PERNAHKAH anda mendengar tentang kesan rumah hijau? Tentu anda tertanya-tanya apakah ia.
Kesan rumah hijau merupakan peningkatan suhu yang menyumbang kepada pemanasan global yang tidak terkawal.
Keadaan ini disebabkan oleh gas yang terdapat di atmosfera seperti karbon dioksida, wap air, metana dan beberapa gas lain mempunyai keupayaan tertentu yang membolehkan cahaya matahari untuk melaluinya tetapi menyerap semula haba yang dipantulkan daripada permukaan bumi yang panas menyebabkan ia terperangkap di atmosfera.
Haba yang diserap disekat oleh gas atmosfera dan mengakibatkan suhu bumi menjadi semakin panas.
![kesan rumah hijau]()
Bagaimana kesan rumah hijau terjadi?
Untuk memanaskan bumi, kesan rumah hijau bergantung kepada tenaga matahari.
Apabila tenaga matahari mencecah permukaan bumi, kira-kira 49% daripada tenaga itu diserap dan selebihnya dipantulkan semula ke angkasa.
Tenaga yang diserap ini kemudiannya akan memanaskan permukaan bumi dan kemudiannya memancarkan kembali tenaga haba itu ke ruang angkasa.
Semasa tenaga panas ini bergerak ke angkasa, sebahagian daripada tenaga tersebut terperangkap oleh gas rumah hijau.
Tenaga yang terperangkap kemudiannya dibebaskan ke semua arah, sekaligus memanaskan permukaan bumi dan juga atmosfera.
![gas rumah hijau]()
Gas rumah hijau
Gas rumah hijau adalah gas yang berada di atmosfera. Ia berperanan menyerap dan mengeluarkan sinaran dalam julat terma inframerah.
Akibatnya, gas ini memperlahankan dan menghalang pergerakan sinaran inframerah dari angkasa lepas ke bumi dan dari bumi ke angkasa lepas.
Terdapat beberapa jenis gas rumah hijau selain karbon dioksida iaitu ozon, nitrus oksida, karbon dioksida, metana, wap air dan beberapa gas lain.
Semua gas rumah hijau mempunyai molekul yang mengandungi lebih daripada dua komponen aktif dan terikat dengan cukup longgar sehingga mampu bergetar apabila menyerap haba.
Komponen utama atmosfera, iaitu nitrogen dan oksigen ialah molekul dua atom yang terikat dengan sangat kuat hingga tidak boleh bergetar dan oleh sebab itu kedua-duanya tidak menyerap haba dan menyumbang kepada kesan rumah hijau.
Kehadiran gas rumah hijau pada asalnya sangat penting kerana ia mempengaruhi suhu bumi dengan memanaskan bumi secara semulajadi dan membolehkannya ia didiami oleh hidupan.
Tetapi, kehadiran beberapa faktor lain menjadi penyumbang kepada terhasilnya gas-gas atmosfera yang berlebihan secara tidak langsung menyumbang kepada kepanasan melampau.
Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada kesan rumah hijau:
Faktor semulajadi:
![gunung berapi]()
1. Letusan gunung berapi yang mana ia membebaskan pelbagai gas seperti sulfur dan oksida.
Faktor manusia:
1. Aktiviti pembalakan yang berleluasa.
2. Pencemaran sisa-sisa perindustrian membebaskan gas-gas ke ruang atmosfera
![asap industri]()
3. Pertanian pindah yang menyebabkan kemusnahan hutan.
4. Pembakaran hutan merencatkan proses semulajadi tumbuhan yang menggunakan karbon oksida untuk proses fotosintesis dan membebaskan oksigen.
Kesan rumah hijau kepada:
1. Alam sekitar
i) Merosakkan habitat (tempat tinggal haiwan)
ii) Menyebabkan kematian haiwan dan tumbuhan.
![tanaman layu]()
iii) Mengganggu kitar semula jadi
IV) mencemarkan alam sekitar
v) mengganggu Iklim dunia akibat suhu yang tidak menentu.
vi) kenaikan aras laut akibat dari pencairan ais di kutub Utara.
2. Manusia
i) menyebabkan strok haba dan dehidrasi
![strok haba]()
ii) menyebabkan demam panas dan sakit tekak
iii) menyebabkan radang paru-paru dan gangguan pernafasan
IV) boleh mengakibatkan asma
— EdisiRakyat.com, 6 November 2017