Quantcast
Channel: EdisiRakyat
Viewing all articles
Browse latest Browse all 887

7 cara hangatkan hubungan suami isteri

$
0
0
HUBUNGAN suami isteri perlu sentiasa dihangatkan untuk menjamin kebahagiaan yang berpanjangan dalam perkahwinan. Tanpa kesedaran dan usaha dari kedua belah pihak, pastinya jalinan kemesraan antara kedua belah pihak akan menjadi semakin hambar dek kerana urusan kehidupan yang tidak berkesudahan.

Kemanisan berumah tangga kerap kali hanya terasa nikmatnya di awal perkahwinan tetapi semakin lama semakin tawar apabila usia perkahwinan semakin bertambah.

Punca penceraian kebanyakan pasangan bermula dari hubungan ranjang yang hambar yang tidak diperbaiki. Natijahnya, banyak kerosakan yang berlaku akibat perpecahan institusi rumah tangga dek kerana sikap tidak ambil peduli dan mengganggap remeh masalah keintiman.





Apabila wujud masalah dalam rumah tangga, kaji semula hubungan anda di kamar tidur dengan pasangan dan segeralah perbaiki sebelum terlambat. Terdapat beberapa perkara yang boleh menghangatkan hubungan anda berdua, antaranya:

1. Terbuka dalam soal melakukan hubungan intim

Ternyata hubungan di atas ranjang adalah pokok utama yang mengukuhkan hubungan cinta suami isteri. Hubungan seks yang hambar merupakan perkara terbesar dan punca utama yang merosakkan rumah tangga ramai pasangan.

Perkara terbaik untuk mencapai kepuasan dalam hubungan seksual adalah bersikap terbuka tentang apa yang anda mahukan dalam melakukan hubungan intim anda berdua. Ramai isteri malu untuk membicarakan kemahuan mereka dan hanya memendam rasa walaupun mereka tidak memperolehi kepuasan dalam hubungan seks.

Buang perasaan malu anda dan beritahu pasangan anda apa yang anda mahukan contohnya gaya yang ingin anda lakukan ketika hubungan seks, bagaimana dan di mana anda ingin di belai yang memberi kepuasan kepada anda. Berterus terang kepada suami anda jika ada gaya yang dilakukan yang menyakitkan anda.

Berkomunikasi tentang fantasi seks anda berdua dan cubalah untuk merealisasikan imaginasi pasangan anda. Dengan lebih memahami kemahuan anda berdua, tentu anda berdua tidak akan kecewa antara satu sama lain dan akan merasa lebih bahagia dan teruja.

2.  Jaga kesihatan dan kesegaran tubuh badan anda

Jadilah seorang suami atau isteri yang mementingkan kesihatan dan kecergasan tubuh badan. Amalkan senaman, tidur yang cukup dan pemakanan yang membantu pembentukan tubuh badan yang kuat dan cantik pada pandangan pasangan anda.

Suami yang kelihatan gagah adalah suami dambaan isteri. Anda dilihat sebagai seseorang yang mampu menghulurkan bantuan ketika diperlukan dan mampu menjadi pelindung kepada keluarga.

Apabila anda mengamalkan pemakanan dan senaman yang sihat, wajah anda akan kelihatan segar dan berseri yang mana mampu memikat pasangan anda dan memberi aura positif kepada pasangan anda.

Kehidupan seks anda akan menjadi lebih baik kerana anda sentiasa segar dan bertenaga walaupun seharian bekerja atau menguruskan rumah.

Badan yang letih dan penat akan membuatkan anda kadang kala tiada mood di ranjang dan menolak ajakan pasangan anda untuk bersama.  Ini memnyebabkan kepuasan dalam hubungan seks sukar dicapai.

Kebersihan dalaman dan luaran, serta penampilan anda juga perlu sentiasa dijaga agar anda sentiasa menjadi pujaan isteri atau suami anda dan ini akan lebih menghangatkan mainan asmara anda. Jadilah penggoda yang memikat di mata pasangan anda.

3. Cipta suasana romantis

Semua pasangan terutamanya wanita  suka sesuatu yang manis yang boleh dijadikan kenangan anda berdua. Jadilah suami "sweet" atau isteri "sweet" kerana anda pasti akan membuat pasangan anda jatuh cinta berulang kali kepada anda.

Cuba wujudkan suasana yang romantis yang mampu memberi keterujaan kepada anda dan pasangan untuk mengenang kembali saat-saat manisnya zaman percintaan anda dahulu.

Tidak perlu menyiapkan bajet yang besar, cukup dengan suami yang memasak untuk isteri, atau isteri yang mengatur 'candle light dinner' untuk suami di rumah sudah mampu membuatkan anda terasa hangat. Di tambah pula sekuntum bunga ros atau hadiah sebagai kejutan cukup mampu membuat pasangan anda tersenyum sepanjang hari.



Sekali sekala tinggalkan anak bersama sesiapa yang dipercayai yang mampu menjaga anak anda dan nikmatilah masa anda berdua seperti pasangan bercinta.

Hidupkan susana yang hangat di kamar tidur dengan musik yang sentimental serta bauan yang sensual yang mampu merangsang mood seks anda dan pasangan.

4. Beri pujian

Pujian. Walaupun bunyinya sangat mudah tapi amat memberi kesan dan bermakna pada penerimanya lebih-lebih lagi kepada pasangan. Pujian membuatkan pasangan anda merasa di sayangi dan dihargai.

Buatlah dengan hati yang ikhlas kerana ia mampu membahagiakan pasangan anda. Pasti pasangan anda berasa senang hati dan sebagai balasannya dia pasti akan melayan anda dengan lebih baik. Dengan memuji pasangan anda, perasaan sayangnya akan semakin mendalam dan lebih terangsang untuk berhubungan dengan anda.

Tetapi awas, pujian yang keterlaluan pula akan membuat pasangan anda merasa anda  seperti sedang mengejek atau memerlinya dan mungkin menimbulkan amarahnya. Anda juga mungkin akan membuat pasangan anda berasa jauh hati dan ini akan mengeruhkan hubungan anda berdua.

5. Fokus pada pasangan ketika di rumah

Suasana yang tenang dan santai di rumah adalah kunci kepada keadaan yang menyenangkan pasangan anda. Suasana tenang ini perlu sentiasa di jaga agar anda dan pasangan selesa berada di rumah bersama.

Pastikan keadaan rumah sentiasa kemas dan teratur dan jadilah pasangan yang mampu memenuhi segala keperluan suami atau isteri di rumah. Perkara paling utama adalah, tinggalkan segala urusan pejabat di pejabat dan jangan bawa pulang ke rumah agar anda lebih mempunyai banyak masa berkualiti bersama pasangan anda.

Untuk seketika, singkirkan dulu semua masalah pekerjaan dan fikirkan perkara yang menyenangkan dan menggembirakan. Pendek kata jangan lakukan hubungan intim ketika anda sedang memikirkan banyak perkara.

Ketika di rumah, berbicaralah mengenai perkara yang santai dan menyeronokkan dan warnailah suasana itu dengan gurau senda yang mendamaikan.

6. Berbau wangi dan menggoda

Sesuai dengan kata pepatah, 'Dari mata, turun ke hati', pikatlah pasangan anda agar sentiasa tertarik untuk bersama anda, Perkara utama yang anda perlu peduli adalah penampilan anda ketika bersama suami.

Tampil dengan watak yang menggoda setiap hari ketika berada di rumah agar dapat menbangkitkan rasa ghairah pasangan untuk bersama anda.

Contohnya bagi isteri, pakailah pakaian yang seksi untuk jamuan mata suami. Bagi suami pula, pastikan rambut anda, misai dan janggut anda terurus agar anda kelihatan segak dan kacak pada pandangan mata isteri.

Untuk merangsang keterujaan pasangan anda, pastikan anda tidak mempunyai masalah bau badan dan bau mulut dan cubalah cari solusinya jika anda berdepan dengan masalah ini. Aktiviti seksual akan menjadi lebih nikmat dalam keadaan tubuh badan anda bersih dan berbau wangi.

Sebelum menjalinkan hubungan intim, pastikan anda dan pasangan membersihkan diri terlebih dahulu serta memakai wangian segar agar anda berdua berasa lebih ghairah untuk melayari bahtera cinta.

Biarlah pasangan berasa selesa dengan tubuh anda dan dia pastinya akan menyayangi anda sepenuh hati.

7. Lakukan aktiviti bersama

Berkongsi minat yang sama adalah satu kelebihan bagi setiap pasangan. Mempunyai minat yang sama membolehkan anda kerap menghabiskan masa bersama, berbual tentang minat anda menjalankan aktiviti berdua.

Misalnya, pasangan yang meminati 'snorkeling', mendaki gunung atau aktiviti lasak dan mencabar boleh menerokai minat mereka bersama di samping ditemani pasangan. Bagi wanita, suami yang sentiasa bersama mampu membuat isteri berasa selamat dan suami seperti ini  kelihatan "sweet".



Setiap perkara yang dilakukan bersama pastinya memberi impak yang berbeza kerana adanya sikap tolong menolong antara satu sama lain. Jika anda tidak mempunyai minat yang sama, cukuplah anda menjadi pasangan yang menyokong minatnya dan tidak mengkritik apa yang diminati.

 Ini pastinya akan lebih menyubur perasaan kasih dan sayang anda berdua dan membuat handa merasa lebih hangat untuk beradu di atas ranjang. — EdisiRakyat.com, 10 Februari 2017 



Viewing all articles
Browse latest Browse all 887