Quantcast
Channel: EdisiRakyat
Viewing all 888 articles
Browse latest View live

Kelahiran secara paksa (induce labour), mengapa ia berlaku, bagaimana dan sakitkah ia?

$
0
0
DALAM keghairahan menantikan kehadiran si comel anda, pastinya ada sesetengah ibu hamil yang terpaksa berhadapan risiko melahirkan secara paksa (induce labour) atas faktor keselamatan ibu dan bayi.

Kehamilan yang dianggap matang atau cukup bulan apabila ia berada antara 37 hingga 42 minggu dan kebiasaannya ramai ibu yang melahirkan ketika kandungan berusia 40 minggu.

Kelahiran secara paksa akan dilakukan apabila ada sesuatu keadaan yang mengancam nyawa ibu dan janin. Oleh itu, adalah penting untuk mengetahui umur kandungan sebelum kelahiran paksa dilakukan.






Apakah keadaan yang menyebabkan kelahiran paksa

Kelahiran secara paksa biasanya dilakukan apabila kesihatan berisiko tinggi dan nyawa ibu terancam sekiranya kehamilan diteruskan.

Ia disebabkan ibu mengalami beberapa penyakit atau komplikasi semasa hamil iaitu:

1. Penyakit darah tinggi




2. Penyakit kencing manis
3. Kesihatan janin di dalam rahim terancam
4. Bayi membuang air besar di dalam perut

Jika kesihatan janin terancam ,adalah lebib baik dipercepatkan kelahiran kerana akan menyebabkan bayi boleh terkorban sekiranya kehamilan diteruskan.


Beberapa keadaan yang boleh mengancam kesihatan dan keselamatan janin ialah:

1. Penyakit darah tinggi yang rumit
2. Penyakit kencing manis
3. Gangguan pertumbuhan janin
4. Kehamilan yang melebihi bulan (overdue)
5. Kebocoran/kekurangan air ketuban

Bilakah kelahiran paksa dilakukan?

Sebelum prosedur kelahiran paksa dilakukan, doktor akan mengenalpasti umur kandungan dahulu. Kelahiran paksa biasanya dilakukan setelah kehamilan mencapai peringkat 38 hingga 40 minggu.

Jika umur kandungan tidak diketahui, doktor akan membuat ujian ultrasound untuk mengenal pasti usia kandungan.

Pada keadaan yang tertentu ketika kelahiran perlu dipercepatkan sebelum usia kandungan mencapai 37 minggu, terlebih dahulu kematangan paru-paru janin dikenalpasti.

Bayi perlu dipastikan kematangan paru-parunya untuk mengelakkan masalah pernafasan selepas dilahirkan.

Biasanya, janin akan disuntik dengan ubat mematangkan paru-paru jika kelahiran paksa perlu dilakukan sebelum usia kandungan mencapai usia 37 minggu.

Kelahiran secara paksa boleh dilakukan pada waktu siang ataupun malam. Biasanya doktor lebih gemar melakukan prosuder kelahiran secara paksa pada sebelah pagi kerana pengawasan yang rapi dapat dilakukan terhadap ibu dan bayi.


Bagaimanakah prosedur atau proses kelahiran paksa dilakukan?

1. Doktor akan menerangkan kepada pesakit mengapa kelahiran paksa dilakukan.

2. Umur kandungan terlebih dahulu akan ditentukan dengan Ujian ultrasound.

Pada waktu ini ,doktor akan memastikan tiada faktor yang menghalang kelahiran secara paksa seperti:.

i) kedudukan bayi songsang
ii) halangan pada saluran beranak
iii) pernah dibedah secara cesarean melebihi dua kali
IV) pernah menjalani pembedahan faraj dan pangkal rahim
v) keadaan pangkal rahim yang tidak sesuai (unfavourable cervix) dimana dalam keadaan ini doktor akan memilih untuk ibu melahirkan secara sesarean (pembedahan).

3. Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad.

4. Ubat untuk kelahiran secara paksa iaitu oksitosin diberikan melalui saluran darah atau lebih dikenali sebagai drip.

Dose ubat oksitosin akan ditingkatkan sehingga penguncupan rahim yang baik dicapai, iaitu satu penguncupan rahim contraction tiap-tiap 2 minit selama 45 saat.

5. Doktor kemudiannya akan memecahkan selaput ketuban.

6. Pengawasan yang rapi akan dilakukan sepanjang masa proses kelahiran paksa.

7. Perkembangan proses kelahiran akan diawasi dari semasa ke semasa.

8. Doktor Biasanya akan memberikan ubat penahan sakit untuk mengurangkan sakit bersalin.

9. Pesakit akan melahirkan apabila tiba masanya.


Adakah bersalin secara paksa lebih menyakitkan?

Sama ada kelahiran itu berlaku secara spontan atau secara paksa, wanita tidak dapat melarikan diri daripada sakit bersalin.

Ada sesetengah wanita mengalami kesakitan yang lebih kuat akibat kelahiran paksa (induce labour).

Pengalaman yang dikongsi ibu yang pernah melahirkan secara induksi ini yang membuat ramai wanita berasa takut apabila kelahiran secara paksa diperlukan.

Untuk mengurangkan masalah sakit bersalin semasa kelahiran secara paksa, biasanya ubat penahan sakit akan diberikan.

Jenis-jenis penawar sakit bersalin adalah seperti suntikan ubat pethidine, sedutan gas entonox, atau bius setempat iaitu epidural.




Oleh itu ibu hamil janganlah berasa takut dan risau apabila kelahiran induksi diperlukan.

Semoga ibu-ibu yang perlu melalui pengalaman ini dipermudahkan urusannya dan melahirkan dengan selamat.— EdisiRakyat.com, 30 Oktober 2017

Temperature kereta naik? Cara kesan punca enjin kerap overheating

$
0
0
JIKA enjin kereta anda kerap 'overheating' menyebabkan jarum suhu (temperature) naik, adalah perlu untuk anda mengenal pasti punca perkara ini berlaku. Tentu meletihkan jika anda kerap terpaksa menambah terpaksa menambah air ke dalam radiator.

Ia berkemungkinan disebabkan terdapat kebocoran pada sistem penyejukan enjin kereta anda (cooling system).

Sebelum memulakan pemeriksaan, biarkan enjin dihidupkan untuk beberapa minit agar coolant dapat memanaskan (warna up) dan membentuk tekanan di dalam sistem.

Ini akan memaksa 'coolant' terbebas ke mana-mana sahaja terdapatnya weak spot dan membuat kebocoran nampak lebih nyata.

Untuk mengetahui punca mengapa enjin panas melampau (overheats) anda perlulah membuat pemeriksaan ke atas beberapa komponen enjin kereta iaitu:

1. Memeriksa hos getah

Mulai dengan memeriksa (top hose) dan hos bawah(bottom hose).



Pastikan tiada rekahan atau melecet pada permukaannya. Rekahan mudah dikesan dengan memicit hos itu.

Berikan perhatian pada bahagian dimana hos membengkok atau bertemu 'stub'.

Jika hos kelihatan lusuh, gantikan dengan yang baru.

Amati juga klip-klip yang mengikat hos pada 'stub'.

Klip sepatutnya ketat tetapi tidaklah keterlaluan sehingga terbenam ke dalam getah hos (dikenali sebagai bite) dan berkemungkinan menjadi penyebab kepada kebocoran.


2. Memeriksa Kabel Earth Enjin

Kadangkala sambungan kabel Earth enjin yang terlucut atau kelonggaran boleh menjadi penyebab berlakunya engine overheats.

Selalunya ia berada pada pelbagai lokasi bergantung kepada model kereta.

Pada kereta model Perodua Kancil, kabel ini berada di bawah bateri tray.

Untuk kepastian, minta mekanik yang memeriksa kereta anda mengenal pasti lokasinya dan pastikan ia berkeadaan ketat dan tiada kerosakan pada pendawaiannya.


3. Radiator

Tempat paling sering mengalami kebocoran adalah pada bahagian seam atas dan bawah. (top anda bottom seam).



Ia juga boleh mengalami kebocoran pada bahagian radiator core iaitu bilah-bilah penyejuknya.

radiator core

Kerosakan ini biasanya disebabkan oleh hentaman batu.

Jika kebocoran berlaku pada core, anda boleh membaiki 'sealent' yang boleh dibeli dari kedai alat ganti kereta malah di pasaraya; atau serahkan tugas dan pembaikan kepada mekanik.

Alternatif lain adalah dengan mendapatkan radiator yang terpakai ataupun baru.

Kebanyakan radiator memiliki sebuah drain plug di bahagian bawahnya. Pastikan ia bukanlah penyebab kebocoran yang berlaku.

Tukarkan drain plug bersama-sama getah pengedapnya (sealing ring) seandainya terdapat kesan kebocoran.

Periksa expansion tank serta hos kecil yang bersambungan di antara unit tersebut dengan radiator sama ada terdapat sebarang tanda kebocoran.

Lakukan juga pemeriksaan ke atas penutup tekanan radiator atau radiator cap.

Rubber seal atau getah pengedap sepatutnya berada dalam keadaan baik dan injap atau valve yang berada di tengahnya masih anjal serta mampu bergerak bebas.


4. Kipas radiator

Hidupkan enjin terlebih dahulu. Pastikan kesemua komponen disambungkan (jika anda melonggarkan hos, penutup radiator dan sebagainya, sila ketatkan kembali).

Biar enjin memanas dan keraplah memerhatikan kedudukan suhu yang tertera pada temperature gauge.



Perhatikan kipas radiator adakah ia mula berputar pada kedudukan suhu yang betul atau langsung tidak berputar sama sekali.

Sepatutnya kipas bulan berputar pada separuh (Atau 3/4 dari kedudukan garis tengah meter penunjuk suhu pada dashboard kereta anda.

Jika kipas mulai beroperasi melepasi kedudukan suhu yang disyorkan seperti yang dinyatakan di atas, berkemungkinan unit fan switch atau juga dikenali sebagai thermo switch; iaitu unit pengesan (sensor) suhu enjin tidak lagi efektif dan perlu digantikan segera.

Perhatikan tahap kederasan kipas tersebut berputar. Putaran lemah tidak mampu menyedut kuantiti angin yang mencukupi untuk penyejukan radiator core.

Jika ini berlaku, penukaran motor kipas atau radiator fan motor adalah langkah terbaik.

Perhatikan juga berapa lamakah kipas itu berputar. Kipas yang terlalu cepat berhenti berputar akan gagal menyejukkan radiator terutamanya sewaktu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Kebiasaannya kipas berputar kira-kira 20- 30 saat pada setiap operasinya dan mampu merendahkan suhu yang ditunjukkan pada meter suhu.

Walaupun ini jarang berlaku, putaran kipas sepatutnya menyedut dan bukannya menghembus.

Ini boleh berlaku akibat kesilapan pendawaian terutamanya selepas sesuatu penggantian dilakukan.


5. Core plugs

Lokasi terakhir yang perlu diperiksa ialah core plugs. Unit ini boleh berada di pelbagai lokasi dan sering menjadi punca kebocoran.

Sama ada ia menjadi longgar akibat desakan tekanan dari dalam enjin atau berkarat dan membentuk lubang-lubang halus.




Gunakan cermin dan lampu suluh sekiranya ia sukar dilihat atau terlindung. Amati sebarang kesan lelehan berkarat yang mengalir keluar dari blok enjin.

Adalah berbaloi membuat pemeriksaan core plugs sekurang-kurangnya dua kali setahun untuk memastikan tiada kebocoran.

Jika sukar, minta bantuan mekanik untuk membuat pemeriksaan dan penggantian.


6. Kebocoran di dalam enjin (internal leakage)

Seandainya kesemua pemeriksaan gagal menemukan sebarang kebocoran, berkemungkinan terdapatnya kerosakan gasket di antara 'cylinder head' dengan block enjin, atau piston head mahupun blok enjin itu sendiri telah mengalami retakan/ rekahan dalaman yang membenarkan gas pembakaran (combustion) terbebas dan seterusnya mendidihkan coolant.

Terdapat satu pemeriksaan lanjutan yang boleh dilakukan untuk memastikan internal leak adalah penyebabnya.

Pertama, buka radiator cap (biarkan enjin menyuam dahulu) dan amati keadaan coolant. Kehadiran minyak atau buih di dalam coolant menandakan kebocoran di dalam enjin selain pendidihan coolant/ air didalam expansion tank sewaktu overheating sedang berlaku.

Minta bantuan mekanik untuk mengesahkan puncanya. Seandainya hanya gasket atau kepala silinder (cylinder) head sahaja yang perlu diperbaharui, anda boleh melakukannya sendiri.

Tetapi jika blok enjin didapati bermasalah, sama ada anda mendapat blok baru atau sebuah enjin terpakai sebagai jalan penyelesaiannya.— EdisiRakyat.com, 30 Oktober 2017

Darah haid, nifas dan istihadah pada perempuan, ketahui perbezaannya

$
0
0
RAMAI wanita masih mengalami kekeliruan mengenai jenis darah yang keluar dari rahim lebih-lebih lagi bagi ibu yang baru lepas melahirkan. Adalah penting untuk mengetahui adakah ia darah haid, nifas atau darah istihadah kerana kekeliruan seperti ini boleh menganggu solat dan amal ibadah anda yang lain.

Ia berikutan kekhilafan mengenai tanggapan setiap darah yang keluar menyebabkan anda berada dalam keadaan tidak suci dan tidak boleh menunaikan solat kerana tersalah anggap dengan darah yang keluar.


Jenis-jenis darah wanita



darah



1. Darah haid

Haid ialah darah kotor yang keluar dari rahim perempuan yang bukan darah penyakit.

Haid berlaku sekurang-kurangnya sehari semalam iaitu 24 jam dan paling lama selama 15hari 15 malam.

Kebiasaannya, ramai perempuan yang mengalami haid selama 6 atau 7 hari 7 malam.

Haid berwarna merah kehitaman, kuning tua atau berwarna coklat, berbau hanyir dan lebih kental.Sekiranya yang keluar itu berwarna putih maka ia bukan darah haid.

Tempoh haid paling sekejap ialah 1 hari 1 malam dan tempoh paling lama ialah 15 hari ini dan 15 malam manakala tempoh biasanya ialah 6 atau 7 hari.

Sekurang-kurangnya tempoh suci itu mesti 15 hari 15 malam ertinya antara 2 haid mestilah 15 hari paling kurangnya tetapi tidak ada batasan tentang tempoh maksimumnya.

Dalam tempoh haid ini, wanita dikira dalam hadas besar dan apabila berhenti sahaja darah ini keluar, wanita tersebut perlu mandi wajib dan menunaikan ibadah seperti biasa.


2. Darah nifas

Nifas ialah darah yang keluar daripada rahim perempuan disebabkan melahirkan anak (bersalin).

Mazhab Syafi'i menyatakan bahawa darah nifas itu ialah darah yang keluar selepas selesai melahirkan anak tetapi sekiranya bayi masih belum keluar ke semuanya maka belum lagi dikatakan darah nifas tetapi darah yang keluar itu dikira darah penyakit.

Darah daripada rahim perempuan yang keguguran anak juga dipanggil nifas.

Tempoh sekurang-kurangnya satu (lahzah) iaitu sedetik. Kebiasaannya 40 hari dan tempoh maksimum 60 hari. Maka tidak wujudlah 44 hari sebagaimana kepercayaan orang Melayu.

Ketika ini, wanita tersebut di kira sedang berhadas besar dan setelah berhenti darah tersebut, hendaklah mandi wajib dan menunaikan ibadah seperti biasa.


Perkara-perkara yang diharamkan ketika haid dan nifas

i) solat (sembahyang)

ii) membaca, menyentuh dan membawa Al-Quran

membaca-al-quran


iii) tawaf

IV) puasa

v)bersetubuh

vi) bercerai (orang haid sahaja) tetapi jika berlaku talaknya tetap jatuh

vii) iktikaf (berhenti di dalam masjid)

Orang yang sedang haid nifas boleh membaca sedikit ayat al-quran seperti 'Bismillah' dengan niat zikir begitu juga beberapa ayat dalam kategori pendinding diri seperti air kursi dan surah surah 3 Qul.

Selain itu tidak haram bagi seorang wanita yang haid melintasi masjid sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dan lainnya daripada Aisyah r.h.a bahawa dia berkata , Rasulullah SAW telah bersabda kepadaku: "Ambilkan untukku sejadah di masjid lalu aku berkata: "Sesungguhnya aku dalam keadaan haid."

Sabda Rasulullah:" Sesungguhnya haid itu bukannya di tangan kamu."

iktiqaf-di-masjid

3. Darah istihadah

Istihadah ialah darah yang keluar dari faraj perempuan bukan semasa haid atau nifas.

Darah ini biasanya berwarna cerah atau merah segar, cair dan tidak berbau. Ia disifatkan sebagai darah penyakit.

Tiap-tiap darah yang keluar dari rahim yang melebihi atau kurang daripada haid atau nifas maka darah itu dikira sebagai istihadah.

Ia adalah darah yang keluar di waktu luar kebiasaan atau bukan kerana melahirkan anak atau keluar semasa proses bersalin

Perlu diingatkan bahawa perempuan yang darahnya keluar sebagaimana yang tersebut tidak dikenakan sebarang larangan seperti ke atas orang haid dan nifas.

Mereka hanya perlu sentiasa memperbaharui wudhu tatkala hendak mengerjakan ibadat solat dan lain-lain yang diwajibkan berwuduk.


Solat orang yang istihadah

Orang-orang yang beristihadah jika hendak mengerjakan solat perlu mengambil kira perkara-perkara berikut:

i) berwuduk hanya apabila telah masuk waktu solat setelah membersihkan darah berkenaan serta meletakkan sesuatu balutan terlebih dahulu lalu terus bersolat.

pakai-pad


Dia tidak boleh menunggu melainkan untuk solat berjemaah.

ii) mereka hanya boleh solat satu fardhu dan beberapa solat sunat sahaja.— EdisiRakyat.com, 31 Oktober 2017

Kanak-kanak 12 tahun terjun bunuh diri, tapi orang lain yang mati

$
0
0
TINDAKAN seorang kanak-kanak berusia 12 tahun membunuh diri dengan cara melompat dari sebuah jambatan di sebuah lebuhraya Virginia, Amerika berjaya mengambil nyawa bukan dirinya, tetapi orang lain.

Seorang gadis muda berusia 22 tahun, Marisa Harris sedang dalam perjalanan bersama teman lelakinya, apabila kanak-kanak tersebut jatuh tepat di atas kereta dipandu wanita itu.

Teman lelakinya yang berada di sebelah tempat duduk penumpang, dilaporkan segera memaut roda kemudi bagi mengarahkan kenderaan dinaikinya itu ke bahagian tepi lebuhraya.

Marisa dilaporkan maut akibat dihempap oleh kanak-kanak lelaki tersebut. Pihak polis kini sedang menyiasat kes berkenaan sebagai cubaan membunuh diri.



Kanak-kanak itu yang belum dikenal pasti identitinya, dilapor berada dalam keadaan yang amat marah, telah dikejarkan ke hospital Fairrax Inova bagi mendapatkan rawatan.

Teman lelaki Marissa, yang duduk di bahagian hadapan penumpang dalam kereta terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan kata Everett Bruce, pakcik kepada Marissa.



"Dia sedikit terkejut," kata Bruce merujuk kepada keadaan teman lelaki Marissa. EdisiRakyat.com, 31 Oktober 2017

Punca bayi mati dalam kandungan, bagaimana mengetahui dan cara mengelakkannya

$
0
0
KEMATIAN bayi dalam kandungan adalah mimpi buruk bagi ibu-ibu yang pernah mengalaminya. Justeru itu, adalah penting untuk mengetahui punca bayi mati dalam kandungan, bagaimana ia boleh dikesan dan cara mengelakkannya dari berlaku.

Lebih daripada 50 peratus kematian janin tidak dapat ditentukan sebab-sebabnya. Walaupun begitu dari jumlah yang diketahui, terdapat beberapa punca yang telah berjaya dikenalpasti. Antaranya:

1. 60% berpunca daripada tali dan tali pusat seperti berlaku jangkitan, uri terpisah, kedudukan uri di bahagian bawah rahim, ketidakupayaan uri, tali pusat tertekan dan tali pusat terkeluar.

2. 20% berpunca daripada permasalahan obstetrik ibu dan penyakit yang dihidapi oleh ibu.

3. 10% berpunca daripada kecacatan janin.


keguguran.png


4. Hampir 7 % berpunca daripada penyakit yang dihidapi oleh janin.

5. 3% daripada sebab-sebab lain.

Daripada kajian-kajian yang telah dijalankan, adalah didapati 80% daripada keguguran awal berpunca daripada faktor-faktor kecacatan janin atau kecederaan kepala janin yang sedang membesar.

Pada 3 bulan kedua, kematian janin berpunca daripada penyakit seperti penyakit kelamin, rubella, virus mycoplasma dan toxoplasmosis.

Sebab-sebab lain seperti kelainan jenis dan kumpulan darah serta kekurangan zat makanan terutamanya protein dan vitamin juga boleh mengakibatkan kematian janin ketika ini.

Keganjilan yang terdapat pada rahim seperti kelainan semulajadi, ketumbuhan, pintu rahimnya terbuka dan parut daripada pembedahan dahulu juga boleh mengakibatkan kematian janin di pertengahan dan akhir waktu kehamilan.

Begitu juga dengan keracunan dari ubat-ubat kimia, gas beracun dan pancaran radiasi boleh mengakibatkan janin mati. Gangguan emosi yang keterlaluan seperti ketakutan, kesedihan, kemarahan dan kerungsingan juga dipercayai menjadi punca bagi sesetengah ibu yang sensitif.

Kecederaan sama ada secara terus atau sebaliknya seperti tumbukan atau tekanan kuat pada janin, pembedahan dan kejutan elektrik telah juga didapati menyebabkan punca kematian janin.


Bagaimanakah mengetahui kematian janin telah berlaku?

Secara zahirnya, seseorang ibu akan cepat menyedari yang ada sesuatu yang tidak kena berlaku kepada janin yang dikandungnya apabila pergerakannya berkurangan atau tidak jelas dan perutnya tidak menunjukkan tanda-tanda membesar.

Sebilangan kecil ibu melaporkan mereka menerima alamat (tanda) misalnya dalam mimpi. Apabila siasatan dan pemeriksaan dijalankan oleh doktor, terdapat tanda-tanda berikut:

1. Ujian kehamilan bertukar menjadi negatif dua kali berturut-turut disamping rahim tidak membesar lagi.

2. Pergerakan janin tidak dirasai oleh ibu dan doktor atau bidan.

3. Rahim gagal membesar.

4. Degupan jantung tidak kedengaran apabila diperiksa dengan alat pendengaran (stetoskop atau mesin doppler).

5. Tanda-tanda kehamilan seperti pembesaran buah dada dan rahim serta pertambahan berat badan terhenti atau hilang.

Ketinggian rahim kurang dari dari umur kehamilan dan buah dada hilang ketegangannya.

6. Lelehan bewarna coklat keluar dari saluran faraj.

7. Melalui pemeriksaan ultrasound kelihatan:

i). Ovum yang telah musnah
ii) pergerakan jantung janin tidak kelihatan pada minggu ke-10 kehamilan
iii) pergerakan janin tidak kelihatan
IV) tumbesaran kepala janin tidak berubah

Jika telah disahkan bahawa janin anda telah mati, doktor akan memilih untuk melakukan proses D&C (dilation& curretage), atau kelahiran secara paksa mengikut umur janin untuk mengeluarkannya.



Ibu-ibu yang telah mengalaminya akan merasa bimbang dan takut untuk hamil lagi. Pertanyaan yang sering dikemukakan adalah, adakah kemungkinan ia akan berulang lagi?

Jika anda mengalami masalah begini, mintalah doktor anda menerangkan mengapa kematian janin berlaku.

Kebanyakan kematian janin tidak mungkin berulang seperti sebahagian keadaan yang disebabkan oleh kelainan genetik (warisan).

Doktor anda pasti akan menerangkan kemungkinannya.

Walaubagaimanapun, pasangan yang normal juga boleh membawa benih yang cacat. Keadaan ini akan mengakibatkan kehamilan yang tidak normal.

Keguguran adalah suatu proses penolakan semulajadi dan berlaku secara kebetulan sahaja. Ia tiada kaitan langsung dengan sebarang perbuatan anda dan pasangan anda.


Bagaimanakah caranya mengatasi masalah kematian janin ini?

Apabila anda hamil lagi, untuk memastikan kehamilan tersebut tidak berakhir dengan kematian janin, anda diberi rawatan dan penjagaan yang rapi dari awal kehamilan lagi.

Tumbesaran janin diawasi melalui ultrasound, pemeriksaan darah, air kencing, air ketuban dan tisu janin jika difikirkan perlu.

scan-baby


Anda mungkin perlu pemantauan rapi yang dijalankan di hospital malah ada ibu-ibu yang menghabiskan sebahagian besar masa kehamilannya di wad.

Bagi kehamilan yang berisiko, anda juga perlu mengurangkan beberapa aktiviti biasa yang dilakukan ataupun dihindarkan sama sekali seperti:

i) kerja-kerja berat yang memerlukan banyak tenaga
ii) perjalanan yang jauh dan memenatkan
iii) tempat peranginan yang tinggi
IV) menaiki kapal terbang
V) hubungan badan

Doktor akan menentukan keadaan kehamilan anda. Bertanyalah selalu kepada doktor tentang perkembangan dan keadaan janin dalam kandungan anda.

Fahamilah sebab-sebab pantang larang yang dikenakan terhadap diri anda.

Dengan berbuat demikian, anda akan lebih bekerjasama mematuhi nasihat doktor demi kepentingan diri anda dan janin yang dinanti-nantikan itu. Mudah-mudahan kehamilan anda akan berjalan sebaik mungkin. — EdisiRakyat.com, 1 November 2017

Serangan virus influenza, punca, simptom, rawatan, dan langkah mencegahnya

$
0
0
SERANGAN virus influenza menyebabkan penyakit selesema atau 'flu' yang kerap menyerang secara tiba-tiba. Penting untuk mengetahui punca, cara rawatan, dan langkah pencegahan kerana ia bukanlah demam biasa sebaliknya boleh menimbulkan komplikasi yang lebih teruk.

Influenza disebabkan oleh virus RNA dari famili Orthomyxoviridae. Ia berjangkit melalui sentuhan atau penyingkiran bahan kumuh daripada pesakit.

Ia dibebaskan melalui semburan cecair semasa pesakit batuk, bersin atau pun bercakap.

bayi-selsema.png

Ketika bersin, kuman dari penyakit ini boleh dipindahkan sejauh 196km/j bersamaan 6 meter dalam satu saat.


Punca penyakit

1. Virus Influenza A yang menjangkiti manusia dan haiwan seperti khinzir, burung dan kuda.

2.Virus influenza B yang hanya menyerang manusia dan lebih jarang berbanding Influenza A.

virus-influenza.png


Ia merupakan virus Influenza yang lebih lemah daripada influenza jenis A kerana mengalami mutasi 2-3 lebih lambat dari influenza jenis A.

3. Virus influenza C yang menjangkiti manusia, anjing dan babi dan kadangkala menimbulkan penyakit yang berat dan epidemi local.

Namun Influenza jenis ini lebih jarang berlaku dibandingkan dengan jenis lain dan hanya menimbulkan penyakit yang ringan kepada kanak-kanak.

Golongan yang berisiko tinggi adalah:

i)mereka yang berumur 60 tahun keatas.

ii) mereka yang sudah lama mempunyai penyakit yang mengurangkan fungsi sistem imun.

iii) bayi dan anak kecil

IV) ibu hamil

V) individu dengan penyakit jantung atau kardiovaskular

vi) pesakit diabetis

vi) mereka yang mengalami imunosupresi akibat kanser atau kemoterapi

vii) pesakit asma, dan mereka yang mempunyai masalah paru-paru dan bronkitis

Viii) individu yang mengambil steroid

Viiii) kanak-kanak dan orang dewasa yang dirawat dengan aspirin.


Tanda-tanda/simptom

Gejala influenza dapat dilihat setelah satu atau dua hari setelah dijangkiti. Antara tanda-tandanya adalah:

1. Demam dan rasa sejuk yang ekstrim sehingga menggigil secara tiba-tiba antara dua hingga empat hari.


demam-virus.png


2. Sakit-sakit sendi sehingga berasa tidak dapat bangun dari tempat tidur selama beberapa hari dengan rasa nyeri di seluruh tubuh terutamanya kaki dan bahagian punggung.

3. Sakit kepala

4. Hidung berair dan tersumbat.

5. Batuk dan sakit tekak.

6. Iritasi mata dan mata berair

7. Mata kemerahan, kulit menjadi merah terutamanya di wajah serta kemerahan pada tekak dan hidung.

8. Tumbuh ruam.

9. Pada anak kecil, terdalat gejala gastrointestinal seperti direa dan sakit sendi.


Komplikasi akibat jangkitan influenza

Jangkitan virus influenza boleh mengakibatkan komplikasi kepada paru-paru dan mengakibatkan dua jenis radang paru-paru iaitu:

1.Pneumonia virus Influenza

Sejenis wabak yang pernah menyebabkan kematian pada semua peringkat golongan masyarakat.

Apabila dijangkiti, suhu badan tidak menurun disertai batuk, sesak nafas dan tubuh bertukar menjadi biru (sinosis).


2. Pneumonia bakteria sekunder

Ia sering menjadi punca kematian bagi mereka yang berumur.

Ia juga menjejaskan sistem pertahanan pernafasan.

komplikasi-influenza.png


Pesakit yang dijangkiti akan mengeluarkan kahak bernanah atau berdarah.

Bakteria yang sering menyerang ialah streptococcus pneumoniae, staphylococcus aureus dan haemophilus Influenza.

Bagi sesetengah keadaan, ia menyebabkan penyakit pulmonary obstruktif kronik, penyakit jantung, ginjal, diabetes, radang telinga tengah (otitis media), sakit otot kaki (miositisis).

Ia juga menyebabkan Syndrom Reye yang mengakibatkan bengkak hyper dan gangguan pada otak (ensefalopati).


Cara merawat jangkitan

Selsema yang disebabkan oleh virus tidak dapat dirawat dengan antibiotik kecuali selsema itu telah membawa kepada penyakit lain yang disebabkan oleh bakteria.

Dalam beberapa keadaan, ubatan antivirus seperti oseltamivir (Tamiflu) dan zanamivir (Relenza) boleh diberikan mengikut keadaan.

Ubat penahan sakit (painkiller) seperti paracetamol atau ponston boleh mengurangkan gejala seperti sakit kepala dan sengal-sengal badan.

Sesetengah ubat penahan sakit seperti aspirin tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak di bawah usia 12 tahun ketika dijangkiti kerana ia boleh mengakibatkan timbulnya Syndrome Reye iaitu satu penyakit hati yang berpotensi untuk menyebabkan kematian.

Seelok-eloknya individu yang dijangkiti:

i) duduk di rumah
ii) elakkan hubungan dengan orang lain sebanyak mungkin
iii) minum banyak air
IV) elakkan minuman beralkohol dan jangan merokok
V) makan jika boleh

Pastikan ada seseorang bersama anda untuk menjaga dan memantau keadaan anda dan jika keadaan anda semakin membimbangkan, segeralah ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan pemantauan.


Langkah pencegahan

1. Vaksin Influenza boleh memberi keberkesanan antara 70 ke 90 % perlindungan infeksi klinik apabila virus di persekitaran sama dengan jenis vaksin.

Maka, adalah penting mendapatkan suntikan vaksin secara berkala untuk mengelakkan jangkitan.

suntikan-vaksin-influenza.png


2. Vaksin perlu diberikan pada mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat Influenza.

3. Keadaan rumah atau bangunan yang sesak memudahkan lagi jangkitan virus dan ia amat sesuai pada suhu udara yang sejuk. Oleh itu, jika anda adalah orang yang berisiko dijangkiti, elakkan berada di tempat-tempat yang sesak.— EdisiRakyat.com, 2 November 2017

Penyebab utama pemanasan global

$
0
0
PEMANASAN global ialah peningkatan dalam suhu purata atmosfera bumi yang disebabkan oleh beberapa faktor.

Malah terdapat kenaikan suhu yang berterusan lebih daripada yang pernah berlaku sehingga menyebabkan perubahan iklim dan peningkatan suhu purata permukaan bumi seiring dengan masa.

Peningkatan ini berpunca daripada kesan rumah hijau dan pelbagai faktor lain.

Keadaan ini pada asasnya ialah perubahan dalam keadaan iklim bumi. Keadaan iklim ini berubah-ubah disebabkan oleh pelbagai punca luaran dan dalaman.

pemanasan-global.png

Perubahan terhadap iklim yang menyebabkan pemanasan global boleh berpunca daripada

i) Keadaan semulajadi

Sesetengah faktor yang menyebabkan pemanasan global adalah letusan gunung berapi dan aktiviti suria.

Sesetengah perkara yang berlaku secara semulajadi mempunyai kesan negatif ke atas pemanasan global.

Satu daripada faktor yang berlaku secara semulajadi ini ialah gas metana. Gas metana ialah gas yang menyimpan haba secara aktif dalam persekitaran bumi.

Faktor kedua yang berlaku secara semulajadi dan menyebabkan pemanasan global ialah putaran semulajadi bumi yang mengakibatkan perubahan Iklim.

Setiap fasa perubahan persekitaran dianggarkan berlanjutan kira-kira 40,000 tahun.

Satu lagi bentuk gas asli ialah Nitrus Oksida. Gas ini juga hilang gas yang wujud secara semula jadi yang dikeluarkan daripada lautan dan hutan hujan.

Gas ini ialah penyumbang kecil terhadap pemanasan global namun masih merupakan satu bentuk gas rumah hijau.

ii) Buatan manusia

Meskipun gas-gas ini merupakan penyebab semulajadi pemanasan global namun faktor semulajadi ini mudah dipengaruhi oleh penyebab pemanasan global buatan manusia. Kesannya, penyebab semulajadi pemanasan global berlaku pada kadar yang lebih cepat berbanding yang lazim berlaku akibat proses semulajadi.


Penyebab Utama Pemanasan Global

1. Pencemaran

pencemaran

Pencemaran merupakan punca utama pemanasan global yang turut menggugat sebahagian besar daripada alam sekitar.

Walaupun terdapat pelbagai jenis pencemaran yang membahayakan persekitaran, terdapat dua jenis pencemaran utama yang berkait langsung dengan pemanasan global iaitu pencemaran industri dan pencemaran kenderaan.

Pembakaran bahan api fosil yang berperanan untuk menjana kuasa menyebabkan pembebasan pelbagai gas berbahaya seperti karbon dioksida dan karbon monoksida. Gas ini pula akan terperangkap di atmosfera dan memerangkap cahaya matahari secara tidak langsung menyebabkan suhu global meningkat.


2. Perlombongan

perlombongan


Simpanan metana yang banyak wujud di bawah permukaan bumi.

Ketika aktiviti perlombongan dijalankan untuk mencari gali hasil perlombongan, gas metana ini dibebaskan ke atmosfera.

Gas metana yang mempunyai jangka hayat 72 tahun boleh menyebabkan kerosakan serius terhadap atmosfera.


3. Ternakan

ternakan


Satu lagi penyebab semulajadi yang menyumbang kepada pemanasan global ialah aktiviti penternakan binatang.

Binatang seperti lembu, biri-biri, kambing, dan kerbau menghasilkan setiap hari sebagai sebahagian daripada proses pencernaan normal haiwan tersebut.

Aktiviti pengurusan baja asli seperti penghasilan dan penyimpanan baja asli hasil daripada perkumuhan haiwan menyebabkan pembebasan jumlah gas metana yang banyak.

Gas metana ini juga menjadi keluaran sampingan pencernaan ternakan dan disingkirkan melalui baja asli serta dihembus oleh haiwan dalam proses yang dikenali sebagai penapaian enterik.


4.Pembasmian hutan

penebangan-hutan


Pembasmian hutan ialah keadaan hutan yang lapang akibat penebangan pokok.

Penebangan pokok yang berleluasa mengurangkan aktiviti pokok yang berfungsi menyerap karbon dioksida pada atmosfera untuk melakukan proses fotosintesis dan membebaskan oksigen.

Pembasmian hutan yang berleluasa mengurangkan bilangan pokok dan mengakibatkan jumlah karbon dioksida dalam atmosfera berterusan menjadi statik lalu menyumbang kepada pemanasan global.


5. Peningkatan populasi

populasi manusia


Tidak dapat dinafikan bahawa salah satu daripada penyebab antropogenik pemanasan global ialah peningkatan populasi.

Seperti yang anda, untuk hidup setiap manusia perlu bernafas dengan menyedut oksigen dan membebaskan karbon dioksida.

Dengan peningkatan populasi jumlah karbon dioksida ini pasti akan terus meningkat jika tiada langkah-langkah yang diambil untuk menyeimbangkan pengeluaran oksigen dan pembebasan karbon dioksida di atmosfera bumi.— EdisiRakyat.com, 2 November 2017

Ikan paus, fakta-fakta menarik mengenainya

$
0
0
PERNAHKAH anda melihat ikan paus? Terdapat beberapa fakta menarik mengenai ikan paus yang perlu diketahui.

Walaupun masih hidup di lautan, paus sebenarnya bukanlah tergolong dalam keluarga ikan. Paus dikategorikan dalam golongan keluarga mamalia.

Sebagaimana haiwan mamalia yang lain, paus mempunyai ciri-ciri berikut:

i) bernafas melalui paru-paru
ii) mempunyai bulu (kurang berbanding haiwan darat, hampir tiada bagi paus dewasa)
iii) berdarah panas
IV) mempunyai organ penyusun dan menyusukan anak
V) mempunyai empat ruang jantung

ikan-paus

Paus purba berevolusi pada pertengahan tempoh Eocene, kira-kira 50 juta tahun dahulu. Salah satu paus terawal yang pupus adalah Basilosaurus yang mempunyai kepala kecil bermuncung, menonjol dan bergigi.

Basilosaurus berukuran 25 meter panjang.

Tinggalan fosil menunjukkan paus berasal daripada haiwan daratan berkuku, kemungkinannya dari haiwan seperti Mesonichyd (haiwan seperti serigala yang tinggal di persisiran pantai) yang beransur-ansur kembali tinggal di laut kira-kira 50 juta tahun dahulu.

Satu lagi kemungkinan haiwan lain yang berubah menjadi paus adalah Ambulocetus, mamalia bersaiz anjing laut, sepanjang 3 meter seberat 650 paun.

Pada masa kini terdapat dua jenis paus iaitu ikan paus Odontoceti paus bergigi dan paus Baleen Mysticeti.

Paus Odontoceti yang bergigi merupakan pemangsa yang memakan ikan, sotong dan mamalia marin (laut) mempunyai satu lubang pancut pernafasan.

Paus Baleen pula bersaiz lebih besar daripada paus bergigi dan mempunyai struktur yang dikenali sebagai Baleen yang mempunyai bentuk sikat untuk menyaring plankton daripada air dan mempunyai dua lubang pancut pernafasan.

ikan-paus


Bilakah ikan paus wujud?

Fosil ikan paus yang ditemui di bumi ini menunjukkan ikan paus telah wujud di bumi ini sejak tujuh juta tahun yang lalu.

Namun begitu para saintis percaya bahawa ikan paus wujud sejak 55 juta sehingga 60 juta tahun yang lalu.


Berapakah spesis ikan paus?

Terdapat 80 jenis ikan paus di dunia ini termasuk 11 spesis 'Baleen whales' dan 69 spesis 'toothed whales' yang turut merangkumi ikan lumba-lumba.

ikan-paus-lumba-lumba


Walaupun kita ketahui bahawa ikan paus hidup dalam air masin tetapi terdapat beberapa spesies ikan paus atau dikenali sebagai ikan lumba-lumba yang digelar 'Chinese River dolphin' yang tinggal di kawasan air tawar.

Kebanyakan masyarakat percaya bahawa ikan paus adalah haiwan yang amat bijak kerana mempunyai otak yang besar dan kompleks tetapi kebijaksanaan itu masih belum dibuktikan.— EdisiRakyat.com, 3 November 2017

Pelajar curi barang kemas ibu angkat untuk menyara teman lelaki

$
0
0
SEORANG pelajar didenda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret Melaka hari ini kerana mencuri dan menjual barang kemas ibu angkatnya bernilai RM5, 305 untuk menyara teman lelaki.

Nurul Aqilah Abdullah, 20 dari Tangga Batu mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan membantu menyembunyikan barang-barang curi selepas kertas pertuduhan dibaca terhadapnya di hadapan Majistret Norina Maludin lapor NST.

Aqilah didakwa di bawah Seksyen 414 (Kanun Keseksaan) kerana menjual seutas rantai leher berharga RM605, seutas gelang berharga RM1,250 dan seutas lagi rantai bernilai RM3,450 yang kesemuanya berjumlah RM5,305 milik ibu angkatnya Zalina Ramli berusia 40 tahun.

Tertuduh mengaku melakukan semua kesalahan tersebut di Tanjung Jewellers Enterprise pada 4 April, 8 April dan 10 April di antara jam 9 pagi dan 5 petang tahun ini.



Berdasarkan fakta kes, ibu angkat tertuduh menyedari bahawa sebuah beg barang kemas di dalam laci miliknya telah hilang sekaligus menyebabkan dia bertanya kepada anak angkatnya itu pada 24 Jun.

Aqilah mengaku telah mencuri barang kemas tersebut dan menjualnya di sebuah kedai emas dan wang hasil jualan itu dibelanjakan untuk dirinya dan teman lelaki.

Ibu angkat tertuduh membuat laporan polis sekaligus membawa kepada penangkapan Aqilah dan teman lelakinya, Muhammad Aidil Japri, 19 di rumahnya di rumah pangsa Seri Kubu, Jalan Kampung 4 pada 8 September lalu.

Aqilah kemudian membawa pihak polis ke sebuah kedai barang kemas, di mana pemilik kedai itu Kang Hock Eng, 28 kemudiannya menyerahkan 9 salinan resit jualan dan memberitahu pihak polis bahawa barangan kemas tersebut telah dicairkan dan dijual.

Timbalan pendakwa raya Mazuin Hashim meminta mahkamah mengenakan hukuman berat sebagai pencegahan kerana Aqilah telah berulang kali mencuri barangan kemas milik keluarga angkatnya.

Aqilah yang tidak diwakili peguam memohon agar hukuman diringankan dengan alasan dirinya masih muda dan mahu melanjutkan pelajaran.

Norina kemudian mengenakan hukuman denda RM4,000 bagi setiap pertuduhan, atau penjara selama 6 bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Dalam satu lagi perbicaraan berasingan, Aqilah mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan di bawah Seksyen 414 (KK) kerana menyembunyikan barangan curi di hadapan Majistret Muhammad Firdaus Saleh.

Aqilah mohon dibicarakan terhadap tuduhan membantu menyembunyikan barangan curi dengan cara menjual sepasang subang, seutas gelang, dan seutas gelang kaki yang kesemuanya bernilai RM2,590. — juga seutas gelang berharga RM1,108, seutas gelang berharga RM600 dan seutas gelang, sepasang subang dan sebentuk cincin berharga RM4,500 kesemuanya berjumlah RM8,798.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di lokasi sama iaitu Tanjung Jewellers Enterprise diantara 9.00 pagi pada 16 Mac dan 7.00 petang 25 Mac tahun ini.

Majistret Muhammad Firdaus, membenarkan ikat jamin sebanyak RM8,000 untuk kesemua pertuduhan dan menetapkan 7 Disember untuk sebutan semula kes dan melantik peguam.

Kedua-dua denda dan ikat jamin tidak dibayar. — EdisiRakyat.com, 3 November 2017

Talbinah, makanan sunnah yang banyak khasiatnya

$
0
0
TALBINAH ialah sejenis makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat yang digunakan dalam perubatan islam.

Minuman ini dinamakan talbinah kerana warnanya putih seperti warna susu.

Cara membuatnya adalah dengan :

Mencampurkan susu dan minuman yang dibuat daripada barli dan ditambah dengan madu lebah asli untuk menambahkan rasa manisnya.

susu madu

+

barli


Khasiat talbinah dalam perubatan Islam

1. Bertindak sebagai penenang

Dengan meminum talbinah mampu memberi ketenangan kerana sifatnya yang lembut dan mudah dihadam.

Daripada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Aisyah bahawa beliau telah menyuruh agar talbinah disediakan kepada orang yang sakit dan orang yang bersedih atas kematian seseorang.

Beliau berkata: "Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, 'Sesungguhnya talbinah dapat menenangkan hati pesakit dan menghilangkan sebahagian kesedihan".


2. Merawat penyakit pada sistem penghadaman

Talbinah dikatakan dapat membantu merawat penyakit pada sistem penghadaman seperti penyakit sembelit,  mengawal daripada penyakit kanser usus, mengawal daripada penyakit celiac disease iaitu penyakit yang menghalang fungsi saluran-saluran kecil di dalam perut daripada menyerap lemak, vitamin dan zat yang diperlukan oleh tubuh.

susu talbinah


Ia juga dapat membantu merawat kegemukan dan penyakit berbahaya yang lahir daripada kegemukan.


3. Membantu menghilangkan kesedihan dan kemurungan (depresi)

Rasulullah SAW pernah mengesyorkan penggunaan talbinah bagi mereka yang ditimpa musibah sebagaimana yang tertulis dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dalam buku Shahih al-Bukhari, Juz 7, halaman 75 yang bermaksud:

Diriwayatkan daripada Aisyah, isteri nabi bahawa apabila seseorang meninggal dunia dalam kalangan ahli keluarga, kaum wanita akan berkumpul bagi tujuan itu.

Kemudian mereka semua beredar melainkan ahli keluarganya dan kerabat rapatnya. Lalu, beliau meminta supaya dibawakan sejumlah talbinah lantas dimasak. Setelah itu, tsarid (potongan kecil roti yang dicampur dengan air rebusan daging) disediakan, seterusnya talbinah dituangkan ke atasnya.

Kemudian beliau berkata, 'makanlah ia kerana sesungguhnya saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, 'Talbinah dapat menenangkan hati pesakit serta menghilangkan sebahagian kesedihan."

Antara bahan utama yang dapat membantu mengurangkan kemurungan (depresi) yang terdapat dalam talbinah ialah asid amino, mineral, vitamin B dan antioksidan.


4. Mengatasi penyakit darah tinggi

Talbinah dapat mengatasi penyakit darah tinggi kerana kandungannya yang kaya dengan kalium yang berperanan menyeimbangkan garam dan air di dalam tubuh badan.

penyait darah tinggi


Selain itu, talbinah berfungsi melancarkan pembuangan air kencing yang mana ia membantu membebaskan tubuh dari lebihan bahan cecair.


5. Kawalan penyakit kanser dan melambatkan penuaan

Talbinah boleh mengatasi masalah radikal bebas iaitu oksigen yang bergerak secara bersendirian di dalam tubuh yang boleh menjadi punca penyakit kanser.

Dengan kawalan radikal bebas dan sifatnya yang kaya antioksidan ini juga dapat melambatkan proses penuaan dan membuatkan mereka yang gemar meminum minuman ini awet muda.

Talbinah yang kaya dengan vitamin A juga dapat membantu mengawal penyakit kanser daripada merebak.


6. Membantu mengurangkan kolestrol di dalam darah

Terdapat beberapa kajian yang dibuat menunjukkan bahawa talbinah yang kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral sangat berperanan mengurangkan kadar kolestrol tidak baik di dalam darah.


7. Mengatasi penyakit sukar tidur (insomnia)

Insomnia ialah ketidakupayaan untuk tidur atau ketidakupayaan tidur selama tempoh yang munasabah.

Penghidap insomnia biasanya merungut kerana tidak berupaya lelap atau 'merehatkan minda' melebihi beberapa minit.

Insomnia biasanya disebabkan oleh tekanan, kebimbangan, ubat, ketakutan, herba, kafein, kemurungan atau kadangkala tanpa sebarang sebab yang ketara.

Minda yang terlalu aktif serta sakit fizikal juga boleh menjadi puncanya.

sukar tidur


Dengan pengambilan talbinah, dapat mengatasi penyakit kesukaran tidur kerana talbinah mengandungi hormon prostaglofin iaitu hormon yang menyebabkan mengantuk.


8. Menurunkan kadar gula di dalam darah

Talbinah kaya dengan serat (fiber) yang boleh larut dan serat yang tidak boleh larut yang diperlukan oleh tubuh.

Serat-serat tersebut mengawal kadar gula dan lemak di dalam darah.


9. Menguatkan sistem imun tubuh

Talbinah memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah pertembungan oksigen yang bergerak secara berasingan dalam tubuh dengan lemak-lemak yang tidak boleh dicerna pada dinding sel yang menyebabkan kerosakan sel-sel tubuh.

Zarah-zarah oksigen biasanya akan berpasangan dan apabila zarah-zarah oksigen itu berasingan, zarah- zarah itu akan bergerak secara tidak menentu untuk mengajar pasangannya yang menyebabkan berlaku pertembungan.

Bahan antioksidan yang terdapat dalam talbinah akan mengaktifkan sistem ketahanan tubuh untuk mengawal dinding dinding sel bagi menentang kuman-kuman yang merosakkannya.

sistem-imun


Jika zarah oksigen yang berasingan itu berkumpul pada dinding saluran darah boleh menyempitkan saluran darah dan jika berkumpul pada kulit boleh menyebabkan berlaku penuaan yang cepat dan mewujudkan kedutan pada kulit.

Jika zarah tersebut berkumpul di bahagian otak, daya ingatan boleh menjadi lemah dan berkemungkinan akan hilang.

Kandungan vitamin A dan E yang banyak dalam talbinah dapat mengatasi masalah ini daripada berlaku.— EdisiRakyat.com, 4 November 2017

Beras perang dan beras putih, proses penghasilan dan perbezaannya

$
0
0
PERNAHKAH anda memakan beras perang? Apa pula perbezaannya dengan beras putih dan bagaimana ia dihasilkan?

Beras perang ialah beras yang sekamnya dibuang daripada beras kasar dan mengandungi lapisan bran (6-7% daripada jumlah berat), embrio (2-3% daripada jumlah berat) dan endosperma (kira-kira 90% daripada jumlah berat).

Pelbagai nutrien dalam beras terdapat dalam germa dan lapisan dedak beras dalam bijirin.

Namun kebanyakan nutrien ini telah dibuang semasa proses pengisaran daripada beras perang kepada beras putih.

beras perang

Khasiat beras perang

Pengambilan beras perang dapat mengekalkan berat badan yang ideal dan boleh menurunkan kolestrol di dalam badan disebabkan oleh kandungan serat yang tinggi dalam beras perang.

Beras perang juga dapat membantu mengawal penyakit kencing manis jenis kedua.

Beras perang mengandungi selenium dan serat diet yang boleh bertindak sebagai antikanser, di samping turut mengandungi vitamin B1, B2, B3, B6, tokoferol, zat besi, magnesium, mangan dan fosfat.

Walaupun beras perang mempunyai pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan, namun beras ini dianggap tidak sesuai sebagai makanan harian seperti beras putih kerana teksturnya yang keras, baunya yang kurang menyenangkan (tengik) dan sukar untuk dimasak.


Beras putih ialah beras yang paling banyak dimakan oleh orang ramai. Ia merupakan makanan ruji bagi kebanyakan negara terutamanya di Asia, termasuklah Malaysia.

beras putih


Beras putih berasal daripada beras perang yang kemudiannya melalui proses pemutihan dan pengilatan untuk menjadi beras putih.

Proses ini menyebabkan beras putih kehilangan kebanyakan nutrien yang sedia ada di dalamnya.

Namun begitu sejajar dengan peningkatan teknologi makanan pada masa kini, beras putih yang dijual di pasaran murah diperkaya semula bagi menggantikan nutrien yang telah hilang semasa pemprosesan berlaku.


Proses penghasilan beras perang dan beras putih



anatomi beras


Beras perang terhasil apabila tidak menjalani proses penghilatan atau pemutihan seperti beras putih.

Ketika proses penghasilan beras putih, lapisan dedak (bran) in dibuang sekaligus menjadikan beras tersebut berkilat.

Tujuan proses ini dilakukan adalah untuk membersihkan selaput perang yang terdapat pada beras agar biji beras akan menjadi lebih lembut apabila dimakan setelah dimasak terlebih dahulu.

proses hasilkan beras



Perbezaan antara beras perang dan beras putih

beras putih vs beras perang


Beras putih dan beras perang mempunyai kandungan kalori, protein dan karbohidrat yang sama tetapi mempunyai kandungan garam mineral yang banyak perbezaan.

Beras perang mempunyai lebih banyak kandungan garam mineral berbanding beras putih kerana kandungan nutrien ini hilang ketika proses pemutihan dan pengilatan yang dilakukan terhadap beras perang untuk menjadikannya beras putih.

Antara nutrien tersebut ialah vitamin, mineral,asid lemak,minyak dan serat.

Antara perbezaan-perbezaannya yang lain ialah:

1. 1 cawan beras perang mempunyai 3.5 gm serat manakala 1cawan beras putih mempunyai kurang daripada 1gm serat.

2. 1 cawan beras perang mempunyai 84 mg magnesium manakala 1 cawan beras putih mempunyai 19 mg magnesium.

3. Nutrien makanan yang terdapat dalam beras perang sangat banyak manakala nutrien makanan yang terdapat dalam beras putih adalah sedikit.

4. Beras perang memberikan rasa seperti kekacang dan kenyal apabila dimasak manakala beras putih memberikan rasa manis, berlemak dan lembut apabila dimasak.

5. Beras perang berwarna perang atau coklat manakala beras putih pula berwarna putih.

6. Beras perang mengambil masa yang lebih lama untuk dimasak manakala beras putih mengambil masa yang singkat untuk dimasak.

7. Tekstur beras perang adalah lebih kasar berbanding tekstur beras putih yang lebih halus.— EdisiRakyat.com, 4 November 2017

Ali bin Abu Talib sahabat, sepupu dan menantu Rasulullah SAW

$
0
0
ANTARA sahabat Rasulullah SAW yang dijanjikan syurga oleh Allah, ialah Ali Bin Abu Talib. Beliau bukan sahaja sahabat, malah merupakan sepupu dan menantu kepada junjungan besar kita Rasulullah SAW.

Ali bin Abu Talib adalah sepupu kepada Nabi Muhammad SAW. Beliau mula rapat dengan sepupunya semasa berusia lapan tahun. Itu pun apabila Nabi Muhammad meminta izin dari bapa saudaranya, Abu Talib supaya mereka dapat berkawan. Ali secara tidak langsung dididik dan membesar dalam rumah Nabi Muhammad.

Tidak hairanlah, Ali memiliki kelakuan yang sangat terpuji seperti berbudi tinggi, menjaga adab dan pergaulan serta bersifat lemah lembut. Beliau juga mempunyai rasa simpati yang tinggi terhadap orang-orang miskin, justeru beliau mudah membantu menunaikan hajat orang lain apabila ada yang meminta pertolongan.

Selain itu, Ali juga seorang yang berani, petah berkata-kata, sentiasa berlapang dada dan bersopan santun.

saidina-ali-bin-abi-talib


Ali memeluk Islam

Pada suatu hari, apabila bangun sahaja dari tidur, Ali melihat sepupunya, Nabi Muhammad dan isterinya Siti Khadijah sedang melakukan pergerakan bersama.

Ali bertanya, "Mengapakah kamu melakukan demikian?"

Nabi Muhammad menjawab, "Ini adalah suruhan daripada agama Allah. Tiada yang serupa dengan-Nya dan supaya kamu menyembahnya. Dan kamu hendaklah tinggalkan patung Latta dan Uzza.

Sebaik sahaja mendengar penerangan sepupunya itu, Ali menjawab, "ini adalah perkara yang tidak pernah aku ketahui, aku tidak berani memberi jawapan sekarang, sehingga aku meminta persetujuan dari ayah,".

Sehari suntuk Ali memikirkan segala apa yang dikatakan oleh sepupunya itu. Akhirnya Allah memberi petunjuk dan hidayah kepadanya dan dia memeluk Islam di hadapan Nabi Muhammad semasa usianya yang masih muda iaitu 8 tahun.

Ali langsung tidak memberitahu kepada ayahnya yang dia sudah menukar agama. Beliau melakukan solat secara bersembunyi bersama Nabi Muhammad. Selesai sahaja mengerjakan solat barulah dia akan pulang ke rumah.

Namun akhirnya Abu Talib mengetahui bahawa anak lelakinya itu sudah memeluk agama Islam. Abu Talib segera memanggil Ali dan bertanya, "Wahai anakku, agama apakah yang kamu ikuti itu?"

Dengan berani Ali menjawab, "Ayah saya sudah beriman kepada Allah dan utusan-Nya, Nabi Muhammad. Saya percaya dengan apa yang dibawa oleh Muhammad. Saya juga solat bersamanya dan saya ikut segalanya kerana Allah,"

Abu Talib memandang anaknya dan berkata, "Anakku, ingatlah sesungguhnya Muhammad tidak akan mengajak kamu melainkan hanya kepada kebaikan sahaja. Tetapkan hati kamu supaya ikut agama yang disampaikannya,"

Ali begitu gembira mendengar kata-kata ayahnya itu. Bermula dari hari itu, dia menjadi berani untuk menunjukkan pegangan agama Islamnya.

Dia sentiasa berada di samping Nabi Muhammad dalam menyampaikan dakwah Islam. Dia juga turut sanggup bersusah-payah dengan Nabi Muhammad semasa menyebarkan Islam di kalangan umat bukan Islam di Makkah.

Ali menjadi menantu Rasulullah SAW

Semasa Ali meningkat dewasa dan berumur 25 tahun, Nabi Muhammad memilih Ali berkahwin dengan anak perempuannya, Fatimah. Perkahwinan yang bahagia itu dikurniakan empat anak iaitu Hassan, Husain, Zainab dan Ummi Kalthum.


Ali bin Abu Talib digelar "Harimau Allah"

harimau-Allah



Ada suatu ketika, Madinah diancam oleh musuh-musuh islam yang hendak menyerang orang-orang Islam yang telah menjadi pengikut Nabi Muhammad.

Hasil perbincangan yang diadakan oleh Nabi Muhammad dengan para sahabatnya, satu keputusan telah diambil di mana, satu sistem parit yang besar digali disekeliling Madinah bagi menghalang musuh-musuh Islam dari terus mara ke dalam bandar.

Dengan adanya binaan parit tersebut dapat melambatkan serangan musuh-musuh Islam dan ia sekaligus dapat dijadikan sebagai salah satu strategi pertahanan.

Musuh Islam menghantar seramai 24,000 tentera dalam peperangan yang dinamakan sebagai perang Khandak. Apabila mereka sampai di pinggir bandar Madinah, mereka mendapati binaan Parit yang dikorek di sekeliling bandar itu menyukarkan mereka untuk masuk menyerang.

tentera-yang-menentang-saidina-ali


Namun tanpa berputus asa, akhirnya mereka dapat menceroboh bahagian tertentu di salah satu tempat pertahanan yang berjaya dikalahkan.

Pasukan berkuda tentera musuh Islam itu diketuai oleh Amru bin Wudd, juga merupakan bapa saudara Nabi Muhammad yang menentang habis-habisan ajaran Islam dibawa olehnya.

Amru dengan suara yang keras menjerit dan berkata, "Manakah dia syurga seperti yang kamu katakan wahai Muhammad Benarkah ada syurga apabila kamu mati?"

Apabila tiada balasan jawab dari pihak tentera Islam, Amru berkata lagi dengan nada angkuh, "Tidak adakah seorang lelaki dari pengikut kamu yang berani tampil kehadapan? Jika ada yang berani sila maju ke hadapan berlawan dengan aku!"

Ali bin Abu Thalib semasa Perang Khandak, masih merupakan seorang remaja, dia mulai marah mendengar ejekkan dan cabaran yang dibuat oleh Amru itu.

Ali segera bertemu dengan Nabi Muhammad dan meminta izin, "Wahai utusan Allah benarkan aku berlawan"

Nabi Muhammad memandang sepupunya, Ali, sambil berkata, "Bertenanglah wahai Ali, itu adalah Amru bin Wudd,"

"Aku tidak takut walaupun dia adalah Amru bin Wudd!" Kata Ali dengan bersemangat dan bersungguh-sungguh hendak melawan musuh Islam itu.

Amru bin Wudd adalah salah seorang tentera musuh Islam yang paling handal. Nabi Muhammad khuatir Ali yang masih muda tidak dapat melawan Amru yang sangat berpengalaman dalam peperangan.

Oleh kerana desakan Ali yang bersungguh-sungguh itu, Nabi Muhammad telah membenarkan Ali menentang Amru.

Ali dengan berbekal semangat yang tinggi menuju ke hadapan. Amru sebaliknya memperkecilkan Ali yang dilihat begitu muda untuk berlawan dengannya.

Amru bertanya kepada Ali, "Siapakah kamu?"

Pertanyaan itu segera dijawab "Akulah Ali,"

"Anak Abdul Manaf?" Soal Amru lagi.

"Bukan, anak Abu Talib," jawab Ali.

"Panggil bapa saudara kamu yang lebih tua daripada kamu, Aku tidak mahu membunuh kamu yang masih muda remaja," tapi Amru dengan nada mengejek.

"Aku tidak takut dengan kamu dan aku mahu membunuh mu," kata Ali dengan suara tegas sambil menghunus pedangnya.

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Amru segera bertukar menjadi panas baran, dan marah. Tanpa berlengah lagi dia terus menghunus pedangnya ke arah Ali yang sudah bersiap sedia menerima serangan.

pedang-saidina-al
Ilustrasi pedang yang dikatakan milik Saidina Ali yang diberikan oleh Rasulullah

Namun begitu Ali dengan tangkas dapat mengelak serangan dari Amru menggunakan perisainya. Ali kemudian membalas serangan, dan akhirnya dalam perlawanan itu, Ali berjaya memenggal kepala leher Amru.

Maka terpisahlah kepalanya daripada badan. Inilah salah satu kejayaan yang sangat besar bagi diri Ali dalam usianya yang masih muda.

Ali yang gembira berteriak dengan kuat menyebut nama Allah

"Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Allah Maha Besar!,"— EdisiRakyat.com, 4 November 2017

12 cara suri rumah boleh atasi stress selepas seharian melayan keluarga

$
0
0
MENJADI suri rumah tentu sekali menuntut anda melakukan kerja setiap hari tanpa cuti, dengan rutin seharian yang memenatkan melayan karenah keluarga, pasti  boleh mendatangkan stress. Justeru, anda perlu bijak mencari kaedah ataupun cara untuk atasi atau paling tidak mengurangkan stress.

Jika anda merasa penat atau tertekan, sebaiknya tinggalkan sahaja semua masalah. Paling tidak lakukan tugas anda seminima mungkin dan biarkan diri anda berehat sepuasnya.

Ini kerana berehat amatlah perlu agar anda dapat memulihkan tenaga anda dan merasa segar semula untuk menyambung tugasan harian anda yang memenatkan dan tidak ada noktah.

Di sini saya kongsikan 12 tips yang boleh anda cuba untuk mengatasi rasa tertekan sebagai suri rumah.

1. Bersenam dengan teratur

Bersenam pastinya memberi kebaikan kepada kesihatan tubuh. Dengan bersenam anda bukan sahaja dapat mengurangkan rasa tertekan, malah dapat meningkatkan stamina dan kesihatan tubuh anda.

Menurut hasil kajian, telah terbukti bahawa bersenam merupakan salah satu cara terbaik untuk mengurangkan stress.

Bersenam dapat memperbaiki aliran darah ke seluruh tubuh badan dan ke otak, menambah gelombang alfa pada otak yang berhubung dengan ketenangan, mengurangkan tekanan darah serta mengurangkan ketegangan otot.

bersenam


Bagi anda yang mempunyai masa yang terhad dan tidak boleh pergi jauh dari rumah, berjalan kaki adalah pilihan senaman yang baik yang dapat dilakukan ketika anda bersendirian mahupun bersama pasangan atau sambil menyorong kereta bayi.

Senaman ringan juga boleh dilakukan di mana sahaja baik di halaman rumah, taman atau sekitar tempat tinggal anda.

Anda juga boleh menyertai kelas senaman atau kelas Zumba untuk mendapatkan masa bersendirian dari riuh anak -anak dan memperolehi masa untuk diri anda sendiri untuk meredakan tekanan.


2. Mencipta rutin yang berbeza dan menyenangkan di rumah

Anda adalah orang yang bertanggungjawab untuk menghiburkan dan membahagiakan diri anda sendiri.

Wujudkan satu rutin harian yang anda rasakan istimewa dan mampu menggembirakan anda.

Contohnya, jika anda gemar dan akan berasa gembira jika bersolek, sediakan satu jam untuk diri anda sendiri bersolek dan kelihatan cantik agar anda dapat memberikan kegembiraan kepada diri anda.


3. Mendengar lagu kegemaran anda

Anda mampu elegakan ketegangan yang ada rasakan dengan mendengar muzik terutamanya lagu yang anda gemari.

Secara umumnya, pilihlah lagu yang sesuai dengan suasana hati anda dan perkara yang sedang anda alami agar menimbulkan rasa tenang dan bahagia.

Pada satu masa, anda perlu mendengar lagu yang tenang tetapi pada masa yang lain anda perlu mendengar lagu yang lebih keras supaya dapat membuat anda lebih bersemangat.

dengar muzik


Di samping itu, anda juga boleh ikut menyanyi atau menari agar dapat melegakan otot-otot tubuh badan anda yang keletihan sambil menghiburkan hati anda.

4. Membuat buku catatan atau diari

Menulis dari adalah satu perkara yang boleh melegakan hati anda yang kekusutan. Diari kadang-kala ibarat teman yang setia mendengar luahan hati anda dan penyimpan rahsia yang sejati.

Carilah tempat dan waktu yang tenang dan mulalah menulis. Jika perlu, kunci buku diari anda untuk menjaga rahsia agar anda dapat menyatakan perasaan anda sepenuhnya tanpa ragu-ragu.

Diari membantu anda dalam memproses pengalaman dalam kehidupan anda.

Belilah buku diari yang menarik dan anda sukai sehingga anda menulis dengan perasaan gembira.

Luahkan apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan seharian anda. Curahkan segala perasaan, mimpi, rancangan masa depan dan apa sahaja pada buku yang anda gemari itu.

Biarlah ia menjadi teman anda walau dimana jua anda berada.


5. Menanam pokok/ berkebun dan berjemur di bawah sinaran matahari pagi

Ciptakan keseronokan dengan menanam pokok dan tanaman-tanaman hiasan dan lihatlah hasilnya.

Anda pasti akan rasa seronok dan teruja apabila melihat tanaman anda mengeluarkan hasil,berbuah dan berbunga dengan cantik.

tanam-pokok


Di samping itu jangan sia-siakan sinaran matahari pada waktu pagi. Sambil anda berkebun dan menjaga tanaman anda, sambil anda luangkan sedikit masa agar anda terkena sinaran matahari pagi.

Ia mengandungi vitamin D yang sangat baik untuk kecantikan kulit.


6. Cipta ruangan peribadi untuk bersendiri

Kerja di dalam rumah memang tidak akan habis. Oleh itu anda perlu pandai mencuri masa untuk memberi sedikit masa untuk diri anda sendiri.

Sisipkan sedikit masa untuk anda agar anda betul-betul dapat memusatkan perhatian hanya pada diri anda. Cari tempat di dalam rumah yang dapat anda gunakan untuk menyendiri.

Anda juga boleh meminta suami anda membawa anak anda bersiar-siar manakala anda tinggal di rumah dan bebas melakukan apa sahaja tanpa melakukan kerja rumah.

Nikmati masa sendirian anda sama anda dengan menonton filem romantik, tidur dan sebagainya.


7. Mengambil makanan yang berkhasiat

Makanan juga boleh mempengaruhi emosi kita. Makanan dengan tahap lemak rendah dan karbohidrat tinggi seperti roti, bertih jagung, biskut, donut serta kuih muih daripada tepung gandum dan bahan beras boleh merangsang unsur kimia dari otak kita yang membantu meredakan tekanan.

makanan berkhasiat


Makanan yang sihat merupakan salah satu cara asas untuk menjaga tubuh. Ibu yang sibuk sering lupa makan atau mengganti makan tengah hari ini dengan makanan berupa snek.

Surirumah harus mengelakkan pengambilan snek kerana makanan seperti ini mempunyai tahap lemak yang tinggi dan memerlukan tenaga yang banyak dari tubuh badan untuk mencernakannya.


8. Mencari hiburan di rumah

Memilih dan menonton filem komedi, bersantai dan bergurau senda bersama keluarga sehingga menimbulkan gelak tawa merupakan salah satu cara yang baik untuk mengatasi rasa tekanan.

Ketawa adalah ubat penenang yang mujarab dan boleh merangsang tubuh untuk menghasilkan hormon yang meredakan rasa tertekan.

Bahkan, hanya dengan memberikan senyuman meskipun anda sedang merasa tidak bahagia dapat menyebabkan unsur kimia dalam tubuh berubah lebih baik dan membantu mencipta suasana hati yang bahagia.


9. Tidur seketika di waktu siang

Tubuh badan anda memerlukan rehat walaupun seketika untuk mengecas kembali tenaga anda dan melegakan keletihan tubuh badan anda setelah melakukan kerja rumah.

tidur sekejap

Carilah tempat yang tenang dan  tidurlah seketika.

Biarkan diri anda betul-betul berasa selesa bahkan masa hanya 20 minit untuk tidur siang boleh menjadikan anda rasa segar kembali dan rasa lebih bersemangat sepanjang hari.


10. Meditasi

Meditasi terbukti mampu mengurangkan tekanan darah dan secara zahirnya membantu mengurangkan rasa tekanan anda.

Cara ini juga merupakan kaedah paling berkesan menenangkan diri agar dapat mengurangkan tekanan darah, melambatkan pernafasan, mengendurkan otot dan menyegarkan fikiran.


11. Meluangkan masa dengan sahabat

hangout

Carilah masa yang sesuai dan tepat untuk bertemu dengan teman-teman anda tanpa membawa anak dan suami.

Nikmati pertemuan anda, masa-masa bersama, bercerita tentang apa sahaja, dan kenanglah kembali saat-saat manis ketika membesar bersama-sama.

Wanita biasanya akan merasa selesa meluahkan perasaan dengan teman rapat dan merasa lebih lega apabila mendapat sokongan daripada teman-temannya.

Dalam perkara ini, sahabat bukan sahaja untuk berkongsi kegembiraan dan kejayaan, malahan juga kesedihan dan setiap saat dalam kehidupan seharian.


12. Jangan abaikan hubungan intim

Dalam rumah tangga, hubungan intim suami isteri adalah sesuatu yang sangat penting.

Walaupun anda suri rumah yang kerap keletihan, jangan menolak melakukan hubungan intim dengan suami anda.

Hubungan intim juga adalah satu cara untuk meredakan tekanan dan menjadikan diri anda lebih relaks.

Di samping itu, urutan dan sentuhan ketika melakukan hubungan intim dapat mengeratkan hubungan anda dan suami anda.

Ketika anda melakukan hubungan intim, tubuh badan anda akan bertindakbalas untuk menghasilkan hormon yang dapat meredakan tekanan dan stress.

Cubalah beberapa tips di atas dan lihatlah perubahannya ke atas diri anda. Pasti hidup anda sebagai suri rumah akan terasa lebih indah.— EdisiRakyat.com, 5 November 2017

Jabatan Meteorologi dedah punca hujan luar biasa di Pulau Pinang

$
0
0
JUMLAH luar biasa hujan lebat yang berterusan di Pulau Pinang dan sebahagian kawasan di Kedah sehingga mengakibatkan banjir besar sejak hari Sabtu adalah disebabkan kawasan bertekanan rendah di kedua-dua buah negeri itu.

Perkara itu didedahkan oleh Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD), Alui Bahari yang dilaporkan berkata, kawasan bertekanan rendah itu telah menarik udara lembab dan angin kencang mengakibatkan hujan lebat sehingga jabatan itu mengeluarkan amaran peringkat merah di kedua-kedua negeri berkenaan pada malam Sabtu.

"Hujan luar biasa yang berterusan di Pulau Pinang dan sebahagian kawasan di Kedah pada 4 dan 5 November, disebabkan oleh kawasan bertekanan rendah. Kawasan ini telah menjadi titik tumpuan angin dan kelembapan tahap tinggi mengakibatkan hujan lebat turun secara berterusan berserta ribut,"



"Kawasan bertekanan rendah ini pada mulanya terbentuk di Laut China Selatan pada hujung bulan lalu, Dan telah bergerak melepasi Selatan Thailand sebelum tiba ke Semenanjung Malaysia pada 4 November," katanya dalam satu kenyataan yang dipetik oleh NST.

Menurut Alui, bacaan hujan di stesen-stesen MMD di utara menunjukkan jumlah hujan yang paling tinggi pada kemuncaknya pada malam Sabtu.

Katanya lagi, kawasan-kawasan seperti Prai, mencatatkan 225.6 mm hujan pada hari Sabtu, yang mana Ia lebih tinggi berbanding bacaan 5.6 mm jumlah hujan dicatatkan di kawasan yang sama sehari sebelum itu.

The rain in Prai decreased to 73.4mm as of 11am today.

Bagaimanapun jumlah hujan di Prai menurun kepada 73.4mm pada pukul 11 pagi hari ini.

Hujan lebat juga berlaku pada hari Sabtu di Butterworth (233mm), Bayan Lepas (174.5mm), Alor Star (41.4mm), dan Chuping (39.6) di Perlis.

Menjelaskan mengenai corak cuaca kebelakangan ini, Alui berkata, pihaknya telah mengeluarkan amaran tentang hujan lebat sejak lima hari lalu, dan informasi itu telah disalurkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADMA), lain-lain agensi, dan ia telah disebarkan melalui laman sesawang dan Facebook.

MMD telah mengeluarkan amaran hujan lebat tahap kuning, pada 1 November, melibatkan Kelantan, Terengganu, Perak, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

"Hujan berterusan telah berlaku pada 2 dan 3 November di Kelantan, Terengganu, dan ia telah bergerak menuju ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang pada 4 November,"

"Disebabkan Hujan lebat yang berterusan, amaran berkenaan telah ditingkatkan kepada dia amaran peringkat jingga Pada petang 4 November untuk Perlis, Perak, Kedah dan Pulau Pinang,"

"Pada awal malam semalam (4 November), peningkatan hujan lebat telah menyebabkan MMD mengeluarkan amaran peringkat merah untuk Pulau Pinang dan sebahagian kawasan di Kedah,"

"Sehingga pagi ini, hujan dijangka berterusan sehingga malam di kawasan Utara. Ketegori Hujan lebat telah diturunkan kepada amaran jingga disebabkan kawasan bertekanan rendah kini sudah menjadi lemah," kata Alui.

Alui menolak teori dan dakwaan mengatakan hujan lebat luar biasa dan berterusan di utara mungkin berpunca daripada kesan kesan Taufan Damrey di Vietnam.

"Perubahan cuaca seperti yang kita telah lihat boleh merentasi sempadan. Namun dalam kes ini, Hujan lebat di utara mungkin mempunyai kesan tidak langsung dari ribut berkenaan. Kedudukan kita sangat jauh daripada kawasan puting beliung," kata Alui. EdisiRakyat.com, 5 November 2017

Harimau Siberia serang gadis penjaga zoo yang datang bawa makanan

$
0
0
SEEKOR Harimau Siberia dilaporkan menyerang dan menggigit seorang penjaga zoo, ketika gadis itu datang membawakan makanan ke dalam kurungan untuk haiwan jantan tersebut yang berusia 16 tahun.

Mujur para pengunjung zoo yang terkejut menyaksikan kejadian itu, segera bertindak dengan menjerit dan membaling batu untuk mengalihkan perhatiannya.

Mereka turut mencampakkan beberapa barangan lain seperti kerusi, dan meja yang diambil daripada kafe berdekatan.

Susulan tindakan yang dilaporkan berjaya mengalihkan perhatian Harimau Siberia yang diberi nama Taifun itu, wanita terbabit berjaya melarikan diri ke kawasan yang selamat.

Pekerja zoo yang tidak dinamakan, berasal dari Kaliningrad, Russia itu dilaporkan cedera parah, serta mengalami banyak kesan kecederaan di muka dan badan.

harimau siberia serang wanita

Gadis itu segera dikejarkan ke hospital akibat kecederaan parah yang dialaminya, namun dijangka mampu bertahan untuk terus hidup.

"Wajah gadis itu berlumuran darah," kata salah seorang saksi di tempat kejadian seperti yang dipetik oleh Metro.co.uk

Kakitangan zoo yang lain tidak berada di tempat kejadian ketika serangan di luar jangkaan itu berlaku.

Harimau Siberia berkenaan, yang juga merupakan kucing paling besar di dunia, sepatutnya dikurung di sebuah lagi bahagian dalam kurungan tersebut ketika gadis itu membawakan makanan.

Namun difahamkan terdapat masalah tertentu yang berlaku sehinggakan harimau itu mampu menyerang.

Seorang jurucakap berkata: "haiwan itu masuk ke dalam kawasan di mana gadis penjaga zoo berada, harimau itu memang menyerang manusia,"

"Para pelawat dengan jeritan, batu dan benda-benda lain berjaya mengalihkan perhatian haiwan itu,"

kurungan harimau siberia

"Ia membolehkan gadis itu bersembunyi dalam sebuah bilik di bahagian belakang kurungan, sebelum kakitangan zoo kemudiannya datang ke tempat kejadian dan menembak ubat pelali kepada harimau itu,"

Seorang jurucakap Kementerian Kesihatan tempatan berkata: "Pesakit yang telah dihantar ke hospital, mengalami banyak kecederaan di bahagian badan, kaki dan tangan,"

"Dia kini sedar, keadaannya dinilai sebagai stabil namun sangat parah,"

"Keadaannya tidak mengancam nyawa,"

Gadis itu dilaporkan dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di salah sebuah hospital di Kaliningrad, sebuah wilayah Russia yang terletak di antara negara Poland dan Lithuania.

Harimau Siberia berkenaan dilahirkan pada 1 Julai 2001 di Zoo Chelyabinsk sebelum Ia kemudiannya dipindahkan ke Zoo Kaliningrad.

Satu sumber dipetik mengatakan "Taifun tidak pernah menunjukkan tindakan agresif kepada kakitangan zoo sebelum ini,"EdisiRakyat.com, 6 November 2017

Kesan rumah hijau menyumbang kepada pemanasan global

$
0
0
PERNAHKAH anda mendengar tentang kesan rumah hijau? Tentu anda tertanya-tanya apakah ia.
Kesan rumah hijau merupakan peningkatan suhu yang menyumbang kepada pemanasan global yang tidak terkawal.

Keadaan ini disebabkan oleh gas yang terdapat di atmosfera seperti karbon dioksida, wap air, metana  dan beberapa gas lain mempunyai keupayaan tertentu yang membolehkan cahaya matahari untuk melaluinya tetapi menyerap semula haba yang dipantulkan daripada permukaan bumi yang panas menyebabkan ia terperangkap di atmosfera.

Haba yang diserap disekat oleh gas atmosfera dan mengakibatkan suhu bumi menjadi semakin panas.

kesan rumah hijau

Bagaimana kesan rumah hijau terjadi?

Untuk memanaskan bumi, kesan rumah hijau bergantung kepada tenaga matahari.
Apabila tenaga matahari mencecah permukaan bumi, kira-kira 49% daripada tenaga itu diserap dan selebihnya dipantulkan semula ke angkasa.

Tenaga yang diserap ini kemudiannya akan memanaskan permukaan bumi dan kemudiannya memancarkan kembali tenaga haba itu ke ruang angkasa.

Semasa tenaga panas ini bergerak ke angkasa, sebahagian daripada tenaga tersebut terperangkap oleh gas rumah hijau.

Tenaga yang terperangkap kemudiannya dibebaskan ke semua arah, sekaligus memanaskan permukaan bumi dan juga atmosfera.

gas rumah hijau


Gas rumah hijau

Gas rumah hijau adalah gas yang berada di atmosfera. Ia berperanan menyerap dan mengeluarkan sinaran dalam julat terma inframerah.

Akibatnya, gas ini memperlahankan dan menghalang pergerakan sinaran inframerah dari angkasa lepas ke bumi dan dari bumi ke angkasa lepas.

Terdapat beberapa jenis gas rumah hijau selain karbon dioksida iaitu ozon, nitrus oksida, karbon dioksida, metana, wap air dan beberapa gas lain.

Semua gas rumah hijau mempunyai molekul yang mengandungi lebih daripada dua komponen aktif dan terikat dengan cukup longgar sehingga mampu bergetar apabila menyerap haba.

Komponen utama atmosfera, iaitu nitrogen dan oksigen ialah molekul dua atom yang terikat dengan sangat kuat hingga tidak boleh bergetar dan oleh sebab itu kedua-duanya tidak menyerap haba dan menyumbang kepada kesan rumah hijau.

Kehadiran gas rumah hijau pada asalnya sangat penting kerana ia mempengaruhi suhu bumi dengan memanaskan bumi secara semulajadi dan membolehkannya ia didiami oleh hidupan.

Tetapi, kehadiran beberapa faktor lain menjadi penyumbang kepada terhasilnya gas-gas atmosfera yang berlebihan secara tidak langsung menyumbang kepada kepanasan melampau.

Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada kesan rumah hijau:

Faktor semulajadi:

gunung berapi


1. Letusan gunung berapi yang mana ia membebaskan pelbagai gas seperti sulfur dan oksida.

Faktor manusia:

1. Aktiviti pembalakan yang berleluasa.

2. Pencemaran sisa-sisa perindustrian membebaskan gas-gas ke ruang atmosfera

asap industri


3. Pertanian pindah yang menyebabkan kemusnahan hutan.

4. Pembakaran hutan merencatkan proses semulajadi tumbuhan yang menggunakan karbon oksida untuk proses fotosintesis dan membebaskan oksigen.


Kesan rumah hijau kepada:

1. Alam sekitar

i) Merosakkan habitat (tempat tinggal haiwan)

ii) Menyebabkan kematian haiwan dan tumbuhan.

tanaman layu


iii) Mengganggu kitar semula jadi

IV) mencemarkan alam sekitar

v) mengganggu Iklim dunia akibat suhu yang tidak menentu.

vi) kenaikan aras laut akibat dari pencairan ais di kutub Utara.


2. Manusia

i) menyebabkan strok haba dan dehidrasi

strok haba


ii) menyebabkan demam panas dan sakit tekak

iii) menyebabkan radang paru-paru dan gangguan pernafasan

IV) boleh mengakibatkan asma

 — EdisiRakyat.com, 6 November 2017

Penyebab stress dan tekanan pada kanak-kanak dan cara mengatasinya

$
0
0
ADAKAH anak anda kelihatan stress dan tertekan? Kenal pasti penyebab stress dan tekanan pada kanak-kanak dan cara mengatasinya.

Rasa tertekan dan stress pada kanak-kanak boleh berlaku pada pelbagai peringkat usia sejak usia muda ataupun ketika dalam kandungan.

Apabila ibu yang mengandung mengalami rasa tertekan, janin yang ada dalam kandungan juga akan merasakannya.

Degup jantung janin menjadi tidak teratur sehingga bekalan oksigen berkurangan dan mengganggu proses pembekalan makanan.



Seiring dengan bertambahnya usia terutamanya semasa remaja, berbagai perkara boleh menyebabkan stress pada anak.

Antara penyebab-penyebabnya adalah:

1. Kurang tidur

Terlalu banyak bermain atau menonton televisyen menjadikan kanak-kanak kekurangan tidur.

Bagi kanak-kanak yang telah bersekolah, longgokan kerja sekolah, kegiatan ko-kurikulum atau kegiatan yang berlebihan menjadikannya kurang berehat dan perlu menghabiskan masa untuk tugasan-tugasan sekolah sehingga waktu tidurnya terganggu.

Kurang tidur memberi kesan yang besar terhadap emosi dan fikiran seseorang kanak-kanak sehingga boleh menyebabkan kanak-kanak itu menjadi tidak stabil dan mudah merasa tekanan.


2. Makanan tidak berkhasiat

Kekurangan sajian makanan berhasiat pada diet harian anak boleh menyebabkan pertumbuhan anak menjadi terganggu dan menyebabkan bekalan khasiat yang diperlukan oleh tubuhnya tidak mencukupi sehingga boleh menimbulkan rasa tertekan.

Pendedahan berlebihan kepada makanan ringan dan juga pengambilan makanan segera juga memberi kesan kepada tubuh badan kerana makanan seperti ini mempunyai kandungan gula dan bahan pengawet serta Monosodium Glutamat yang berlebihan dan kurang berhasiat untuk tubuh.



Makanan seperti ini tidak membantu meningkatkan sistem imuniti dan menganggu sistem tubuh sehingga boleh menyumbang kepada stress.


3. Keadaan di dalam rumah

Pertengkaran ibu bapa atau penceraian boleh menyebabkan ketakutan dan tekanan kepada anak-anak.

Ketika membesar, kasih sayang orang di sekelilingnya terutamanya ibu bapa adalah amat penting untuk menjadikan mereka berasa selamat dan dilindungi.

Keadaan huru-hara dalam hubungan ibu bapa, pergaduhan dan penceraian memberi kesan yang besar sehingga mengganggu psikologi kanak-kanak menyebabkan anak ini menjadi trauma, mudah marah, tersinggung, pesimis dan sebagainya.


4. Masalah pergaulan

Biasa kita mendengar kes buli dan pergaduhan di sekolah yang semakin menjadi-jadi.

Kebiasaannya pergaduhan ini bermula daripada ejekan dan rasa ketidakpuasan hati terhadap perbezaan fahaman atau kelebihan rakan dari segi fizikal dan sifat menyebabkan mendapat ejekan dan seterusnya menjurus kepada perkara yang lebih besar iaitu kes buli dan pergaduhan.

Terdapat keadaan di mana anak-anak merasa rendah diri dan berbeza dari kanak-kanak lain dari kumpulannya. Ini menyebabkan kanak-kanak itu lebih gemar menyendiri dan merasa tertekan kerana merasa tidak dapat diterima oleh kawan-kawannya.




5. Cara didikan ibu bapa

Secara umumnya, terdapat 3 jenis cara didikan ibu bapa yang amat mempengaruhi psikologi anak iaitu:

i) Authoritatian

Ia adalah sejenis didikan ibu bapa yang bersifat kuku besi yang mana tidak memberikan kebebasan kepada anak dalam menentukan apa-apa sahaja.

Ibu bapa seperti ini kadangkala terlalu memaksa anak-anak memenuhi permintaan mereka sehingga kadangkala seperti menganiaya anak.

ii) Permissive

Ia merupakan sejenis cara didikan ibu bapa yang amat mempercayai anak sehingga terlalu memberi kebebasan walaupun anak itu belum cukup matang untuk membuat keputusan dengan tepat.

Ibu bapa seperti ini kadangkala terlalu membiarkan anak sehingga menutup mata walaupun anak jelas-jelas melakukan kesalahan dan tidak memberi teguran.

iii) Autoritative

Ibu bapa seperti ini dikatakan benar-benar membuat sesuatu tindakan setelah berfikir dengan jelas dalam menentukan halatuju anak.

Mereka tidak mengekang anak secara berlebihan dan tidak terlalu memberi kebebasan kepada anak-anak.

Dalam setiap perkara, mereka terus memberikan perhatian kepada anak-anak dan berusaha membentuk anak yang berdikari.

Pola authoritative merupakan cara didikan yang paling baik untuk membentuk keperibadian anak.

Pada sisi lain pula, stress dan tertekan ini boleh berlaku apabila anak merasa tidak dapat memenuhi tuntutan ibu bapanya atau kerana dia perlu mengalami akibat buruk kesan dari setiap keputusan yang diambilnya.


Cara membantu anak mengatasi rasa stress dan tekanan

1. Perbaiki cara didikan anda

Jika selama ini anda cenderung bersikap suka mengawal atau sebaliknya serba boleh, sebaiknya anda mengubah cara didikan anda agar anda tidak merasa dibebani dengan tuntutan yang berlebihan.

Cuba beri peraturan yang jelas dan alasan kenapa peraturan tersebut diberikan serta akibat apabila peraturan dilanggar.

Jangan lupa pula untuk memberikan pujian jika anak anda bersikap positif, tetapi berikan juga teguran apabila anak anda ingkar.


2. Jadi sahabat kepada anak dan berkomunikasi secara terbuka

Hubungan rapat antara ibu bapa dan anak akan membantu seseorang anak terbuka pada ibu bapa dan bebas menjadikan ibu bapa sebagai tempat meluahkan perasaan.




Jika boleh, jadilah seperti sahabat yang mendengar tanpa menilai sebaliknya berikanlah sokongan dan nasihat dengan sebaiknya.

Dengan ini, anak pasti dapat menceritakan kejadian yang tidak menyenangkan yang dialaminya semasa di sekolah atau di luar rumah.

Ibu bapa sebagai manusia yang lebih berpengalaman pastinya dapat memberikan solusi yang terbaik untuk anaknya atau mengambil tindakan yang diperlukan agar kejadian tidak menyenangkan dapat dihindari.

Ini adalah lebih baik berbanding jika anak menceritakan masalah kepada rakan sebaya dan mendapatkan nasihat kerana ditakuti diberi solusi yang tidak baik dan saranan yang menyesatkan.


3. Tidak meminta secara berlebihan

Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak tetapi janganlah meletakkan sasaran sehingga membuatkan anak merasa terbeban.

Perkara yang perlu dielakkan adalah mengkritik atau membanding-bandingkan anak anda dengan orang lain.

Terimalah anak anda dengan segala kelebihan dan kekurangannya.

Jika anak anda gagal mencapai sasaran yang anda inginkan, janganlah menghukum atau merendahkannya sebaliknya bantulah dia agar menjadi lebih baik.

Kegagalan yang dialami sekarang bukanlah bermakna bahawa dia tidak dapat menjadi lebih baik pada masa akan datang.

Kadangkala satu kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan yang lain dan ia bukanlah bermakna pengakhiran kepada segalanya.


4. Membentuk anak yang berdikari

Seorang anak perlulah dididik untuk berdikari kerana tidak mungkin ibu bapa akan mampu menjaga dan mengawal anak sepanjang hidupnya.

Maka, bantulah dia dengan memupuk keberanian dalam dirinya dan melatih anak tersebut untuk membuat keputusan yang diperlukan.

Anak yang berani pastinya akan mampu berdepan dengan setiap kesan daripada keputusan yang diambil dan mampu mengawal tekanan.

Jadilah pembimbing anak dalam setiap keputusan yang ingin diambil dengan cara berbincang dengan anak apabila anak bertanyakan tentang sesuatu.

Beritahu tentang kesan yang baik dan buruk dari setiap keputusan yang diambil.

Perkara ini dapat membantu anak ketika dia perlu membuat keputusan tanpa bantuan ibu bapa.

Anak yang berdikari pasti akan berasa lebih mudah untuk menangani setiap masalah yang dihadapinya dan terhindar daripada rasa tertekan.


5. Sediakan makanan yang berkhasiat untuk anak

Hidangkan makanan yang berhasiat untuk anak anda dan jangan membiasakan anak mengambil makanan ringan, minuman berkarbonat atau makanan segera yang tidak berkhasiat.

Pengambilan makanan berhasiat dapat membantu menghasilkan hormon yang memberi ketenangan dan meredakan stress.



Biasakan anak pada waktu makan yang tepat dan teratur dan minum air secukupnya agar tidak mengganggu metabolism tubuh anak anda.


6. Memastikan anak mendapat tidur yang cukup

Untuk membantu anak cukup tidur, pastikan anak anda mempunyai jadual yang baik dengan menentukan waktu dia boleh bermain, semasa bila dia perlu melakukan tugas persekolahan dan perkara-perkara lain.

Dengan demikian, anak anda mempunyai masa yang cukup untuk tidur awal dan tidak sampai perlu tidur larut malam untuk melakukan tugasnya.


7. Hubungan keluarga yang harmoni

Hubungan ibu bapa yang harmoni serta hubungan yang rapat antara adik beradik akan menjadikan seorang anak merasa selesa dan seronok berada di rumah.




Ini membantu menghindarkan dari pergaulan dengan rakan yang tidak baik yang membuatkannya berasa tertekan.

Selain itu, dengan keluarga yang harmoni dapat menghindari berlakunya pertengkaran bahkan penceraian yang akan mengganggu kestabilan emosi anak.


8. Beri kebebasan yang wajar untuk anak

Bagi perkara yang tidak terlalu penting, berikan kebebasan kepada anak seperti dalam menentukan kegiatan tambahan ko-kurikulum atau kegiatan yang akan disertainya.

Biarkan dia menyalurkan minat pada hobinya sehingga dia tidak merasa terkongkong dan menikmati aktivitinya.

Dalam konteks ini, perhatian dan kasih sayang dari ibu bapa merupakan perkara yang amat penting, terutamanya membantu anak agar terhindar dari rasa tertekan dan stress.

Maka teruslah menyokong anak anda dan berikan perhatian sepenuhnya agar dia dapat menikmati hari- hari mendatang dengan ceria.— EdisiRakyat.com, 7 November 2017

Masjid di Pulau Pinang larang akad nikah dalam ruang solat

$
0
0
MASJID Abdullah Fahim, yang terletak di Kepala Batas, Pulau Pinang melarang orang ramai daripada melakukan upacara akad nikah di dalam ruangan solat.

Notis larangan itu yang ditampal pada pintu masuk jenis cermin masjid berkenaan tular di media sosial sekaligus menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai.

"Mulai 1 Januari 2018, majlis akad nikah tidak dibenarkan lagi dijalankan dalam ruang solat masjid, pihak pentadbiran masjid telah menyediakan dewan khas untuk majlis akad nikah dengan bayaran sewa sebanyak RM50.00 untuk tempoh selama 1 jam.

Sebarang urusan berkaitan tempahan dewan boleh berhubung terus dengan Puan Hamidah di talian 012 - 5666394," tulis pemberitahuan itu.



Sumber dari media sosial memaklumkan, tindakan itu dibuat atas sebab untuk menjaga kehormatan masjid sebagai tempat yang mulia.

Seringkali berlaku beberapa perbuatan oleh pasangan pengantin dan rombongan yang dikatakan mencemar kesucian rumah Allah itu.

Antaranya termasuk, pelanggaran adab di dalam masjid seperti tidak menutup aurat, berpakaian tidak sopan, Dan kehadiran wanita yang didatangi haid.

Adakala majlis pernikahan berlangsung dalam keadaan bising sehingga mengganggu jemaah atau individu yang mahu menunaikan solat.

Selain itu terdapat juga anak-anak kecil yang dibiarkan bermain tanpa kawalan ibu bapa dan penjaga sehingga naik ke atas mimbar masjid.

Bayaran sebanyak RM50 yang dikenakan untuk dewan khas pula dikatakan untuk membayar

1. Upah kepada petugas yang akan menyiapkan bilik untuk digunakan (RM10) — petugas adalah terdiri daripada biro muslimat yang dipilih dari kalangan orang susah atau asnaf

2. Bayaran utiliti kerana bilik berkenaan dilengkapi hiasan majlis akad nikah dan sistem penghawa dingin (RM20)

3. Sebagai sumbangan ke dalam tabung Biro Muslimat masjid untuk kegunaan program termasuk program kongsi rezeki yang sedang dijalankan oleh pihak masjid (RM20). EdisiRakyat.com, 7 November 2017

Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas, Pulau Pinang

Jenis-jenis keju dan cara membuatnya

$
0
0
ADAKAH anda penggemar keju? Jika ya, ketahui jenis-jenis keju dan bagaimana cara membuatnya.

Keju merupakan makanan yang popular di dunia khasnya di negara-negara Eropah. Keju juga sudah lama dikenali sejak beribu tahun dahulu namun yang membezakan antara zaman dahulu dengan sekarang ialah cara pembuatannya.

Keju ialah sejenis makanan yang mengandungi protein dan lemak daripada susu, biasanya susu lembu, kerbau, kambing atau biri-biri.

Keju sudah semestinya mempunyai khasiat yang tinggi kepada tubuh badan manusia.

Terdapat kira-kira 395 jenis keju yang telah disenaraikan daripada 27 buah negara namun terdapat jenis yang sama telah dikesan bagi sesetengah negara.


Beberapa jenis keju yang popular adalah:

Keju Parmesan

Keju ini berbentuk bundar seperti dram dan memiliki kulit yang berwarna kuning alami. Diameternya berukuran diantara 14-18 inci dan memiliki tinggi 7- 9 inci.

Keju ini dijual dalam potongan yang besar dan kasar. Ia memiliki aroma yang manis dan terasa seperti buah-buahan.

Rasa keju ini kuat tetapi tidak terlalu tajam seperti nenas segar.

keju parmesan


Keju Mozarella

Mempunyai tekstur sedikit lembut tetapi pejal, dan rasanya sederhana.

Ia dikomersialkan daripada susu penuh atau campuran susu kambing dan lembu. Keju mozarella dibuat daripada susu yang rendah lemak atau tanpa lemak.

Ia Mempunyai rasa sedikit masam dengan rasa segar seperti susu.

Ia akan menjadi lebih masam jika disimpan lebih lama.

mozarella cheese


Keju Cheddar

Keju cheddar ialah sejenis keju yang agak keras,berwarna kuning pucat dan putih gading serta memiliki rasa masam yang kuat.

Keju ini berasal dari Desa Cheddar di Somerset, Inggris dan merupakan keju yang paling popular di Britain.

cheddar cheese


Edam Cheese

Edam cheese memiliki rasa yang sangat lembut, sedikit masin atau terasa seperti kacang.

Keju ini tidak berbau seperti yang lain. Ia memiliki kandungan lemak jauh lebih rendah dibandingkan dengan keju tradisional lain sebanyak 28% dengan kandungan protein sebanyak 25%.

edam cheese


Keju Biru/ Blue Cheese

Keju biru boleh dikenali dengan tumbuhan yang berwarna biru atau hijau di dalamnya. Warna tersebut didapati daripada pembiakan bakteria pada keju.

Contoh keju biru ialah stilton, ruquefort dan Gorgonzola.

blue cheese


CottageCheese

Cottage cheese ialah keju lembut yang dibuat daripada dadih yang memiliki rasa yang sedikit masam.

Keju ini merupakan keju segar dan mudah menjadi rosak dalam waktu yang singkat.

cottage cheese


Gouda Cheese

Keju ini berasal dari Belanda. Teksturnya keras dan rasanya amat sedap. Keju ini biasanya dilapisi lilin berwarna kuning.

Rasanya hampir sama dengan keju Edam.

gouda cheese


Emmentel Cheese

Emmentel cheese mempunyai lapisan berwarna kuning krim pucat dan warna kulitnya berwarna coklat kekuningan.

Keju ini terkenal dengan permukaannya yang berlubang. Sifatnya yang mudah meleleh membuatkan ia sering digunakan untuk membuat roti lapis bakar, fondue, quiche dan burger keju.

emmentel cheese


Gruyere Cheese

Keju jenis ini mempunyai struktur  yang keras. Ia dibuat daripada susu lembu mentah dari daerah Gruyere di Swiss.

Ia hampir sama dengan keju emmental, namun warna kuning keju ini adalah lebih gelap.

Proses kematangan Gruyere mengambil masa lebih lama dibandingkan dengan keju emmentel sehingga teksturnya lebih padat dan rasanya lebih kasar.

gruyere cheese


Camembert Cheese

Ia merupakan keju yang lembut dan berkrim di permukaannya. Kali pertama keju ini dibuat adalah pada abad ke-18 di Camembert, Normandy di utara Perancis.

Rasanya sedikit masin dan bermentega.

Apabila terlalu matang, bau ammonia akan terhasil dan akan menghasilkan banyak bintik merah di permukaan keju.

camembert cheese


Feta Cheese

Keju ini diperbuat daripada campuran susu kambing dan susu kambing biri biri.

Teksturnya lembut, rapuh, kasar, sedikit masin dan berwarna putih.
feta-cheese

Limburger Cheese

Ia merupakan keju bertekstur lembut yang menggunakan susu sapi yang dipasteur dalam proses pembuatannya.

Ia memiliki bentuk seperti batu bata sehingga sering disebut juga dengan istilah keju bata.

Baunya  sangat menonjol dan memiliki aroma seperti aroma daging.

limburger cheese


Cara membuat keju

Keju dihasilkan daripada penggumpalan protein kasein susu. Lazimnya, pengumpalan susu berlaku disebabkan oleh penambahan enzim renet.

Keju boleh dimakan begitu sahaja atau dimasak dalam pelbagai hidangan dan kebanyakkan keju akan cair apabila dipanaskan.

Menurut peraturan-peraturan makanan 1985 (2011), keju ialah hasil pepejal atau semipepejal yang segar atau matang yang diperoleh dengan membekukan susu krim, susu skim atau susu skim separa atau mana-mana komponen susu atau campuran mana-mana bahan sedemikian dengan renet atau apa-apa enzim pembeku protein lain.

Keju boleh mengandungi tapai matang, kultur bakteria penerbit asid tidak berbahaya, kultur kulat khas dan boleh disaluti dengan lilin atau plastik tidak berbahaya.

Keju hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 40% lemak susu atau asas tanpa air dan boleh mengandungi transglutaminase sebagai kondisioner makanan yang dibenarkan.

Keju keras perlulah mengandungi tidak lebih daripada 39% air.

Ciri-ciri yang membezakan sesuatu keju daripada yang lain dan juga perbezaan bagi setiap kepelbagaian ialah hasil pengubahsuaian yang dibuat dalam satu atau lebih bagi beberapa langkah asas dalam pembuatan keju.

Langkah asas dalam pembuatan keju adalah penambahan kultur bakteria ke dalam susu untuk menghasilkan asid laktik, pengumpalan susu, mengeluarkan dadih daripada jisim yang telah tergumpal (mengempiskan atau menekan) menjeruk dan proses kematangan.— EdisiRakyat.com, 8 November 2017

Uber dan NASA bina aplikasi untuk kawal teksi terbang

$
0
0
PENYEDIA perkhidmatan teksi e-hailing, Uber dilaporkan telah menandatangani kontrak bersama Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik (NASA) untuk membangunkan aplikasi bagi mengawal "teksi terbang".

Tindakan itu dilakukan sebagai satu lagi langkah ke hadapan di dalam menjadikan rancangan Uber untuk menguji teksi terbang berkuasa elektrik seperti 'drone' di Los Angeles pada tahun 2020 satu realiti.

Syarikat itu menyasarkan untuk membangunkan aplikasi bagi mengawal laluan "teksi terbang" yang bakal berfungsi seperti perkhidmatan e-hailing yang sudah di popularkannya di atas darat lapor sumber berita reuters.

Ketua Pegawai Produk Uber, Jeff Holden berkata, syarikat itu akan memulakan percubaan dengan cadangan "teksi terbang" memuatkan 4 penumpang, berkelajuan 200 batu sejam (322 km sejam) di seluruh Los Angeles dalam tahun 2020, sebelum mengembangkannya ke Dallas, Amerika Syarikat.



Holden mengumumkan rancangan teksi terbang itu dalam Web Summit, sebuah persidangan internet di Lisbon. Beliau mendedahkan bahawa Uber kini sedang berusaha untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa penerbangan untuk memperkenalkan perkhidmatan itu.

NASA dalam satu kenyataan mengesahkan telah menandatangani satu perjanjian umum pada bulan Januari lalu bersama Uber yang membolehkan syarikat itu menyertai pelbagai rakan industri yang bekerjasama dengan NASA untuk membangunkan sistem pengurusan lalu lintas udara tanpa pemandu.

Perjanjian itu membolehkan Uber untuk terlibat dalam fasa 4 projek berkenaan, yang dijadualkan akan bermula pada bulan Mac 2019.

Fasa 1 telah disiapkan dalam tahun 2015 — Melibatkan ujian lapangan dan ujian berterusan penggunaan dron di tapak Agensi Pengurusan Penerbangan Persekutuan AS (FAA) dalam pertanian, memadam kebakaran, dan memantau sistem saluran paip.

Fasa 2 yang dimulakan dalam tahun 2016 pula dianggap sebagai penggunaan jarak jauh dalam kawasan berpopulasi rendah. Manakala Fasa 3 — dalam tahun 2018 akan menguji perkhidmatan di kawasan berpopulasi sederhana, yang membawa kepada fasa 4 — ujian di kawasan bandar raya yang mempunyai populasi tinggi pada tahun 2019. — EdisiRakyat.com, 9 November 2017
Viewing all 888 articles
Browse latest View live