Quantcast
Channel: EdisiRakyat
Viewing all articles
Browse latest Browse all 887

Cara terbaik cegah kehamilan mengikut nasihat doktor

$
0
0
PELBAGAI cara dan kaedah boleh digunakan di dalam mencegah kehamilan. Namun apakah cara cegah kehamilan yang terbaik dan selamat seperti yang dianjurkan oleh pengamal perubatan?

Soal jawab bersama Pakar Sakit Tuan dan Kesihatan Seksual, Dr Haji Mohd Ismail Tambi berikut barangkali boleh menjawab persoalan anda. 




SOALAN

Doktor, saya sudah mempunyai 7 orang anak sejak mendirikan rumah tangga lebih 12 tahun yang lalu. Saya ingin bertanya kepada doktor cara terbaik untuk mencegah kehamilan kerana saya memang sangat subur dan senang untuk hamil.

Tambahan pula saya dan suami memang mengamalkan hubungan intim hampir setiap minggu. Harap doktor dapat memberi tips dan panduan untuk saya.

Kiriman
Dila
Subang Jaya Selangor.

JAWAPAN 

Perancangan keluarga merupakan tanggungjawab bersama. Anda dan suami perlu bermuafakat dalam hal ini dan bukan sekadar melakukannya atas desakan atau tekanan.

Kebetulan buat masa kini tiada kaedah yang berkesan yang boleh diamalkan suami kecuali kaedah kondom dan itupun jika digunakan dengan cermat.

Kaedah al-azal, atau mengeluarkan ereksi dari faraj sebelum ejakulasi dianggarkan tidak selamat kerana kemungkinan air mazi mengandungi sperma.

Oleh itu, kaedah yang boleh dikatakan amat berkesan kebanyakkan kaedah yang perlu diamalkan oleh isteri seperti kaedah hormon sama ada dalam bentuk pil merancang atau suntikan hormon atau dengan susuk hormon.

Kaedah koyok hormon dan juga cincin hormon faraj juga ada untuk wanita yang mahu mencubanya.

Selain itu kaedah ADR atau alat dalam rahim juga ada. Kaedah ini juga amat berkesan dan selamat. Namun apa yang menjadi persoalan berikutnya ialah sama ada kaedah-kaedah yang dijelaskan tadi sesuai untuk anda ataupun tidak. — EdisiRakyat.com, 1 Febuari 2017


Viewing all articles
Browse latest Browse all 887