Quantcast
Channel: EdisiRakyat
Viewing all articles
Browse latest Browse all 888

Anak durjana dijatuhi hukuman penjara 16 tahun 18 sebatan rogol ibu

$
0
0

SEORANG lelaki berusia 34 tahun dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan 18 sebatan semalam selepas Mahkamah Tinggi Singapura mendapati dia bersalah merogol dan mencabul ibu kandungnya.


Lelaki itu dalam pembelaannya menafikan dakwaan itu, mendakwa bahawa ibunya telah berkomplot dengan ayah tirinya untuk membuat tuduhan itu untuk memaksa dia meninggalkan flat satu bilik yang didiami mereka.


Pesuruhjaya Kehakiman, Foo Chee Hock, berkata kes ini membangkitkan dua persoalan yang mengganggu- seorang ibu sanggup menipu dan menuduh anaknya merogolnya, dan anak lelaki yang sanggup menyerang ibunya secara seksual.


Hakim ketika perbicaraan mendapati bahawa pihak pendakwa telah membuktikan kes terhadap tertuduh melampaui keraguan munasabah terhadap tiga tuduhan rogol, pencabulan dan pencabulan yang melampau.


Mahkamah melarang identiti tertuduh didedahkan untuk melindungi identiti mangsa, yang kini berusia 58 tahun.


rogol ibu

Tertuduh yang sebelum ini pernah disabitkan dengan kesalahan mengambil dadah, mencuri dan merompak adalah anak kedua daripada tiga beradik lelaki dari perkahwinan pertama ibunya.


Nasib malang mangsa bermula apabila lima bulan sebelum peristiwa hitam itu berlaku, mangsa telah menjemputnya anaknya tinggal bersamanya dan suaminya yang kedua kerana simpati dengan anaknya yang tidak mempunyai tempat tinggal.


Malang bagi wanita berusia 53 tahun itu kerana ketika dia sedang tidur bersendirian pada kira-kira jam 2 pagi 4 Oktober 2013, anaknya pulang dan mencabul sebelum merogolnya secara paksa sebanyak dua kali walaupun mangsa merayu minta dilepaskan.


Dalam kenyataan pembelaannya tertuduh dalam satu sesi perbicaraan pada tahun 2016, bekas penyelaras keselamatan itu memberi keterangan bahawa dia hanya menyelak pakaian tidur ibunya untuk melihat bahagian intim wanita itu.


Kenyataannya disangkal oleh pihak pendakwaraya yang menyatakan bahawa itu hanyalah kenyataan tertuduh untuk menyangkal kesalahan yang dilakukan setelah ibunya mengemukakan bukti rakaman perbualan telefon dia dan anaknya selepas beberapa jam dirogol.


Dalam rakaman perbualan telefon berdurasi enam minit dalam bahasa Melayu itu, dia berulang kali bertanya kepada anaknya mengapa dia "kacau"? (ganggu).


Tertuduh yang terkenal dengan panggilan Boy di dalam kalangan keluarga menjawab bahawa dia suka dan mahu sekali lagi.


Mangsa juga bertanya kepadanya: "Kenapa kau memaksa aku pagi tadi? Ada perempuan cantik kau boleh dapat, mengapa buat macam ni? Aku ni mak kau, kau tahu tak."


Timbalan Pendakwa Raya Sharmila Sripathy-Shanaz berhujah bahawa rakaman itu jelas menunjukkan tertuduh memaksa ibunya melakukan perbuatan terkutuk itu.


Mangsa menerangkan bahawa dia menggunakan perkataan "kacau" untuk merujuk kepada rogol kerana emosinya sedang terganggu, bingung dan sedih ketika itu.


Pihak pendakwaraya dalam hujah balas mengatakan bahawa mangsa "mengalami apa rasanya menjadi mangsa sekali lagi apabila pihak peguam bela melontarkan dakwaan bahawa beliau boleh 'menutup ruang untuk menjadi mangsa' dengan hanya mengepit kakinya".


"Hujah yang tidak masuk akal itu berdasarkan kepada andaian kolot bahawa seseorang wanita boleh mencegah perogol jika beliau benar-benar mahu. Kenyataan seperti ini tidak mempunyai tempat pada abad ke-21 - di dalam mahkamah ini atau diluar," tambah beliau.


Barisan pembelaan yang ditugaskan di bawah Skim Bantuan Hukum Jenayah yang dipimpin oleh Harry Elias dalam hujah mereka menegaskan bahawa tidak ada perkataan "perkosa" yang disebut dalam rakaman.


Peguam Harry Elias juga mengenengahkan isu kekurangan bukti DNA dan keadaan mangsa dimana tidak ada kecederaan yang ditemui pada wanita itu.


Sampel bendalir vagina yang diambil dari mangsa di Hospital Awam Singapura tidak dapat membuktikan kewujudan air mani oleh Pihak Berkuasa Sains Kesihatan kerana kesalahan dalam pengendalian bahan bukti di mana ia diletakkan di dalam tiub basah, yang merupakan medium yang salah.


Pakaian mangsa ketika malam kejadian juga diambil untuk dijadikan bahan bukti dan setelah diuji, ia positif mempunyai kesan air mani tetapi sampel itu terlalu lemah untuk ujian pengesahan.


Hujah pembelaannya juga mempersoalkan bagaimana wanita yang baru mengalami perkara buruk boleh melakukan rutinnya seperti biasa selepas kejadian itu, bukannya membuat aduan pada pihak polis atau keluarganya.


Pendakwaraya Sharmila dalam laporan The Straits Times dipetik mengatakan tiada pemenang dalam kes ini melainkan seorang ibu yang selamanya akan merasa terhina, dikhianati dan luka yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata pada 4 Oktober 2013 yang lalu dan sekali lagi di dalam mahkamah ini.—EdisiRakyat.com, 15 Mac 2018


Viewing all articles
Browse latest Browse all 888