Quantcast
Channel: EdisiRakyat
Viewing all 888 articles
Browse latest View live

Anggota Polis wanita direman terima rasuah dari penagih dadah

$
0
0
TERNYATA jenayah rasuah tidak mengenal jantina. Seorang anggota polis wanita direman selama tiga hari bermula hari ini selepas didakwa meminta dan menerima rasuah sebanyak RM1,200 dari seorang penagih dadah.

Perintah reman dikenakan terhadap anggota polis wanita berpangkat sarjan itu dilapor dikeluarkan oleh Hakim Majistret Rahimah Rahim, di Mahkamah Khas Reman, di Seremban pagi tadi selepas menerima permohonan reman daripada Mohd Khairi Abdul Karim, pegawai Suruhanjaya pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Anggota polis yang bertugas di bahagian narkotik ibu pejabat Polis Daerah Jelebu Negeri Sembilan itu ditahan selepas meminta suapan daripada seorang penagih dadah bagi mengelakan kesnya daripada dibawa ke mahkamah kata jurucakap SPRM.

Pada awalnya penagih dadah itu diminta untuk memberikan rasuah sebanyak RM1,300, namun selepas rundingan mereka mencapai kata sepakat untuk menurunkan jumlahnya kepada RM1,200.

Kes berkenaan disiasat dibawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 kerana meminta dan menerima rasuah.



Suspek ditahan oleh sekumpulan pegawai SPRM di dalam sebuah kenderaan jenis Nissan Grand Livina miliknya pada pukul 3 petang semalam sebaik sahaja menerima rasuah. Wang bukti rasuah berjumlah RM1,200 turut dijumpai dalam kenderaan itu. — EdisiRakyat.com, 21 Oktober 2017

Garam bukit antara kebaikan dan khasiatnya

$
0
0
GARAM Bukit juga dikenali sebagai "rock salt", selain itu sumber garam bukit juga berbeza-beza mengikut tempat. Sebelum mengetahui tentang kebaikan dan khasiat garam bukit, elok kita ambil tahu serba sedikit latar belakang penghasilannya.

Garam Bukit berasal daripada lapisan mendapan mineral di kawasan tanah tinggi, gunung, bukit dan kadangkala di kawasan seperti paya dan tasik.

Garam bukit juga boleh didapati melalui perlombongan seperti kawasan Gunung Himalaya dan ada juga dari air mata garam seperti di kawasan Ba'kelalan yang terletak di Sarawak.

Di Malaysia, proses penghasilan garam bukit adalah menggunakan kaedah pendidihan sejatan air garam. Pada kebiasaannya, seluruh proses penghasilan garam bukit mengambil masa selama 10 hingga 14 hari.

Tempoh pembentukan hablur garam dipengaruhi oleh tahap kemasinan air garam dan kuantiti garam bukit yang hendak dihasilkan.



Kandungan iodin dan zat besi yang tinggi dalam garam bukit boleh meningkatkan tahap keupayaan intelek seseorang. Dalam erti kata lain, garam bukit mampu meningkatkan kecerdasan seseorang.

Kajian menunjukkan bahawa individu yang mengambil garam bukit dalam kehidupan seharian bebas daripada penyakit beguk dan mempunyai tahap keupayaan intelek (IQ) yang lebih tinggi.

Namun begitu, garam bukit ini dijual pada harga yang agak tinggi disebabkan oleh kaedah pemprosesannya yang secara relatifnya sukar.

Selain dijadikan sebagai makanan kesihatan, garam bukit juga mempunyai potensi untuk digunakan dalam produk kosmetik dan perapian diri.

Ada juga hasil kajian lain menunjukkan bahawa kandungan mineral dalam garam bukit dipengaruhi oleh kawasan di mana ia diperolehi.

Jadual di bawah menunjukkan kandungan zat mineral garam bukit yang diperolehi dari Buduk Bui, Ba'kelalan, Sarawak mengikut musim pada tahun 2009.



Antara kebaikan garam bukit

1. Menyihatkan tubuh badan dan mengimbangi cas di dalam tubuh.

2. Melancarkan perjalanan darah

3. Menyuburkan kesihatan ternakan. — EdisiRakyat.com, 21 Oktober 2017

Khasiat tomato dan petua merawat 18 jenis penyakit

$
0
0
DALAM artikel kali ini saya ingin berkongsi dengan anda 18 petua merawat pelbagai jenis penyakit menggunakan tomato. Namun sebelum itu mari kita lihat serba sedikit pengenalan tentang tumbuhan berkenaan.

PENGENALAN

Tomato merupakan sejenis tumbuhan yang dikategorikan sebagai sayur dan ditanam sebagai sumber makanan. Tomato berasal dari Benua Amerika dan merupakan tumbuhan saka yang ditanam sebagai tumbuhan semusim.

Tomato boleh mencapai tinggi 1 hingga 3 meter dengan memaut pada pokok lain. Daun tomato berbentuk pinat dengan panjang 10 hingga 25 cm dan mempunyai 5 hingga 9 helai daun kecil, setiap satunya sehingga 8 cm panjang dengan pinggir berserat.

Kedua-dua batang dan daun tomato agak berbulu. Bunga tomato bersaiz 1 hingga 2 cm diameter dan berwarna kuning.

Buah tomato merupakan bahagian yang boleh dimakan. Saiznya berbeza mengikut jenis, dari 1 hingga 2 cm kepada lebih 10 cm, namun jenis yang paling banyak dijual mempunyai diameter di antara 5 hingga 6 cm.

Warna buah tomato juga berbeza-beza dan warna merah adalah yang paling popular. Warna merah tomato disebabkan oleh kehadiran likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dengan pelbagai khasiat kebaikan seperti antioksidan semulajadi yang baik untuk kesihatan badan.

pokok tomato

Hasil kajian daripada pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena adalah tinggi dalam pes, sos dan jus tomato.

Kandungan air dalam tomato adalah tinggi iaitu lebih daripada 90 peratus dan menjadikan tomato sebagai agen diuretik yang baik untuk menyahtoksin keluar daripada badan semasa diet.

KHASIAT TOMATO

Sebagai sumber penting galian, vitamin dan asid kesihatan, tomato (Lycopersicon) adalah salah satu tanaman sayur-sayuran yang paling banyak ditanam di seluruh dunia.

Kajian menunjukkan bahawa penggunaan tomato dan produk berasaskan tomato membantu untuk mengelakkan pelbagai pembentukan kanser, terutamanya kanser prostat dan penyakit jantung.

Terdapat juga kajian yang mengatakan pengambilan sayur dan buah termasuk tomato penting dalam mencegah kanser dan masalah kardiovaskular.

Tomato mengandungi komponen seperti lycopene, fenolik, flavonoid, vitamin C, dan vitamin E yang berfungsi sebagai agen antioksida. Kulit tomato mengandungi kandungan lycopene yang tinggi berbanding isi dan bijinya.

Selain itu, kulit tomato mengandungi asid amino perlu dan biji tomato pula tinggi dengan kandungan mineral dan asid lemak mono tidak tepu. Kulit tomato mengandungi 2.5 kali lebih banyak likopen berbanding isinya. Kulit tomato juga mengandungi sebatian fenolik dan asid askorbik.

Tomato dan produk berasaskan tomato menyumbang lebih daripada 85 peratus jumlah likopen. Tembikai, limau gedang merah jambu, aprikot, jambu merah dan betik juga merupakan sumber yang kaya dengan likopen.

Kandungan lycopene dalam tomato berbeza dengan jenis tomato. Semakin meningkat jumlahnya apabila tomato masak.

Tomato juga kaya dengan sumber seperti serat, vitamin A, vitamin C, dan kajian ke atas likopen menunjukkan bahawa peningkatan pengambilan tomato yang kaya dengan lycopene mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan beberapa jenis kanser.

Selain likopen, violaxanthin, neoxanthin, lutein, zeaxanthin, a-cryptoxanthin, b-cryptoxanthin, a-karotena, b-karotena, g-karotena, z-karotena, neurosporene, phytoene, phytofluene, cyclolycopene dan b-karotena 5, 6-epoksida adalah karotenoid lain biasanya boleh didapati dalam tomato dan produk-produk berasaskan tomato.

Dalam banyak-banyak karotenoid, a-karotena, b-karotena, dan b-cryptoxanthin sahaja mempunyai aktiviti pro vitamin A kerana mereka ditukar kepada retina oleh mamalia.

Likopen merupakan karotenoid semulajadi yang hadir dalam tomato. Antara karotinoid, likopen merupakan komponen utama yang terdapat dalam serum. Kandungan lycopene juga boleh ditemui dalam testis, kelenjar adrenal, dan prostat.

Beberapa kajian baru-baru ini mengenai pengkulturan sel, haiwan dan epidemiology telah menunjukkan kesan pengambilan lycopene dapat mengurangkan risiko penyakit-penyakit kronik seperti kanser dan penyakit jantung koronari.

Lycopene ialah salah satu pigmen yang memberikan warna merah kepada buah-buahan terutama tomato masak. Ia telah mendapat perhatian dalam kajian kerana mempunyai kesan yang baik kepada kesihatan dan merawat penyakit.

PETUA TRADISIONAL MENGGUNAKAN TOMATO DI DALAM MERAWAT PENYAKIT

1. Darah bertoksik atau darah kotor
Perah buah tomato, campur dengan satu sudu besar madu kemudian minum tiga kali sehari.

2. Tekanan darah tinggi
Basuh bersih satu atau dua biji buah tomato yang telah masak dan segar. Makan secara mentah pada waktu pagi semasa perut masih kosong.

3. Gusi berdarah
Makan sebiji buah tomato bersama sedikit gula ketika perlu.

4. Sakit kuning kerana hepatitis A
Kisar buah tomato yang telah masak secukupnya menjadi jus kemudian minum sebanyak satu gelas. Lakukan tiga kali sehari sebagai rutin.

5. Merawat jerawat

Cara 1:
Belah dua biji buah tomato masak, gosokkan pada wajah sebelum tidur malam dibiarkan semalaman dan keesokan paginya Basuh dengan air suam. Lakukan selalu sehingga jerawat sembuh.

Cara 2:
Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan selama sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.

6. Sakit perut memulas (diarea)

Cara 1:
Makan buah tomato secara mentah atau dimasak.

Cara 2:
Ambil buah tembikai dan buah tomato dalam kuantiti yang sama banyak. Kisar sehingga menjadi jus. Minum segelas jus tersebut dan lakukan tiga kali sehari.

7. Sengal tulang
Masukkan buah tomato mentah ke dalam masakan yang dimakan setiap hari secara teratur.

8. Amebiasis (jangkitan usus besar)
Ambil biji habatussauda muda bersama satu sudu bawang putih yang telah dipotong halus. Campur di dalam satu gelas jus tomato yang di letak sedikit garam. Minum setiap hari sebelum sarapan pagi selama 2 minggu berturut-turut.

9. Vertigo (pening kepala)
Hiris lima ulas bawang putih dan hancurkan sedikit, kemudian goreng sebentar dengan minyak zaitun. Tambahkan sedikit perahan tomato dan telur serta sedikit garam dan rempah ratus, menjadi telur dadar bawang putih.

Makan 3 kali sehari dalam 7 hari berturut-turut. Telur dadar bawang putih ini sangat baik dalam menghentikan pening kepala.

10. Mengecilkan liang roma
Campur kan Satu sudu jus tomato segar dengan 2 hingga 4 titik jus limau. Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma selepas itu sapukan pelembab muka.

11. Membersihkan kulit muka

Cara 1:
Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana menggabungkan astrigen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.

Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E — kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini hancurkan tomato dan avokado di dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bila selepas 20 hingga 30 minit.

Cara 2:
Boleh juga sapukan campuran jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak dan jerawat.

12. Menyejukkan kulit yang rosak
Kisah sebiji tomato dan campur kan 2 sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas menggunakan air suam.

Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan kulit.

Hal ini demikian kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit.

13. Kencing manis
Kandungan karbohidrat dalam tomato sangat rendah, makan tomato baik untuk pesakit diabetes. Tomato dikatakan sangat berkesan dalam mengawal peratusan gula dalam air kencing pesakit diabetis.

14. Rawatan mata
Selain lobak merah dan berry baik untuk mata, tomato juga baik hari ini demikian kerana tomato kaya dengan vitamin A.

Vitamin A amat bermanfaat untuk kesihatan mata khasnya rabun malam dan rabun jauh serta penyakit-penyakit mata yang lain akibat kekurangan vitamin.

Daun tomato pula berguna untuk merawat saraf optik dan lemah mata.

Caranya ialah ambil Segenggam daun tomato yang baru dipetik. Bilas dan rendam selama 15 minit dalam air yang tidak terlalu panas di dalam bekas tertutup dan sejatkan.

Air ini hendaklah diminum sesudu teh setiap kali sebelum mengambil sajian Utama 3 kali sehari.

15. Obesiti
Tomato sangat berguna dalam rawatan obesiti. Makanlah 1 atau 2 biji tomato ranum pada awal pagi tanpa sarapan selama 2 bulan. Ini dianggap kaedah selamat untuk mengurangkan berat badan.

Pada waktu yang sama tomato membekalkan elemen-elemen makanan penting untuk mengekalkan kesihatan.

16. Gangguan usus dan hati.
Minum segelas penuh jus tomato segar dan dicampur dengan secubit garam serta lada sulah. Seeloknya diminum pada awal pagi.

Ini merupakan petua berkesan untuk mengurangkan mabuk wanita mengandung, merawat masalah berkaitan hempedu dan hati serta jaundis.

Petua ini juga berkesan merawat masalah penghadaman, angin di dalam usus, dan sembelit.

17. Gangguan pernafasan
Sebelum tidur telan 3 ulas bawang putih. Kemudian minum segelas penuh jus tomato segar, dicampur dan madu dan secubit serbuk pelaga. Ini merupakan petua berkesan merawat penyakit TB dan jangkitan paru-paru.

Petua ini juga dapat meningkatkan pertahanan tubuh dan menghalang penolakan serta percampuran ubat-ubatan yang sering berlaku kepada pesakit tibi.

Bagi pesakit lelah pula rawatan ini melegakan Sesak nafas di dalam bronkiol dan pengeluaran mukus (lendir) melampau serta kekejangan.

18. Ibu yang menyusukan bayi
Ibu yang menyusukan bayi digalakkan makan tomato. Memakan produk berasaskan tomato (atau tomato yang dimasak) boleh meningkatkan kandungan likopena dalam susu ibu. Ini tentunya baik untuk kesihatan bayi.EdisiRakyat.com, 22 Oktober 2017

Asrama Sekolah Tahfiz Ihya Ul-Quran di Shah Alam pula terbakar

$
0
0
ASRAMA sebuah sekolah tahfiz di Kampung Bukit Lanchung, Shah Alam dilaporkan musnah dalam kebakaran yang berlaku pada jam 8 malam tadi.

Seorang pelajar bernama Muhammad Farhan Muzabfar, 14 dilaporkan berkata 13 orang pelajar sekolah berkenaan sedang membaca Al-quran sebelum menyedari asrama mereka yang terletak di tingkat dua sedang terbakar.

"Kami sedang membaca Al-quran selepas solat Maghrib, ketika salah seorang dari kami pergi ke bilik air, dia terhidu bau yang ganjil dan ternampak cahaya terang datang dari tingkat atas."

"Dia segera memberitahu pelajar lain di dalam kelas, termasuk guru kami, sebelum beberapa orang dari kami pergi memeriksa dan mendapati asrama sedang dijilat api."

"Ustaz kami terus mengarahkan semua pelajar menyelamatkan diri dan menghubungi pihak berkuasa," katanya seperti yang dipetik oleh NST.

Warden Akademi Tahfiz Ihya Ul-Quran, Mohd Khairul Ni'mat Doll Kawaid memberitahu kebakaran mungkin disebabkan oleh kejadian yang berlaku sebelum itu. Pada waktu tengah hari tadi, sebuah bantal di asrama telah terbakar, dipercayai berpunca daripada api lingkaran ubat nyamuk.

Tahfiz Shah Alam terbakar

Katanya beberapa pelajar telah memberitahunya tentang kejadian itu sebelum mereka melakukan kerja pembersihan bagi memastikan ia tidak merebak.

"Para pelajar telah menyembur bantal tersebut dan kawasan sekitarnya dengan air sebelum membersihkan seluruh asrama."

"Bagaimanapun, mungkin bara api dari bantal telah terpercik ke tempat lain. Di antara tengah hari dan 8.00 malam, kami pasti tidak menyedari ada asap ataupun sebarang tanda kehadiran api," katanya.

Katanya, mereka sangat bersyukur kerana tidak ada sesiapa yang cedera dalam kejadian itu.

Ditanya berkenaan prosedur keselamatan sekolah tersebut, katanya mereka merupakan antara ribuan sekolah-sekolah tahfiz seluruh negara yang telah dilawati oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat berikutan kebakaran bulan lalu di sebuah lagi Sekolah Tahfiz di Keramat, Kuala Lumpur yang mengorbankan 23 nyawa.

Tambahnya lagi sekolah berkenaan telah menyediakan pemadam api dan membuat ubahsuai terhadap tangga kecemasan mengikut yang disarankan oleh jabatan bomba.

Bagaimanapun semasa kejadian, para pelajar dikatakan tidak cuba untuk memadamkan api. Oleh kerana mereka sudah berada di tingkat bawah maka mudah untuk menyelamatkan diri dengan cepat.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya telah menghantar 14 anggota penyelamat dengan 2 kenderaan bomba dan sebuah ambulans di tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan pada jam 8.28 malam.

Tambahnya lagi pihak bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan lain di sekolah tersebut.

Katanya lagi sekurang-kurangnya 20 peratus asrama berkenaan yang berkeluasan 83 kaki persegi musnah. EdisiRakyat.com, 23 Oktober 2017

Penyanyi Ezlynn sah bercerai talak satu

$
0
0
ADAM Fahmy Shamsuddin, 38 suami kepada penyanyi terkenal Ezlynn yang popular dengan lagu bertajuk Hi hi bye bye, dilapor melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya di hadapan Hakim Syarie Noorbyetty Nasir pada pukul 10:30 pagi tadi.

Ezlynn sah diceraikan talak satu dalam perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Syariah Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Hakim sebelum itu mengarahkan Adam dan Ezlynn pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 20 November 2011 itu untuk bersalam salaman dan bermaaf maafan antara mereka berdua.

Permohonan cerai difailkan oleh Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 36 pada 7 April lalu Mengikut Seksyen 47 akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984.

Jawatankuasa pendamai dilapor terpaksa dilantik sebelum ini berikutan Adam menukar fikiran dan enggan menceraikan isterinya sekaligus membuatkan tiada persetujuan bersama di dalam hal perceraian tersebut.

Ezlynn sebelum ini pernah dimasukkan ke hospital kerana dipercayai mengalami tekanan berkaitan isu rumah tangganya.

Pasangan itu sehingga kini tidak dikurniakan cahaya mata. — EdisiRakyat.com, 23 Oktober 2017



Khasiat bawang putih mampu merawat 21 jenis penyakit

$
0
0
OLEH kerana mempunyai pelbagai khasiat yang baik, bawang putih banyak digunakan dalam masakan Masyarakat Cina. Hampir semua masakan mereka menggunakan bawang putih disebabkan khasiatnya yang boleh mengeluarkan angin di dalam badan selain menyedapkan makanan.

Manakala masyarakat India menggunakan bawang putih dalam penyediaan kari dan dalca. Masyarakat Melayu juga tidak terkecuali menggunakan bawang putih dalam masakan seperti rendang, asam pedas dan pelbagai jenis masakan lain.

Bawang putih telah diakui kepentingannya dalam bidang perubatan kerana itulah ia sudah ditanam dan digunakan sejak beribu tahun dahulu kerana dipercayai dapat digunakan dalam rawatan pelbagai jenis penyakit.

Bawang putih mengandungi alliin iaitu sejenis sebatian kimia. Apabila bawang putih dihancurkan, sejenis enzim yang dipanggil alliinase akan dikeluarkan dan bertindakbalas dengan alliin bagi membentuk alliisin.

Allisin adalah sejenis sebatian yang tidak stabil dan ia akan bergabung dengan sebatian mengandungi sulfur bagi menghasilkan bau unik bawang putih.

Antara kelebihan bawang putih

kelebihan bawng putih

1. Bawang putih mempunyai ciri-ciri antibakteria, antivirus, anti barah, dan mencegah sakit jantung.

2. Bawang putih mengandungi dua mineral pelindung iaitu selenium dan germanium yang baik untuk kesihatan.

3. Bawang putih juga dikatakan dapat mengurangkan tekanan darah kerana kehadiran bahan fitokimia metalilalil trisulfat. Bahan ini berfungsi mengembangkan dinding pembuluh darah.

4. Bawang putih boleh menipiskan platlet darah dengan menghalang pengumpulan darah. Oleh itu serangan jantung dapat di elakkan.

5. Agen anti-kulat dan berkesan merawat jangkitan kulat yang sering dihadapi oleh ahli sukan di bahagian kaki mereka serta berkesan bagi mengelakkan jangkitan 20 peratus species kulat lain.

6. Bertindak sebagai antiseptik, diuretik, insecticide, pencuci organ di dalam tubuh, sedative, bahan perangsang dan tonik untuk jantung.

7. Kandungan allicin dalam bawang putih mampu mencegah tumor kerana bahan ini bertindak menyekat pembiakan sel-sel tumor.

8. Digunakan sebagai ubat tekanan darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis kerana boleh merangsang pengeluaran peluh.

9. Berfungsi untuk mengeluarkan angin di dalam perut, merangsang pengeluaran peluh, menyingkirkan cacing di dalam perut dan usus.

Cara menggunakan bawang putih di dalam merawat penyakit

1. Lemah urat
Kupas kulit 7 ulas bawang putih, basuh bersih dan rebus sehingga mendidih. Setelah sejuk tapis kemudian minum tiga kali sehari.

2. Usus keras
Bakar tiga hingga lima ulas bawang putih, dikupas kulitnya kemudian makan lakukan dua kali sehari.

3. Anti-Kanser
Cara 1:
Bakar 5 ulas bawang putih kupas kulitnya kemudian makan lakukan dua kali sehari.

Cara 2:
Kupas kulit 5 ulas bawang putih rendam dalam air panas selama 10 minit kemudian makan lakukan dua kali sehari.

4. Anti penuaan/ awet muda
Bakar 5 ulas bawang putih kupas kulitnya kemudian makan lakukan dua kali sehari.

5. Kecacingan
Cara 1:
Kupas kulit bawang putih kunyah kemudian hisap airnya.

Cara 2:
Kupas 3 ulas bawang putih, cuci, kunyah sehingga lumat kemudian telan. kemudian minum air suam. Lakukan satu hingga dua kali sehari.

6. Kulit muka berbintik hitam
Kupas bawang putih, tumbuk, campurkan dengan minyak badam, kemudian sapu pada bahagian muka yang berbintik hitam. Biarkan seketika sebelum dibersihkan dengan air bersih.

7. Jerawat
Kupas kulit bawang putih hiris nipis, letakkan pada wajah yang berjerawat dan Biarkan selama beberapa minit sebelum Bilas dengan air bersih lakukan sehingga jerawat hilang.

8. Lemah daya ingatan
Bakar 5 ulas bawang putih, kupas kulitnya kemudian makan lakukan dua kali sehari.

9. Radang otak dan saraf
Cara 1:
Kupas kulit bawang putih, tumbuk, campur sedikit madu kemudian pupuk ke atas urat di belakang leher sehingga tulang belakang berserta tulang rusuk.

Cara 2:
Makan sebiji bawang putih bersama susu lembu asli setiap pagi. Lakukan setiap hari.

10. Cirit-birit
Cara 1:
Kupas kulit 2 ulas bawang putih, cuci kemudian rebus dengan segelas air. Setelah sejuk, minum air rebusan sebelum makan. Lakukan tiga kali sehari sehingga sembuh.

Cara 2:
Kupas kulit 5 ulas bawang putih rendam dalam air panas selama 10 minit dan makan lakukan dua kali sehari.

Cara 3:
Kupas kulit kunyit, bawang besar, dan bawang putih lalu rebus. Minum air rebusan tersebut.

Cara 4:
Bakar 5 ulas bawang putih kupas kulitnya dan makan lakukan dua kali sehari.

11. Gastrik/ medu/ radang perut
Kupas kulit bawang putih kemudian kunyah dan telan. Makan dua kali sehari dan lakukan dua kali berturut-turut.

12. Kanser perut
Tumbuk bawang putih sehingga hancur, tapis dan ambil airnya. Campurkan sedikit gula dan madu, kacau sebati kemudian minum lakukan beberapa kali.

13. Perut kembung
Kupas 2 ulas bawang putih, cuci kunyah perlahan dan telan. Kemudian minum air hangat amalkan 3 kali sehari.

14. Sakit perut
Kupas 5 ulas bawang putih rendam dalam air panas selama 10 minit dan makan lakukan dua kali sehari.

15. Sistem pencernaan bermasalah
Cara 1:
Bakar 5 ulas bawang putih kupas kulitnya kemudian makan lakukan dua kali sehari.

Cara 2:
Kupas kulit 5 ulas bawang putih rendam dalam air panas selama 10 minit dan makan dilakukan dua kali sehari.

16. Kuku jari tangan rapuh
Kupas bawang putih kemudian cucuk-cucukkan pada kuku berkali-kali.

17. Telinga bernanah
Bawang putih dikupas kulit, dibasuh bersih, ditumbuk lumat, diperah, ditapis, lalu dititiskan air perahannya ke dalam liang telinga.

18. Batuk biasa
Cara 1:
Kupas kulit 30 g bawang putih cuci kemudian tumbuk. Campurkan dengan gula besar dan segelas air. Rendam selama lima hingga enam jam. Minum 1 sudu besar setiap hari. Lakukan selama beberapa hari.

Cara 2:
Kupas kulit bawang putih tumbuk sehingga lumat beras serta tapis airnya. Kemudian campur kan satu sudu madu lebah dan minum.

Cara 3:
Tumbuk umbi pokok bawang putih hingga hancur dan ambil airnya. Campur kan air tersebut dengan sedikit madu dan gula kemudian minum.

19. Bronkus/ radang tengkorak
Kupas kulit 3 hingga 5 ulas bawang putih, basuh bersih kemudian rendam dalam air panas. Kunyah dan telan bawang tersebut.

20. Suara serak atau para
Kupas kulit 3 hingga 5 ulas bawang putih, basuh bersih kemudian rendam dalam air panas. Kunyah dan telan bawang tersebut.

21. Reumatik/ radang sendi dan otot
Cara 1:
Kupas kulit bawang putih kemudian tumbuk hancur dan campur kan dengan rizom halia. Seterusnya tumbuk dan campurkan dengan minyak zaitun. Pupuk bahan tersebut pada bahagian yang sakit sebelum tidur dan bersihkan pada keesokan paginya.

Cara 2:
Rebus Daun dan batang bawang putih menjalar sehingga mendidih kemudian wapnya disedut ke dalam paru-paru.

Kemalangan bas kilang di tol juru, 8 orang maut, 33 cedera

$
0
0
SEKURANG-KURANGNYA 8 orang pekerja kilang maut manakala 33 lagi cedera dalam satu kejadian kemalangan dua bas kilang yang bertembung, pagi tadi. Kejadian pada jam 5:30 pagi itu berlaku berhampiran Plaza Tol Juru, Lebuhraya Utara Selatan Pulau Pinang.

Ketua Polis Seberang Perai Tengah, ASP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid mengesahkan kejadian itu. Katanya satu daripada dua bas berkenaan yang membawa pekerja-pekerja warga Indonesia dan Nepal berhenti di tepi jalan selepas mengalami masalah enjin.

Sebuah lagi bas yang membawa 15 pekerja, gagal memberhentikan kenderaan sekaligus merempuh bas yang pertama, rempuhan itu mengakibatkan kenderaan berkenaan tertolak ke bahagian kanan jalan.



"Lapan orang maut setakat ini. Sejumlah 23 orang lagi mengalami kecederaan parah dan 10 lagi alami kecederaan minor," katanya seperti yang dipetik oleh News Strait Time hari ini.



Katanya kesemua 43 orang mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu, termasuk mangsa yang maut adalah wanita. — EdisiRakyat.com, 24 Oktober 2017

Cirit-birit, punca dan cara merawatnya

$
0
0
CIRIT-BIRIT atau diarea bukan sesuatu yang asing bagi setiap orang. Pengalaman terkena cirit birit pasti membuatkan anda terasa serik kerana perlu berulang alik ke tandas tanpa mengira masa sehingga kadang-kadang tidak mampu bertahan dan terlepas di dalam seluar.

Cirit birit boleh didefinasikan sebagai pengeluaran cecair yang berlebihan dan kandungan berat najis yang melebihi 250 gram sehari.

Jika ia berlaku secara berterusan boleh menyebabkan kematian disebabkan wabak kolera ataupun taun.

ciritbirit



Jenis-jenis cirit-birit

1. Diarea akut iaitu cirit-birit yang berlaku secara tiba-tiba.

2. Disebabkan oleh jangkitan saluran gastro-usus, pengambilan dadah atau pengeluaran toksin oleh bakteria.

3. Disebabkan oleh jangkitan virus seperti norwalk dan hotavirus.

4. Disebabkan oleh bakteria seperti staphylococcus aureus, bacillus cereus, clostridium perfringes dan vibrio cholerae.

staphylococcusaureus
bakteria staphylococus aure


5. Disebabkan sejenis protozoa iaitu giardia lamblia dan ertamoeba histolytica.


Tanda-tanda dan simptom cirit-birit 

1. Rimas mengantuk tidak bermaya lemah dan lesu.

2. Tidak mengeluarkan air mata.

3. Mata tenggelam dan kering.

4. Mulut menjadi kering mengelupas atau pun pecah.

5. Pernafasan menjadi kencang dan dalam.

6. Berat badan menurun.

7. Jika berlaku kepada bayi, ubun-ubun di kepala bayi menjadi lekuk.

8. Kerap membuang air besar dalam sehari

9. Najis cair dan berlendir.

10. Jarang membuang air kecil dan air kencing pula berwarna pekat kuning pinang masak dan gelap.

11. Timbul ruam ruam kemerahan dan basah di persekitaran dubur.

12 Kembung perut.

13. Kulit menjadi senang dicubit kerana terlalu nipis dan lembut.


Langkah mencegah cirit birit

1. Pastikan penyediaan makanan dilakukan dengan bersih

2. Pastikan makanan disimpan di tempat yang tertutup dan tempat penyimpanan juga bersih.


makananbertutup

3. Makan makanan dan minuman yang sudah dimasak.

4. Elakkan pengambilan antibiotik secara berterusan.


Cara merawat cirit birit

1. Menjaga diet atau pemakanan supaya tidak mengalami dehidrasi ketika diserang cirit birit dengan mengambil makanan yang boleh meningkatkan kandungan air di dalam tubuh badan.

2. Mendapatkan rawatan agar diberikan cecair rehidrasi dan ubat untuk cirit birit( apiod)

3. Minum air yang mengandungi garam ataupun elektrolit.

4. Merehatkan usus dalam tempoh tertentu dengan mengambil makanan ringan yang berkhasiat sahaja.

5. Dapatkan preskripsi ubatan antibiotik seperti trimethoprim, sulfamethoxazole atau erythromycin daripada klinik berdekatan atas nasihat doktor.— EdisiRakyat.com, 24 Oktober 2017

Kisah sahabat nabi Umar bin Khattab yang digeruni

$
0
0
KELAHIRAN Umar Bin Khattab sungguh menggembirakan keluarga terutama bapanya Khattab bin Nufail al-Muhzumi. Umar meningkat dewasa dengan penuh perhatian dan kasih sayang daripada bapa dan ibunya, Hatamah binti Hasyim.

Bapa Umar melatihnya menjadi seorang yang kuat semangat dan fizikal. Sejak kecil Umar dilatih oleh orang tuanya menjaga binatang ternakan peliharaan keluarga.

Sedangkan kerja yang diberikan itu adalah berat dan tidak bersesuaian dengan usianya yang masih muda. Namun, Itulah hasrat bapanya iaitu ingin membentuk tubuh fizikalnya menjadi gagah dan sasa.

Umar membesar sebagai seorang pemuda yang gagah dan apabila berjalan dia berjalan dengan pantas. Namun ada satu kelemahan Umar iaitu dia memiliki sifat yang panas baran. Kemarahannya diibaratkan seperti 1000 orang lelaki yang sedang marah.

saidina-umar-al-khattab
sekadar gambar hiasan

Sebelum Umar memeluk Islam dia sungguh bengis kepada mereka yang mengikut kepercayaan yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W

Pada suatu hari Umar menghadiri perbincangan bersama pemimpin-pemimpin Quraisy. Mereka membincangkan mengenai ajaran baru yang disampaikan oleh Muhammad. Ajaran itu dilihat berpotensi menggugat kedudukan mereka sebagai pembesar-pembesar Mekah.

Oleh kerana itu, mereka mencadangkan Umar untuk membunuh Muhammad. Ini kerana, apabila Umar sedang marah, dia tidak mempunyai perasaan belas kasihan lagi. Dia seorang yang gagah dan berani menakut-nakutkan orang serta mengugut ibarat singa yang lapar.

Namun begitu ada seorang lelaki tidak bersetuju dan berkata,

"Wahai Umar! Uruskan lah keluargamu dahulu, adik perempuan kamu dan suaminya kini memeluk agama Muhammad! Kamu perlu betulkan adik kamu itu!"

Apabila mendengar kata-kata lelaki itu, Umar mulai marah. Dia bangun dan terus menuju ke rumah adiknya. Apabila dia mendekati rumah adiknya, Umar mendengar sesuatu yang belum pernah didengarinya sebelum ini.

Dia menghayati bacaan yang dibaca oleh adiknya dari dalam rumah. Tiba-tiba suara itu terhenti dan Umar kembali sedar lalu mengetuk pintu rumah adiknya. Dia memanggil nama adiknya dengan lantang.

"Siapakah itu?" Soal Fatimah.

"Aku!" jawab Umar dengan suara yang keras.
"Aku Umar! Abang mu, cepat buka pintu ini!" Umar meninggikan suaranya.

Fatimah membuka pintu rumah. Umar tanpa berlengah menerpa masuk ke dalam rumah dan melihat hanya Said, adik iparnya dan Fatimah sahaja berada di dalam rumah itu.

Umar berlegar-legar di dalam rumah itu bagi mencari jika ada orang lain, namun dia hampa. Tiada sesiapa di situ melainkan mereka berdua sahaja.

"Apakah ada orang lain bersama kamu tadi?" Tanya Umar dengan nada yang keras.

"Tidak ada," jawab fatimah dengan segera. "Kami berdua sahaja,"

"Apakah yang aku dengar tadi? Kamu membaca apa tadi?" Tanya Umar bertalu-talu.

"Apa yang abang dengar?" Fatimah bertanya dan kemudiannya berkata, "Abang tidak mendengar apa-apa,"

Sebenarnya, ketika itu Fatimah sedang mengalunkan bacaan dari kepingan tulisan-tulisan ayat Al-quran di belakangnya.

"Betul, Aku belum pekak lagi aku mendengar apa yang kamu baca tadi," kata Umar dengan tegas sambil menyambung lagi,

"Aku tahu kamu berdua kini mengikut agama Muhammad. Betulkah?"

Umar menghampiri adik iparnya lalu memegangnya. Dia hendak memukulnya. Fatimah tahu niat abangnya itu yang ingin melakukan perkara yang jahat.

Dia cuba menolong dengan menarik suaminya. Tetapi tangan Umar lebih pantas. Umar cuba memukul adik iparnya tetapi pukulan itu terkena adiknya.

Kepala Fatimah luka dan darah meleleh di mukanya. Fatimah naik marah akibat rasa sakit yang dialaminya. Dengan perasaan marah Fatimah berkata,

"Ya kami sudah memeluk Islam kami percaya kepada Allah dan rasulnya apa yang Abang hendak lakukan kepada kami lakukanlah apa sahaja!"

Selepas selesai bercakap Fatimah menangis, hatinya berasa sedih suaminya hanya mendiamkan diri. Dia berasa bimbang.

Apabila melihat darah bercucuran di kepala Fatimah, Umar menyesal atas perbuatannya itu. Dia Kasihan melihat adiknya yang menangis teresak-esak. Dia menyesal atas tindakannya yang tergesa-gesa tanpa menyiasat terlebih dahulu.

Umar cuba berlembut kerana dia ingin mengetahui apakah yang dibaca oleh mereka tadi.

umar-al-khattab


"Berikanlah kepada aku bahan yang kamu baca tadi tadi," kata Umar dengan suara lembut. Kemudian dia menyambung, "Aku berjanji tidak akan melakukan perkara yang tidak elok. Aku ingin tahu, apakah yang dibawa oleh Muhammad itu?" Sikap Umar yang garang mulai bertukar menjadi lembut.

"Kami bimbang jika kau tidak mengotakan janji mu," jawab Fatimah.

"Usah bimbang! Aku bersumpah dengan tuhan Muhammad aku Kembalikan nanti sesudah membacanya," Umar meyakinkan adiknya.

Umar disuruh oleh Fatimah supaya mandi Jika dia masih hendak memegang Al-quran itu. Umar mengikut kata Fatimah dan dia mandi terlebih dahulu.

Kemudiannya Fatimah menyerahkan kepingan yang bertulis ayat Quran di atasnya. Umar menerima dan membacanya dengan penuh teliti.

Ayat-ayat Quran itu adalah daripada surah Taha. Apabila selesai membacanya, Umar berkata, "Sungguh indahnya kata-kata ini!"

Fatimah melihat keadaan abangnya berubah dan dia begitu gembira kerana abangnya mulai berminat dan tertarik dengan ayat-ayat Quran itu.

Dia berdoa semoga hati abang yang terbuka bagi memeluk Islam.

Selepas itu Umar mengambil keputusan untuk bertemu dengan Nabi Muhammad. Apabila sampai di rumah itu (rumah siapa? Rumah Arqam ibn abi Al-Arqam atau rumah Nabi Muhammad), Umar langsung mengetuk pintu.

Salah seorang sahabat Nabi Muhammad bangun dan menuju ke pintu. Alangkah terperanjatnya dia apabila melihat Umar berada di hadapan pintu sambil memegang sebilah pedang.

Dia segera memberitahu Nabi Muhammad kedatangan Umar dengan perasaan takut.

"Wahai Nabi Muhammad! Umar Bin Khattab berada di hadapan pintu rumah ini dengan pedangnya," kata lelaki itu.

Nabi Muhammad bertenang sahaja. Semoga doanya dimakbulkan oleh Allah. Umar datang dengan sendiri dan tiada siapa yang memujuknya.

"Benarkan dia masuk!" Kata Nabi Muhammad kepada sahabat-sahabatnya.

Umar dipersilakan masuk ke dalam rumah. Nabi Muhammad bangun dan menyambutnya lalu dijemput masuk ke dalam sebuah bilik.

Kemudian Nabi Muhammad mengambil kain lalu diletakkan ke tubuh Umar dan disantapnya dengan kuat. Nabi Muhammad berkata dengan tegas dan berani,

"Apa yang menyebabkan kamu kemari wahai Umar?"

"Wahai Nabi Allah! Aku datang Ini kerana ingin menyatakan iman kepada Allah dan rasulnya. Dan Apa yang kau bawa daripada Allah," kata Umar menerangkan maksud kedatangannya.

Nabi Muhammad kemudiannya mentadbir dan seluruh sahabat nabi berasa gembira. — EdisiRakyat.com, 25 Oktober 2017

Lelaki larikan RM600,000 duit bank didakwa di mahkamah

$
0
0
SEORANG lelaki yang juga merupakan seorang penganggur dilaporkan telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jalan Duta semalam atas tuduhan mencuri di cawangan sebuah bank di Damansara.

Kartik Rajandaran, 28 mengaku tidak bersalah terhadap kesalahan yang didakwa dilakukannya diantara jam 1:00 hingga 2:00 petang pada 8 September lalu.

Dia juga minta dibicarakan untuk tuduhan-tuduhan serupa yang melibatkan 6 kes kecurian di syarikat-syarikat swasta, termasuk sebuah syarikat guaman dan sebuah syarikat pembinaan dalam kejadian berasingan.

Kesemua tuduhan dikenakan terhadapnya di bawah peruntukan Kanun keseksaan, di mana tuduhan mencuri di bawah Seksyen 380 dan tuduhan menceroboh di bawah tiga klausa iaitu Seksyen 447, 448, dan 459.

Difahamkan Kartik tiba di mahkamah Jalan Duta pada jam 10 pagi sebelum dibawa ke dalam tiga bilik-bilik perbicaraan berasingan bagi menghadapi tuduhan-tuduhan tersebut yang kesemuanya dikendalikan oleh Balai Polis Brickfields.

Mahkamah menetapkan tarikh 29 November untuk sebutan kes, dan membenarkan ikat jamin tertuduh berjumlah RM40,000 untuk kesemua tuduhan.

Difahamkan juga ibu bapanya lewat membayar wang jaminan berkenaan petang semalam.

Bagaimanapun tertuduh dilapor telah ditangkap semula sebaik sahaja dibebaskan di mahkamah berkenaan pada jam 5:30 petang oleh polis Johor untuk siasatan berhubung kes-kes lain berkaitan kecurian dan pencerobohan yang didakwa dilakukannya di Johor.

Tertuduh sebelum ini ditahan di Melaka pada 4 Oktober oleh sekumpulan pasukan polis dari Brickfields yang diketuai oleh ASP Mohd Hafizi Ishak dan dia direman sejak hari itu.

Sebaik sahaja siasatan diselesaikan oleh polis Brickfields, dia telah ditahan semula oleh polis Petaling Jaya, dan seterusnya oleh polis Serdang kerana kes-kes berkaitan kecurian.

Lebih dari 40 laporan polis telah dibuat terhadapnya oleh pengadu-pengadu yang mendakwa menjadi mangsa tuduh sebaik sahaja pihak polis menyiarkan gambarnya di media pada 18 September berikutan kes kecurian di bank.



Menurut sumber, Polis Melaka juga mahu menahan lelaki berkenaan untuk menjalankan siasatan ke atasnya berhubung beberapa kes kecurian. — EdisiRakyat.com, 25 Oktober 2017

Penyakit AIDS, penyebab, simptom dan cara mencegahnya

$
0
0
AIDS ialah singkatan kepada 'Acquired Immune Deficiency Syndrome' atau sindrom kurang daya tahan melawan penyakit.

Acquired bermaksud jangkitan yang dipindahkan daripada individu kepada individu lain dan bukan daripada keturunan.

Immuno bermaksud keupayaan semulajadi badan dalam melawan jangkitan kuman jahat.

Deficiency bermaksud orang atau lemah.

Syndrome bermaksud gabungan tanda-tanda dan gejala.

virus-HIV


Ia merupakan peringkat terakhir jangkitan HIV iaitu sistem daya ketahanan badan melawan jangkitan telah dilumpuhkan.


Punca dan penyebab AIDS/faktor

Penyakit ini disebabkan oleh virus HIV (human immunodeficiency virus).yang menyerang dan memusnahkan serta melemahkan keupayaan semulajadi sistem ketahanan badan dalam melawan penyakit.

Dengan lumpuhnya keupayaan ini, mereka yang dijangkiti AIDS akan terdedah kepada:

1. Pelbagai jenis kuman termasuk kuman-kuman yang biasanya tidak menyebabkan penyakit di kalangan orang-orang yang normal.

2. Pelbagai jenis barah yang biasanya jarang berlaku.

AIDS boleh berjangkit melalui:

1. Hubungan seks secara rambang atau bertukar-tukar pasangan dengan orang yang telah dijangkiti oleh virus HIV pesakit atau pembawa AIDS (penagih dadah) kepada seseorang yang lain.

2. Daripada ibu yang telah dijangkiti virus HIV kepada anak yang di dalam kandungan.

3. Pemindahan darah daripada orang yang telah dijangkiti virus HIV dengan orang lain sama ada secara sengaja atau tidak sengaja (tangan yang luka terkena darah yang mengandungi kuman HIV)

4. Bertukar-tukar jarum suntikan dengan orang yang dijangkiti virus HIV.

jarum-suntikan



Tanda-tanda dan simptom AIDS

1. Susut berat badan melebihi 10% tanpa sebab tertentu.

2. Cirit-birit yang berlarutan.

3. Demam yang berpanjangan.

4. Batuk batuk yang berterusan.

5. Penyakit kandisiasis di bahagian mulut.

6. Barah kulit (kaposi's sarcoma).

7. Penyakit herpes simplex (sejenis kayap) merebak dan berulang.

8. Jangkitan paru-paru (Pneumonitis dan pneumonia)

9. Sejenis protozoa (parasit yang menyebabkan penyakit) boleh menyebabkan kematian 10-30% pesakit jika tidak dirawat.

10. Pembengkakan pada nodus limfa dan hati.

11. Jangkitan yang berulang-ulang dan berpanjangan.


Langkah pencegahan

1. Jangan melakukan hubungan seks dengan orang yang anda tidak ketahui latar belakang dan taraf kesihatannya.

2. Elakkan pelacuran dan hubungan seks secara rambang dan berbilang pasangan.

3. Gunakan sarung kondom jika hubungan seks tidak dapat dielakkan bagi suami isteri/ pesakit atau pembawa AIDS untuk mengurangkan risiko mendapat jangkitan AIDS.

4. Elakkan penagihan dadah, berkongsi jarum dan alat suntikan dengan orang lain.

5. Elakkan perkongsian alat-alat peribadi yang boleh tercemar dengan darah seperti berus gigi pisau cukur dan lain-lain.

pisau-cukur


6. Pesakit AIDS tidak boleh menderma darah, air mani dan organ badan.

7. Jika anda seorang ibu dan dijangkiti AIDS, elakkan daripada hamil kerana kandungan anda berisiko dijangkiti Aids.

8. Jauhi rokok dan alkohol.


Kaedah rawatan

1. Menjalani pemeriksaan perubatan yang tetap sekurang-kurangnya dua kali setahun.

2. Menjaga kesihatan diri anda dengan melakukan senaman, rehat dan tidur yang secukupnya.

3. Mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang.

4. Elakkan diri daripada tercedera, dan mengalami luka pada kulit anda.

5. Pastikan penggunaan alat-alat yang dipakai sekali sahaja seperti jarum pakai buang (disposable), bekas pewarna dan lain-lain.

6. Mendapatkan rawatan di hospital. Biasanya rawatan yang diberikan adalah untuk memusnahkan virus HIV dan menambah baik sel darah putih jenis CD4.

rawatan-doktor


Cara perubatan adalah dengan memusnahkan virus HIV yang ada dalam tubuh pesakit iaitu dengan mengambil specimen darah penghidap HIV supaya dapat mengkodkan darah HIV tersebut menggunakan alat terkini yang dikenali sebagai 'OPAM MACHINE' lalu dijadikan penawar secara automatik.

Biasanya penawar yang berpotensi tinggi ini akan ditransferkan kedalam ubat dalam bentuk tablet atau air supaya dapat dimakan oleh pesakit HIV sebanyak 3 kali sehari.

Jika anda menghidap HIV atau AIDS dan datang membuat rawatan, biasanya pihak klinik atau hospital akan mengambil specimen DNA anda seperti rambut, darah, air liur dan urin supaya dapat membuat ubat khusus untuk anda sehingga kerosakan DNA anda benar-benar dapat dipulihkan.

Di samping itu rawatan 'Life Auto-Nosade' yang sebaik-baiknya dilakukan setiap hari selama 30 minit hingga sejam supaya sistem imun dan sistem saraf tubuh anda benar-benar berfungsi kembali seperti biasa.

7. Sentiasa bersemangat dan positif untuk menjalani hidup agar virus HIV tidak cepat merebak. — EdisiRakyat.com, 25 Oktober 2017

Solat jamak dan qasar, syarat-syarat serta niat

$
0
0
SOLAT Jamak dan Qasar ialah solat yang hanya boleh dilakukan apabila seseorang itu bermusafir lebih daripada dua marhalah iaitu bersamaan 56 batu atau 90 km.

Solat jamak dan qasar adalah satu keringanan yang diberi oleh Allah kepada hambanya dalam segenap masa bagi orang yang bermusafir sama ada senang atau susah asalkan melebihi dua marhalah.

Pengertian solat jamak

Mengumpulkan dua solat dalam satu waktu misalnya mengumpulkan solat zohor kepada asar dan sebaliknya serta fardhu maghrib dan isyak dan sebaliknya.

Solat jamak terbahagi kepada dua iaitu jamak takdim dan jamak takhir.

Solat Jamak takdim

Solat yang dihimpunkan di awal waktu iaitu apabila solat zohor dijamakkan dengan asar pada waktu Zohor dan solat maghrib dan isyak pada waktu maghrib, dinamakan solat jamak takdim.

Syarat jamak takdim

1. Hendaklah melakukan solat pada waktu yang terdahulu ertinya melakukan solat zohor dahulu kemudian asar ataupun maghrib dahulu kemudian.Isyak.

2. Niat jamak pada solat yang pertama pada permulaan takbiratul Ihram atau ditengah-tengah solat selama mana  belum memberi salam.

3.Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua oleh itu antara kedua-duanya tidak boleh diselangi oleh pekerjaan atau perbuatan lain.

Sekiranya diselangi pekerjaan lain yang memakan masa selama dua rakaat solat, maka hendaklah solat pada waktunya nanti.

4. Sekiranya diselangi oleh iqamat dan mengambil wuduk maka jamaknya tidak batal.

5. Berkekalan musafirnya sehingga solat yang kedua tetapi tidaklah disyaratkan sehingga selesai solat.


musafir



Solat Jamak Takhir

Jamak takhir pula ialah menghimpunkan solat di akhir waktu iaitu melaksanakan solat zohor dan asar pada waktu asar dan solat maghrib dan isyak pada waktu Isyak.


Syarat jamak takhir

1. Berniat untuk solat jamak takhir solat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama. Maksudnya telah berniat mahu menghimpunkan yakni menunaikan solat zohor pada waktu asar nanti ketika telah masuk waktu zohor.

2. Kekal musafir sehingga selesai kedua-dua solat.


Pengertian solat qasar

Memendekkan solat daripada empat rakaat menjadi dua rakaat.

Solat yang boleh dipendekkan mestilah solat yang mepunyai empat rakaat iaitu solat isyak, zohor dan asar.

Apabila seseorang itu bermusafir lebih daripada dua marhalah, maka dia boleh melakukan solat qasar dan jamak sekaligus.


Ini bermaksud, kita boleh :

1.menjamakkan 2 solat serta memendekkannya (qasar)

2. Menjamakkan 2 solat fardhu tanpa qasar.

3. Mengqasarkan solat tanpa jamak, iaitu mengerjakan solat zohor, asar dan isyak dengan dua rakaat yang berasingan.


Syarat -syarat qasar

1. Musafir dengan tujuan yang baik bukanlah dengan tujuan maksiat.

2. Perjalanan hendaklah tidak kurang daripada 2 marhalah.

3. Solat yang hendak diqasarkan itu hendaklah solat yang mempunyai empat rakaat iaitu zohor, asar dan isyak sahaja yang dilaksanakan secara tunai.

Kerana itu tidak boleh diqasarkan solat qada dalam Musafir bagi solat yang ditinggalkan semasa di dalam kawasan tempat kediaman.

Solat yang ditinggalkan ketika musafir boleh diqasarkan apabila diqadakkan ketika masih dalam musafir.

4. Hendaklah niat qasar ketika takbiratul ihram.

5. Tidak boleh berimamkan orang yang solat sempurna. (Tamam).

6. Hendaklah bermusafir dengan mempunyai hala tuju. Jika tidak ada ketetapan hala tuju, tidak boleh qasar.

7. Berkekalan perjalanan sehingga sempurna solat.


Perkiraan sebagai musafir

Permulaan musafir dikira setelah kita keluar kawasan sama ada melalui jalan raya,sungai, kota sempadan atau kawasan yang tidak ada bangunan lagi.

Berakhirnya musafir ialah apabila kita memasuki kawasan permulaan musafir tadi.


Niat solat Jamak Qasar

niat-solat-jamak-qasar-takdim


niat-solat-jamak-qasar-takhir
— EdisiRakyat.com, 27 Oktober 2017

Seorang lagi doktor gigi palsu kena penjara dan denda RM70,000

$
0
0
SEORANG lagi doktor gigi palsu dijatuhkan hukuman 1 bulan penjara dan denda RM70,000 atau tambahan penjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur terhadap tertuduh kerana kesalahan menjalankan perkhidmatan Pergigian tanpa lesen di sebuah hotel bajet bulan lalu.

Hakim Harmi Thamri Mohamed @ Shaharuddin menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Chen Jianghong, seorang lelaki Warganegara China selepas dia mengubah pengakuan kepada pengakuan bersalah hari ini.

Tertuduh berusia 40-an tahun itu dituduh menjalankan sebuah Klinik Pergigian swasta tanpa mendaftar di bawah Seksyen 4(1) Akta Kemudahan dan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 yang boleh dihukum di bawah seksyen 5(1)(a)(i) akta yang sama.



Kesalahan itu didakwa dilakukan di tingkat 2 Hotel Regalia, Wisma Chha Yong Fay pada 10.55 pagi 28 September 2017.

Tuduhan itu membawa hukuman maksimum denda RM300,000 atau hukuman penjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah turut mengarahkan hukuman penjara Chen dikira sejak tarikh tangkapan pada 28 September lalu.

Sebelum menjatuhkan hukuman, hakim berkata lelaki memiliki seorang anak itu telah melakukan satu jenayah yang serius kerana dia tidak memiliki sebarang pengalaman sebagai seorang doktor gigi.

"Tertuduh, seorang rakyat China tidak patut menjalankan perkhidmatan pergigian dalam negara ini tanpa mendapatkan lesen dari Kementerian Kesihatan," katanya.

Sebelum itu, timbalan pendakwa raya Nurul Khairiyah Samsudin berkata, hukuman setimpal patut dijatuhkan keatas tertuduh kerana kesalahan ini melibatkan kepentingan awam.

"Tertuduh tidak menghormati undang-undang kita. Perkhidmatan Pergigian hanya boleh dijalankan oleh doktor-doktor yang berdaftar,"

"Terdapat beberapa kes serupa di Kedah, Johor, dan Pahang, di mana sebahagian mereka telah didenda sebanyak RM250,000 dan RM300,000," katanya.

Chen yang diwakili oleh peguam Tan Teck Yew bagaimanapun memohon hukuman diringankan, kerana anak guamnya merupakan satu-satunya pencari nafkah dalam keluarga.

Tertuduh membayar denda yang dikenakan. — EdisiRakyat.com, 27 Oktober 2017

Ahli Majlis Tertinggi Umno kena tikam berhampiran rumah

$
0
0
AHLI Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan dilaporkan mengalami kecederaan akibat ditikam oleh seorang lelaki berhampiran rumahnya di Taman Desa Moccis, Sungai Buloh hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8:30 malam itu, Sohaimi, 48 dilaporkan cedera di bahu kanan, dan di belakang telinga akibat serangan seorang lelaki berusia 27 tahun.

Seorang lagi saudara Sohaimi dikatakan turut cedera akibat ditetak di bahagian muka ketika kejadian berkenaan. Sohaimi dan saudaranya itu kini sedang menerima rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil, kata isterinya Datin Ruby Arshad ketika ditemui di Hospital Pakar KPJ Damansara.



Menurut Ruby, penyerang sebelum itu telah membaling batu kepada saudara Sohaimi, menyebabkan tangannya tercedera.

"Ketika kejadian berlaku suami saya tiada di rumah. Selepas dia pulang, suami saya telah pergi ke rumah si penyerang berdepan dengan rumah kami, bersama dengan saudaranya,"

"Suami saya mahu berbincang dengan ayah kepada si penyerang berhubung kejadian tersebut. Bagaimanapun ketika di pintu depan rumah berkenaan, dia telah meluru ke arah suami saya dan seorang daripada saudaranya telah ditetak di bahagian muka ketika cuba melindungi suami saya," kata Ruby.

Menurut Ketua polis Sungai Buloh, Superitendan S Somu, penyerang yang merupakan seorang penganggur telah ditangkap.

"Penyerang terbabit dipercayai tidak siuman. Siasatan awal menunjukkan tiada sebarang motif serangan tersebut,"

Kes berkenaan kini sedang disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah dengan senjata berbahaya. — EdisiRakyat.com, 28 Oktober 2017

Soal jawab agama tentang wudhu yang sempurna, JOM! Tanya Ustaz

$
0
0
WUDUK dari segi bahasa bermaksud menggunakan air untuk kegunaan pada anggota-anggota yang tertentu. Dari segi syarak, wuduk bermaksud membasuh beberapa anggota badan yang tertentu dengan menggunakan air yang di mulai dengan niat.

Dipetik dalam buku JOM! Tanya Ustaz, terdapat berapa kemusykilan mengenai wuduk yang dikongsikan dan dijawab oleh Doktor Nik Yusri Musa iaitu pensyarah di pusat pengajian umum Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Usuluddin dan hadis.

Antara kemusykilan atau persoalan mengenai wuduk yang dikongsi dan boleh dijadikan panduan adalah:

1. Sahkah solat jika terlupa hendak mengambil wuduk?

Jawapan:

Solat tanpa wuduk tidak sah daripada awal lagi.  Seseorang yang tidak berwudhu atau terlupa berwuduk hendaklah menghentikan solatnya apabila teringat. Bersegera berwuduk dan solat lah kembali. Haram meneruskan solat dalam keadaan mengetahui bahawa sebenarnya anda belum lagi berwuduk.

tanya-ustaz

2. Batalkah wuduk yang diambil sambil berbual-bual?

Jawapan:

Tidak batal wuduk yang diambil sambil berbual-bual. Namun perlu diingat bahawa setiap ibadat yang kita lakukan termasuk berwuduk hendaklah dilaksanakan dengan khusyuk iaitu memahami serta menghayati dengan sepenuh hati.

Hendaklah tawaduk serta merendah diri kepada Allah SWT. Berbual-bual semasa mengambil wuduk bermakna tidak menjaga adab dan akhlak ketika mengerjakan ibadah kepada Allah SWT. Walaupun tidak membatalkan wuduk, perbuatan itu (berbual-bual) telah menghilangkan rasa khusyuk dan tawaduk dalam beribadat (berwudhu).

Sedangkan kedua-dua (sifat) rasa tersebut sangat penting semasa melaksanakan ibadat. Hindari berbual-bual semasa berwuduk kerana ia adalah perbuatan yang sia-sia.


3. Bolehkah solat dengan wuduk yang kita tidak yakin masih ada atau sudah batal?

Jawapan:

Sah solat seseorang yang syak atau tidak yakin wuduk masih ada atau sudah terbatal. Ini kerana asalnya dia sudah berwuduk atau ragu-ragu itu datang kemudian.

Hilangkan ragu-ragu itu dan hendaklah yakin wuduk yang diambil tadi masih belum batal.

Namun jika timbul keyakinan di dalam hati bahawa telah berlaku sesuatu hal yg membatalkan wuduk contohnya terkentut, pada waktu itu diharamkan solat dan hendaklah berwuduk semula.


4. Bolehkah mengambil wuduk sekadar yang wajib atau yang rukun sahaja?

Jawapan:

Boleh dan sah wuduk. Namun demikian melakukan perkara-perkara yang disunatkan ketika berwudhu adalah lebih baik lagi.

Perkara-perkara sunat menjadi pelengkap atau berperanan mengelokkan/menyempurnakan perkara-perkara rukun yang dilakukan dengan kurang sempurna.

Bukan sahaja dalam wuduk, dalam ibadat solat pun begitu. Solat sunat menjadi 'penampal' kecacatan dalam solat fardhu.

Selain itu amalan sunat adalah cara paling mudah bagi seseorang itu meraih kasih sayang Allah SWT. Ini kerana Allah sangat kasih kepada hamba-hambanya yang suka melakukan amalan-amalan sunat.


5. Bolehkah berwuduk semasa sedang berhadas besar?

Boleh berwuduk ketika sedang dalam hadas besar tetapi sekadar berwuduk itu sahaja. Tidak boleh melakukan ibadah seperti memegang Al Quran, solat mengaji dan sebagainya.

Wuduk tidak menghilangkan hadas besar. Hadas besar terangkat atau 'bersih' hanya selepas melakukan mandi wajib.


6. Bolehkah mengambil wuduk dengan tidak mengikut urutan?

Tidak boleh mengambil wuduk dengan tidak mengikut turutan. Wuduk yang tidak mengikut urutan hukumnya tidak sah. Wuduk mengikut turutan ialah:

i)Membasuh tangan hingga ke pergelangan tangan(sunat)
ii)Berkumur-kumur (sunat)
iii)Memasukkan air ke dalam rongga hidung (sunat)
iv)Membasuh muka
v)Membasuh kedua-dua tangan hingga ke siku
vi)Meratakan air di sebahagian kepala
vii)Membasuh kedua belah telinga (sunat)
viii).Membasuh kedua belah tapak kaki hingga ke buku lali.


ambil-wudhu


7. Batalkah wuduk seseorang yang mendapat kemalangan hingga menyebabkan berlaku pendarahan dan perlukah berwudhu semula?

Jawapan:

Berlaku pendarahan tidak membatalkan wudhu. Bersihkan sahaja darah yang keluar dari luka kemalangan itu. Namun jika berwuduk semula adalah lebih baik.

Berwuduk dengan tujuan memperbaharui wudhu bukan kerana diyakini wuduknya batal kerana wuduknya masih sah.


8. Batalkah wuduk jika tersentuh kulit orang bukan Islam yang sama jantina (lelaki sentuh lelaki dan perempuan tersentuh perempuan)

Jawapan:

Tersentuh kulit dengan bukan Islam tidak termasuk dalam perkara-perkara yang membatalkan wuduk melainkan jika yang disentuh itu berlainan jantina yang mana lelaki tersentuh kulit perempuan bukan Islam dan sebaliknya.— EdisiRakyat.com, 28 Oktober 2017

Lelaki sengaja jangkiti 30 wanita dengan HIV kena penjara 24 tahun

$
0
0
SEORANG lelaki yang menghidap HIV positif dijatuhkan hukuman 24 tahun penjara kerana sengaja menjangkiti penyakit Aids kepada 30 orang wanita melalui "hubungan intim".

Menggunakan nama samaran "Hearty Style", Valentino Talluto, seorang akauntan berusia 33 tahun, dilaporkan telah menggoda ramai wanita-wanita muda melalui media sosial dan laman web mencari pasangan, serta melakukan temujanji beberapa kali dengan setiap wanita yang menjadi mangsa.

Pendakwaraya meminta hukuman penjara seumur hidup dijatuhkan terhadap Talluto, namun selepas perbicaraan selama 12 jam, mahkamah memutuskan bahawa tertuduh patut menerima hukuman penjara selama 24 tahun.

Mahkamah Itali memutuskan demikian dilaporkan kerana tertuduh bukan menyebarkan sejenis patogen dan mengakibatkan endemik, yang mana boleh dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup di bawah undang-undang negara itu.

Sebahagian wanita yang menjadi mangsanya menangis ketika hukuman dijatuhkan kata wartawan yang berada di dalam mahkamah pada waktu itu.

Daripada 53 "hubungan intim" yang diketahui telah berlaku, diantara tahun 2006 — ketika tertuduh menyedari dia menghidap HIV positif, sehingga tarikh ditangkap pada tahun 2015 — seramai 30 orang wanita dikatakan telah dijangkiti oleh tertuduh dengan virus yang merosakkan sistem pertahanan badan dan mengakibatkan Aids itu.

Pasangan-pasangan lelaki daripada tiga wanita berkenaan dan seorang bayi turut dijangkiti, kata penyiasat.

Sepanjang perbicaraan, yang berlangsung dipenjara Rebibba, wanita-wanita terbabit menceritakan bagaimana Talluto telah menggoda mereka sehingga jatuh cinta sebelum memujuk untuk melakukan "hubungan intim" tanpa pelindungan.

Bagi mangsa-mangsa wanita yang meminta agar tertuduh memakai kondom, dia memberitahu mereka sama ada dia alergik atau sudah melalui ujian HIV.

Apabila mangsa-mangsa wanita menyedari mereka menghidap HIV positif sama ada secara kebetulan, disebabkan masaalah kesihatan, ataupun diberitahu oleh wanita lain yang pernah bertemu janji dengannya, kata mereka, tertuduh berkata ia tidak ada kena mengena dengannya.

Pihak pembelaan kekal menganggap tindakan Talluto itu sebagai "tidak bertimbang rasa, namun bukan sengaja"

Sebahagian mangsa masih cintakan Talluto

Ramai yang menjadi mangsa Talluto adalah para pelajar, dan segelintir lagi golongan ibu. Mangsa paling muda memulakan hubungan dengannya berusia 14 tahun, manakala yang paling tua berusia 40 tahun.

Setiap dari mereka menceritakan pengalaman ngeri akibat HIV, dihina dan disisihkan oleh ahli keluarga.

Namun atas dasar cinta, sebahagian mangsa lagi kekal bersama tertuduh selama berbulan-bulan meskipun selepas menyedari mereka dijangkiti.

Namun akhirnya mereka berpisah selepas "kantoi" Talluto curang dengan enam wanita berlainan dalam masa yang sama.

Pihak pendakwaan memohon agar akauntan berkaca mata dan berdada bidang itu dipenjara seumur hidup kerana sengaja menyebabkan wabak.



"Talluto tidak pernah mahu bekerjasama, dia telah menipu, dia juga tidak mahu bertanggungjawab, walaupun bukti-bukti di depan mukanya. Tindakannya ini dengan niat mahu menyemai kematian," kata pendakwaraya Elina Neri memberitahu mahkamah.

Pihak pembelaan pula menggambarkan tertuduh sebagai seorang lelaki muda mengharapkan kasih sayang, tidak pernah kenal bapanya dan mempunyai ibu seorang penagih dadah yang menghidap HIV positif, yang meninggal dunia ketika tertuduh baru berumur 4 tahun.

"Dia bukan sengaja mahu memindahkan virus itu," kata peguamnya Maurizio Barca, yang bertegas bahawa Talluto telah menggunakan kondom "pada kebanyakan masa" dan hanya melakukan hubungan intim tanpanya beberapa kali kerana "terperangkap dalam keadaan berahi".

Katanya lagi, adalah mustahil untuk membuktikan bahawa hanya anak guamnya seorang dan bukan pasangan lain yang telah menjangkiti wanita-wanita terbabit.

Strain (baka) virus yang menjangkiti mereka dan Talluto adalah jenis yang tersebar luas di Eropah.

Selepas berbulan-bulan berdiam diri, Talluto akhirnya bersuara pada hujung bulan September, suaranya penuh dengan emosi dan matanya bergenang air mata selepas mendengar pengakuan seorang daripada wanita-wanita berkenaan.

"Kebanyakkan wanita ini kenal kawan-kawan dan keluarga saya. Mereka kata saya mahu menjangkiti sebanyak mungkin orang. Jika itu benar, sudah tentu saya boleh melakukan hubungan bebas di bar, dan saya tidak akan menjemput mereka ke dalam hidup saya," katanya.

Seorang daripada wanita masih tidak berputus asa. Dia memberitahu mahkamah pada bulan Julai, kisah temu janji mereka pada tahun 2014, bagaimana tertuduh tiba-tiba memberitahunya bahawa dia menghidap HIV positif, dan bagaimana wanita itu memaafkan kecurangan yang berlaku berulang kali.

"Kami mahu berkahwin. Saya masih mencintai Valentino, dia bukanlah raksasa seperti yang dikatakan oleh setiap orang," katanya. — EdisiRakyat.com, 28 Oktober 2017

Altenator kereta rosak, cara menguji dan mengesannya

$
0
0
ALTERNATOR adalah satu komponen dalam kenderaan yang berperanan sebagai penjana elektrik untuk menukarkan tenaga mekanikal kepada tenaga elektrik dalam bentuk arus berselang.

Walaupun altenator adalah satu komponen yang ringkas, ia memainkan peranan yang penting dalam operasi kenderaan kerana ia menjana tenaga elektrik untuk kereta daripada gerakan atau putaran komponen enjin kenderaan.

Wayar-wayar didalam alternator akan bergerak menerusi medan magnetik seterusnya menjana kuasa elektrik.

Arus elektrik Inilah yang akan digunakan untuk menghidupkan semua aksesori kereta anda baik untuk lampu utama lampu brek pendingin udara dan macam-macam lagi.

Ketika alternator mengalami kerosakan, ini bermakna bateri bersendirian menanggung beban membekalkan arus elektrik kepada semua komponen elektrikal yang lain dalam kenderaan.

Pastinya bateri tidak mampu bertahan lama jika tiada sokongan dan bantuan daripada alternator.

Alternator tidak menunjukkan kesan fizikal akan kerosakannya cuma tiba-tiba sahaja kereta anda gagal dihidupkan atau lampu penyaman udara dan sebagainya menjadi malap beransur-ansur dan terus padam sewaktu sedang dalam pemanduan. Lampu amaran pada papan pemuka mungkin juga menyala buat seketika ataupun anda mungkin tercium bau sesuatu dari bahagian dalam ruang enjin bunyi-bunyian yang tidak ada sebelum ini

altenator

Cara menguji dan memeriksa sama ada alternator kereta anda bermasalah.

1.Mengganti bateri kereta yang sudah melewati hayatnya adalah produser yang normal tetapi mengganti bateri beberapa kali dalam masa setahun menunjukkan wujudnya permasalahan lain pada sistem pengecasan elektrik kereta.

2.Dengan enjin dihidupkan (setelah bateri baru dipasangkan sempurna), pisahkan kabel pada terminal negatif bateri (-). Sepatutnya enjin akan terus hidup tanpa masalah.

Memisahkan terminal negatif(-) bermakna litar atau circuit bateri telah diputuskan dan enjin bergerak hanya dengan sokongan alternator. Enjin yang terus hidup menunjukkan unit alternator berkeadaan baik.

3.Proses pengecasan bateri dilakukan oleh Unit alternator. Seutas tali sawat atau 'drive belt' yang disambungkan ke alternator bertindak memutarkan 'pulley' dan proses pengecasan berlaku.

Periksa ketegangan tali sawat kerana kekenduran akan menyebabkan alternator gagal mengecas secara maksimum(full charging). Kekenduran atau 'freeplay' yang dibolehkan hanyalah 13mm (1/2 inci).

4. Tali sawat boleh menjadi lusuh akibat usia dan pencemaran minyak. Periksa kondisi tali sawat secara keseluruhan.

Gambar di bawah menunjukkan perbezaan tali sawat baru dengan yang mengalami kelusuhan teruk. Amati kesan dan gigi yang kelusuhan teruk akibat tiadanya pemeriksaan berkala.

/tali-sawat
tali sawat (timing belt) yang baru


tali-sawat-timing-belt
tali sawat( timing belt) yang lama dan lusuh serta rosak perlu ditukar


5. Periksa keadaan wayar/kabel yang bersambungan ke unit alternator serta kesan karat pada soket pendawaiannya. Penyambungan yang longgar boleh menyebabkan alternator tidak berfungsi.— EdisiRakyat.com, 28 Oktober 2017

Sumber vitamin D, fungsi dan fakta mengenainya

$
0
0
TUBUH badan kita memerlukan pelbagai vitamin termasuklah vitamin D. Oleh itu, wajarlah kita mengambil tahu dari manakah sumber vitamin D, fungsi dan fakta mengenai agar dapat membantu kesihatan tubuh badan kita.

Antara sindiran yang selalu dikemukakan oleh barat terhadap wanita Islam adalah, dengan menutup aurat bekalan vitamin D tidak mencukupi untuk tubuh badan kita berkembang sihat.

Lebih menyedihkan lagi kadang-kadang sindiran juga kadangkala  digunakan oleh umat Islam kepada umat Islam yang lain yang ingin menutup aurat demi menuruti perintah Allah SWT.

Vitamin D mula ditemui pada tahun 1922. Ia adalah sejenis vitamin yang agak stabil apabila terdedah kepada haba serta tidak mudah teroksida.


Sumber vitamin D

1. Cahaya matahari

Apabila kulit menerima pancaran matahari pagi, tindakan cahaya matahari menukarkan sejenis kolestrol (ergosterol) yang terdapat pada kulit kepada vitamin D yang dikenali sebagai D3(Cholecalceferol).

sinaran-matahari



Kulit yang gelap kurang cekap untuk menghasilkan vitamin D berbanding dengan kulit yang cerah.

Faktor persekitaran seperti udara yang tercemar juga mempengaruhi cahaya matahari dari sampai ke kulit.


2. vitamin D di dalam suplemen

Perlu anda ketahui bahawa kekurangan vitamin D akan berlaku sekiranya kulit kurang terdedah kepada cahaya matahari.

Maka para pengkaji terpaksa mencari alternatif bagaimana untuk mendapat bekalan vitamin D yang mencukupi selain daripada sumber dari matahari.

Penemuan vitamin D yang disintesis di makmal dimasukkan ke dalam makanan seperti susu tepung dan sebagainya sebagai suplemen tambahan kepada orang ramai yang ingin menambah bekalan vitamin D dalam diet mereka.


susu-tepung


3. Sumber dari makanan

Sumber lain vitamin D3 adalah makanan. Ia jarang ditemui pada tumbuhan sebaliknya banyak terdapat pada minyak ikan. Kuantitinya bergantung kepada jenis ikan dan musim ikan tersebut ditangkap.

Ikan tersebut yang kaya dengan vitamin D biasanya terdapat di kawasan bersuhu rendah seperti tuna, salmon dan makarel.

Kandungan vitamin D didalamnya adalah antara 100- 50000 IU bagi setiap gram minyak yang didapati.

Vitamin D juga boleh didapati pada kuning telur.

kuning-telor


4. Daripada kulat

Untuk mencukupkan keperluan vitamin D pada masa kini, para pengkaji telah menghasilkan satu proses sintesis dengan memancarkan cahaya ultraungu keatas sejenis kulat lalu menghasilkan vitamin D dikenali sebagai D2 (Ergocalceferol).

Ia digunakan untuk menambah kandungan vitamin pada susu,majerin dan sebagainya.


Proses metabolisme vitamin D oleh badan

Tanpa mengira jenis vitamin D yang digunakan sama ada yang terhasil dari kulit atau yang diambil dari makanan yang mempunyai vitamin D, hati akan menukarkannya kepada bentuk yang boleh digunakan oleh badan.

Oleh kerana vitamin D adalah vitamin  jenis larut lemak maka penyerapannya perlu dengan kehadiran garam hempedu dari usus untuk pemecahan lemak.

Seperti vitamin A, minyak mineral akan menghalang penyerapan vitamin D.


Fungsi vitamin D

1. Membantu penyerapan kalsium dan fosforus dari usus kecil.

2. Membantu memendapkan kalsium dan fosforus untuk pembentukan tulang.


tulang.png


3. Membantu mengekalkan kalsium dan fosforus di dalam tulang.

Fungsi dan keadaan pengambilan vitamin D dikatakan bertindak berselang seli sebagai vitamin, steroid atau hormon.

Maka kehadirannya perlu diseimbangkan dengan hormon paratyroid.

Kekurangan vitamin D akan menyebabkan struktur tulang seseorang menjadi lemah yang dikenali sebagai riket.— EdisiRakyat.com, 29 Oktober 2017

Penyakit asma, jenis-jenis, punca, simptom, komplikasi dan cara rawatan

$
0
0
PERNAHKAH anda mengalami masalah kesukaran bernafas? Adakah anda seorang penghidap asma? Jika anda pernah mengalami kesukaran bernafas, penting untuk anda mengetahui punca, simptom dan komplikasi serta cara rawatan diberi kepada penyakit anda.

Penyakit asma merupakan salah satu penyakit berbahaya yang menyebabkan kesukaran bernafas secara berulang.

Asma adalah sejenis penyakit pengecutan salur pernafasan akibat radang saluran tersebut.

Paru-paru mengecut disebabkan saluran pernafasan terlalu hiperaktif dan sensitif terhadap perubahan sekeliling dan bahan yang boleh menyebabkan alergi.

Pesakit asma selalunya kerap mengalami sesak nafas, mengalami pernafasan berbunyi (wheezing) dan sukar untuk menjalankan aktiviti lasak.

sesak-nafas

Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi, pesakit boleh mengalami sesak nafas sehingga boleh menyebabkan pengsan.



Jenis-jenis asma

1. Asma alahan

Asma ini juga dikenali sebagai Asma Ekstrinsik (luaran) atau Asma Atopik. Ia terhasil apabila berlakunya penyedutan bahan-bahan yang pada kebiasaannya tidak membahayakan individu yang sihat.

Contoh bahan-bahan tersebut termasuklah debunga, spora, kulat, hama, bulu haiwan dan juga bahan alergi lain.


alahan-kucing



2. Asma bukan alahan

Ia juga dikenali sebagai asma intrinsik (dalaman). Kaum wanita lebih mudah mendapat penyakit ini berbanding kaum lelaki.

Cuaca sejuk, asap rokok, bau cat dan gasolin, infeksi atau jangkitan dan tekanan psikologi adalah antara faktor-faktor yang boleh mencetus atau memburukkan lagi keadaan asma ini.


Punca Asma

1. Faktor genetik iaitu mempunyai salur pernafasan sempit secara semulajadi.

2. Terdedah kepada udara sejuk atau panas.

3. Terdedah kepada habuk ataupun asap.

4. Jangkitan saluran pernafasan

5. Tekanan emosi dan fizikal.

6. Kesan sampingan daripada sesetengah ubat.

7. Terdedah kepada bulu binatang seperti kucing.

8. Makanan-makanan seperti pulut, buah nangka, durian, tembikai dan lain-lain.

durian




Tanda-tanda/gejala/simptom asma

1. Sukar untuk bernafas.

2. Sering batuk serta batuk berpanjangan terutamanya di waktu pagi dan malam.

3. Nafas berbunyi (wheezing) semasa bernafas.

4. Berasa Sesak nafas waktu berjalan ataupun ketika berehat.

5. Dada terasa sempit.

6. Kehilangan berat badan atau selera makan.


hilang-berat-badan

7. Gejala-gejala menjadi lebih teruk semasa melakukan aktiviti.

8. Gejala meningkat beransur-ansur dalam masa seminggu.

9. Gejala bertambah baik apabila tidak melakukan sebarang pekerjaan.

10. Gejala bertambah baik apabila persekitaran kerja telah berubah.


Komplikasi asma

1. Mendapat serangan serius sehingga boleh membawa kematian.

2. Asma kronik menyebabkan paru-paru kembang sukar berjalan dan membuat kerja-kerja berat.

3. Boleh mengakibatkan bocor selaput paru-paru (pnenmothorax).

4. Boleh terkena jangkitan kuman pada paru-paru yang dikenali sebagai pneumonia.

pneumonia


5. Bagi kanak-kanak pula, pembesarannya akan terbantut.

6. Menyebabkan wanita hamil mengalami kesukaran semasa kelahiran.


Cara rawatan asma

Rawatan yang diberikan selalunya bergantung kepada jenis asma yang dialami oleh seseorang. Kebiasaanya rawatan adalah dengan:

1. Melegakan tanda-tanda 'bronchodilator' iaitu dengan membuka saluran yang sempit.

2. Kebiasaanya rawatan menggunakan ubatan-ubatan seperti beta 'adrenergic agonist' dan 'theophyline'.

3. Steriod dalam bentuk sedutan akan diberikan atas nasihat doktor.

inhaler
— EdisiRakyat.com, 29 Oktober 2017

Enggan anak disuntik vaksin, bapa tulis surat cerca pengamal perubatan zalim lagi jahil

$
0
0
TULAR satu perkongsian di laman Facebook di mana seorang jururawat memuat naik satu surat bertarikh 26 Ogos 2017 dari seorang bapa, meminta pihak hospital bukan sahaja tidak menyuntik bayi mereka dengan apa-apa suntikan, malah menggelar pembuat vaksin dan ubat-ubatan moden sebagai makhluk-makhluk yang zalim lagi jahil.

Kandungan surat itu bertulis seperti berikut,

"Saya (Nama bapa tersebut dirahsiakan) suami kepada (nama isterinya juga dirahsiakan) tidak mengizinkan sebarang suntikan dikenakan terhadap bayi kami.

Tiada sebarang alasan melainkan bayi ini pada zahirnya anak kami akan tetapi pada hakikatnya adalah Hamba Allah, ciptaan Allah, dan milik Allah.

Kami amat takut sekiranya Allah mengambil tindakan kepada kami dunia akhirat kerana menganggap ciptaannya tidak sempurna sehingga perlu kepada bahan-bahan tambahan ciptaan makhluk-makhlukNya yang zalim lagi jahil.

Semoga kerjasama daripada pihak tuan kami ucapkan ribuan terima kasih. Semoga kita semua terhindar daripada murka Allah apatah lagi nerakaNya."



Anwari Hamzah, jururawat yang merasa tersinggung dengan kandungan surat berkenaan kerana ada menyebut perkataan "makhluk-makhluknya yang zalim lagi jahil" mempersoalkan apa tujuan bapa berkenaan datang ke hospital.

"Kalau kami ni pengamal kesihatan moden dicerca sebagai 'makhluk-makhluknya yang zalim lagi jahil' apa tujuan dia datang ke hospital sebenarnya?" soalnya.

Viewing all 888 articles
Browse latest View live