka dipercayai menggunakan senjata api milik PDRM dalam kejadian samun itu.
"Siasatan awal seorang anggota polis ditahan pernah positif dadah dan kami percaya mereka menggunakan senjata api milik Polis Diraja Malaysia," sumber itu dipetik.
Polis daerah Kuantan dilapor telah mengesahkan penahanan mereka yang berumur antara 25 hingga 30 tahun dan kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api.

Dua orang suspek dilaporkan bertugas di cawangan trafik IPD Kuantan, manakala seorang lagi di cawangan gerakan IPK Pahang.

IPK Pahang

Dalam kejadian tembak dan samun yang berlaku di rumah ahli perniagaan di Jaya Gading, semalam tiga suspek melakukan samun bersenjata dengan memecah masuk rumah melalui pintu depan menggunakan pengumpil besi.

Salah seorang suspek telah melepaskan tembakan dan terkena leher mangsa yang pada ketika itu terserempak dengan mereka. — EdisiRakyat.com, 26 November 2017

Guru sekolah kantoi pakai kad pengenalan palsu selepas 12 tahun

$
0
0
SELEPAS 12 tahun bertugas sebagai seorang guru di sebuah sekolah di kaki Gunung Kinabalu, Ranau Sabah, Asni Ismail rupa-rupanya selama ini menggunakan kad pengenalan palsu.

Dia telah berkahwin dengan warga tempatan dan pasangan itu dikurniakan 4 orang anak berumur antara 10 bulan dan 11 tahun.

Pada 11 November 2017, Asni yang berumur 39 tahun didapati bersalah kerana memegang kad pengenalan palsu Malaysia dengan nombor 780331125186.

Dia mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, terhadap tuduhan yang dikenakan terhadapnya di bawah seksyen 25(1)(e) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990.

MyKad Palsu
Sumber foto —  The Star

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya selepas sabit kesalahan.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menjatuhkan hukuman penjara selama 24 bulan ke atas Asni sambil menyifatkan kesalahan Itu sebagai "sangat serius".

Hukuman berkuatkuasa dari tarikh tangkapan pada 6 November 2017. Asni dilapor akan dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman itu bagi proses penghantaran pulang ke negara asal.

Hakim turut memerintahkan kad pengenalan (MyKad) palsu itu dimusnahkan.

Berdasarkan maklumat kes, Asni ditahan di SK Kinarasan Ranau. Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara di Ranau, menerima permohonan bagi mengesahkan MyKad miliknya Pada 15 Jun 2017.

Bagaimanapun, butiran MyKad miliknya tidak ditemui dalam pengkalan data jabatan itu. Siasatan lanjut terhadap perkara itu mendapati dokumen itu sebagai palsu.

Peguam yang mewakili Asni berkata, beliau Sedang menunggu arahan dari keluarganya untuk memfailkan rayuan.

Katanya, berdasarkan keterangan keluarga, Asni telah dilahirkan di Tawau, Sabah dan telah bersekolah dan mengambil kursus perguruan sebelum bertugas sebagai seorang guru.

Namun tiada dokumen-dokumen sokongan yang boleh menyokong dakwaan itu. EdisiRakyat.com, 27 November 2017

Pelajar kaki buli akan dihantar jalani latihan bersama tentera dan polis

$
0
0
KAKI buli sekolah dan pelajar yang mempunyai kecenderungan melakukan kesalahan disiplin akan dihantar menjalani latihan bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Antara latihan yang akan diberikan termasuk latihan teori dan fizikal secara berterusan kata Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon di Dewan Rakyat semalam.

Katanya pelajar yang memiliki kecenderungan terbabit dalam isu disiplin juga akan dihantar menjalani latihan yang sama.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Parit, Datuk Muhammad Zaim Abu Hassan mengenai pelan tindakan yang dirangka oleh kementerian melalui NBOS bagi menangani isu-isu buli fizikal dan psikologi di sekolah.

Katanya lagi, guru bimbingan dan kaunseling di sekolah bertanggungjawab di dalam menjalankan beberapa ujian personaliti terhadap pelajar bagi mengenal pasti murid yang cenderung kepada keganasan dan buli. — EdisiRakyat.com, 28 November 2017

Chong Sin Woon

Klinik silap beri arahan, bayi 14 bulan "overdose" ubat batuk

$
0
0
SEORANG bayi lelaki berusia 14 bulan dilapor mengalami "overdose" setelah diberi arahan untuk mengambil 4 kali ganda lebih ubat batuk dari yang sepatutnya untuk umur bayi tersebut.

Bayi itu yang mengalami batuk, diceritakan oleh ibunya Belinda Lum, 33 telah dibawa ke Klinik dan Pembedahan YSL Bedok Singapura, pada hari rabu lalu (22 November 2017).

Ibu dan anak itu mendakwa telah bertemu dengan doktor dan diberikan sebotol ubat batuk Fedac, dengan arahan untuk mengambil 10ml ubat itu setiap kali sebanyak 3 kali sehari.



Kata Belinda, anaknya "tidur sangat nyenyak" selepas diberikan ubat batuk tersebut seperti yang diarahkan oleh doktor.

Mengesaki anaknya mungkin mengalami "overdose", Belinda segera membawanya ke Hospital Gleneagles pada awal pagi hari Khamis. Bayi itu telah diberikan antidot di hospital katanya.

Wanita itu terpaksa memberikan air melalui picagari kepada anaknya bagi mengekalkan kandungan air dalam badan dan bayi itu dikatakan tidur secara berterusan selama 44 jam.

Pada hari Ahad, bayi itu dibawa ke bahagian neurolgi paediatrik Hosital Mount Elizabeth Orchard selepas tangannya didapati menggeletar.

Bercakap kepada The Straits Time, Belinda yang bekerja sendiri berkata, dia telah bertemu dengan doktor dan pengurus klinik berkenaan selepas kejadian itu.

"Pembantu klinik yang telah silap memberikan ubat. Saya telah meminta pampasan dan permohonan maaf secara umum," katanya.

Belinda juga telah melakukan satu temujanji untuk membuat aduan kepada Majlis Perubatan Singapura.

Belinda kali pertama berkongsi cerita itu melalui platform kutipan derma give.asia.

Katanya tindakan itu bagi menggalakkan orang ramai untuk berkongsi ceritanya di Facebook, bagi meningkatkan kesedaran terhadap insiden itu. Belinda akan mendermakan SD1 (RM3) bagi setiap cerita yang dikongsi kepada 3 pertubuhan-pertubuhan kebajikan.

Dr Yik Keng Yeong, pemilik Klinik dan Pembedahan Tan dan Yik di Bishan berkata, bagi bayi berumur seperti anak Belinda itu, patutnya hanya diberikan 1.5ml hingga 2.5ml ubat Fedac.

Ubat itu juga biasa digunakan bagi merawat simptom lain seperti kesejukan dan alergik.

"10ml adalah dos untuk orang dewasa. Pengambilan berlebihan Fedac boleh mengakibatkan debaran hati, dan hilang sedar. Bagi kes ini, tiada kebarangkalian pesakit akan mendapat komplikasi di masa hadapan," katanya.

Pihak Berkuasa Sains Kesihatan menyatakan menerusi laman sesawang rasminya bahawa Fedac dalam bentuk tablet atau cecair, tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur 2 tahun.

Namun kata Dr Yik, adalah menjadi amalan biasa pengamal perubatan memberikan ubat batuk untuk kanak-kanak lebih tua dan dewasa kerana mereka tiada simpanan ubat yang spesifik untuk bayi.

"Oleh itu, penelitian mesti diambil di dalam memberikan ubat berkenaan dalam dos yang lebih rendah," tambahnya. — EdisiRakyat.com, 28 November 2017

Viewing all 887 articles
Browse latest View live