Quantcast
Channel: EdisiRakyat
Viewing all articles
Browse latest Browse all 887

Masaalah keputihan yang teruk apakah nasihat doktor?

$
0
0
MASAALAH keputihan adalah perkara biasa yang kerap berlaku di kalangan wanita. Apa yang membezakan sama ada keputihan yang dialami teruk ataupun tidak. Mari kita lihat soal jawab berikut yang mungkin boleh membantu menjawab persoalan anda tentang masalah keputihan.



Ibu mengadu alami masalah keputihan yang teruk

Saya merupakan seorang ibu kepada dua orang anak lelaki, masalah saya di sini ialah setiap hari sebelum datang bulan saya pasti akan mengalami masalah keputihan yang teruk dan ianya berketul ketul.

Keadaan ini menyebabkan saya risau akan mengganggu hubungan intim bersama dengan suami. Apakah saya perlu berjumpa pakar atau adakah ia sesuatu yang normal?

Kiriman
Nurul Aini Ismail
Kg Bukit Pelong Bandar Permaisuri
Setiu Terengganu.

Jawapan

Keputihan biasa yang terdiri daripada lendir seperti hingus biasa keluar dalam pertengahan kitaran haid. Ia berupa lelehan yang ringan dan merupakan satu petanda subur.

Selain daripada itu ialah lelehan akibat rangsangan seksual. Tetapi jika ia keluar berlebihan dan luar biasa dari itu adalah tidak normal. Jangkitan kulat dari lubang najis dan lubang kencing boleh berlaku secara tidak sengaja apabila najis termasuk ke dalam faraj.

Jika ini berlaku maka pembiakan kulat berlaku apabila suasana faraj sesuai untuknya membiak. Oleh kerana anda mendapati keputihan berlebihan sebelum datang haid saya syorkan agar anda berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan.

Jika dibiarkan atau anda cuba merawatnya sendiri bimbang keadaan menjadi lebih ketara dan suami pula mungkin mendapat jangkitan itu nanti. Apatah lagi lelehan yang begitu banyak tentu akan membeli baru yang kurang selesa untuk anda dan suami melakukan hubungan intim. — EdisiRakyat.com, 26 Januari 2017

Viewing all articles
Browse latest Browse all 887