Quantcast
Channel: EdisiRakyat
Viewing all articles
Browse latest Browse all 887

6 tabiat perlu dielakkan ketika hubungan seks suami isteri

$
0
0
DALAM menghangatkan sebuah ikatan perkahwinan, hubungan seks suami isteri adalah perkara utama yang perlu dijaga. Elakkan tabiat-tabiat yang boleh merosakkan mood ketika berhubungan.

Ikatan perkahwinan adalah penyatuan dua jiwa dalam satu ikatan yang unik dan indah di mana dengan ikatan perkahwinan , bermulah satu kehidupan baru yang melibatkan perkongsian. 




Ikatan perkahwinan memberi anda peluang merasa sebuah kenikmatan yang hanya dapat diperolehi dengan pasangan anda iaitu dengan hubungan seks.

Namun, hubungan seks yang baik yang memberi kepuasan maksimum adalah hubungan seks yang melibatkan kerjasama dan toleransi kedua-dua belah pihak.

Hubungan yang dilakukan dengan tergesa-gesa, tanpa kerelaan, persediaan dan keikhlasan mewujudkan hubungan seks yang hambar dan kadang kala menyakitkan. 


Terdapat beberapa tips yang boleh dijadikan panduan antaranya:

1. Tidak melakukan 'pemanasan'

Kebanyakkan pasangan terutamanya lelaki gemarkan seks yang pantas ketika berhubungan menyebabkan tiada proses 'pemanasan' berlaku di awal hubungan seks.

Proses pemanasan yang dimaksudkan adalah cumbuan dan belaian untuk membangkitkan ghairah anda dan pasangan anda.

Bagi para suami, cumbuan dan belaian untuk meningkatkan ghairah ini bukan sesuatu yang penting dan kadang kala membuang masa. 

Berbeza dengan isteri, cumbuan dan rangsangan ini sangat penting untuk membangkitkan ghairah seks supaya isteri lebih bersedia untuk ke peringkat seterusnya dan membuatkan isteri lebih nikmat ketika berhubungan.

Kurangnya cumbuan dan rangsangan ini menyebabkan isteri berada di dalam keadaan tidak bersedia menyebabkan kurang penghasilan pelincir yang melancarkan hubungan seks yang mengakibatkan isteri terasa sakit ketika berhubungan.

2. Merangsang bahagian telinga secara kasar

Bagi sesetengah orang, titik rangsangan mereka sangat tinggi di bahagian telinga. Salah satu cara untuk membangkitkan ghairah adalah dengan menghembus telinga pasangan  dengan perlahan.


Malangnya, ia menjadi sesuatu yang membantutkan mood anda apabila pasangan anda meniup telinga anda secara kasar kerana ia mnjadi  sesuatu yang menyakitkan.

Lebih malang lagi jika hembusan itu disertai dengan bau mulut yang tidak menyenangkan. Anda bukan saja mematikan 'moo' seks pasangan, malah menimbulkan amarahnya.

3. Tidak menjaga penampilan diri

Penampilan diri anda ketika ingin melakukan hubungan seks adalah sesuatu yang sangat penting dan memainkan peranan besar dalam mencapai puncak kenikmatan.

Malangnya, ada pasangan yang sering kali mengabaikan aspek yang sangat penting ini.

Bayangkan anda di datangi oleh suami atau isteri anda yang dengan bau yang tidak menyenangkan. Isteri dengan bau hapak dan bau bawang selepas seharian melakukan kerja rumah atau suami dengan bauan ketiak yang hangit dan mulut berbau busuk selepas seharian bekerja.

Perkara-perkara ini tentunya mematikan mood pasangan anda ketika ingin bersama dan kadang-kala menimbulkan perasaan geli dan jijik anda kepada pasangan.



Bagaimana pula dengan suami yang tidak mencukur misai atau jambang sehingga misai dan jambang tajam seperti duri dan isteri yang tidak membuang bulu ketiak? Ia pastinya benar-benar  membunuh mood seks anda dan pasangan.
Natijahnya, hubungan seks anda menjadi sangat hambar dan kadangkala boleh menimbulkan masalah lebih besar apabila mula wujud jurang di antara anda berdua kerana hubungan seks yang tidak sempurna.

4. Memicit payu dara isteri dengan kasar

Fitrah lelaki memang tertarik dengan payu dara wanita. Malangnya, ramai lelaki silap dalam membelai payu dara isteri dan memperlakukannya dengan kasar sehingga menyakitkan isteri.

Meramas payu dara isteri anda dengan kasar bukan hanya menyakitkan isteri anda, malahan merosakkan struktur payu dara isteri. Jangan bersungut kemudian hari jika melihat payu dara isteri anda semakin kendur kerana anda adalah penyebabnya.

Anda boleh meransang payu dara isteri anda dengan mengusap dengan lembut dan membelainya. Rangsangan di bahagian puting payu dara isteri dengan lidah anda juga boleh mewujudkan satu sensasi yang hangat kepada isteri anda.

Anda juga boleh cuba menerokai titik ghairah  dibahagian lain yang boleh memberikan kenikmatan kepada isteri anda contohnya bibir, pusat, ibu jari kaki dan celah kelangkang.

5. Tidak bersikap gelojoh

Hubungan seks yang baik adalah momen-momen di mana setiap  ransangan, sentuhan, belaian dilakukan dalam keadaan perlahan dan tenang.

Ambillah seberapa lama masa yang anda mahu dan jangan tergopoh-gopoh setelah anda telah bersedia melakukan hubungan intim.

Jangan terlalu tergesa-gesa dengan menunjukkan sikap gelojoh anda kerana bagi sesetengah pasangan yang tidak biasa dengan hubungan agresif, tindakan anda akan menakutkan pasangan anda.

Jika anda ingin membuka pakaian pasangan anda, lakukannya dengan perlahan-lahan dan berhati-hati. Lakukan seperti anda sedang membuka hadiah bernilai, pastinya anda akan terasa lebih nikmat.

6. Jangan berhenti separuh jalan

Aktiviti pemanasan adalah aktiviti yang membangkitkan ghairah. Anda diingatkan jangan sesekali merosakkan suasana keintiman anda berdua dengan berhenti separuh jalan untuk melakukan perkara lain.

Pastikan anda mematikan telefon bimbit anda, membuang air kecil terlebih dahulu dan cuba mengelakkan segala perkara yang kemungkinan boleh menggangu anda berdua.

Bagi wanita, tubuh mereka perlu sentiasa dibelai dan dirangsang agar rasa ghairahnya semakin meningkat dan tidak terbantut untuk ke peringkat seterusnya.

Kurang ghairah akan menyebabkan isteri anda berasa sakit dan trauma untuk melakukan hubungan seks bersama anda. Daripada berhenti separuh jalandan kemudian berniat menyambung kembali, eloklah anda batalkan sahaja niat anda kerana anda hanya akan menyebabkan isteri anda menderita ketika berhubungan. — EdisiRakyat.com, 7 Februari 2017


Viewing all articles
Browse latest Browse all 887