KISAH seorang wanita tukang sikat yang tinggal di dalam istana Firaun bernama Masyitah sangat popular di dalam Islam. Wanita yang teguh imannya itu diceritakan kisahnya kepada junjungan besar kita Rasulullah S.A.W ketika malam peristiwa Isra' dan Mikraj.
Diriwayatkan daripada Ibn Abbas r.a dia berkata, Rasulullah S.A.W telah bersabda: "Ketika malam di isra'kan aku mencium bau yang sangat wangi lalu aku bertanya: 'Wahai Jibril, bau apakah ini?'
Jibril menjawab: 'Ini adalah bau wangi tukang sikat anak perempuan firaun dan anak lelaki tukang sikat itu.'
Aku bertanya: 'Bagaimana boleh berlaku demikian?'
Jibril menjawab: 'Ketika dia sedang menyikat rambut puteri Firaun tiba-tiba pengikatnya terjatuh. Wanita itu telah mengambilnya kembali dengan membaca Bismillah (Dengan nama Allah).'
Puteri Fir'aun berkata: 'Hai dengan nama bapakku'
Tukang sikat menjawab: 'Tidak, Allah ialah tuhanku dan tuhanmu demikian juga tuhan ayahmu,'
Puteri firaun bertanya: 'Kalau begitu kamu beriman kepada tuhan selain ayahku?'
Wanita tukang sikat menjawab: 'Ya,'
Puteri Firaun berkata lagi: 'Akan aku beritahu hal ini kepada ayahku.'
Wanita tukang sikat pun menjawab: 'Silakan!'
Tuhanku adalah Allah.
Kemudian puteri firaun memberitahu kejadian itu kepada ayahnya dan akhirnya wanita tukang sikat dipanggil oleh firaun dan disoal siasat.
'Betulkah kamu mempunyai tuhan selain aku?' tanya Firaun.
Wanita itu pun menjawab: 'Ya tuhanku dan tuhanmu adalah Allah,'
Mendengar pengakuan itu, Firaun pun memerintahkan untuk disediakan satu periuk besar daripada tembaga untuk dipanaskan. Satu persatu anak wanita tukang sikat itu mula dilemparkan ke dalam periuk yang mendidih.
![]()
Satu permintaan
Tidak lama kemudian wanita tukang sikat mengajukan permohonan kepada firaun dengan berkata: 'Ada satu permintaan daripada aku'.
Firaun menjawab: 'Apa permintaan mu?'
Wanita itu berkata: 'Aku ingin tulang tubuhku dan tulang-tulang anak lelakiku kelak dibungkus di dalam satu kain untuk kemudiannya dikuburkan'.
Firaun menkawab: 'Akan aku penuhi permintaan mu'.
Campakkanlah dirimu.
Selepas kesemua anak lelaki tukang sikat itu telah dilemparkan ke dalam periuk mendidih, tibalah giliran anak yang masih menyusu. Masyitah mulai rasa sayu dan sedih dia meminta agar dirinya dicampakkan terlebih dahulu ke dalam minyak panas menggelegak itu.
Pada saat itu wanita tukang sikat kelihatan ragu-ragu tetapi tiba-tiba dengan kuasa Allah, bayi yang masih menyusu itu berkata: 'Wahai ibuku campakkanlah diri ibu ke dalam periuk yang mendidih itu kerana sesungguhnya seksa di dunia ini jauh lebih ringan dibanding dengan seksa di akhirat'.
Masyitah menjadi yakin lantas menyerahkan bayinya itu untuk dicampakkan ke dalam minyak panas. Kemudian barulah dirinya."
Rujukan: Riwayat Ahmad, 3/309; Ibn Hibban, 2892, 2893; Al-Thabrani dalam al-Khabir, 12279