Quantcast
Channel: EdisiRakyat
Viewing all 888 articles
Browse latest View live

Azmin berkebolehan jadi perdana menteri — Tun Mahathir

$
0
0
TUN Dr Mahathir Mohamad dilapor mengakui bahawa Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempunyai potensi untuk menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang dalam pilihan raya umum ke-14. 

Pengerusi Pakatan Harapan itu bagaimanapun berkata, Walaupun Azmin berkebolehan beliau tidak dipilih oleh kepimpinan Pakatan Harapan. 

Pada hari Jumaat, Dr Mahathir dilaporkan berkata bahawa beliau tidak mahu menjadi Perdana Menteri namun telah diminta untuk menerima jawatan itu.

"Setiap orang berhak untuk menyuarakan pandangan dan saya mesti hormati orang yang menyokong dan mempercayai saya," kata beliau menjawab kritikan Sangeet Kaur Deo, anak perempuan mendiang Karpal Singh, mantan pengerusi DAP. 

Menurut Azmin pula, beliau sedia menawarkan kerusi parlimen Gombak untuk Mahathir.

TAG


"Saya bersedia memberi laluan kepada Tun Mahathir di parlimen Gombak sekiranya dipersetujui Keadilan. Mari membingkai muafakat demi rakyat," tulisnya melalui akaun twitter rasmi beliau. — EdisiRakyat.com, 14 Januari 2018

Air hujan bertukar jadi air batu di Batu Pahat Johor

$
0
0
FENOMENA cuaca sejuk melanda negara sejak beberapa hari lalu, memberikan pengalaman baru kepada penduduk Rengit, Batu Pahat Johor yang turut menyaksikan air hujan bertukar menjadi air batu. 

Menurut seorang jurujual kereta terpakai, Mohd Sharizan Ambok Ngah, 32, beliau pada asalnya menyangka terdapat longgokan sampah berwarna putih seperti kapas di tiang hadapan rumahnya di Taman Damai Rengit.

 "Saya mula-mula fikir, ada sampah di tepi tiang rumah, nampak putih macam kapas yang lembut. Tapi bila dipegang rupa-rupanya air batu," katanya.

TAG

Beliau yang mengakui terkejut mendakwa kejadian itu berlaku sejak dua hari lalu, di mana titisan air hujan yang jatuh di atas permukaan lantai yang sejuk dipercayai mungkin menyebabkan ia bertukar kepada air batu.

"Sampai sekarang ais tu masih ada lagi, tapi dah mula mencair. Mungkin sebab dua hari lalu suhu sejuk sehingga 21°C hari ini suhu dah naik kepada 24°C," katanya.

TAG

Media tempatan sebelum ini melaporkan cuaca sejuk luar biasa melanda kebanyakan daerah di sekitar selatan Semenanjung Malaysia, menyaksikan suhu serendah 21°C di Kuala Pilah Negeri Sembilan. 

Kejadian itu dilaporkan berpunca dari hujan lebat yang turun sejak beberapa hari sekaligus menyebabkan suhu persekitaran kawasan turun secara mendadak. — EdisiRakyat.com, 14 Januari 2018

Lima buah sekolah di Sarawak ditutup akibat banjir

$
0
0
HUJAN berpanjangan yang mengakibatkan kejadian banjir di beberapa kawasan di Sarawak memaksa Jabatan Pendidikan Sarawak menutup 5 buah sekolah rendah hari ini.

Seramai lebih 300 murid dan 63 guru terjejas dengan penutupan sementara sekolah-sekolah berkenaan, yang dilapor ditenggelami air sedalam antara 0.3m dan 1m.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam Negeri, dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa dua buah sekolah yang terjejas ialah, SK Sungai Bong dan SK Kuala Bok terletak di Baram, berhampiran Miri, Sarawak.

"Sekolah-sekolah lain yang ditutup kerana oleh situasi banjir yang semakin memburuk, adalah SK Ng Bon di Sibu, SK Kuala Kenyana di Mukah dan SK Rumah Ranggong di Subis," tulis kenyataan itu.

Menurut sekretariat itu, banjir berkenaan juga turut menjejaskan 8 lagi sekolah di Subis, Miri, Baram dan Selangau. Sekolah yang dimaksudkan ialah SK Sungai Manong, SK Sungai Kelabit, SK Sungai Seputi, SK Pengarah Enteri, SK Sungai Peking, SK Sungai Anak, SK Sungai Buloh, dan SK Iban Union.

"Sekolah sekolah berkenaan bagaimanapun masih beroperasi seperti biasa kerana situasi banjir di kawasan tersebut masih selamat untuk murid-murid dan guru," tulis kenyataan itu lagi. — EdisiRakyat.com, 15 Januari 2018

Sekolah ditutup akibat banjir

Lima jenis pakaian buat anda nampak lebih kurus

$
0
0
SETIAP orang ingin dilihat mempunyai bentuk badan yang ideal. Tentu sekali badan yang kurus dan cantik merupakan salah satu ciri-ciri ideal itu.

Jika anda masih belum mempunyai badan seperti yang diimpikan, anda masih boleh tampil segak bergaya seolah-olah sudah memiliki badan yang kurus dengan memilih pakaian yang sesuai.

Berikut 5 jenis pakaian yang boleh membuatkan anda tampak lebih kurus.

1. Pakai blazzer yang elegan dan fit

MEMAKAI blazzer boleh menampakkan diri anda kemas selain menyembunyikan kumpulan lemak-lemak tidak disukai di bahagian tertentu pada badan terutamanya bahagian sisi perut dan punggung.

Dalam erti kata lain pakaian seperti ini mampu membuat bentuk badan anda tampak ideal dan tentu sekali menjadikan anda kelihatan lebih kurus.
blazzer
2. Pakai pakaian dengan jalur menegak

Baju dan seluar yang mempunyai jalur menegak akan membuatkan rangka badan anda kelihatan tinggi, sekaligus menjadikan anda kelihatan lebih kurus.

Dalam masa yang sama elakkan, memakai pakaian dengan jalur-jalur melintang, kerana ia sebaliknya menampakkan rangka badan anda kelihatan lebih besar.
baju jalur menegak
3. Pilih pakaian yang berwarna gelap

Di dalam memilih warna pakaian, pilihlah warna yang gelap, lebih mudah pilihlah pakaian yang berwarna hitam kerana warna-warna gelap mampu memperlihatkan anda 10kg lebih kurus dari yang sebenarnya.

Cubalah berubah daripada mengenakan pakaian yang cerah kepada pakaian-pakaian yang lebih gelap untuk tampak lebih kurus.

4. Pakai seluar yang mencerut bahagian perut

Bahagian badan anda yang menonjol seperti perut akan membuatkan anda tampak gemuk. Tentu sekali bahagian ini perlu disembunyikan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.

Oleh itu carilah seluar yang boleh mencerut di bahagian perut, sekaligus mampu menyembunyikan perut anda yang "menonjol" itu.

5. Pakai baju dengan kolar berbentuk "V"

Baju yang mempunyai leher berbentuk "V" secara langsung memberikan Ilusi si pemakainya seorang yang tinggi lampai. Ia juga menampakkan rangka badan anda lebih memanjang.
V neck T Shirt
Selain itu orang lain yang memandang anda akan tertumpu pandangan mereka kepada bahagian dada, sekaligus mereka tidak cenderung untuk melihat bahagian leher dan rangka muka.

Tentu sekali ini membuatkan anda nampak lebih kurus. — EdisiRakyat.com, 15 Januari 2018

Laut bergelora 93 pelancong terkandas di Pulau Tioman

$
0
0
KAPAL milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilapor terpaksa digerakkan bagi membantu menyelamatkan 93 pelancong yang terkandas di Pulau Tioman, susulan cuaca buruk.

Perkhidmatan feri di pulau itu dilaporkan terpaksa dihentikan buat sementara waktu akibat laut bergelora dan cuaca buruk.

Pelancong berkenaan yang terdiri daripada 39 pelancong tempatan dan 54 pelancong asing dari 18 buah negara.

BERNAMA memetik kenyataan Panglima TLDM, Kamarulzaman Ahmad Badaruddin sebagai berkata, pihaknya telah mengerahkan Kapal Diraja (KD) Terengganu dari Markaz Wilayah Laut 1, Tabung Kuantan untuk memindahkan pelancong berkenaan selepas menerima maklumat mengenai kejadian itu dari Agensi Pengurusan Bencana Negara.

Menurut beliau, kapal berkenaan telah memulakan pelayaran pada jam 4 petang tadi turut membawa bersama pasukan perubatan dan bekalan makanan bagi memindahkan kesemua pelancong itu.

"Jangka masa KD Terengganu tiba di pulau berkenaan adalah pada 1 pagi nanti dan akan bersauh di Teluk Tekek, untuk urusan pemindahan pelancong pada keesokannya.

Kesemua pelancong akan dibawa ke pangkalan TLDM Tanjung Gelang dan dijangka tiba pada 3 petang esok," katanya.

Menurut Ahmad Kamarulzaman, kesemua mangsa merasa lega kerana diselamatkan dan mengucapkan terima kasih kepada TLDM — EdisiRakyat.com, 15 Januari 2018

Kapal TLDM

Wanita berjaya rawat kepak rama-rama yang terkoyak

$
0
0
SEORANG wanita dilaporkan berjaya mencantumkan kembali kepak seekor rama-rama yang telah terkoyak sekaligus membolehkan serangga malang itu kembali terbang dan meneruskan kitaran hidupnya.

Rama-rama berkenaan hanya berusia beberapa hari, ketika Romy McCloskey menjumpainya dalam keadaan tidak berupaya untuk terbang lantaran sebahagian besar kepak kanannya telah terkoyak lapor Metro.co.uk

Oleh kerana merasa tidak sampai hati untuk membiarkan rama-rama berkenaan, cik McCloskey lantas memutuskan untuk menyelamatkannya.

rama-rama koyak kepak

Apa yang sangat mengkagumkan, Ms McCloskey berjaya merawat serangga itu dengan cara menampal gentian kepak daripada seekor rama-rama lain yang telah mati.

Pereka kostum yang sememangnya mencintai serangga itu, memulakan rawatan dengan memegang serangga itu ke arah bawah menggunakan satu penyangkut baju di rumahnya yang terletak berhampiran Houston, Texas, Amerika.

"Saya menyambung kepaknya dengan berhati-hati, dan memotong kawasan yang terkoyak agar ia bersih dan berbentuk tegak,"

Rawat rama-rama

  "Saya padankan kepak penderma dengan kepak rama-rama yang hidup itu, sebelum memotongnya supaya melengkapi kawasan yang terkoyak,"

"Kemudian saya letakkan beberapa titis gam ke atas setiap gentian kepak itu dan menyebarkannya secara nipis dan sekata sepanjang hujung kepak itu dan membiarkannya kering," katanya.

Dia kemudiannya memastikan kedua-dua gentian kepak itu berpadanan sebelum menekannya secara lembut dan berhati-hati.

rama-rama

Menurut Cik MsCloskey, prosedur yang dijalankan itu tidak menyakitkan kerana rama-rama tidak mempunyai reseptor sakit di bahagian kepak.

Pada keesokkan harinya Cik MsCloskey membawa rama-rama itu keluar dan ia mula terbang tinggi dan laju dengan penuh yakin.
"Saya sangat teruja, saya bersorak dan hati saya menjerit bersama-sama dengannya," tambahnya. — EdisiRakyat.com, 16 Januari 2018

Barang kemas hilang, ibu libas anak dengan pisau potong daging

$
0
0

SEORANG ibu yang mengamuk akibat kehilangan barang kemas dilapor melibas pisau pemotong daging ke arah tiga orang anaknya mengakibatkan mereka mengalami kecederaan dalam kejadian yang berlaku di sebuah apartmen di Putatan, Sabah.

Dalam kejadian yang dilapor berlaku jam 7 malam semalam, wanita itu menyuruh empat orang anaknya berusia antara 7 dan 15 tahun untuk mencari cincin dan gelang miliknya yang telah hilang pada hari Ahad lalu.

Apabila mereka gagal menemukan barang kemas tersebut, wanita itu dilaporkan meradang lalu memukul anak-anaknya.

Malah dia turut mengugut untuk membunuh anak-anaknya sebelum mengambil sebilah pisau pemotong daging dan melibas ke arah anak-anaknya dengan niat menakutkan mereka supaya mengaku mengambil barang kemas tersebut.

ibu libas anak

Namun tanpa disangka-sangka, tiga daripada anak-anaknya telah terkena libasan pisau pemotong daging itu.

Anak-anak itu segera melarikan diri dalam ketakutan dan meminta bantuan dari jiran, yang kemudian telah membawa mereka ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitenden Mohd Haris Ibrahim dilaporkan sebagai berkata, wanita berusia 34 tahun itu telah ditahan dirumahnya pada jam 10 malam. — EdisiRakyat.com, 16 Januari 2018

Wanita mangsa ragut maut selepas 8 hari koma

$
0
0

SEORANG ibu yang koma selepas cedera parah akibat menjadi mangsa ragut dalam kejadian yang berlaku di Machang pada 10 Januari lalu, maut pada hari Khamis.

Maria Erianty Zakaria, 40 meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian pada jam 9.20am.

Suaminya Mohd Zairi Mohd Zain dan lima orang anak-anak mereka berada di sisi ibu ketika wanita itu meninggal dunia di unit rawatan rapi (ICU).

"Mayat berkenaan akan melalui satu proses bedah siasat di bilik mayat HUSM sebelum dikebumikan di kampung halamannya," kata Ketua Polis Machang, Deputi Superitenden Dzulkifli Ab Ghani seperti yang dipetik oleh NST.

Maria sedang menunggang motosikal dari Kampung Sri Rebana ke kampung bersebelahan iaitu Kampung Wek, ketika diserang kira-kira jam 6.30pm.

Pihak polis dilaporkan telah menahan dua beradik berusia 14 dan 26 bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan. — EdisiRakyat.com, 18 Januari 2018

suami mangsa ragut

China ambil kesempatan kerana skandal rasuah perdana menteri

$
0
0

NEGARA China disifatkan mengambil kesempatan untuk menyelinap masuk negara ini berikutan skandal rasuah perdana menteri, dengan cara menawarkan bantuan bagi menyelesaikan masalah hutang 1MDB.

Perkara itu disuarakan seorang aktivis politik, saudara Hishamuddin Rais, yang juga merupakan salah seorang ahli panel dalam sebuah forum yang berlangsung pada 13 Januari 2018, di Tropical Inn Johor Bahru.

"Dalam beberapa laporan mendedahkan negara China mencari tempat yang boleh memberi hak kepada mereka untuk melabur, dan mereka akan memberikan kesakitan jangka panjang di tempat yang mereka labur," katanya.

Hishamuddin turut mengingatkan bagaimana Sri Lanka yang terperangkap dengan kerajaan China selepas gagal membayar hutang kepada negara Komunis itu.

Pelaburan China

"Sri Lanka sebanyak 50,000 tanah yang diteroka tidak mampu bayar hutang dan telah tergadai selama 99 tahun kepada negara China," katanya. 

Menurut Hishamuddin, pelaburan negara China di Malaysia lebih bersifat geopolitik, yang menguntungkan strategi ketenteraan negara Komunis itu.

"Tahun lepas terdapat latihan ketenteraan oleh China di Malaysia, laluan strategik yang dibina China adalah bertujuan untuk menguatkan kedudukan ketenteraan berikutan China merupakan kuasa besar dunia,"

"Ini boleh dilihat daripada penguasaan laluan laut mengikut perancangan mereka, Kuantan, Melaka, Sri Lanka dan Yaman, laluan ini dibina bertujuan geopolitik," katanya.

Beliau turut menggesa supaya berhati-hati dengan kerajaan China kerana negara itu dakwanya adalah kapitalis yang dikawal oleh komunis.

"Harus berhati-hati dengan Cina Merah (China Komunis) kerana mereka bukan sosialis, tetapi mereka adalah kapitalis yang dikawal oleh komunis,"

"Penguasaan kawasan Laut China Selatan sangat penting untuk Cina Merah ini," katanya. — EdisiRakyat.com, 18 Januari 2018

Kedai menjual aksesori fasyen jadi makmal dadah

$
0
0
PIHAK polis dilapor menyerbu sebuah kedai menjual aksesori fesyen yang diubah suai menjadi makmal dadah dan merampas pelbagai jenis dadah susulan penahanan lapan orang termasuk seorang lelaki warga Sri Lanka.

Ketua Polis Negeri, Datuk Hasnan Hassan dilaporkan berkata bahawa sindiket berkenaan dipercayai telah menjalankan operasi sejak dua bulan lalu.

Katanya, di antara lapan individu yang ditahan adalah seorang perempuan, dan kesemua suspek berusia di antara 24 dan 47 tahun.

Menurut Hasnan, serbuan yang dijalankan itu merupakan operasi bersama di antara Kumpulan Risikan Taktikal Khas Narkotik (STING) Bukit Aman dan Jabatan Narkotik negeri.

"Makmal dadah itu beroperasi di tingkat satu sebuah kedai menjual aksesori fesyen di Jelapang,"

"Selain dadah jenis paraphernalia, polis turut merampas heroin, ganja, dan kafein dari makmal dadah berkenaan dan juga dari kereta milik salah seorang suspek," katanya

Kata Hasnan, polis telah menahan lima individu di Ipoh sementara dalam satu lagi serbuan di sebuah kedai kopi, di Damansara Selangor 3 lagi ahli sindiket telah ditahan.

Kesemua tujuh suspek yang ditahan mempunyai rekod-rekod jenayah lampau berkenaan dadah dan lain-lain.

Rampasan dadah dianggarkan bernilai RM619,412

"Kesemua suspek telah ditahan reman selama 6 hari sehingga 23 Januari untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," kata Hasnan. — EdisiRakyat.com, 18 Januari 2018

Makmal Dadah

Lim Kit Siang beransur sembuh selepas pembedahan

$
0
0

PEMIMPIN Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Kit Siang dilaporkan kini beransur sihat selepas melalui pembedahan kanser tahap 1 di salah satu buah pinggangnya.

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, yang mengesahkan tentang perkara itu berkata, Lim, 76 beransur sihat selepas pembedahan membuang satu tumor kecil di buah pinggang kirinya.

Menurut Liew, Lim akan kembali aktif mengetuai barisan hadapan politik hujung bulan ini.

"Beliau (Lim) sudah sembuh (dari pembedahan dan rawatan) dan pada 27 Jan, beliau akan mula bertemu dengan rakyat di Johor," katanya

Pada Disember lalu, Lim dikesan menghidap kanser tahap 1 dan telah berehat selama sebulan selepas rawatan dan pembedahan, kata Liew.

Kesihatan pemimpin pembangkang itu menimbulkan persoalan kerana tidak hadir ketika Konvensyen Pakatan Harapan 2018 di Shah Alam pada 7 Jan 2018. — EdisiRakyat.com, 19 Januari 2018


Lim Kit Siang

Tidak boleh kuatkuasa Akta Hasutan kerana tidak digubal parlimen

$
0
0

PENGGUNAAN Akta Hasutan 1948 yang diwarisi dari penjajah untuk mendakwa individu adalah tidak mengikut perlembagaan, kerana ia merupakan undang-undang sebelum merdeka kata seorang bekas hakim Mahkamah Persekutuan. 


Gopal Sri Ram dipetik sebagai berkata, hanya parlimen mempunyai kuasa untuk mengenakan sekatan-sekatan terhadap kebebasan bersuara.  


"Akta Hasutan merupakan undang-undang sedia ada. Baiklah, ia baik. Anda boleh tampalkannya di dinding. Tapi anda tidak boleh mendakwa sesiapa menggunakannya kerana ia bukan undang-undang yang digubal oleh parlimen. 


"Jadi, Ia adalah undang-undang sedia ada dan sebuah undang-undang yang sah, namun ia tidak boleh dikuatkuasakan," kata Gopal ketika berucap di auditorium baru Majlis Peguam Selangor di Seksyen 13 Shah Alam, lapor The Malaysian Insight.

Gopal Sri Ram
FOTO— The Malaysian Insight

Turut hadir di majlis berkenaan adalah pengerusi majlis peguam negeri, A.G Kalidas.


Gopal merujuk kepada Artikel 10(2) Perlembagaan Persekutuan, yang menetapkan bahawa hanya parlimen boleh mengenakan sekatan terhadap kebebasan berucap, bersuara dan berhimpun di bawah Artikel 10(1). 


"Artikel 10(1)(a) membenarkan kebebasan bersuara. Namun ia bukanlah hak mutlak seperti Artikel 5(1). Ia merupakan hak bersyarat kerana syaratnya hadir dalam Artikel 10(2)."


Artikel 10(2) membenarkan parlimen untuk menggubal "Sekatan-sekatan yang dirasakan perlu atau bermanfaat bagi kepentingan keselamatan persekutuan...", sementara Artikel 5(1) menyatakan bahawa tidak boleh sesiapapun dinafikan hak kebebasannya kecuali dibenarkan oleh undang-undang. 


Menurut Gopal Akta Hasutan "boleh ada, tetapi kita tidak boleh melaksanakan kuasa di bawah akta itu kerana adanya perlembagaan. 


"Oleh itu, Akta Hasutan adalah undang-undang yang sangat baik. Cemerlang. Seperti yang sudah saya katakan, menteri dalam negeri boleh tampalkannya di dinding rumah. Namun beliau tidak boleh mendakwa orang dengan akta itu.


"Kamu boleh buat apa yang kamu suka. Namun kamu tak boleh buat undang-undang yang sedia ada sebagai undang-undang yang telah melalui parlimen. Ia bukanlah udang-undang yang digubal oleh parlimen." 


Sebelum itu dalam ucapannya, Gopal dilaporkan berkata, sekiranya mahkamah berdepan dengan undang-undang sebelum merdeka yang tidak konsisten dengan perlembagaan, jika ia melucutkan hak yang ditetapkan oleh perlembagaan, mahkamah perlu "menyesuaikan sepenuhnya undang-undang itu supaya ia selari dengan perlembagaan".


Katanya, sekiranya undang-undang berkenaan tidak boleh disesuaikan dengan perlembagaan kerana ia bercanggah dengan doktrin pemisahan kuasa, maka mahkamah "tiada pilihan lain kecuali membatalkannya,".


"Di dalam melaksanakan amalan ini, mahkamah tidak melakukan sebuah fungsi perundangan. Ia sedang melaksanakan tanggungjawab perlembagaan."


Minggu lalu, mahkamah persekutuan dalam satu kes hasutan melibatkan ahli Dewan Negeri Selangor, Shuhaimi Shafiei mengetepikan keputusan bahawa Seksyen 3(3) Akta Hasutan sebagai tidak berperlembagaan.


Subseksyen itu membenarkan pendakwaraya kerajaan untuk menuduh seseorang dengan hasutan tanpa membuktikan niat.


Gopal mewakili Shuhaimi, yang telah dituduh dalam tahun 2011 kerana mengirim bahan yang dikatakan bersifat hasutan dalam blog miliknya.


Hakim Mahkamah Rayuan, Varghese George Varughese dalam tahun 2016 telah memutuskan bahawa undang-undang berkenaan bercanggah dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan dan disebabkan itu ia menjadi tidak sah, dan tiada kesan dalam undang-undang. — EdisiRakyat.com, 20 Januari 2018

Tak perlu reman Farid Kamil sampai 5 hari kata Ahli Parlimen

$
0
0

PENAHANAN reman selama 5 hari pelakon dan pengarah terkenal Farid Kamil, disifatkan sebagai tindakan berlebihan oleh pihak berkuasa kata Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin. 

Katanya segala butiran seperti mangsa, saksi dan rakaman litar tertutup (CCTV) untuk dijadikan bukti kes terhadap pelakon itu sudah cukup untuk pendakwaan di mahkamah. 

"Kejadian Farid didakwa menampar anggota polis dan orang awam di Balai Polis Kota Damansara, segala butiran kejadian seperti saksi, dan mangsa sudah sedia ada,"


Shamsul Iskandar

"Malah saya percaya, rakaman CCTV di dalam balai polis, tentu sekali boleh juga dijadikan bukti kejadian tersebut untuk pendakwaan terhadap pelakon itu di mahkamah." katanya. 

Menurutnya, tidak ada keperluan pihak polis untuk menahan Farid selama 5 hari. Penahanan itu jelas sekali tidak adil, dan meragut kebebasan seorang warganegara Malaysia yang sah secara tidak perlu dan berlebihan. 

"Tindakan ini menggambarkan prosedur penguatkuasaan undang-undang yang berlebihan dan tidak mengambil kira sudut keadilan di pihak Farid Kamil."  

"Saya bimbang ia menjejaskan integriti penguatkuasaan negara pada persepsi rakyat, memandangkan Farid Kamil merupakan individu yang terkenal, sekaligus kes berkenaan menjadi penilaian orang ramai." 

"Saya bukan mahu membela Farid kerana dia seorang artis, namun kes ini sebenarnya menggambarkan bahawa tindakan tidak adil seperti ini kerap berlaku terhadap orang lain, terutama orang awam," katanya.  

Media tempatan sebelum ini melaporkan, Farid Kamil, 37 ditahan reman selama 5 hari untuk disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) kerana positif dadah, dan Seksyen 90 Akta Polis 1996 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis.


Farid Kamil Reman

Pelakon itu turut disiasat di bawah Seksyen 323 dan 353 Kanun Keseksaan, kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan menggunakan paksaan jenayah bagi menghalang kakitangan awam menjalankan tugas.— EdisiRakyat.com, 20 Januari 2018

Kementerian Pendidikan nafi guru sokong pembangkang akan dipecat

$
0
0

KEMENTERIAN Pendidikan dilapor menyangkal tuduhan bahawa guru-guru yang menyokong pembangkang akan dipecat.

Menurut kementerian itu, kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid telah diambil luar konteks di media sosial lapor NST.

"Menteri memberikan nasihat umum, iaitu lebih baik penjawat awam menjauhi politik secara aktif sekiranya menjejaskan prestasi kerja mereka,"

"Mereka mesti berusaha untuk mengelakkan daripada menghasut kebencian kepada kerajaan dan pemimpin," kata kementerian itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini lapor NST.

Dalam satu perhimpunan guru di Putrajaya Pada 18 Januari, Mahdzir dalam pesanan tahun barunya mengingatkan para penjawat awam, terutama guru besar beringat tentang kedudukan mereka.


Mahdzir Khalid

Menurut beliau, terdapat segelintir guru-guru dan pengetua yang memegang jawatan dalam parti-parti pembangkang termasuk PKR dan Pas, dan menasihatkan mereka agar fokus untuk mendidik pelajar.

Beliau juga menasihatkan mereka agar bijak di dalam mengambil keputusan dan mengeluarkan kenyataan menentang kerajaan, kerana ia boleh menjejaskan jawatan mereka di dalam sektor awam.

Kementerian menegaskan bahawa Mahdzir tidak pernah meminta mereka untuk mengundi sesiapa, selain berkhidmat kepada rakyat secara bebas dan tidak berpihak di dalam memberikan perkhidmatan.

Kementerian itu dilapor meluahkan rasa kesal apabila kenyataannya telah diambil di luar konteks dan disalah anggap oleh pihak tidak bertanggungjawab di media sosial untuk menimbulkan kebimbangan terhadap warga pendidik.

Kementerian itu turut menambah bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan satu arahan pada 6 April 2009, yang melarang penjawat awam di peringkat tinggi pengurusan dan bidang profesional dan kumpulan pengurusan daripada menyertai politik. — EdisiRakyat.com, 21 Januari 2018

Polis buru lelaki tampar wanita kerana tidak bertudung

$
0
0

POLIS dilaporkan sedang memburu seorang lelaki berusia 30 tahun yang menampar seorang wanita kerana tidak memakai tudung di tempat menunggu Bas Taman Perwira baru-baru ini.


Sebuah video berdurasi 6 minit 12 saat tersebar di media sosial sejak minggu lalu menunjukkan seorang lelaki memarahi seorang pekerja kilang Sebelum dia memukul wanita berusia 24 tahun itu.


Pada awalnya kejadian itu disangkakan berlaku di sebuah tempat menunggu bas berdekatan Bukit Jambul.


Mangsa di dalam video tersebut dilapor telah membuat aduan berhubung kejadian itu pada hari Ahad, 2 minggu selepas kejadian berkenaan.


lempang wanita

Siasatan awal mendedahkan bahawa lelaki tersebut berkelakuan agresif kerana dia dikatakan sedih apabila seorang wanita Muslim menolak untuk memakai tudung di tempat awam.


Ketua Polis Daerah Seberang Prai tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, pihak polis telah mengenalpasti lelaki tersebut namun masih belum membuat sebarang tangkapan.


"Kami telah mengesan rumahnya, namun dia tidak tinggal di situ lagi. Kata pakciknya, dia mula tidak siuman sejak 15 tahun lalu selepas mengalami kemalangan," katanya orang satu kenyataan yang dipetik oleh NST.


Tambahnya lagi pihak polis akan terus menjejaki lelaki tersebut. — EdisiRakyat.com, 21 Januari 2018


Pekerja kedai runcit "kantoi" rancang kejadian ragut terhadap diri sendiri

$
0
0

SEORANG pekerja kedai runcit di Ipoh, Perak dilaporkan "kantoi" sengaja merancang kejadian ragut ke atas dirinya yang berlaku ketika sedang dalam perjalanan memasukkan duit hasil jualan kedai.


Akhirnya kecurigaan pihak polis terbukti benar apabila lelaki berusia 23 tahun itu mengaku bahawa kejadian ragut itu hanyalah satu muslihat, dan penjenayah berkenaan sebenarnya adalah rakannya.


Lelaki tersebut yang bekerja dengan sebuah kedai runcit 24 jam, mendakwa menjadi mangsa ragut dua penjenayah ketika dalam perjalanan ke bank pada 9.30pm.


Dakwanya dua lelaki menunggang sebuah motosikal telah meragut beg miliknya yang mengandungi wang tunai berjumlah RM30,000.


Dakwanya lagi, dia cuba untuk melawan namun gagal, dan penjenayah tersebut telah melarikan diri dengan beg miliknya yang mengandungi wang tunai, juga kad pengenalan, lesen memandu, sejumlah wang tunai RM200 miliknya dan sebuah telefon bimbit. 


Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby dilaporkan berkata, selepas disoal siasat lelaki tersebut menangis, dan mengaku bahawa rompakan tersebut adalah palsu.


"Dia telah merancang rompakan berkenaan dengan menyuruh dua orang rakannya untuk meragut bag sandang miliknya," katanya.


Lelaki itu telah ditahan di hadapan Pusat Perniagaan Greentown, pada jam 3pm, manakala dua lagi rakannya berumur 22 dan 24 telah ditangkap di dua lokasi berasingan pada jam 9:30pm.


Kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan atas kesalahan samun berkumpulan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, atau sebatan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. — EdisiRakyat.com, 22 Januari 2018

wang tunai

Lelaki miliki 78 saman tertunggak ditahan di Johor Baru

$
0
0

SEORANG lelaki berusia 35 tahun ditahan oleh pihak polis dalam operasi lalulintas yang dijalankan di Pandan Johor Baru kerana memiliki 78 saman-saman lalulintas tertunggak yang dikumpulnya sejak 13 tahun lalu.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, (TEID) Superintendan Razak Md Said dilaporkan berkata, kebanyakkan saman-saman berkenaan adalah berhubung kesalahan meletak kereta.


Katanya lelaki berkenaan bagaimanapun dibebaskan pada malam yang sama selepas pihak polis merakamkan kenyataannya dan mengingatkan agar dia mula membuat pembayaran hutang-hutang saman tersebut atau berdepan tindakan undang-undang, termasuk menyenaraihitamkan namanya dalam rekod polis.


"Lelaki itu telah dibebaskan kerana dia berjanji untuk melunaskan hutang-hutang saman secepat mungkin dan memerlukan masa untuk mengumpul duit... jadi, kami tawarkan kepadanya untuk melunaskan hutang secara berperingkat, bayaran berjadual," katanya.


Surat Saman

Kata Razak, pihak polis memahami segolongan orang mempunyai masalah kewangan dan cenderung untuk menangguhkan hutang saman mereka, namun ia tetap tanggungjawab mereka untuk menyelesaikan saman secepat mungkin bagi mengelakkan hukuman lebih berat.


"Adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi penunggang motosikal tidak membayar saman trafik," katanya.


Katanya lagi, bagi mereka yang mengalami masalah untuk membayar saman, boleh berhubung dengan TEID bagi mendapatkan kaedah alternatif untuk membayar secara berperingkat sekiranya tidak mampu membayar sekaligus.


Dalam operasi selama tiga jam malam semalam, yang dijalankan bersama pelbagai agensi termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS), katanya lebih 600 kenderaan telah diperiksa dan sebanyak 244 saman telah dikeluarkan bagi pelbagai kesalahan trafik.


"Polis mengeluarkan sebanyak 156 saman kerana kesalahan mengubahsuai kenderaan, manakala JPJ mengeluarkan sebanyak 75 saman atas kesalahan mengganggu alat gantian kenderaan. Jabatan Alam Sekitar pula mengeluarkan 13 saman kepada pemandu lori, kerana kenderaan yang dipandu mereka melebihi had bising," katanya.


Tambahnya lagi, operasi bersama seperti ini dibawah strategi lautan biru kebangsaan akan dijalankan dari masa ke semasa di masa hadapan bagi memastikan penunggang motosikal negeri tersebut mematuhi undang-undang dan peraturan sepanjang masa. — EdisiRakyat.com, 24 Januari 2018

Parti politik perlu tunjuk manifesto jelas lindungi alam sekitar

$
0
0

SEMUA parti-parti politik yang bakal bertanding dalam pilihanraya umum akan datang perlu menunjukkan manifesto jelas bagi memastikan pengekalan dan pemuliharaan alam sekitar negara, kata kumpulan alam sekitar Pelindung Khazanah Alam (Peka).


Menurut presidennya Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil, ini perlu bagi kesinambungan program-program perlindungan alam sekitar selain memastikan agar parti-parti ini bertanggung jawab terhadap tindakan mereka kepada alam.


"Pembalakan, kepupusan hidupan liar dan biodiversiti, keselamatan sumber air menjadi kepentingan rakyat Malaysia, setanding dengan isu-isu lain, malah ia lebih utama, terutamanya kepada mereka yang tinggal di kawasan alam sekitar yang terhakis.


"Kami mahu lihat pelan tindakan yang jelas, komitmen tulen untuk menghentikan pelbagai aktiviti-aktiviti yang sedang menjejaskan ekosistem negara kita," katanya yang dipetik dalam satu temubual telefon bersama Malay Mail.


Peka

Kata Sabrina, dia mahu melihat ahli-ahli politik bercakap tentang kepentingan alam dalam kempen-kempen mereka, dan bukannya cuba menutup isu berkenaan.


Katanya orang ramai harap mempunyai ahli parlimen yang menjaga kawasannya, dan tidak sekadar menjadi "rubberstamp" kepada projek-projek pembangunan tanpa berfikir dua kali.


"Banyak sudah diperkatakan tentang pengistiharan harta dan kejujuran kewangan terhadap ahli politik, tapi kita mahu pemimpin yang membentuk kerajaan jujur dengan alam sekitar.


"Kita mahu pemimpin-pemimpin yang menyeimbangkan pembangunan dan pemuliharaan, bukan mereka yang akan hancurkan warisan semulajadi untuk memperolehi keuntungan cepat," katanya.


Tambahnya memandangkan Malaysia sedang mempromosikan ecotourism, tiada apa boleh ditunjukkan sekiranya projek-projek pembangunan diluluskan tanpa mendapat respon awam atau penilaian impak alam sekitar yang jujur.


"Perlindungan alam sekitar nampaknya seperti tiada dalam fikiran sesiapa sehinggalah kita ditimpa oleh bencana tanah runtuh, kekurangan air, pencemaran dan jerebu.


"Ia mungkin nampak kurang sensasi, namun sekiranya kita tidak mempunyai ahli politik berfikiran hijau, segala isu-isu tiada maknanya sekiranya kualiti udara dan air merosot dan harga makanan melambung," katanya.


Antara cabaran cabaran yang dihadapi oleh negara adalah pembalakan, kepupusan spesies terancam, pencemaran terutama sumber air dan penambakan tanah.


Ahli politik dari kedua-dua belah pihak menerima kecaman dari kumpulan-kumpulan alam sekitar berhubung beberapa projek-projek "high-profile" yang didakwa mereka menjadi punca atau penyebab bencana. 


Projek-projek infrastruktur juga menerima kritikan seperti bantahan terhadap Empangan Bakun, Lebuhraya Pan Borneo, dan landasan kereta api Pantai Timur kerana memusnahkan laluan hutan membawa kepada kerosakan habitat hidupan liar dan kawasan tadahan air.


Peka sebelum ini telah memberi amaran "bencana alam sekitar" bakal berlaku sekiranya projek ECRL diteruskan mengikut spesifikasi sedia ada, yang bakal menerobos laluan hutan di tengah-tengah semenanjung, memintas sebanyak 12 hutan simpan dan 27 sungai, yang bakal menjejaskan sumber air.


Perlombongan bauksit secara berterusan telah mengakibatkan kemerosotan ladang-ladang kelapa sawit di Felda Bukit Goh, Pelabuhan Kuantan dan kawasan-kawasan lain sehingga memerahkan warna air laut fan kawasan sekitarnya, membawa kepada kecaman rakyat dan moratorium sehingga hari ini. — EdisiRakyat.com, 25 Januari 2018

Hisap rokok dalam pesawat, pelancong China didenda RM6,000

$
0
0

MAHKAMAH di Tawau, Sabah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM6,000 atau tiga bulan penjara jika gagal membayar denda kepada seorang pelancong dari China selepas dia mengaku bersalah menghisap rokok dalam pesawat.


Li Jin Ming, 41 yang berasal dari Yunnan, China mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan kepadanya dalam bahasa Mandarin oleh penterjemah mahkamah pada hari Khamis (25 Januari 2018).

 

Dia dilapor telah melakukan kesalahan itu di dalam tandas D, pesawat AirAsia AK5746 pada jam 1.01pm pada 16 Januari 2018, ketika pesawat berkenaan menuju ke Tawau dari Kuala Lumpur.

  Hisap Rokok dalam pesawat

Pendakwaan Itu di bawah Peraturan Penerbangan Awam 2016, memperuntukkan hukuman denda tidak lebih dari RM25,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Majistret Ferhansha Farene Mohd Firdaus turut memerintahkan Li agar dirujuk kepada Jabatan Imigresen.


Sebelum itu pegawai pendakwa raya, ASP Dayang Nur Azarinahwaty Ag Kachee meminta mahkamah untuk mengenakan satu hukuman yang setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan kepentingan awam, sambil menyifatkan tindakan Li berkaitan risiko itu keselamatan yang boleh membahayakan penumpang lain dalam pesawat tersebut.


Liew Hon Min, peguam yang mewakili Li, memberitahu mahkamah ketika rayuan pengurangan hukuman, bahawa itu merupakan kali pertama tertuduh menaiki pesawat di luar negara.


"Ketika penerbangan ke Tawau, bertudung tidak sedar larangan merokok di dalam pesawat dan tidak terdapat sebarang pengumuman pengharamannya dalam bahasa Cina," katanya.


Kata Liew, kes berkenaan juga telah menerima liputan luas sampai ke Negara China.


"Saya difahamkan bahawa pihak berkuasa melalui Lembaga Pelancongan China juga akan mengambil tindakan terhadap anak guam saya ketika pulang ke China nanti," katanya. — EdisiRakyat.com, 26 Januari 2018

Tangkap dan siasat 5,000 pengundi meragukan di Wangsa Maju

$
0
0

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) menggesa pihak polis menangkap dan menyiasat pihak bertanggungjawab memindahkan sekitar 5,000 pengundi dengan latar belakang meragukan ke Wangsa Maju.


Bendahari parti itu, Datin Dr Tan Yee Kew dilaporkan sebagai berkata, pihak polis tidak boleh melepaskan tanggungjawab dengan hanya menyerahkan kes berkenaan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


"Jenayah itu dilakukan di bawah Kanun Keseksaan, ia menjadi tugas polis untuk menyiasat," katanya seperti yang dipetik dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR Petaling Jaya, Selangor.


Datin Dr Tan Yee Kew

Merujuk kepada Seksyen 177 Kanun keseksaan, katanya, adalah menjadi kesalahan jenayah bagi sesiapa yang memberikan maklumat palsu kepada penjawat awam.


PKR telah melakukan tinjauan dari pintu ke pintu tahun lalu dan berjaya mengesahkan seramai 1,429 pengundi yang tidak tinggal dalam alamat didaftarkan pada daftar pemilih.


Katanya lagi, parti itu telah berjaya mengesan seramai 3,500 pengundi lain yang didaftarkan secara berkumpulan seramai lebih lapan orang dalam satu alamat.


The Malaysian Insight melaporkan, ketua polis Daerah Wangsa Maju, Mohammad Roy Suhaimi Sarif memberitahu portal berita itu, sejumlah empat laporan polis telah dibuat oleh mereka yang mewakili PKR telah diserahkan kepada SPR untuk tindakan lanjut.


Namun kata Dr Tan Yee Kew, jawapan pihak polis berhubung perkara itu tidak boleh diterima.


"Selain menahan mereka yang menggunakan alamat palsu untuk mengubah pusat pengundian mereka, pihak yang menjadi dalang pemindahan pengundi besar-besaran ini juga berniat memanipulasi keputusan pilihanraya dan perlu dibawa ke muka pengadilan," katanya.


Dalam sidang media yang sama, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dilaporkan berkata pihak polis tidak boleh melengah-lengahkan tindakan apatah lagi pilihan raya umum ke-14 bakal diadakan tidak lama lagi.


"Jika pengkritik Perdana Menteri boleh ditangkap cepat, mengapa ini ambil masa lama," soal Nurul Izzah. 


Tambahnya lagi, mungkin terlalu lambat jika pihak polis menunggu sehingga selepas pilihanraya untuk bertindak.


Dalam pada itu beliau turut menggesa pengundi turun beramai-ramai membuang undi pada PRU14, bagi menghalang cubaan pihak tidak bertanggungjawab untuk memanipulasi pilihanraya.


Pengerusi SPR, Mohd Hashim Abdullah pula dilaporkan berkata, Terpulang kepada pihak polis untuk bertindak mengenai dakwaan pendaftaran pengundi yang diragui itu.


Mohd Hashim mengakui bahawa ia adalah kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) serta peraturan berkaitan di bawahnya.


"Jika diperlukan SPR sedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis untuk melakukan siasatan," katanya.


Beliau turut mengesahkan bahawa pihak SPR ada menerima surat dari Ibu Pejabat Polis Wangsa Maju pada 17 Januari mengenai laporan polis tentang pengundi baharu dengan latarbelakang meragukan kepada SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara. — EdisiRakyat.com, 26 Januari 2018

Viewing all 888 articles
Browse latest View live