SETIAP ibu bapa mengimpikan anak yang bijak. Adakah anak anda bijak? Bagaimana ingin mengetahui tahap kebijaksanaan anak anda?
Di sini dikongsikan bagaimana untuk mengetahui tahap kebijaksanaan anak anda.
Kanak-kanak yang mempunyai IQ dari 130 ke atas dikelaskan sebagai 'sangat berpotensi'. Apakah maksud frasa ini?
Secara, umum istilah ini menggambarkan tahap kecerdasan yang mana ia melebihi kadar purata IQ kanak-kanak biasa.
![]()
Menurut Presiden Persatuan Jerman untuk kanak-kanak berbakat, Martina Rosenboom, tiada definisi rasmi tentang kebolehan.
Kebanyakkan pakar menilai kebolehan melalui kuota perisikan (Intelligence Quota) sekurang-kurangnya 130 sebagai 'cut-off score'
Bagaimanakah anda dapat mengenal pasti jika anak anda adalah 'gifted child'?
Anak yang sangat berbakat boleh dikenalpasti sejak dari kecil lagi contohnya melalui perkembangan percakapan mereka dan tahap minat yang tinggi pada Matematik dan Sains.
Menurut pakar psikologi, Annegret Mahn, sesetengah kanak-kanak sangat berpengetahuan tinggi.
Contohnya seorang kanak-kanak berusia 4 tahun yang boleh mengenalpasti perbezaan spesis dinosaur boleh dikategorikan sebagai kanak-kanak yang sangat berbakat.
Pada usia berapakah anak anda perlu diuji?
Menurut Martina lagi, jika anda sebagai ibu bapa mengesaki anak anda sangat berbakat atau 'gifted child', ujian itu tidak perlu dilakukan secara langsung.
Walau bagaimanapun jika masalah timbul seperti anda melihat tingkah laku yang tidak normal pada anak anda, ujian itu perlu dilakukan untuk mendapatkan penjelasan dan menjadi alasan untuk anda melakukan perbincangan dengan guru anak anda.
Bagaimanapun menurutnya, dia sering menasihatkan ibu bapa untuk meletakkan keputusan ujian di tempat yang tidak boleh dilihat dan membincangkannya jika hanya ada keperluan mendesak.
Ini merana kanak-kanak yang sedang membiasakan diri dengan persekolahan mungkin merasa tertekan dengan keputusan ujian kerana mereka merasakan harapan yang tinggi diletakkan kepada mereka.
Pakar psikologi dan psikiatri turut mengesyorkan ujian IQ ini tidak diambil pada usia kurang daripada 4 tahun.
Selepas melakukan sedikit perbincangan awal, kanak-kanak itu akan diuji dari segi keupayaan intelektualnya dan kajian personalitinya.
Apa yang paling penting ialah kanak-kanak itu berasa bersemangat dan santai semasa ujian dijalankan.
Bagaimanakah ibu bapa boleh memberi galakan kepada 'gifted child'?
Anda boleh memberi galakan kepada anak anda dengan melihat kecenderungan minat kanak-kanak tersebut.
Ia mungkin satu idea yang baik untuk menggalakkan mereka mengikuti aktiviti kurikulum tambahan seperti belajar muzik, berenang atau kelas seni.
Pengerusi Persatuan untuk menggalakkan kanak-kanak yang sangat berbakat, Karsten Otto, mengesyorkan ibu bapa untuk mendaftarkan anak-anak ke kelas dan aktiviti yang turut mengumpulkan kanak-kanak berbakat lain.
Kerja berpasukan atau menyertai sukan berkumpulan juga merupakan persekitaran pembelajaran yang bermakna untuk kanak-kanak, tambah Otto lagi.
Apakah yang pihak sekolah boleh lakukan terhadap kanak-kanak yang berbakat?
Para guru bertanggungjawab untuk membentuk sebuah kelas di mana kelas itu diberi galakan dan sokongan yang secukupnya.
Kelas dengan bilangan murid maksimum 30 orang adalah lebih mudah dikawal dan dirangsang intelektualnya.
Menurut Otto,terdapat keadaan di mana apabila melangkah ke peringkat persekolahan seterusnya, kanak-kanak yang sangat berbakat ini kadang-kadang tidak selalunya terus menunjukkan kualiti yang baik.
Ini kerana mereka diganggu oleh emosi dan cara mereka bersosial.
Otto berpendapat kanak-kanak yang mempunyai bakat luar biasa ini diberikan tugasan yang lebih sukar serta mengubah suai tugasan supaya lebih mencabar buat mereka.
Jika perbandingan kerja seperti ini kelihatan tidak mencukupi dan nampak mudah bagi mereka, Otto mengesyorkan model 'pintu pusingan'.
Ini bermaksud kanak-kanak itu boleh melompat ke 1 tahun ke hadapan untuk subjek tertentu sahaja.
Walau bagaimanapun, ia terpulang kepada apa yang diinginkan oleh kanak-kanak tersebut.— EdisiRakyat.com, 17 Jun 2017