SEMUA dokumen yang diperlukan untuk FELDA memohon mendapatkan kembali hakmilik tanah di Jalan Semarak dilaporkan sudah sedia untuk dihantar kepada pejabat Jabatan Tanah dan Galian (Persekutuan).
Pengerusi Felda Tan Sri shahrir Abdul Samad, bagaimanapun dilapor tidak menyatakan tarikh permohonan akan dilakukan termasuk untuk menghantar dokumen borang 14A bagi proses pindah milik.
"Borang 14A dan dokumen lain yang berkaitan hal-hal tanah tersebut telah disiapkan untuk dihantar."
"Hanya menunggu segala pertikaian (berhubung tanah tersebut) untuk diselesaikan, apabila kami mengembalikan semula hak milik tanah itu kepada Felda," katanya dipetik oleh NST.

Shahrir turut dilapor menafikan bahawa penyelesaian tanpa konfrontasi terhadap isu tersebut hanyalah satu "gimik digunakan untuk menipu peneroka Felda."
Beliau turut mempertahankan keputusan untuk berbincang bagi membenarkan Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) terus membangunkan tanah itu selepas pemindahan hakmilik selesai. — EdisiRakyat.com, 19 Febuari 2018