Quantcast
Channel: EdisiRakyat
Viewing all articles
Browse latest Browse all 888

Raja Pecut Asia Tenggara dijamin dapat tempat jika PH tawan Melaka — Shamsul

$
0
0
AHLI Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohamad Akin meluahkan rasa bangga dengan kejayaan anak kelahiran negeri Melaka, Khairul Hafiz Jantan yang berjaya merangkul pingat emas dalam acara 100 meter Sukan SEA 2017 tempoh hari.

"Saya sebagai orang Melaka, bangga dan teruja dengan kejayaan beliau, ini kejayaan yang sangat luar biasa, saya tumpang gembira dan mendoakan semoga beliau terus mengharumkan nama negara di masa depan," katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, MITC baru-baru ini.

Ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Idris Haron yang dilaporkan 'tawar hati' terhadap Khairul, Shamsul berkata, pentadbiran Pakatan Harapan sentiasa menghargai bakat muda seperti beliau, selain memberi jaminan atlet sepertinya akan mendapat tempat di bawah pentadbiran kerajaan jika berjaya menawan negeri Melaka.



"Rakyat Melaka sangat berbangga dengan beliau, janji kita jika berjaya menawan negeri ini, kita akan jadikan Melaka sebagai 'sporting state' dan atlet seperti Raja Pecut Asia Tenggara ini akan diberikan tempat semula," ujarnya.

Idris sebelum ini dilapor menyifatkan kerajaan negeri sudah 'tawar hati' dengan raja pecut kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan apabila mendesak supaya diberi pelepasan segera bagi membolehkannya mewakili negeri lain pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 di Perak, tahun depan.

Idris turut dilaporkan 'tidak mahu ambil tahu' mengenai perkara itu, sebaliknya menyerahkan kepada Majlis Sukan Negeri (MSN) untuk menyelesaikannya dengan cara baik.

Ia susulan dakwaan Khairul yang turut digelar 'The Speedy Jantan' bersama dua rakannya, Badrul Hisyam Abdul Manap dan Asnawi Hashim mendakwa pengurusan MSN dan Persatuan Olahraga Amatur Melaka (POAM) gagal menjaga kebajikan dan keperluan atlet, sekali gus mendorong mereka meminta segera dilepaskan. — EdisiRakyat.com, 25 Ogos 2017

Viewing all articles
Browse latest Browse all 888

Trending Articles